You are on page 1of 6

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM MALAYSIA MADANI.

Yang Berusaha,
Saudara / Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Bahagian IPD Jempol,

Ketua-Ketua Polis Balai IPD Jempol,

Seterusnya Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin yang


dihormati sekalian,

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.

Sebagai pembuka kata, saya amat berbesar hati dan bersyukur kita diberi kekuatan
dan keizinan untuk bersama-sama hadir pada pagi yang penuh bermakna ini untuk
meneruskan agenda Polis Daerah Jempol sempena Perhimpunan Bulanan Ketua
Polis Daerah Jempol bagi Bulan Oktober 2023. Ribuan terima kasih kepada
Jawatankuasa Kerja yang berusaha keras untuk menjayakan majlis kita pada pagi
ini.
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Marilah kita bersama-sama melangkah dan meneruskan Misi dan Visi pasukan ke
arah mewujudkan negara yang lebih selamat dan aman. Sebagai sebuah organisasi
penguatkuasa utama negara, kita perlu memperbaharui dan memperteguhkan ikrar
taat setia dan bakti kita kepada Raja dan Negara.

Adalah menjadi hasrat saya agar, Polis Daerah Jempol sentiasa maju ke hadapan
dalam apa jua yang kita lakukan sebagai sebuah pasukan keselamatan yang
sentiasa unggul serta berperanan menjaga ketenteraman dan kesejahteraan
masyarakat di negeri ini.
Baru-baru ini, YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin bin Husain telah
mengeluarkan satu arahan di E-Siar bertarikh 26 Ogos 2023 berkenaan “Total
Enforcement” Ke Atas Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan & Tatatertib) . Arahan ini dikeluarkan kerana isu Integriti dan disiplin
warga PDRM yang terlibat dalam aktiviti jenayah, penyalahgunaan dadah,
salahlaku rasuah dan sebagainya sememangnya menjejaskan penyampaian
perkhidmatan yang merupakan “Core Business” PDRM sepertimana yang telah
digariskan dibawah Seksyen 3 Akta Polis 1967.

Dua fokus utama Ketua Polis Negara adalah perkhidmatan bertunjangkan integriti
dan tatakelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah
kesejahteraan masyarakat yang perlu diteruskan sebagai hala tuju PDRM.
1. Perkhidmatan dalam PDRM bertunjangkan prinsip Integriti dan Sistem
Peyampaian (Service delivery) yang baik.

1.1 Semua Pegawai / anggota perlu menutup ruang-ruang rasuah dan juga
mengelakkan dari salahguna kuasa dan penyelewengan.

1.2. Pegawai dan anggota PDRM perlu sentiasa fokus dan menekankan aspek
disiplin serta menjauhi perbuatan salah laku yang boleh menjejaskan imej
pasukan.

2. Perkhidmatan PDRM dalam mendukung dasar kerajaan kearah kesejahteraan


masyarakat.

2.1 Tan Sri IGP menyatakan bahawa PDRM perlu melihat semula apa peranan /
tujuan utama PDRM terhadap masyarakat.
2.2 Rakyat yang membayar cukai mempunyai hak untuk mendapat perkhidmatan
yang baik dari PDRM.

2.3 Tan Sri IGP menyatakan bahawa perlunya keharmonian dan perlunya
pengharmonian dalam organisasi. Sebagai contoh perlunya ada pengharmonian
dari pihak atasan ke bawah dan dari pihak bawahan ke atas. Pengharmonian ini
perlu dan ia melibatkan semua dari IG/DIG/ Pengarah/KP/KJ/KPD/
Pegawai/Anggota.

Dalam usaha untuk mengorak langkah ke hadapan bagi memantapkan lagi sistem
perkhidmatan kita, saya ingin menyeru seluruh warga kerja Polis Daerah Jempol
untuk mendukung dan menghayati (2) Fokus Utama Ketua Polis Negara itu
sebentar tadi.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin yang dihormati sekalian.
Melalui kawalan dan pengawasan tatatertib sepertimana yang telah digariskan di
bawah Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib)
1993 perlu diperkasakan secara menyeluruh dan memastikan semua anggota
dibawah diselia tanpa sebarang Cover Up, Kronisme, Pilih Kasih dan Nepotisme
dan sebagainya.

Pendekatan yang lebih agresif perlu dilaksanakan secara menyeluruh (total


enforcement) ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan. Meskipun
begitu, elemen penugasan yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan
seharusnya diberi keutamaan seperti:-
1. Penyampaian Perkhidmatan – seperti penugasan MPV, URB, Kaunter
Aduan,dan sebagainya.
2. Pengurusan Siasatan – seperti pengurusan siasatan dan pengendalian barang
kes, pemakluman tangkapan dan sebagainya.

You might also like