You are on page 1of 7

Sejarah, Organisasi dan Kekuatan serta Khidmat Tentera Darat, Laut dan udara

Angkatan Tentera Malaysia

Tentera Darat

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan
pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902
lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah
dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum
DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir
Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah Haji Damad telah menyuarakan
hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu. Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan
apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang
Undang-Undang Askar Melayu telah dililuluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No.
11.

Bagi menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda-
pemuda Melayu tampil dari pelusuk tanahair telah tampil menawarkan khidmat mereka,
tetapi hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan
Pasukan Askar Melayu. Mereka telah diarahkan untuk melapor diri ke Haig Lines (sekarang
PUSASDA), Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933. Skuad Pertama ini
telah menjalankan latihan dengan gigih dan penuh tabah, dan pihak pegawai-pegawai British,
selaku jurulatih sangat berpuas hati dengan kebolehan, kecekapan serta semangat
keperwiraan yang ditunjukkan.

Tentera Darat Malaysia adalah sebuah organisasi yang unik dan tersendiri. Terdapat
16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Fungsi dan
peranan mereka adalah berbeza berdasarkan tugas dan kepakaran. Justeru itu, berdasarkan
kepada kepakaran, maka Kor dan Rejimen ini dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu :

KELOMPOK TEMPUR - Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang
berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri daripada
Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja
(RRD), Rejimen Sempadan (RS) dan Kor Armor Diraja (KAD).
KELOMPOK BANTUAN TEMPUR - Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan
sistem tentera yang membantu Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan.
Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen iaitu Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen
Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja
(KPTD) dan Kor Risik Diraja (KRD).

KELOMPOK BANTUAN PERKHIDMATAN - Peranan kelompok ini adalah untuk


membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam asoek perkhidmatan lojistik dan
senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran.  Ia mengandungi Kor dan
Rejimen iaitu Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA),
Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD)
dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

ASKAR WATANIAH - Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para
sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan Negara. Kemahiran
anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah ada memiliki kepakaran tertentu seperti
telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.
ORGANISASI TENTERA DARAT

MK TENTERA DARAT

TERUP TENTERA DARAT MK PEMERINTAHAN MEDAN MPL DTD MPL TD

DIVISYEN DIVISYEN DIVISYEN

BRIGED
-BN INFANTERI
-TERUP DIVISYEN

TERUP DIVISYEN
- UNIT ARMOR
- JURUTERA
- ARTILERI
- BN KP
- KUMPULAN ORDNANS
- WKSP DIV

TENTERA LAUT

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula bermula dari pasukan Simpanan Sukarela
Tentera Laut Negeri-negeri Selat pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada
tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan
Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam
Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1,430 anggota pada tahun
1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang Tentera Laut Malaya telah
berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota-anggota ini kembali ke Malaya apabila
perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya
telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut
Malaya telah ditubuhkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya telah
dianugerahkan gelaran Diraja oleh Baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952.

Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian dari Royal Navy
telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak
dengan itu, panji-panji Royal Navy telah ditukar dengan panji-panji Persekutuan Tentera Laut
Diraja 7 391 Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera
Laut Diraja MalaysiaTentera Laut Diraja Malaya dan selepas itu dikenali sebagai Tentera Laut
Diraja Malaysia (TUDM) telah berpindah dari Singapura pada tanggal 12 Julai 1958. Pergantungan
pertahanan kepada negara lain bukanlah suatu perkara yang wajar dikekalkan. Pihak British pada
ketika itu telah banyak membantu mewujud, membangun dan mengembangkan Angkatan Tentera
laut negara sehinggalah pada tanggal 25 Mei 1960 sebanyak 11 buah kapal telah diterima oleh
Malaysia menerusi Skim Bantuan dari negara British.

CARTA ORGANISASI TLDM

Panglima Tentera Laut – melaksanakan pemerintahan sepenuhnya kepada semua


unit tetap dan simpanan tentera laut. Beliau mempunyai beberapa tugas khas antaranya mengurus
hal ehwal logistic dan kewangan dalam TLDM dan betanggungjawab dan mengeluarkan dasar
berkaitan hal-hal kejuruteraan marin dan kejuruteraan tentera laut. Beliau dibantu oleh timbalan
panglima tentera laut dan stafnya di Markas TLDM yang merangkumi beberapa bahagian yang
diketuai oleh Pembantu Ketua Staf. Antaranya, bahagian rancang operasi yang diketuai oleh
Pembantu Panglima Tentera Laut (Rancang dan Gerak) dan betanggungjawab tugas seperti operasi
dan perisikan tentera laut serta hal-hal berkaitan komunikasi dalam TLDM. Seterusnya, bahagian
anggota dan latih yang diketuai oleh Pembantu Panglima Tentera Laut dan bertanggungjawab
melaksanakan tugas seperti menyelenggarakan Latihan-latihan bagi semua anggota TLDM, kadet
dan rekrut mengikut dasar-dasar keanggotaan dalam TLDM.

Bahagian seterusnya adalah bahagian anggota dan latih iaitu diketuai oleh Pembantu
Panglima tentera Laut dalam tugas-tugas berkaitan keanggotaan dalam TLDM yang merangkumi
aspek-aspek dasar iaitu pengurusan anggota, perjawatan pegawai-pegawai, pertukaran dan
pengambilan anggota-anggota baru. Selain itu juga, terdapat bahagian teknikal yang
bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dasar anggota teknikal, dasar Latihan teknikal,
perjawtan pegawai-pegawai teknikal dan dasar teknikal tentera laut berkaitan pembinaan dan
pembelian kapal-kapal baru, alatan utama dan sistem. Terdapat juga bahagian bekalan dan
kewangan yang bertanggungjawab dalam semua perkara yang melibatkan alat kelengkapan dan
bantuan kewangan. Seterusnya, bahagian hidrografi pula bertanggungjawab dalam semua perkara
yang berkaitan dengan hidrografi serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pertahanan
Pelabuhan dan Pengorekan Pelabuhan. Akhir sekali adalah Inspektor jeneral yang diketuai oleh
seorang pegawai berpangkat Laksamana Pertama yang ditubuhkan bagi mengawal mutu piawaian
semasa pemeriksaan dalam TLDM.

Bawah panglima tentera laut terdapat lima subsistem organisasi iaitu Markas
Panglima armada yang diketuai oleh Panglima Armada berpangkat Laksamana Muda dan
berpangkalan di Lumut. Beliau bertanggungjawab di Markas Wilayah Laut Satu di Kuantan,
Markas Wilayah Laut 2 di Labuan, sistem komunikasi TLDM, dan semua kapal-kapal yang
berpangkalan di Lumut. Penugasan kapal-kapal TLDM yang berpangkalan di Lumut adalah
dibawah perintah operasi Panglima Armada sehingga alih perintah ke Pangwilla satu.

Seterusnya, Pendidikan dan Latihan TLDM terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Markas
Pendidikan dan Latihan (MPL), Kolej Tentera Laut diRaja, KD Pelanduk, KD Sultan Ismail yang
dahulu dikenali sebagai pulara dan Akademi Tentera Malaysia (ATMA).

Markas Pasukan simpanan TLDM ditubuhkan bagi membantu keperluan kerahan


tenaga apabila keadaan memerlukan. Sekarang terdapat lima pasukan yang ditubuhkan di dalam
TLDM iaitu KD Sri Klang bertempat di Kuala Lumpur, KD Sri Penang bertempat di Pulau Pinang,
KD Sri Medini bertempat di Johor Bahru, KD Sri Linkas bertempat di Kota Kinabalu dan KD Sri
Manjung bertempat di Lumut. Selain daripada tugas-tugas dan bahagian yang disebutkan terdapat
dua lagi tugas khas Panglima Tentera Laut iaitu tugas khas di Pusat Hidrogafi Negara dan
Pemerintahan Bantuan.

TENTERA UDARA

Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia pula bermula dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera
Udara Negeri-Negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama
kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas
Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air
Force Malaya (RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila
pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur.

Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mula ditubuhkan apabila Ordinan Tentera
Udara diluluskan oleh parlimen pada 2 Jun 1958 dan semasa penubuhan angkatan tentera ini
TUDM dikenali sebagai Tentera Udara Diraja Persekutuan. TUDM juga merupakan hasil dari
inisiatif daripada Tun Abdul Razak dalam menguatkan sistem pertahanan ATM dengan melihat
keselamatan udara juga adalah amat penting untuk sesebuah negara. Pada tahun 1963
perkembangan tentera udara dilihat begitu stabil dengan 11 skuadron dan Pusat latihan telah
dibentuk sehingga tahun 1970 dan kini TUDM memiliki kekuatan sistem pertahanan yang
setanding dengan Negara-negara moden di rantau Asia Tenggara ini.

Organisasi Tentera Udara Diraja Malaysia disusun menjadi beberapa Divisyen mengikut
kelengkapan dan tugasan yang diberikan. Dibawah Divisyen Pertama adalah TUDM Subang,
TUDM Butterworth, TUDM Kuantan dan TUDM Gong Kedak. Manakal Divisyen Kedua adalah
TUDM Kuching dan TUDM Labuan. Selain itu juga TUDM mempunyai Divisyen Latihan. TUDM
juga mempunyai beberapa buah pangkalan yang digunakan untuk menempatkan pesawat dan unit-
unit TUDM yang lain. Antara pangkalan yang digunakan oleh TUDM adalah TUDM Gong Kedak,
TUDM Alor Setar, TUDM Butterworth, TUDM Kuantan, TUDM Subang, TUDM Kuching dan
juga TUDM Labuan.

Seterusnya, TUDM mempunyai unit pertahanan darat dan keselamatan dikenali sebagai Rejimen
TUDM untuk mengendalikan keselamatan dan pertahanan kemudahan-kemudahan dan pangkalan
TUDM. Unit ini berasaskan dari Rejimen RAF yang merangkumi pasukan polis tentera udara
(Provos TUDM), pasukan khas (Komando), pasukan pertahanan udara jarak dekat, pasukan infantri
TUDM dan juga terlibat istiadat ketenteraan.

Antara peranan TUDM adalah untuk melaksanakan tugas-tugas seperti pengawalan ruang
angkasa untuk digunakan bagi tujuan damai disamping menghalang penggunaannya oleh pihak
musuh.  Ia melibatkan “offensive airstrike”, “defensive counter-air” dan operasi “defensive
suppressive”. Seterusnya, TUDM juga berperanan dalam aplikasi kekuatan bagi menangani
ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara.  Ia melibatkan serangan strategik,
operasi dan serangan maritim. TUDM juga berperanan bagi menambahkan keupayaan di udara dan
di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi
mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi menyelamat kombat udara. Akhir sekali,
TUDM juga bertanggungjawab dalam ketahanan dan kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan
jayanya. Ia melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan logistik dan sokongan pangkalan bagi
memberi perkhidmatan penting kepada organisasi dan anggota.

Rujukan:

1. Burhanuddin Jalal, Sayuti Ab Ghani, Amnah Saayah Ismail & Redwan Yasin. 2017. Sejarah
Institusi Ketenteraan Di Malaysia Dan Sumbangan Kepada Kelangsungan Ketamadunan.
Proceeding Of 2nd International Islamic Heritage Conference (Ishec 2017), hlm.390-391.
2. B. Jalal. 2016. Hubungan Tentera Dan Masyarakat: Pandangan Rakyat Terhadap Peranan
Angkatan Tentera Malaysia (Military and Community Relations: People's view on the role of
the Armed Forces). Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 4(1) :
19-30.
3. Lt Kol Syed Zulkiflee Syed A.Rahman. 2014. Arkib Majalan 200. Berita Tentera Darat
Malaysia 1986-2014. Kuala Lumpur.
4. Portal Rasmi Tentera Di Raja Malaysia. http://www.airforce.mil.my/index.php/bm/mengenai-
kami/tudm/pangkalan-udara/pu-kuching

You might also like