You are on page 1of 32

ISU BERKAITAN

DENGAN PENTAKSIRAN
SEKOLAH RENDAH DI
MALAYSIA
Disediakan oleh: Chiung Huei Nian
Lee Bee Heoy

Opsyen : 4 PISMP BC
Trend Semasa dalam
Pentaksiran di Malaysia
• Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (2013),
prestasi Malaysia bagi TIMSS telah menurun secara
ketara bagi skor Matematik dan Sains pada tahun
2007 dan 2011.
• Pada tahun 2011, 38% daripada murid di Malaysia
dilaporkan tidak mencapai tanda aras yang
minimum dalam Matematik dan Sains.
• Pada tahun 2009, keputusan PISA 2009
menunjukkan bahawa daripada 74 buah negara
peserta, Malaysia berada dalam kelompok
sepertiga terbawah, serta lebih rendah daripada
purata antarabangsa.
• Berdasarkan keputusan-keputusan ini, terdapat
beberapa trend semasa diperhatikan dalam sistem
pentaksiran Malaysia.
1. Mengurangkan penekanan terhadap pentaksiran
sumatif sebaliknya melebihkan pentaksiran formatif
2. Memberikan penekanan kepada elemen kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT)
3. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
4. Pentaksiran autentik
5. Pengenalan dan perluasan pentaksiran secara atas
talian (online)
6. Mengurangkan jurang perbezaan dalam keupayaan
murid di Malaysia dengan murid di negara lain yang
memperoleh pencapaian yang tinggi dalan
pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA)
Sistem Pendidikan
Berorientasikan Peperiksaan
1. Tujuan sebenar pembelajaran
dipinggirkan
• Di Malaysia, kebolehan dan pencapaian murid dipercayai
dapat diukur melalui ujian sumatif pada hujung penggal atau
akhir tahun dan melalui peperiksaan awam seperti UPSR,
PMR dan SPM.
• Kecemerlangan seseorang pelajar disamakan dengan bilangan
gred ‘A’ yang diperoleh dalam peperiksaan awam.
• Pihak sekolah mula mengadakan ujian dan kelas tambahan
dan ibu bapa juga menghantar anak mereka ke pusat tuisyen.
• Akhirnya, matlamat pengajaran bertukar daripada membantu
murid menimba ilmu kepada memahirkan murid menjawab
soalan tahun-tahun lepas (past year question) dengan
cemerlang.
2. Penekanan yang berketerlaluan terhadap
aspek kognitif dan meminggirkan aspek-aspek
lain

• Hal ini terjadi adalah kerana aspek fizikal dan afektif


sukar untuk ditaksir melalui peperiksaan bertulis.
• Penekanan yang diberikan kepada bidang kognitif
menyebabkan kebolehan kognitif dianggap sebagai
kriteria piawai untuk menentukan kecerdasan
seseorang.
Elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam
Pentaksiran
Langkah KPM mentransformasi sistem
pendidikan negara:
Tahun Langkah
- Pegawai-pegawai KPM yang terpilih dihantar ke
1980-an dan luar negara untuk menjalani latihan kemahiran
1990-an berfikir

- Penubuhan sekolah bestari


1990-an
- Meningkatkan peratusan soalan mentaksir
Mulai tahun kemahiran berfikir aras tinggi secara
berperingkat
2013 - Mengurangkan bilangan soalan aneka pilihan
dan menambah soalan terbuka
Pentaksiran
Berasaskan
Sekolah
1. SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
• Sistem pendidikan yang bersifat berpusat
menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan
digubal pada peringkat kementerian dan
diturunkan di sekolah.
• Pihak pentadbir dan guru-guru sekolah terpaksa
akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan di
sekolah.
• Semua sekolah perlu mengikuti satu sistem
prosedur dan pendekatan yang seragam tanpa
mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus
dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan
program tersebut.
2. BEBAN TUGAS GURU
• Stress di kalangan guru timbul disebabkan terlalu banyak
beban tugas yang terpaksa dilakukan contohnya proses
perekodan yang mengambil masa dan wajib disiapkan
dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.
• Guru terpaksa menggunakan masa yang banyak untuk
merangka penilaian (penyediaan instrumen), ulang
mengajar dan penyimpanan eviden yang banyak.
• Guru perlu memantau kemajuan setiap murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun.
Proses ini melibatkan banyak tugasan sehingga
membebankan guru.
• Masa luang guru pula kerap digunakan untuk masuk ke
kelas-kelas yang gurunya tidak hadir kerana menghadiri
kursus PBS.
• Mengganggu masa guru bersama keluarga.
3. KURANG PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
DALAM PENTAKSIRAN GURU
• Guru lebih biasa dengan pentaksiran tentang
pembelajaran dan penilaian sumatif dan kurang
mengamalkan pentaksiran untuk pembelajaran
atau penilaian formatif.
• Tidak hairanlah guru kurang kemahiran untuk
mentaksir murid secara formatif dan cara untuk
mengintegrasikan pentaksiran dalam pengajaran
dan pembelajaran.
• Guru harus diberikan pelbagai kursus dan bengkel
untuk meningkatkan kemahiran ke arah pentaksiran
jenis ini.
4. KELEMAHAN RANGKAIAN INTERNET
• Semua guru perlu memiliki rangkaian internet
sendiri.
• Guru terpaksa memasukkan markah PBS murid ke
dalam sistem komputer atas talian (SPPBS). Sistem
ini pula terlalu lambat dan sukar dicapai.
• Proses perekodan akan menjadi lebih rumit jika
rangkaian internet terlalu lemah.
• Tiada capaian yang cepat dalam proses pentaksiran.
• Guru-guru menghadapi cabaran besar dalam
pengisian data ke dalam sistem kerana mereka tidak
diajar cara-cara memasukkan markah, sistem
bermasalah, dan mengambil masa yang panjang.
5. PEMANSUHAN UPSR DAN PMR
• Pemansuhan UPSR dan PMR menjejaskan penilaian
terhadap tahap prestasi pelajar yang berasaskan
peperiksaan standard.
• Hal ini demikian kerana, guru di sekolah kurang
berupaya untuk menyediakan soalan yang standard
dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya
mampu menyediakan ujian bulanan mengikut
sekolah masing-masing sahaja untuk menilai
perkembangan pelajar.
• Penilaian perkembangan prestasi pelajar sebegini
seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping
tidak dapat menilai prestasi pelajar dengan tepat.
6. RUNGUTAN IBU BAPA
• Sistem band yang digunakan tidak disukai oleh ibu
bapa kerana mereka tidak dapat mengetahui secara
lebih terperinci tahap kecemerlangan anak-anak
mereka.
• Tidak semua ibu bapa tahu tentang band dalam
pentaksiran berbanding penggunaan gred a, b,c
dan D sebelum ini.
• Ibu bapa agak curiga akan kebolehpercayaan gred
yang diberikan oleh guru serta pengalaman dan
kemahiran guru untuk mentaksir murid secara
formatif.
Pentaksiran
Autentik
• Tahap pengetahuan dan kemahiran guru masih dalam
tahap sederhana tinggi dalam melaksanakan pentaksiran
kerja kursus, menyebabkan markah tidak dapat diagihkan
dengan berkesan akibat ketidakmampuan guru tersebut.
• Kemahiran guru yang terhad dalam mengaitkan sukatan
pelajaran kurikulum dan aktiviti pentaksiran autentik yang
ingin dijalankan.
• Jenis pentaksiran yang telah dikategorikan sebagai
autentik kadangkala tidak semestinya autentik.
Contohnya, portfolio telah dicadangkan sebagai salah
satu cara untuk menjadikan pentaksiran sebagai autentik.
Namun kadangkala pentaksiran yang dijalankan bukan
berkaitan dengan aplikasi pengetahuan murid tetapi lebih
kepada kefahaman dan pengetahuan murid yang sedia
ada, iaitu pentaksiran yang lebih berbentuk tradisional.
• Pemarkahan tugasan adalah berdasarkan rubriks.
Oleh itu, pemberian markah dikatakan terlalu
subjektif menyebabkan kebolehpercayaan antara
pemeriksa dan secara keseluruhan serta kesahan
pentaksiran diragui.
• Pentaksiran autentik juga dikatakan lemah dari segi
ciri psikometri yang lain seperti keobjektifan dan
kebolehan untuk membuat generalisasi.
• Tugasan yang diberikan tidak boleh menjadi
autentik atas sebab keselamatan dan sebagainya.
Contohnya tugasan yang melibatkan litar elektrik di
rumah secara langsung.
• Pentaksiran autentik turut membebankan guru dari
segi masa dan tenaga di mana guru mengambil masa
yang panjang untuk menyemak atau menilai prestasi
pelajar. Beban tugas guru serta masa yang diperlukan
oleh guru untuk merancang, melaksanakan,
memudah cara, memantau kemudian menggredkan
hasil tugasan murid dikatakan terlalu berat bagi guru.
• Guru mempunyai kesukaran dalam membuat
pengskoran, kriteria prestasi, skala pemarkahan dan
rekod pentaksiran, berbeza dengan ujian aneka
pilihan yang sangat mudah untuk membuat
pengskoran tanpa meluangkan masa yang lama.
• Berlakunya masalah bahawa sesetengah alat, kaedah
atau strategi memerlukan kos yang tinggi.
Pentaksiran Secara
Online
1. Keperluan kemudahan akses yang baik
• Pentaksiran ini memerlukan kemudahan akses
kepada komputer dan rangkaian (networking) yang
cekap. Guru perlu memastikan bahawa semua
murid boleh mencapai sebuah komputer yang
berfungsi dengan baik, sambungan kepada internet
perlu berjalan dengan lancar.
• Pentaksiran jenis ini kurang sesuai di kawasan
pedalaman yang bekalan elektriknya tidak
menentu, kawasan tanpa bekalan elektrik atau
tempat yang sukar untuk mengakses internet.
2. Bersifat penipuan
• Pentaksiran atas talian ini merupakan penipuan.
• Hal ini tidak dapat dielakkan melainkan guru dapat
mengawasi setiap murid semasa mereka
menduduki ujian. Tetapi keadaan ini pula akan
menidakkan kelebihan pentaksiran atas talian yang
memberikan ruang kepada murid untuk menduduki
ujian mengikut masa dan lokasi sendiri.
3. Memerlukan kerjasama guru dengan murid
• Pentaksiran atas talian memerlukan kedua-dua pihak iaitu
guru dan murid cekap dengan penggunaan computer dan
perisian.
• Kedua-duanya perlu mempunyai kemahiran komputer yang
baik. Guru harus mempunyai kemahiran untuk
menyediakan soalan dan menguruskan bank item secara
atas talian. Guru perlu mahir dengan perkakasan komputer
dan rangkaian sekiranya berlaku kerosakan semasa ujian
berlangsung. Guru perlu meluangkan masa yang banyak
dalam mempelajari perisian-perisian yang diperlukan dan
juga dalam menyediakan soalan-soalan ujian.
• Murid pula tidak boleh berhenti dan menyambung semula
ujian itu pada masa yang lain melainkan mereka
mempunyai perisian komputer untuk mengakses ujian
tersebut. Mereka perlu bersedia untuk meluangkan masa
bagi menjawab sesuatu ujian sehingga selesai.
4. Kekurangan nilai sentuhan manusia
• Pentaksiran atas talian kekurangan dari segi nilai
sentuhan manusia.
• Sekiranya murid mengalami kegagalan yang kerap
dalam ujian, mereka mula berputus asa. Keadaan
ini berlainan jika dibandingkan dengan ujian kertas
dan pen yang maklum balasnya diberikan oleh guru
sendiri. Guru dapat memberikan motivasi kepada
murid yang sering gagal. Bagi murid yang
memperoleh pencapaian yang baik, pujian guru
dapat memotivasikan mereka untuk menggandakan
usaha dalam ujian yang seterusnya.
International
Assessment
Instruments
1. Pentaksiran Trends in International Mathematics
and Science Study (TIMSS)
• Pentaksiran TIMSS dilaksanakan oleh International
Association for the Evaluation of Educational
Achievement (IEA). IEA mengendalikan pentaksiran
ini secara berkala untuk membandingkan
pencapaian murid serata dunia dalam mata
pelajaran Matematik dan Sains.
• Pentaksiran ini bertujuan menghasilkan maklumat
tentang input, proses dan keberhasilan pendidikan
Matematik dan Sains bagi menambah baik dasar
dan proses pengajaran dan pembelajaran kedua-
dua mata pelajaran tersebut.
• Soalan disediakan oleh panel pakar dari seluruh
dunia yang berbentuk aneka pilihan dan terbuka.
• Bagi pentaksiran TIMSS, lebih daripada 60% soalan
pentaksiran adalah berbentuk kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT).
• Selain ujian, pentaksiran TIMSS juga melibatkan
soal selidik bagi murid, ibu bapa, guru dan sekolah.
• Purata markah Matematik dan Sains bagi Malaysia
dalam pentaksiran TIMSS pada tahun 2011 ialah
440 dan 426. Mengikut kriteria TIMSS, markah yang
kurang daripada 500 mata dianggap sebagai kurang
memuaskan.
2. Pentaksiran Programme for International
Student Assesment (PISA)
• Pentaksiran Programme International Student
Assesment (PISA) dijalankan oleh Organisation for
Economic and Development (OECD).
• Pentaksiran ini berlainan daripada TIMSS kerana
ujian yang disediakan tidak berkaitan secara
langsung dengan kurikulum.
• Pentaksiran ini dijalankan untuk menentukan
pencapaian murid berumur 15 tahun di seluruh
dunia dalam literasi Matematik, Sains dan Bacaan.
Keupayaan murid untuk menyelesaikan masalah
secara kolaboratif juga dinilai.
• Tujuan pentaksiran PISA adalah untuk menentukan
pencapaian murid berumur 15 tahun yang berada di
penghujung persekolahan telah memperoleh
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta
dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran itu
untuk menjadi warganegara dan ahli masyarakat yang
berkesan.
• Soalan disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia
dan berbentuk aneka pilihan dan terbuka yang disusun
mengikut kumpulan. Setiap kumpulan soalan adalah
berdasarkan satu rangsangan atau petikan yang
berkaitan dengan kehidupan seharian.
• Antara 30-40% soalan dalam pentaksiran Sains PISA
adalah berkait dengan pentaksiran data dan bukti
secara saintifik.
• Bagi domain Bacaan, 50% daripada soalan yang
diuji adalah berkaitan dengan aspek integrasi dan
interprestasi.
• Kedudukan Malaysia dalam pentaksiran PISA 2012
ialah di tempat ke-52 daripada 65 buah negara.
Malaysia memperoleh 421 mata bagi Matematik,
420 mata bagi Sains dan 398 mata bagi Bacaan.
Terima Kasih !

You might also like