You are on page 1of 8

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 PASUKAN.

Yang Berusaha,
Saudara/Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati,
Deputi Komisioner Polis
Ahmad Dzaffir bin Mohd Yussof
Ketua Polis Negeri Sembilan

Yang Dihormati,
Senior Assistant Komisioner Polis
Abd. Khalid bin Othman
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Jabatan
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan

Yang Dihormati,
Deputi Superintenden Polis
Mohd Hafiz Bin Muhammad Noor
Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol

Barisan Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai. Seterusnya semua


Pegawai Kanan, Anggota serta Pegawai Awam yang dikasihi
sekelian.

YDH Tuan,

1
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini, mewakili seluruh
warga PDRM IPD Jempol mengalu-alukan kehadiran YDH Tuan
dan juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta
ucapan terima kasih kepada YDH Tuan selaku Ketua Polis Negeri
Sembilan kerana meluangkan masa hadir membuat lawatan kerja
ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol. Sesungguhnya kehadiran
YDH Tuan ke IPD Jempol membuktikan keperihatinan YDH Tuan
kepada warga IPD Jempol ini.

YDH Tuan,

Untuk makluman YDH Tuan, IPD Jempol mula diwujudkan pada


1 Januari 1980 di Bahau, Negeri Sembilan. Kemudian dibina
sebuah bangunan baru di Bandar Seri Jempol untuk dijadikan
Ibupejabat Polis Daerah pada 27 Mac 2006 dan mula beroperasi
pada 9 Mac 2010. Ia terletak di bahagian timur Negeri Sembilan,
bersempadanan dengan negeri Pahang di sebelah utara, Johor
disebelah tenggara, Jelebu dan Kuala Pilah di barat manakala
Tampin di sebelah selatan. 80% kawasan di bawah pentadbiran
IPD Jempol merupakan sektor komoditi pertanian dan
perladangan. Jumlah penduduk adalah seramai 170,785 ribu orang
yang mana 66% daripadanya adalah Melayu, 17.9% Cina, 12.2%
India dan lain-lain seramai 4.2%. Terdapat dua penempatan utama
iaitu Bandar Baru Seri Jempol yang merupakan pusat pentadbiran
2
daerah dan Bandar Bahau dimana ia menempatkan pusat
perniagaan dan pusat perindustrian kecil.

YDH Tuan

Izinkan saya untuk memberikan sedikit taklimat berkenaan


penugasan PDRM semasa proses pilihanraya umum ke 15 yang
akan dijalankan tidak lama lagi.

Seperti mana yang YDH Tuan telah ketahui, dibawah pentadbiran


IPD Jempol mempunyai 5 buah balai utama dan 9 pondok Polis.
Dibawah urusetia pilihanraya IPD Jempol, ia dipengerusikan oleh
saya sendiri bersama DSP Mohamad Hafiz bin Muhammad Nor,
Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol selaku Timbalan Pengerusi,
Insp Mohd Khairol bin Miron selaku urusetia dan ahli-ahli tetap
terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Polis
Balai. Kekuatan PDRM IPD Jempol adalah seramai 414 orang
kekuatan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Pangkat serta
Pegawai Awam.

Bagi Full Manning, ia akan berkuatkuasa apabila terima arahan


dari Bukit Aman yang akan dibahagikan kepada 4 kumpulan
diketuai seorang pegawai berpangkat ASP selaku Timbalan
Pengawal dan dibantu oleh seorang pegawai berpangkat Inspektor.
3
Jumlah kekuatan penugasan pada Hari Penamaan Calon adalah
seramai 234 orang iaitu sebanyak 56.5% dari kekuatan asal IPD
Jempol. Kesemua petugas tersebut akan diberikan penugasan
seperti Jaga Aman, Team Flushing, Team Cantas, Kawalan Lalu
Lintas, dan LSF.

Bagi penugasan semasa Hari Berkempen, seramai 175 Pegawai


dan Anggota Polis akan digerakkan dimana tugasan yang akan
dilaksanakan adalah Full Manning, PPKPR, Permit/Ceramah,
Team Perakam, Liputan Ceramah, MPV, Cantas Balai, Team
Cantas IPD & IPK, Trafik, Team Siasatan PRU, Pegawai Zon dan
LSF. Bagi penugasan Undi Awal, seramai 42 kekuatan PDRM
Jempol akan digunakan untuk tugasan Full Manning, SB CC,
LO/PYD, Penyelia Saluran, Anggota Saluran dan penjaga pagar.

Semasa Hari Mengundi, seramai 510 Pegawai Kanan Polis dan


Anggota Polis IPD Jempol akan digerakkan iaitu bagi penugasan
menjaga Tempat Mengundi, Kepimpinan Tertinggi dan Urusetia
serta Tugas Hakiki. Bagi pecahan penugasan di Tempat Mengundi
seramai 325 akan digunakan iaitu penyelia tempat mengundi,
penjaga saluran, penjaga pagar pusat mengundi dan di pusat
penjumlahan undi. Bagi tugasan urusetia seramai 135 Pegawai
Kanan Polis dan Anggota Polis IPD Jempol terlibat dalam
penugasan antaranya Kepimpinan Tertinggi, Pegawai Zon, Team

4
Siasatan PRU, Team Perakam, Task Force, PYB, PPKPR,
Eskot/Trafik, Cawangan Khas, Team Kebajikan, LSF, Full
Manning dan MPV. Manakala bagi tugasan Hakiki, seramai 50
orang akan digunakan iaitu bagi Tugas Pejabat, Kaunter Aduan,
Lokap, Pos Pengawal, Persenjataan, Gerakan CCC,DCC, Operasi
Dalaman dan Kontinjensi.

Jumlah kekuatan IPD Jempol adalah seramai 414 orang dimana


setelah ditolak untuk tugasan hakiki dan urusetia, jumlah sebenar
adalah seramai 229 orang sahaja. Berdasarkan jumlah tempat
mengundi yang telah dikenalpasti, kita kekurangan kekuatan 90
orang bagi penugasan tersebut dan bantuan sumber manusia telah
dipohon bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Bagi parlimen Jempol, terdapat 4 DUN iaitu Serting, Palong,


Jeram Padang, dan Bahau. Di DUN N05 Serting terdapat sebanyak
15 pusat mengundi dan 55 saluran dengan jumlah pemilih seramai
29957. DUN N06 Palong terdapat sebanyak 10 pusat mengundi
dan 43 saluran dengan jumlah pemilih seramai 23545. Bagi DUN
07 Jeram Padang terdapat sebanyak 10 pusat mengundi dan 30
saluran dengan jumlah pemilih seramai 16257. Manakala di DUN
N08 Bahau terdapat sebanyak 11 pusat mengundi dan 45 saluran
melibatkan seramai 25650 pemilih. Dibawah pentadbiran IPD
Jempol juga terdapat kawasan parlimen Jelebu iaitu DUN N03 Sg

5
Lui yang mana mempunyai 11 pusat mengundi dan 35 saluran
dengan jumlah pemilih seramai 18315 orang.

Bagi menghadapi bencana banjir, IPD Jempol telah membuat


persediaan dan perancangan awal bagi menanggani perkara
tersebut. Berbekalkan kekuatan seramai 55 orang pegawai dan
anggota, mereka ini akan menjalankan tugas pemantauan dan
penyelamat sekiranya perlu.

Dari segi logistik, antara aset-aset yang akan digunakan 1 buah bot
lengkap enjin, 39 buah motokar, 12 jaket penyelamat, 3 buah lori,
4 unit 4x4 Land Rover, 2 buah van dan 1 genset. Disamping itu
juga, PDRM Jempol juga dibantu oleh seramai 187 pegawai dan
anggota dari lain-lain agensi iaitu dari ATM, APM, MPJL, KKM,
JKM, RELA, PDTJ, JBPM, JKR dan JPS. Terdapat 3 jenis bot
yang digunakan semasa Op Banjir iaitu Bot PDRM, Bot Bomba
dan Bot JPAM.

Terdapat 2 buah stesen aras air di Daerah Jempol. Amaran banjir


ini akan diaktifkan melalui BUNYI AMARAN SIREN Kepada
Ahli Jawatankuasa dan penduduk kampung dimana lokasi sistem
amaran bertempat di Sungai Serting, di Serting Ulu dan Sungai
Muar, Pekan Rompin. Ia akan dinilai melalui bacaan paras biasa,

6
paras amaran pertama, paras amaran kedua dan paras amaran
ketiga.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, antara jangkaan


kawasan yang terawal dinaiki air adalah di Sungai Bahau
melibatkan Taman Bahau, Taman Jaya, Taman Batu Bakar, Rumah
Murah Bahau. Di Sungai Jempol iaitu Pekan Batu Kikir, Kg
Lonek, Kg Batu Kikir. Di Sungai Serting melibatkan Kg Air
Hitam, Felda Lui Timur, Kg Jawa, Kg Dusat, Serting Hulu, Kg
Serting Hulu, Kg Bong, Kg Dato Johan, Kg Jawa, Kg Air
Songsang dan Sungai Muar melibatkan Kg Jambu Lapan, Kg
Jeram Panjang, Palong 1, Pekan Rompin, Kg Pekan Jelai.

Diantara senarai lokasi yang telah dikenalpasti berlaku bencana


banjir berdasarkan bencana banjir tahun 2022 iaitu dibawah
pentadbiran Balai Bahau melibatkan mangsa seramai 130 orang
dan Balai Polis Ladang Geddes melibatkan mangsa seramai 102.
Di bawah Balai Polis Air Hitam, seramai 7 orang mangsa
diselamatkan manakala di Balai Polis Batu Kikir seramai 5 orang
mangsa. Akhir sekali di Balai Polis Rompin dengan jumlah
mangsa tertinggi seramai 147 orang. Kesemua mangsa-mangsa
telah dipindahkan ke PPS berdekatan yang dibuka bagi membantu
mereka meneruskan kehidupan dengan pelbagai bantuan diberikan
dari kerajaan negeri dan persekutuan. Dalam tempoh tersebut,

7
sebanyak 26 buah PPS telah dibuka yang boleh menampung
mangsa sehingga 11280 orang. Lokasi pendaratan helikopter juga
telah dikenalpasti iaitu di Hospital Jempol, Sek Keb Bandar Baru
Serting, IPD Jempol serta Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Mahsan.

YDH Tuan,

Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Dihormati DCP Ahmad Dzaffir bin Mohd Yussof, Ketua Polis
Negeri Sembilan, dan Senior Assistant Komisioner Polis Abd.
Khalid bin Othman, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan
kerana sudi meluangkan masa hadir membuat lawatan kerja ke IPD
Jempol pada hari ini.

Sekian, Terima Kasih.

You might also like