You are on page 1of 3

REFLEKSI

Berdasarkan pemerhatian dan proses refleksi bersama guru Pendidikan Kesihatan di


sekolah ini, saya mendapati bahawa P&P PK dijalankan mengikut sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Maka guru telah menggunakan
sukatan pelajaran PK untuk mengajar murid-murid. Dari aspek rancangan tahunan PJ di
sekolah ini, ia selaras dengan sukatan pelajaran yang telah dirancang oleh KPM. Segala topik
yang diajar adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran.
Semasa menjalani PBS, saya berkesempatan melihat proses P&P PK yang dijalankan
kepada kelas tahun dua. Unit pembelajaran yang diajarkan oleh guru ialah tunjang kesihatan.
Guru mengajar murid mengenai tajuk Kesihatan Diri & Keluarga. Guru yang mengajar kelas
tersebut ialah Cikgu Boo. Semasa beliau mengajar dihadapan saya dan rakan-rakan duduk
dibahagian belakang bilik darjah untuk memerhati langkah-langkah, strategi-strategi yang
dilakukan oleh guru.
Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati cara pengajaran beliau amat menarik.
Walaupun P&P Cikgu Lee hanya menggunakan kapur dan papan hitam, namun beliau berjaya
menarik minat murid untuk menumpukan perhatian terhadap P&P. Suara beliau yang kuat dan
jelas membolehkan murid-murid mendengar dengan baik. Murid-murid kelihatan ceria
sepanjang P&P beliau. Buktinya murid-murid bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam
setiap aktiviti kelas seperti menjawab pertanyaan guru apabila guru bertanyakan soalan.
Masing-masing berebut-rebut untuk ke hadapan kelas dan menjawab pertanyaan guru. Selain
daripada guru bertanyakan murid beberapa soalan berkaitan dengan topik yang diajarkan pada
hari tersebut, terdapat juga murid-murid yang rajin mengajukan soalan kepada guru apabila
mereka tidak memahami sesuatu perkara.
Berdasarkan pemerhatian terhadap sesi P&P PK yang saya ikuti, antara teknik yang
digunakan oleh guru kepada kelasnya ialah teknik arahan. Guru memberi arahan kepada murid
untuk mengeluarkan buku teks dan buku latihan serta meletakkannya di atas meja. Selain itu,
teknik penyelesaian masalah juga diterapkan dalam P&P PK tersebut. Sebagai contoh, guru
mengajukan pertanyaan kepada murid mengenai kesihatan diri dan keluarga. Murid-murid cuba
berfikir tentang peranan untuk menjadi kesihatan diri dan keluarga.

Tambahan lagi, guru juga menggunakan teknik pembelajaran koperatif iaitu murid
dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada ahli yang berbeza keupayaan ke arah
mencapai objektif dan matlamat pembelajaran yang sama. Buktinya, guru membahagikan murid
kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan diminta menyenaraikan makanan berkhasiat dan
makanan tidak berkhasiat. Murid-murid bekerjasama untuk mendapatkan jawapan bagi soalan
guru tersebut.
Ketika pemerhatian dijalankan, saya mendapati bahawa guru berjaya mengelolakan
kelas dengan baik. Pada permulaan sesi P&P, guru cuba untuk meransang murid untuk lebih
menumpukan kepada topik yang disampaikan. Sebagai contoh, ketika topik mengenali
kesihatan diri dan keluarga, guru menyuruh murid-murid tengok kuku mereka bersih atau kotor
serta pendek atau panjang. Ini menunjukkan bahawa guru telah memberikan arahan dengan
baik dan mampu dilakukan oleh murid. Selain itu, kawalan kelas adalah baik. Sewaktu guru
memberikan penerangan di hadapan kelas, murid memberikan perhatian kepada guru. Cuma
terdapat beberapa murid yang mengambil peluang ke bahagian belakang kelas untuk
mengasah pensil. Perlakuan murid tersebut segera ditegur oleh guru. Pada sesi akhir P&P, guru
cuba meransang murid untuk mengingati topik yang diajarkan pada hari tersebut dengan
menggunakan set induksi yang menarik. Sebagai contoh, guru menggunakan BBM berbentuk
slide multimedia berkaitan topik yang diajar. Selain itu, guru meransang murid dengan nyanyian
lagu. Murid-murid kelihatan terhibur dan apabila guru mengajukan soalan berkaitan topik yang
diajar, murid dapat menjawab dengan baik. Ia menunjukkan murid memahami topik yang
diajarkan pada hari tersebut.
Masalah agak serius iaitu tiada P&P PK diajarkan kepada murid tahun enam sekolah ini.
Waktu P&P PK bagi murid tahun enam di sekolah ini digantikan dengan P&P subjek
peperiksaan. Masalah ini bukanlah berpunca daripada guru PJ di sekolah ini, tetapi ia
merupakan arahan daripada pihak pentadbiran sekolah. Maka guru PJ tidak dapat berbuat apaapa dan terpaksa akur dengan kehendak pihak pentadbiran sekolah.
Secara keseluruhannya, selama lima hari saya menjalani Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di SJK(C) Hwa Nan, saya mendapati bahawa sesi P&P Pendidikan Kesihatan
(PK) di sekolah ini berjalan dengan baik secara amnya. Namun, bagi meningkatkan
keberkesanan dalam sesi P&P PK, guru bolehlah mengambil beberapa inisiatif untuk menarik
minat murid-murid menumpukan perhatian kepada isi pembelajaran seterusnya memahami dan
mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka. Antara

inisiatif yang boleh diambil oleh guru ialah guru bolehlah menggunakan set induksi yang lebih
baik agar murid teransang untuk menumpukan perhatian terhadap sesi P&P. Bahan Bantu
Mengajar (BBM) yang mantap juga dapat membantu dalam usaha menarik minat murid kerana
dengan BBM yang menarik, ia bukan sahaja dapat meningkatkan minat murid bahkan dapat
memastikan isi pembelajaran yang disampaikan diingati oleh murid-murid.
Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang kami peroleh semasa menjalani PBS
di sekolah tersebut. Sebelum pulang, kami berjumpa dengan pihak pentadbiran untuk
mengucapkan terima kasih atas segala maklumat, pengalaman dan bantuan yang telah
diberikan. Berdasarkan pendapat peribadi saya, SJK(C) Hwa Nan telah banyak mengalami
proses transformasi baik dari segi pengurusan, pentadbiran, guru-guru dan seterusnya muridmurid. Banyak penambahbaikan yang dilakukan oleh guru besar dalam memastikan sekolah
tersebut mencapai visi dan misi yang telah termaktub dalam perlembagaan sekolah.

You might also like