You are on page 1of 2

KEBAIKAN

Tuisyen sememangnya sangat berguna kerana ia mampu meningkatkan lagi pemahaman para
pelajar mengenai sesuatu subjek yang dipelajarinya di sekolah. Pusat tuisyen mungkin menyediakan
bahan-bahan pembelajaran dan maklumat-maklumat tambahan yang mungkin tidak terdapat di
sekolah selain tenaga pengajar yang berkualiti.

Pusat tuisyen mampu untuk menyediakan kelas dan suasana pembelajaran yang selesa dan
kondusif untuk para pelajar. Hal ini memberi keselesaan kepada para pelajar dan seterusnya
membolehkan mereka untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.
Keadaan ini sangat berbeza apabila mereka mengikuti kelas pembelajaran di sekolah harian kerana
keadaan kelas yang sesak dengan pelajar telah menyukarkan mereka untuk memberi tumpuan
sepenuhnya.Selain itu,tuisyen juga mampu untuk membendung pelajar daripada terlibat dengan
gejala-gejala negatif seperti melepak dan sebagainya.Hal ini kerana masa yang terluang telah diisi
dengan waktu pembelajaran di kelas tuisyen.


Karangan Jenis Fakta

Tulis sebuah karangan yang bertajuk Faedah-faedah Mengikuti Kelas Tuisyen.

Faedah-faedah Mengikuti Kelas Tuisyen
Murid-murid di kawasan bandar biasanya akan mengikuti kelas tuisyen. Tuisyen merupakan kelas tambahan
yang dijalankan di ruang kedai yang dijadikan kelas. Kelas tuisyen ini mengenakan bayaran tertentu
mengikut jumlah mata pelajaran yang diikuti.
Mengikuti kelas tuisyen menambahkan pemahaman kita terhadap topik yang guru ajar. Sebagai contoh,
kita semakin faham topik mata pelajaran Sains kerana guru tuisyen memberi lebih banyak latih tubi.
Kesannya, kita akan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.
Selain itu, kita dapat menggunakan masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Sebagai contoh, sekiranya
kita tidak mengikuti kelas tuisyen, kemungkinan kita bercampur rakan sebaya yang suka melakukan
perbuatan tidak sihat. Kesannya, kita boleh terjebak dalam kegiatan yang negatif seperti mencuri.
Mengikuti kelas tusyen juga menambahkan keyakinan kita untuk menghadapi peperiksaan. Sebagai
contoh, oleh sebab rakan-rakan bersemangat untuk mendapatkan 5A dalam UPSR, kita pun mahu mendapat
kejayaan yang cemerlang. Kesannya, kita semakin bersemangat untuk belajar.
Seterusnya, kita boleh bertukar-tukar soalan dengan rakan dari sekolah yang berlainan. Sebagai contoh,
kita boleh mendapatkan soalan Peperiksaan Percubaan UPSR. Kesannya, prestasi pelajaran kita akan terus
meningkat.
Kesimpulannya, kelas tuisyen merupakan kelas yang wajar diikuti bagi mereka yang berkemampuan. Jika
kita mahu memiliki otak cair, janganlah teragak-agak untuk mengikuti kelas tuisyen. Namun, pilihlah pusat
tuisyen yang berkualiti.


Kebaikan Menghadiri Kelas Tuisyen
1. Pemahaman murid-murid terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelastuisyen boleh
membantu murid-murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran. Murid-murid dapat menyelesaikan
masalah pembelajaran di dalam kelas dengan merujuk secara personal dengan guru tuisyen.

2. Guru tuisyen boleh memberi banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkankeupayaan murid
itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latihtubi yang turut memberi satu
pengalaman kepada murid untuk menghadapi realitipeperiksaan sebenarnya.

3. Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tuisyen berupaya memberi satukeyakinan kepada
murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan. Murid yang sudahbanyak kali membuat soalan yang
hampir serupa berasa yakin untuk menjawabdengan tenang dan tepat dalam setiap soalan yang
diberikan itu.

4. Kelas tuisyen memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yangberfaedah. Kelas
tuisyen yang diadakan selepas waktu sekolah biasanya menyukarkanmurid-murid terbabit dalam
gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskanmasa menonton televisyen.

5. Kelas tuisyen boleh membimbing dan memahirkan ilmu murid-murid yang dipelajaridi sekolah.
Melalui kelas tuisyen, murid-murid boleh mendapat penjelasan yang lebihmendalam terhadap
sesuatu subjek. Murid-murid juga boleh mendapat pengetahuanyang tidak dapat belajar di sekolah.

6. Murid-murid boleh lebih menumpukan perhatian semasa guru mengajar keranamempunyai
persekitaran yang baik untuk belajar dan bilangan murid dalam satu kelaskecil.

7. Murid-murid boleh bertukar fikiran dan soalan ujian dengan rakan-rakan baru

You might also like