You are on page 1of 2

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Yang dihormati
para hakim yang adil lagi bijaksana. Pertandingan ikon kerjaya peringkat Sekolah Kebangsaan
Dato’ Ishak 2023, nama saya Zulhazim Zulhafiez dari 5 Bestari. Berdirinya saya disini adalah
untuk membuat kupasan mengenai kerjaya pilihan saya iaitu tentera laut.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


Tentera laut merupakan kerjaya yang sangat diminati oleh ramai remaja masa kini. Bagi
yang menyukai kerjaya yang mencabar, berani dan lasak, kerjaya tentera laut adalah pilihan
yang tepat. Kerjaya tentera laut pada amnya dilihat berbahaya tetapi mulia di sisi agama,
bangsa dan negara.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM,
merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang
bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan
TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, merangkumi kawasan pesisiran dan zon ekonomi
eksklusif milik negara. TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut
utama negara seperti Selat Melaka dan Selat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan
negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly.
Kehadiran TLDM dapat dilihat di peringkat antarabangsa dalam operasi konvoi yang berterusan
di Teluk Aden.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


Laluan kerjaya bagi seorang anggota tentera laut terbahagi kepada tiga iaitu Pasukan
Simpanan Sukarela TLDM, Perajurit TLDM dan Pegawai TLDM. Pilihan laluan kerjaya saya
tentunya Pegawai TLDM. Kelayakan Pegawai TLDM dipilih daripada Pegawai Skim Kadet
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia atau Pegawai Skim Graduan.
Syarat – syarat akademik bagi kelayakan Pegawai Skim Kadet Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia ialah lulus peperiksaan percubaan SPM dengan gred A bagi Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik. Saya juga perlu mendapat gred A dalam mana – mana dua
subjek samada Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan lain – lain. Manakala syarat –
syarat akademik bagi Pegawai Skim Graduan pula ialah mendapat kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf, memiliki Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bidang kejuruteraan, sains
komputer, senibina, ekonomi, teknologi maklumat dan lain – lain.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Bagi syarat kesihatan fizikal kedua – dua skim ialah saya perlu sihat tubuh badan serta
tidak cacat anggota. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta
lekap dan tidak rabun warna. Fizikal tubuh badan bagi lelaki perlulah mencapai ketinggian
minimum 1.62m, berat minimum 47.5kg, Body Mass Index 18.0 dan ukuran dada minimum
76sm. Manakala fizikal tubuh badan bagi perempuan pula perlulah mencapai ketinggian
minimum 1.57m, berat minimum 45kg, Body Mass Index 18.0.
Gaji permulaan bagi Skim Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ialah
RM 1104.00. Manakala gaji permulaan bagi Pegawai Kadet Skim Graduan iaitu Leftenan Muda
ialah RM2122.00.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


Sumber aspirasi saya di dalam pilihan kerjaya saya ini ialah bapa saya sendiri, Laskar
Kanan TLDM Zulhafiez Zainuddin, bapa saudara saya Mejar TUDM Zulhelmi Zainuddin, emak
saudara saya Mejar TDM Salmie Azuewa Zainuddin dan datuk2 saya masing – masing di dalam
tentera darat dan tentera laut.
Akhir kalam, saya berharap dapat mencapai cita-cita saya ini. Saya akan berdoa dan
berusaha bersungguh – sungguh. Akhir sekali, terimalah serangkap pantun daripada saya ini
sebagai penutup bicara :
Itik sekawan di dalam reban,
Riuh pagi diumpan seluang,
Adat pahlawan rela berkorban,
Pantang undur sebelum berjuang.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like