You are on page 1of 20

TEKS UCAPAN

YDH DEPUTI KOMISIONER POLIS


DATUK GOH BOON KENG

SEMPENA SERAH TERIMA TUGAS


JAWATAN TIMBALAN KETUA POLIS PERAK

PADA : 20 November 2020 (Jumaat)


MASA : 09.50 pagi
TEMPAT : Mes Pegawai Kanan
PDRM Kontinjen Perak
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera (.)

Yang Berusaha Saudara/Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati
CP Dato’ Zaini bin Jass
Komisioner Polis Pentadbiran
Jabatan Pengurusan PDRM dan isteri
Yang Berbahagia Datin Hairiah binti Hj. Mohd Tahir
Ketua Urusetia PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM

2
Yang Berbahagia
Datin Loh Tip lai
Bekas Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak

Yang Dihormati
SAC Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai
Pemangku Timbalan Ketua Polis Perak dan isteri
Yang Berbahagia Datin Rosiah Timah binti Jamiyor
Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak

3
Yang Dihormati
SAC Anuar bin Othman
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Kontinjen Perak
dan isteri Yang Berbahagia Puan Zalehah binti Alang
Mat Shah

Yang Dihormati
SAC Suresh Kumar A/L G. Suppiah
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti PDRM Kontinjen Perak dan isteri Yang
Berbahagia Puan Shailaja A/P Krishnan Kutti
4
Ketua-Ketua Jabatan PDRM Kontinjen Perak dan Isteri,
Ketua-Ketua Formasi, Ketua-Ketua Polis Daerah,
Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis,
Pegawai-pegawai Awam, Rakan-rakan Media seterusnya
Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan, kerana atas limpah,


kurnianya dapat kita berkumpul pada pagi yang sangat
bermakna pada diri saya ini, iaitu bersempena Majlis
Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Perak di
antara saya dengan Yang Dihormati SAC Dato’
Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai.
5
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Yang Dihormati Komisioner Polis Dato’ Zaini
bin Jass, Komisioner Polis Pentadbiran, Jabatan
Pengurusan PDRM yang sudi hadir bersama-sama
seterusnya menjadi saksi kepada detik yang bersejarah
ini.

Saya juga amat berbesar hati dan bangga atas kehadiran


Dato-Dato, Tuan-Tuan, Puan-Puan Warga PDRM Perak
ke majlis ini.

6
Sesungguhnya kehadiran Dato-Dato, Tuan-Tuan, Puan-
Puan mencerminkan sokongan anda kepada saya selaku
Timbalan Ketua Polis Perak sehingga ke hari ini.

Syabas dan tahniah juga kepada seluruh ahli


jawatankuasa atas dedikasi dan komitmen yang
dipamerkan dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

Hadirin yang saya hormati dan kasihi sekalian,

7
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi
penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Warga
PDRM Kontinjen Perak yang telah memberikan komitmen
tinggi dan kerjasama padu dalam penugasan tahun 2020
ini. Tahun ini merupakan sejarah baru bagi kita semua
kerana pandemik COVID-19 yang melanda.

Syukur, walaupun diuji dengan pelbagai ujian, kita semua


tetap bersemangat dalam menunaikan tanggungjawab
demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

8
Hari ini genaplah perkhidmatan saya selama 33 tahun 8
bulan di dalam PDRM. Hari ini juga, genap 8 bulan 23 hari
saya diamanahkan oleh pucuk pimpinan pasukan untuk
menjadi Timbalan Ketua Polis Perak. Ini merupakan
jawatan yang terakhir saya, sebelum saya menamatkan
perkhidmatan saya dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Secara peribadi, saya amat bersyukur dan tidak


menyangka dapat menamatkan perkhidmatan di dalam
PDRM dengan pangkat Deputi Komisioner Polis pada hari
ini.
9
Sesungguhnya saya amat terhutang budi kepada pihak
kerajaan serta pucuk pimpinan di atas kepercayaan yang
diberikan kepada saya selama ini serta secara tidak
langsung memberikan peluang kepada saya untuk
menjadi insan yang berguna serta berbakti kepada
masyarakat dan negara.

Melalui pasukan keramat ini juga, saya telah dilatih


menjadi seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab,
melakukan kerja dengan sistematik serta mengamalkan
semangat kerja berpasukan (Esprit De Corps).
10
Secara keseluruhannya juga, sepanjang saya berkhidmat
di Kontinjen Perak ini, saya berasa amat berpuas hati
dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua
Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah,
Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan
Pegawai Awam PDRM Perak.

Pada masa yang sama, jawatan Timbalan Ketua Polis


Perak ini akan dipangku oleh Yang Dihormati SAC Dato’
Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai.

11
Tahniah dan syabas kepada Yang Dihormati Dato’
Pahlawan Hj Mazlan di atas perlantikan tersebut. Dengan
kepercayaan dan amanah yang telah diberikan oleh
pucuk pimpinan, saya percaya Yang Dihormati Dato’
Pahlawan Hj Mazlan mampu untuk mengorak langkah ke
arah kecermerlangan perkhidmatan seterusnya mencapai
Visi serta Misi PDRM Perak khususnya juga organisasi
PDRM secara keseluruhannya.

Hadirin yang saya hormati dan kasihi sekalian,

12
Secara keseluruhannya, kadar jenayah indeks Negeri
Perak bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020 telah
menunjukkan penurunan berbanding tempoh yang
sama tahun 2019.

Bagi tempoh Januari – Oktober 2020, jumlah Jenayah


Indeks yang dicatatkan adalah sebanyak 2,834 kes
berbanding 4,129 kes bagi tempoh sama Januari –
Oktober 2019. Ini menunjukkan penurunan sebanyak
1,295 kes @ - 31.4 %.

13
Jumlah Jenayah Kekerasan telah mencatatkan
sebanyak 670 kes berbanding 941 kes bagi tempoh
yang sama Januari – Oktober 2019 iaitu penurunan
sebanyak 271 kes atau -28.8 %.

Manakala, Jenayah Harta Benda telah mencatatkan


sebanyak 2,164 kes berbanding 3,188 kes bagi tempoh
yang sama Januari – Oktober 2019 dan menurun
sebanyak 1,024 kes atau -32.1 %.

14
Pada masa yang sama, PDRM Perak melalui Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik juga turut memainkan peranan
utama untuk pembanterasan penyalahgunaan dadah.

Sepanjang tahun ini, sebanyak 10 operasi telah


dilakukan dengan kejayaan tangkapan keseluruhan
sebanyak 9,214 orang. Daripada jumlah tersebut, 1,999
orang telah diambil tindakan di bawah ADB 1952
(bekalan), 7,072 orang telah diambil tindakan di bawah
ADB 1952 (memiliki) dan Akta Racun 1960 dan 143
orang telah ditangkap di bawah ADB (LLPK) 1985.
15
Bagi prestasi yang ditunjukkan oleh Jabatan Siasatan
Jenayah Komersil PDRM Kontinjen Perak pula,
penyelesaian sebanyak 1,371 kes telah dicatatkan
bermula Januari hingga Oktober tahun ini, dengan
peningkatan penyelesaian sebanyak 55 kes berbanding
tempoh yang sama pada tahun lalu.

Bermula dari 18 Mac 2020 yang lalu sehingga 18


November 2020, sebanyak 2,282 orang tangkapan
melibatkan 1,907 Warga Negara Malaysia dan 375
orang Bukan Warga Negara telah dilakukan.
16
Manakala, sebanyak 4,205 kompaun telah dikeluarkan
kepada orang ramai yang melanggar Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang ditetapkan.

Daripada keseluruhan tindakan yang dilakukan terhadap


penguatkuasaan ini, kita merupakan Kontinjen yang
konsisten dalam melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan yang dikeluarkan. Tahniah dan syabas
kepada semua warga PDRM Kontinjen Perak di atas
kejayaan-kejayaan tersebut.

17
Saya percaya bahawa Warga Kontinjen Perak akan
berusaha dengan lebih gigih dan akan mencapai
kejayaan yang lebih baik lagi pada tahun-tahun yang akan
datang.

Dengan barisan kepimpinan yang baharu serta


penambahbaikan pengurusan dan logistik, Kontinjen
Perak mampu mencapai kejayaan yang lebih baik di
masa akan datang.

Hadirin yang saya hormati dan kasihi sekalian,


18
Tidak lupa juga, saya dan isteri ingin mengucapkan
tahniah dan syabas kepada Yang Berbahagia Datin
Rosiah Timah binti Jamiyor di atas perlantikan sebagai
Pemangku Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak.

Saya bagi pihak isteri turut mengucapkan ribuan terima


kasih atas sokongan ahli-ahli PERKEP selama beliau
menjadi Naib Pengerusi dan Pemangku Pengerusi
PERKEP Kontinjen Perak. Segala jasa dan budi baik ahli-
ahli PERKEP sekalian akan sentiasa dikenang dan
tersemat didalam hati kami.
19
Maafkanlah kami sekiranya terdapat apa-apa
keterlanjuran baik dari segi perbuatan mahupun tutur
kata. Sesungguhnya segala apa yang dilakukan adalah
semata-mata atas pelaksanaan tugas dan tanggungjawab
saya dan isteri.

Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan hadirin sekelian


dan sekiranya dipanjangkan usia, kita akan bertemu
kembali.

Sekian, Terima Kasih(.)


20

You might also like