You are on page 1of 12

ISU-ISU YANG

WUJUD DALAM
MENJALANKAN
PBD DI SEKOLAH
AHLI KUMPULAN :
1) MAISARAH BINTI AB MAJID
2 ) M O H D K H A I R U L N A I LY B M O H D N A S I R
3) ZAFIRAH BINTI ABU BAKAR
4) MUHD ZULHILMI BIN AMRAN
Pengenalan
PBS atau PBD merupakan salah satu dasar KPM untuk
menambahbaikan sistem peperiksaan yang sedia ada
supaya ibu bapa tidak terlalu berpaksikan keputusan
peperiksaan semata-mata tetapi pentaksiran secara
menyeluruh. Namun demikian, wujud pelbagai isu
berkaitan dengan PBS/ PBD dimana ia mendapat
rungutan dan tentangan daripada pelbagai pihak seperti
ibu bapa, guru dan masyarakat.
Isu 1 : Guru Kurang Berkeyakinan
dalam Pentaksiran
• Ketidakyakinan guru dalam pentaksiran disebabkan oleh
kekurangan pengetahuan, sumber material terhad dan
kekurangan kemahiran.

• Sebahagian ibu bapa juga mempertikaikan cara setiap guru mata


pelajaran membuat pentaksiran. Di sebabkan sikap campur tangan
ibu bapa yang hanya menuding jari, menambahkan lagi
ketidakyakinan guru dalam membuat pentaksiran.
Isu 2 : Masih Menekankan Gred Dan
Pencapaian
 Timbul isu-isu PGB yang terlalu mementingkan pencapaian supaya
dapat melepasi KPI.

 Isu untuk meningkatkan gred purata mata pelajaran (GPMT)

 Meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS)

 Ingin bersaing dalam kedudukan sekolah terbaik dalam daerah atau


negeri.
Faktor utama pentadbiran di sekolah
lebih mementingkan keputusan pelajar
berbanding penguasaan pelajar terhadap
subjek yang dipelajari. Hal ini kerana guru
ingin mendapat tawaran atau hadiah yang
lebih bersifat materialistik.
Isu 3 : Penguasaan Band Pelajar
Hingga Band 3
 Band yang dikuasai oleh pelajar kebanyakan hanya mencapai band 3
iaitu tahap dimana murid melaksanakan sesuatu kemahiran
mengunakan pengetahuan semasa dalam satu-satu ujian.

 Guru-guru disyaratkan supaya pelajar mesti menguasai sekurang-


kurangnya band 3 menyebabkan guru tidak bermatlamat untuk
mencapai lebih dari band 3.
Isu 4 : Ketidaksungguhan Guru Dalam
Pentaksiran
 Guru perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan semua
prosedur pentaksiran secara tertib dan teliti.

 Ketidaksungguhan guru memberi kesan terhadap sistem


pentaksiran seterusnya masa depan pelajar.
Isu 5 : Kesuntukan Masa
 Menjalankan proses pdp seperti biasa di samping membuat pentaksiran formatif di
akhir pdp menyebabkan guru-guru kesuntukan masa.
 Sukatan pelajaran perlu dihabiskan bagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan
sumatif.
 Perkara-perkara lain yang perlu dilakukan oleh guru adalah membina instrumen,
melaksanakan sesi pemulihan dan bimbingan tambahan, mengulang pentaksiran yang
tidak melepasi kehendak sekolah, menyemak ujian bertulis, mencatat prestasi pelajar
dan membuat pelaporan keputusan pelajar.
Isu 6 : Maklumat Yang Sampai Kepada
Guru Tidak Selaras
 Proses penyampaian maklumat kepada pihak guru melibatkan beberapa orang
perantaraan. Hal ini menyebabkan maklumat yang sampai kepada guru tidak selaras
dan kurang jelas pelaksanaannya.

 Antara maklumat yang kurang jelas dan menimbulkan kekeliruan di kalangan guru:
 Pelajar yang belum mencapai band rendah tidak boleh mengambil pentaksiran
untuk band yang lebih tinggi.
 Penyimpanan evidens dalam fail pelajar masih belum jelas format dan kaedah
penyimpanannya.
 Tugasan rumah merupakan salah satu instrument?
 Salah satu evidens tidak dicapai, maka band evidens tersebut tidak capai.
 Pelajar berpuas hati, dan jika tidak apa yang perlu dilakukan guru.
Isu 7 : Bebanan Guru Bertambah
Guru yang terlibat dengan PBD ini bertanggungjawab sepenuhnya memastikan
kelancaran dalam pelaksanaaan Pentaksiran di sekolah.

 Hal ini membuatkan mereka lebih terkesan dengan bebanan kerja. Mereka perlu
mengajar, menaksir ujian mengikut format mata pelajaran yang ditetapkan sama ada
dalam bentuk ujian lisan, kerja khusus dan ujian bertulis dan seterusnya memberi skor
kepada pelajar.

Selain daripada menyediakan kertas peperiksaan, guru ditugaskan mengawas


peperiksaan bagi ujian bertulis dan terlibat dalam penandaan kertas jawapan dan
memberi markah kepada pelajar.
Isu 7 : Bebanan Guru Bertambah
 Bebanan semakin bertambah apabila guru memegang jawatan-jawatan penting di
sekolah yang memerlukan komitmen dan fokus untuk melaksanakan tugasan
tersebut.

Selain daripada bertugas di sekolah, guru juga dikehendaki untuk berkursus atau
terpaksa memberi tumpuan lebih untuk menjalankan tugasan-tugasan penting.

 Keadaaan ini menyebabkan guru tertinggal banyak masa untuk mentaksir dan
mengajar pelajar.

Acara atau aktiviti yang dijalankan di sekolah juga sedikit sebanyak mengganggu
pelaksanaaan PBD kerana sesi pdp terganggu untuk memberi laluan pada acara atau
akuviti sekolah tersebut dijalankan.
Rumusan
Guru yang melaksanakan PBD seharusnya diberi pengetahuan dalam
pentaksiran supaya keseragaman dalam pentaksiran ini berjalan dengan
lancar.

 Pihak sekolah perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti yang mengganggu


guru dalam PdP.

Pihak atasan juga perlu memantau dan sentiasa memberi penekanan


dalam aktiviti pentaksiran.

Pelajar dan ibu bapa perlu diberi pendedahan tentang kepentingan PBD
supaya memudahkan guru bekerjasama dengan mereka.

You might also like