You are on page 1of 6

KETIBAAN TETAMU

Mengumumkan ketibaan YDH ACP Zakaria bin


Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul dengan diiringi
oleh ASP Zulkifli bin Mohd Yasin, Pegawai
Penyelaras NKRA IPD Sentul.

KATA ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara.
Yang Dihormati, ACP Zakaria bin Pagan, Ketua
Polis Daerah Sentul
Yang Berusaha, ASP Zulkifli bin Mohd Yasin,
Pegawai Penyelaras NKRA IPD Sentul dan sekarang
ini sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD
Wangsa Maju
Yang Berusaha Inspektor Mohd Aswad Bin Mohd
Said Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Daerah
Sentul.
Yang Berusaha : -Tuan-tuan Ketua Bahagian
-Ketua-ketua Cawangan
-Ketua-ketua Polis Balai
-Tuan-tuan Pegawai Kanan Polis
-Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri.
Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur,
kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita dapat,
bersama-sama berhimpun untuk menjayakan majlis

ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada YDH ACP
Zakaria bin Pagan dan tuan-tuan kerana dapat
meluangkan masa ke majlis kami pada petang ini.
BACAAN DOA

Hadirin yang dihormati,


Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah
sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan
Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Ustaz Mohamad Syakir bin Azmi
tampil seketika untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz


Mohamad Syakir bin Azmi atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN PENGERUSI
MAJLIS

Hadirin yang saya hormati, sebelum saya meneruskan


majlis pada petang ini, saya ingin mengimbau
kembali,tentang sejarah penubuhan NKRA ini yang
mana ia ditubuhkan pada 27 JULAI 2009 sebaik sahaja
Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib bin Tun
Abdul Razak mengambil tampuk pemerintahan Negara
daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai
Perdana Menteri Malaysia dan dilaksanakan secara
rasmi pada 1 Ogos 2009. NKRA dalam bahasa
Inggerisnya ialah NATIONAL KEY RESULT AREA
ataupun dalam bahasa Melayunya BIDANG
KEBERHASILAN UTAMA NEGARA.
NKRA ini ditubuhkan di semua agensi kerajaan yang
terdapat di Malaysia, bertujuan sebagai KPI tiap-tiap
agensi kerajaan. Bagi PDRM, telah ditugaskan untuk
melaksanakan pencegahan jenayah yang berlaku

supaya indeks kadar jenayah jalanan dapat diturunkan


dan sasaran awalnya ialah untuk mengurangkan 20 %
jenayah jalanan iaitu jenayah ragut dan jenayah samun
jalanan menjelang penghujung tahun 2010
Maka dengan itu, beberapa kawasan panas di IPD
Sentul telah dikenal pasti dan beberapa kawasan
HOTSPOT telah ditubuhkan dengan dinamakan OPS
Utama Perdana. Di IPD Sentul, tiga buah balai telah
pun dipilih iaitu Balai Polis Kepong, kawasan hotspotnya ialah Metro Prima dan Taman Usahawan.
Balai Polis Jinjang, kawasan hotspot-nya di kawasan
Jinjang Utara.
____________________________________________
Manakala Balai Polis Setapak, kawasan hotspot-nya di
sekitar kawasan Danau Kota, Setapak Indah, dan
beberapa kawasan lagi yang mana pada masa itu, tiaptiap kawasan hotspot yang diketuai oleh seorang
Inspektor dan timbalannya berpangkat Sarjan Major.
Hotspot kawasan Kepong diketuai oleh Inspektor
Halim, timbalannya SM Zairi (BSJND).
Hotspot kawasan Jinjang diketuai oleh Inspektor
Faizul dan timbalannya SM _Ismail (dari BSJD)
manakala hotspot Balai Polis Setapak diketuai oleh
Inspektor Freedy dan timbalannya adalah saya pada
masa itu. (daripada HQ IPD)
Pada masa itu, kita mendapat bantuan daripad Pasukan
Gerakan Am yang berjumlah lebih kurang 60 orang di
setiap kawasan hotspot. Pada masa itu jugalah,
Pasukan Sukarelawan Polis (SP) telah ditubuhkan
yang asalnya dari anggota RELA dan JPAM yang
mana masih berkhidmat sehingga sekarang.

Inilah serba ringkas mengenai sejarah penubuhan


NKRA yang telahpun wujud sejak lima tahun dahulu.

UCAPAN
PENYELARAS

Hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan


dengan mempersilakan Yang Berusaha ASP Zolkifli
bin Mohd Yasin, Pegawai Penyelaras NKRA Daerah
Sentul untuk menyampaikan ucapan alu-aluan,
dipersilakan.
***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan
atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN KPD

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan memeriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Hadirin yang saya hormati sekalian. Dengan ini
diteruskan dengan mempersilakan YDH ACP Zakaria
bin Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul untuk
menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis pada
petang ini.

Buah selasih di dalam puan


Dibawa gadis ke tengah lama
Takkan hilang jasamu tuan
Jadi ingatan sepanjang zaman.
Majlis dengan penuh rasa takzim mengucapkan ribuan
terima kasih kepada YDH Tuan atas ucapan dan
kesudian merasmikan majlis pada petang ini.
UPACARA SERAHMENYERAH TUGAS

Hadirin-hadirin sekalian, majlis pada petang ini


diteruskan dengan upacara serah-menyerah tugas,
Pegawai Penyelaras NKRA IPD Sentul. Majlis dengan
ini menjemput ASP Zulkefli bin Mohd. Yassin dan
Inspektor Mohd Aswad bin Mohd Said KBKA IPD
Sentul untuk tampil ke hadapan untuk menandatangani
dokumen serah-menyerah tugas dan disaksikan oleh

YDH ACP Zakaria bin Pagan.


...
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada yang dihormati tuan atas
kesudian menghadiri majlis ini

PERSEMBAHAN
MULTIMEDIA

Anak cina menjual ikan


Sambil sibu kayu dikerat
Persembahan multimedia kami persembahkan
Untuk tatapan hadirin hadirat.
Hadirin sekalian, seterusnya kita akan disajikan
dengan tayangan multimedia ringkas tentang
penugasan hotspot di OPS Utama Perdana.

Untuk makluman hadirin sekalian, tayangan


multimedia sebentar tadi disediakan oleh Koperal
163127 MOHD Asrizam bin Bakri.
Terima kasih diucapkan.

PENUTUP

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung


majlis.
Gugur menguning buah kuini
Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir di sini
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama amat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

semua anggota yang terlibat di Bahagian


Pembanterasan dan Pencegahan Jenayah IPD Sentul
yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan jika


terdapat sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata
sepanjang majlis ini berlangsung.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi.
Tuan-tuan dan para hadirin sekalian, dipersilakan
untuk menjamu selera yang telah disediakan.
Dipersilakan.
Sekian wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum
warah matullahiwabarakatuh.
SESI FOTOGRAFI

You might also like