You are on page 1of 2

Pentadbiran

PENTADBIRAN PENGAKAP
Dalam Pergerakan Pengakap ada lima jenis pasukan utama. Tiap-tiap jenis dibahagikan mengikut
umur ahli-ahli Pengakap yang melibatkan diri.
1. Pengakap Kanak-Kanak ( 8-121/2 tahun )
Dahulu dikenali sebagai Anak Serigala
Ahli-ahli terdiri dari sekolah rendah
Cogankata Buat Habis Baik
2. Pengakap Muda (121/2 151/2 tahun )
Ahli-ahli terdiri dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Rendah iaitu dari tingkatan satu
hingga tingkatan tiga.
Cogankata Selalu Sedia
3. Pengakap Remaja (151/2 181/2 tahun )
Ahli-ahli dari pelajar-pelajar tingkatan empat, lima dan enam.
Cogankata Pandang Luas
4. Pengakap Kelana ( 181/2 40 tahun )
Ahli-ahli terdiri dari belia-belia lepasan sekolah terutama pelajar-pelajar maktab dan
universiti.
Cogankata Berkhidmat Selalu
5. Pengakap Raja
Persatuan Pengakap Raja Malaysia (PPRM) dianggotai oleh ahli-ahli Pengakap Raja.
Untuk menjadi ahli seseorang itu perlu lulus ujian khas dan telah menerima anugerah ( sijil
& lencana ) dari DYMM Raja Negeri atau DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Pentadbiran

Penubuhan Pasukan Pengakap Di Sekolah

1. Minima ahli ialah 6 orang ( Kumpulan 6 Sekawan ).


2. Sebaik-baiknya 36 orang iaitu satu Pasukan atau Troop terdiri dari 6 sekawan.
3. Jika lebih dari 36 orang perlu dipecah kepada dua pasukan.
4. Pasukan Pengakap perlu ditadbir oleh Jawatankuasa Kerja Kumpulan yang terdiri dari: Pengerusi ..Guru Besar/Pengajur Sekolah
Setiausaha..Guru Pengakap
Bendahari...Guru/Wakil PIBG
4 orang atau lebih jawatankuasa ..Guru/PIBG/Perseorangan
5.Tugas & Tanggungjawab Jawatankuasa Kerja Kumpulan: Bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Negeri dan Negara MajlisMajlis Pengakap.
Merancang dan melaksanakan program aktiviti pasukannya.

You might also like