You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN
Segregasi dan integrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Dalam konteks Malaysia,
segregasi perlu dielakkan, sebaliknya kita perlu berusaha untuk memupuk integrasi dalam
kalangan rakyat. Segregasi berlaku kesan daripada dasar pecah dan perintah yang
diamalkan oleh pihak British berdasarkan kegiatan ekonomi mengikut etnik. Integrasi antara
kaum pula memerlukan usaha dan sokongan daripada semua pihak sama ada secara top-
down atau bottom-up dalam merealisasikan negara Malaysia yang unggul. (Amri
Baharuddin & Shamsul, 2019). Kepelbagaian rakyat Malaysia perlu dilihat sebagai aset
yang tidak sekadar berjaya memupuk kesepaduan sosialnya, malah menuju ke arah
integrasi. Integrasi hanya akan dapat terjelma apabila rakyat yang terdiri daripada pelbagai
etnik itu bersedia menerapkan unsur-unsur akomodasi, akulturasi hingga ke peringkat
asimilasi dalam kalangan mereka.

Persoalannya, apakah cabaran yang dihadapi dalam usaha membina integrasi


pelbagai etnik di negara ini? Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam
memupuk dan membina integrasi? Kerajaan menguatkan lagu usaha mengubah dari
pengasingan ke penyatuan. Justeru, demi membina kesejahteraan hidup rakyat Malaysia
kerajaan perlulah lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan rakyat
di negara ini. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan
satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya, agama,
sosial dan kawasan penempatan. Mereka dipupuk menerusi integrasi politik, ekonomi dan
sosial iaitu kepelbagaian agama. (David, M. K. & Dumanig, F. P., 2017).

Kesimpulannya, proses untuk mencapai sebuah masyarakat berintegrasi bukan


sesuatu yang mudah dan dapat dicapai dalam waktu yang singkat. Menurut Ismail Ibrahim
(2015), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik
boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah, iaitu segregasi
sehingga hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Hubungan yang lebih rapat antara
wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Hubungan ini seterusnya
mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman, serta mewujudkan
semangat perpaduan antara pelbagai etnik.

1
2.0 LANGKAH-LANGKAH MALAYSIA MEMUPUK HUBUNGAN ANTARA ETNIK

2.1 Aspek Ekonomi

Kemajuan ekonomi negara sangat penting dalam usaha merapatkan jurang


perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia
ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang banyak mengubah taraf hidup rakyat. Menurut Abd Muis & Mujibu
(2015), DEB merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang bermatlamat
menyusun ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Dasar ini
diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak setelah berlakunya rusuhan kaum
yang amat dasyat pada 13 Mei 1969. Beliau ingin mencapai perpaduan kaum
melalui perkembangan ekonomi. Melalui dasar ini, taraf hidup rakyat dapat
ditingkatkan terutamanya kepada golongan-golongan miskin tegar yang tinggal di
kawasan-kawasan luar bandar. Secara umumnya sasaran untuk mengurangkan
kemiskinan telah berjaya dicapai. Rujuk jadual di bawah:

PERKARA TAHUN 1970 TAHUN 1990

Kadar Kemiskinan 42.4% 17.1%

Purata Pendapatan RM172 sebulan RM 940 sebulan

Pemilikan Hak Milik Modal 2.4% 19.3%

Pemilikan Modal Kaum Cina 34.3% 46.8%

Jadual 1: Perubahan yang berlaku selepas Dasar DEB diperkenalkan.

Sumber Abd Muis & Mujibu (2015).

Berdasarkan Jadual 1 di atas, kadar kemiskinan penduduk Malaysia telah berjaya


diturunkan daripada 42.4 peratus pada tahun 1970 kepada 17.1 peratus pada tahun
1990. Pendapatan purata sebenar kaum bumiputera telah meningkat daripada
RM172 sebulan (1970) kepada RM940 sebulan (1990). Dari segi pemilikan hak milik
modal masyarakat bumiputera meningkat daripada 2.4 peratus (1970) kepada 12.5

2
peratus (1980) dan 19.3 peratus (1990). Pemilikan modal oleh kaum Cina telah
meningkat daripada 34.3 peratus (1970) kepada 46.8 peratus (1990).

Selain itu, impak positif daripada dasar ini ialah wujudnya semangat bertolak ansur
dalam kalangan masyarakat untuk berusaha membasmi kemiskinan. Kegiatan
ekonomi kini tidak lagi tertumpu kepada sesetengah kaum kerana setelah wujudnya
DEB, semua rakyat mendapat peluang pekerjaan yang sama. Kesamarataan ini
diutamakan oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan rasa tidak puas hati sesetengah
pihak. Sekiranya rakyat saling bantu-membantu dalam meningkatkan ekonomi
negara, maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti Malaysia mencapai status negara
maju. Menurut Aziz Ujang (2016), gagasan ini menyarankan agar pemimpin-
pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan
bertanggung jawab demi kepentingan rakyat.

Kesimpulannya, pada pandangan saya, usaha kerajaan untuk mencapai


perpaduan adalah dengan mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara etnik
dan antara wilayah serta mengurangkan pengenalan etnik berdasarkan kegiatan
ekonomi. Hal ini ditangani menerusi beberapa kaedah seperti meningkatkan taraf
ekonomi antara etnik dan wilayah tanpa merugikan mana-mana pihak. Penjelasan
sewajarnya perlu diberikan kepada semua pihak supaya sebarang salah tanggapan
dapat diperbetulkan dan perasaan tidak puas hati dapat dibendung. Usaha kerajaan
untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik dan
perbezaan wilayah juga perlulah mendapat sokongan daripada sektor swasta supaya
pengenalan etnik berdasarkan aktiviti ekonomi dapat dikurangkan.

3
2.2 Aspek Politik
Sebelum meletusnya peristiwa 13 Mei 1969, pihak kerajaan hanya memberikan
tumpuan pada usaha-usaha untuk pembangunan negara dari segi fizikal sehingga
tidak menyedari kekurangan yang masih wujud dalam kalangan masyarakat dan
setiap kaum masih lagi hidup terpisah antara satu sama lain tanpa adanya satu
ideologi kebangsaan yang boleh menyatu padukan mereka. Selepas peristiwa 13
Mei tersebut terjadi, kerajaan telah mula berusaha ke arah merangka dasar-dasar
pembangunan dan pendekatan yang boleh menghapuskan jurang perbezaan antara
kaum bagi meingkatkan perpaduan dalam kalangan penduduk Malaysia.
(Nurfatimah, 2019).

Oleh itu, dalam usaha untuk membina satu bangsa Malaysia yang
mempunyai ikatan perpaduan yang kuat di samping membangkitkan semangat
cintakan tanah air, ideologi negara yang di kenali sebagai rukun negara telah
diperkenalkan. Draf rukun negara telah dibincangkan dan dibuat pindaan beberapa
kali oleh Majlis Perundangan Negara, sebelum diluluskan oleh Majlis Gerakan
Negara dan kemudiannya diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 semasa ideologi
nasional Malaysia telah menggariskan lima prinsip utama, iaitu kepercayaan kepada
Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan
undang-undang dan akhir sekali kesopanan dan kesusilaan. (Asrizal, 2015).

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa rukun negara telah menjadi


rujukan dan garis panduan yang penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang
hendak dibuat oleh kerajaan. Pihak kerajaan telah menggunakan rukun negara
sebagai instrument bagi mengatasi garis pemisah antara etnik dalam membentuk
dan membimbing masyarakat Malaysia kearah mewujudkan perpaduan berdasarkan
hak, peranan, dan tanggungjawab yang digariskan dalam rukun negara yang perlu
dihormati oleh setiap rakyat.

Selain itu, antara usaha negara dalam memupuk perpaduan antara etnik di
Malaysia ialah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Perpaduan
diperkuatkan lagi apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mior (2017), falsafah pendidikan
negara yang didasari oleh Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan
rahman Talib 1960, dan Akta Pendidikan 1961 dengan jelas menyatakan bahawa
tujuan dasar pelajaran di Malaysia adalah berhasrat untuk menyatupadukan pelajar

4
yang berbilang kaum dan budaya dengan dasar mengamalkan penggunaan bahasa
kebangsaan yang sama iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar disetiap
negeri dapat memupuk perpaduan kaum.

Perkongsian bahasa yang satu di dalam dasar pendidikan negara telah


mewujudkan satu usaha dalam membentuk perpaduan dikalangan generasi muda
untuk saling lebih memahami. Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa
pengantar di sekolah menjadi medium dalam menyemarakkan lagi semangat
perpaduan dikalangan pelajar yang berbilang kaum. (Abdul Rahman et al., 2015).
Perpaduan yang dibentuk seawal zaman persekolahn rendah akan membawa
kepada perpaduan yang utuh apabila pelajar memasuki pusat-pusat pengajian tinggi.
Sekali gus mengutuhkan semangat saling berharmoni antara pelajar yang berbilang
kaum dan bangsa.

Kesimpulannya, bahasa Melayu dilihat sebagai bahasa yang mempunyai


penutur teramai dan mudah difahami sehingga dapat mengelakkan rasa prasangka
dalam kalangan masayarakat yang berbilang bangsa dan agama. Penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah menyemarakkan lagi
penggunaan bahasa tunggal dikalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Walaupun begitu, bahasa ibunda setiap kaum masih dijaga dengan toleransi bahasa
yang berlaku. Bahasa ibunda digunakan sebagai bahasa pertuturan harian.

5
2.3 Aspek Kepelbagaian Agama
Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin bahawa rakyat Malaysia bebas
menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing bertujuan
untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum. (Ku Hasnita,
2017). Walaupun agama Islam sebagai agama persekutuan namun agama-agama
lain dilindungi oleh perlembagaan. Pengembangan sesuatu agama dalam kalangan
penganut agama lain tertakluk kepada peruntukan dalam perlembagaan dan
undang-undang. Justeru, sebarang aktiviti keagamaan perlu dilakukan dengan
berhati-hati supaya tidak menyentuh sensitiviti penganut agama lain.

Sehubungan itu, pegangan agama mempunyai peranan yang penting dalam


membina masyarakat yang bersatu-padu dan bertamadun. Merujuk kepada prinsip
Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada tuhan, jelas menunjukkan
bahawa agama merupakan tunjang utama dalam membina jati diri manusia
seterusnya memantapkan perpaduan bagi mengukuhkan bangsa dan negara.
(Mazlan, 2018). Prinsip ini menjadi nadi pembinaan jati diri bagi masyarakat
Malaysia yang mana wajar dijadikan panduan dan pedoman oleh seluruh rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Konteks perhubungan masyarakat,
perpaduan, menghadapi pelbagai kes jenayah dan kekejaman, malah juga isu alam
sekitar dan pelbagai isu lain termasuk integriti dan akauntabiliti perlu ditekankan
kepada masyarakat negara ini khususnya para remaja yang merupakan pemimpin
masa hadapan. Pendakwah bebas Ebit Lew berkata dalam program motivasi diri:

“Mereka yang percaya kepada Tuhan, akan menjadikan Tuhan sebagai


pemantau diri yang mengawasi setiap tindakan yang dilakukan kerana
percaya kepada nilai dan kesan daripada apa yang dilakukannya.”
"Sebenarnya semua agama mengajar kebaikan dan menolak sama
sekali kebencian kepada orang lain. Tidak ada agama yang mengajar
kejahatan," ujarnya lagi.
(Ebit lew, 2019)

Tidak dinafikan bahawa fungsi agama dapat menyatukan perbezaan bangsa dan
turut meningkatkan semangat nasionalisma terhadap tanah air. Sikap hormat
menghormati yang disarankan oleh semua agama mampu meningkatkan lagi
persefahaman sesama manusia. Kesimpulannya, dengan mempraktikkan ajaran
agama yang betul akan membolehkan masyarakat hidup dengan aman dan
sejahtera. Apatah lagi dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini dengan
kepelbagaian adat dan budaya. Sikap bertolak ansur, berkasih sayang dan hormat

6
menghormati menjamin tindakan kita yang penuh beradab, dikasihi, dihormati dan
dicontohi.

3.0 PENUTUP
Intihannya, peranan kerajaan dalam memastikan perpaduan kaum kekal harmoni adalah
amat besar serta diiringi dengan pelbagai cabaran. Pihak kerajaan telah memberikan
sepenuhnya tenaga dan usaha bagi menyatupadukan rakyat majmuk di Malaysia. Usaha-
usaha ini diberikan dalam pelbagai kaedah bagi menjangkau rakyat. Perpaduan rakyat
merupakan antara cabaran paling penting bagi membangunkan negara ke arah yang lebih
maju. Aspek politik, ekonomi dan sosial adalah cabaran utama bagi meningkatkan sikap
bertoleransi dalam diri masyarakat. Rakyat yang hidup dalam keadaan yang harmoni dan
bersatu padu merupakan alat yang paling penting bagi menjamin kemerdekaan negara.

Selain itu, perpaduan juga mampu melahirkan sebuah negara yang membangun.
Impak positif perpaduan kaum jelas terpapar melalui kerhamonian dalam masyarakat,
peningkatan dalam prestasi pelancongan, kemajuan dalam ekonomi serta peningkatan imej
negara di serata dunia. Kesan-kesan positif inilah yang harus dicapai dan dikekalkan
supaya dapat menaikan semangat kekitaan dalam diri masyarakat di Malaysia.

You might also like