You are on page 1of 9

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) adalah satu daripada 20 institut


pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia yang terletak di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala
Lumpur. UPNM adalah satu tempat yang strategik kerana terletak berdekatan dengan Pusat
Bandar Kuala Lumpur. UPNM asalnya adalah Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang
ditubuhkan pada 1 JUN 1995, dan dinaiktarafkan sebagai IPTA pada 21 JUN 2006. UPNM
bertujuan untuk melahirkan pegawai muda Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang
berkelayakan sarjana muda. UPNM terdiri daripada empat fakulti asas iaitu Fakulti
Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pengurusan dan Sumber Manusia, dan
yang paling terbaru adalah Fakulti Perubatan. Berpenghunikan seramai lebih kurang 3000
orang pelajar, UPNM adalah satu IPTA yang termuda di Malaysia. Pada Tahun 2016, genap
setahun UPNM beroperasi.
Selama 10 tahun beroperasi, UPNM telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang
dapat membantu pelajar-pelajar dalam menimba ilmu seperti Pusat Marin UPNM, tempat
riadah dan sukan air bagi pelajar-pelajar, Padang bola dan Padang ragbi, lapang sasar tertutup
yang dibina untuk pelajar yang ingin menceburi dalam sukan menembak selaras dengan
matlamat UPNM iaitu satu murid satu sukan. Yang paling terbaru adalah Makmal Simulator
Kapal yang telah beroperasi pada tahun 2014 bertempat di Pusat Pembangunan dan Latihan

Maritim (PPLM) dibawah naungan Fakulti Sains Teknologi dan Pertahanan (FSTP)
seterusnya menjadikan UPNM satu-satunya IPTA yang mempunyai Makmal Simulator Kapal
dan merangkap Makmal Simulator kedua di Malaysia selepas Makmal Simulator pertama
yang terletak di Kapal Diraja (KD) Pelandok. Di UPNM jugalah adalah tempat untuk kajian
ini iaitu makmal DCFF dibina.

2.2 SEJARAH KAJIAN

Mengawal kerosakan dan mengawal kebocoran telah diaplikasikan dengan meluas


ketika perang dunia ke 2. Kerana ketika itu perang amat berleluasa sehinggakan juruterajurutera perkapalan terpaksa memikirkan langkah keselamatan jika kapal ditembak oleh pihak
musuh. Antara pencapaian yang telah dilakukan oleh mereka adalah, dengan membina kapal
yang mempunyai banyak ruang, dan setiap ruang dilengkapi dengan pintu yang kedap air
supaya jika berlaku kerosakan, kebocoran ataupun kebakaran, ia tidak akan merebak ke
tempat yang lain. Kaedah mengawal kerosakan dan melawan kebakaran telah memainkan
peranan yang amat penting dalam membantu untuk mengekalkan kapal yang dinaiki terapung
jika diserang, mengelakkan kapal tenggelam sehingga kembali ke limbungan untuk dibaiki.
Sebagai contohnya, kapal perang Jerman yang bernama Bismarck yang telah
menggegarkan dunia apabila ia telah dapat melarikan diri ke lautan atlantik dan kekal
terapung setelah diserang bertubi-tubi oleh pihak British semasa perang dunia ke2 meletus.
Bukan itu sahaja, apa yang lebih mengejutkan ialah, sebelum ia melarikan diri, ia telah
berjaya menenggelamkan kapal kebanggaan pihak British iaitu HMS Hood yang menjadi
tulang belakang kepada angkatan laut british ketika itu. Pada 27 Mei 1940, HMS King
George V dan HMS Rodney telah memburu Bismarck yang mengalami kerosakan ketika
menyerang HMS Hood. Pada ketika itu, kelajuan yang dinaiki oleh Bismarck adalah 7 knot
sahaja disebabkan oleh serangan yang diterima. Ketika kedua-dua kapal ini menyerang kapal
jerman itu, ia telah berjaya membunuh pewagai-pegawai kanan kapal tersebut termasuk
pegawai memerintah kapal itu, setelah menerima pukulan yang kuat daripada tentera British,
tentera Jerman telah mengambil keputusan untuk meneggelamkan Bismarck bagi
mengelakkan ianya ditawan oleh pihak british walaupun pada ketika itu, enjin dan badan
kapal Bismarck masih boleh digunakan dan kekal terapung. (Wikipedia, 2016)

Ini membuktikan bahawa, kaedah mengawal kerosakan dan melawan kebakaran yang
telah digunakan oleh kapal Bismarck adalah berkesan dalam mencapai objektif kapal tersebut
untuk kekal terapung, bergerak dan menyerang.

2.3 MENGAWAL KEROSAKAN DAN MELAWAN KEBAKARAN (DCFF)

Mengawal kerosakan dan melawan kebakaran adalah elemen penting bagi setiap
kapal yang berlayar ataupun yang sedang berlabuh tidak kira dalam keadaan yang genting
iaitu sewaktu berlaku peperangan ataupun sewaktu menjalankan latihan. Ianya melibatkan
kesemua pihak jika bencana seperti, kebocoran ataupun kebakaran berlaku diatas kapal bagi
membolehkan kapal sentiasa terapung dan masih boleh bergerak agar ia dapat kembali ke
limbungan untuk dibaiki. Tanpa pengendalian yang baik, kemungkinan kapal yang
mengalami kerosakan walaupun hanya kebocoran yang kecil boleh menyebabkan kapal yang
dinaiki itu tenggelam.

Bagi setiap pelaut sama ada di kapal dagang ataupun kapal tentera, sebelum
membolehkan mereka untuk berlayar. Mereka harus menjalani pelbagai latihan yang
melibatkan keselamatan diri dan keselamatan kapal itu sendiri. Salah satu daripadanya
adalah, latihan jika berlakunya kerosakan, kebocoran dan kebakaran atau lebih ringkas lagi
DCFF. Latihan sebegini adalah untuk memastikan mereka mahir dalam mengendalikan
masalah ini dan memikirkan jalan penyelesaian dalam kadar singkat jika perkara yang tidak
diingini seperti ini terjadi.

Di Malaysia, tempat yang sesuai untuk melakukan latihan DCFF ini adalah di
TANGKAS, yang berada di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak di
Lumut, Perak yang siap dibina pada 26 Ogos 2003. TANGKAS adalah satu-satunya makmal
DCFF yang berada di Malaysia dan membekalkan dua unit iaitu unit latihan kawalan
kerosakan (DCTU) dan unit latihan melawan kebakaran (FFTU) yang dilengkapi dengan
pelbagai alat-alatan dan menyerupai kapal yang sebenar. Walaupun situasi tidak seperti kapal

sebenar kerana simulator ini dalam keadaan statik jika dibandingkan dengan keadaan yang
sebenar. Tetapi ianya cukup sekadar sebagai asas untuk mempelajari langkah pencegahan jika
berlaku perkara yang sebenar.

2.4 UNIT LATIHAN KAWALAN KEROSAKAN (DCTU)

Unit latihan kawalan kerosakan (DCTU) adalah unit membekalkan pelatih-pelatih


dengan latihan dalam mengawal kerosakan yang kemungkinan berlaku ke atas kapal iaitu
mengawal kebanjiran, pembaikan kerosakan semasa tindakan ataupun pelayaran, pembaikian
kepada paip saliran yang rosak dan mengepam air keluar sekirannya kebanjiran berlaku.

2.4.1 SPESIFIKASI

Dimensi:
Bilangan dek:
Konsep susun atur:
Komponen utama:

15.15m x 7.45m x 11.4m


3 dek
Susun atur yang menyamai kapal kelas frigate
Modul DCTU, Tangki Utama, Kolam Pengumpul, Sistem
Kawalan Pergerakan, Rumah Pam, Sistem Elektrik dan Banjir
serta Sistem Pengawasan.

2.4.2 PROSEDUR LATIHAN

a.
b.
c.
d.

Menjerit Banjir!,Banjir!,Banjir! dengan kuat.


Cuba mengawal limpahan banjir dengan alatan yang sedia ada.
Bekalan kuasa akan dimatikan pada kawasan yang mengalami kebanjiran.
Tindakan Kuartermaster.
1. Memberi pengumuman atas kejadian yang berlaku kepada seluruh anak kapal.
2. Memaklumkannya kepada pegawai bertugas harian (PBH).

3. Memberitahu kepada bilik gerakan.


4. Memberitahu kepada bomba TLDM.
5. Memaklumkan kepada Hospital Angkatan Tentera (HAT).
6. Menyediakan ruang parkir kepada kenderaan pasukan melawan kebakaran.
7. Memaklumikan kepada kapal yang berdekatan.
e. Bilik bersebelahan dibuka dan diperiksa.
f. Memeriksa samaada pam tambahan boleh digunakan ataupun tidak.
g. Pastikan setiap laporan yang dibuat terhadap situasi yang berlaku adalah tepat dan
jelas.
h. Ketua hendaklah melakukan pembahagian tugas dengan betul.
i. Sentiasa mengambil tahu tentang ahli kumpulan yang terlibat samaada memerlukan
bantuan ataupun tidak.
j. Menggunakan alatan yang bersesuaian dengan kejadian yang berlaku.
k. Mengetahui jika peralatan tambahan diperlukan dalam menangani kebanjiran.
l. Petugas Pemerhati hendaklah terdiri daripada organisasi Kawalan Kerosakan seperti.
1. Pegawai Kawalan Kerosakan (DCO)
2. Ketua Kumpulan Utama
3. Pasukan pemberhenti kebocoran
4. Pasukan persisiran
5. Pasukan mengepam
6. Pemberi maklumat
m. Memastikan tempat yang berlaku kebocoran terkawal setelah selesai proses
pencegahan.
n. Papan kenyataan kerosakan dan buku aktiviti ditulis dengan teliti.

2.4.3 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

1. Baji kayu keras


2. Baji kayu lembut
3. Plug kayu keras
4. Kayu tupang
5. Peralatan menupang
6. Lampu suluh
7. Kotak serpihan
8. Oakum
9. Pam tambahan
10. Walkie-talkie

2.5 UNIT LATIHAN MELAWAN KEBAKARAN (FFTU)

Menurut kamus dewan edisi keempat, api adalah nyalaan daripada sesuatu yang dibakar
atau yang terbakar. Di unit latihan kawalan kebakaran FFTU adalah suatu tempat bagi
membolehkan pelatih-pelatih bagi merasai pengalaman sekiranya kawasan ataupun
kopartmen dijilat api, supaya membolehkan pelatih-pelatih untuk memikirkan jalan
penyelesaian secara kritis agar tempat yang berlaku kejadian berkenaan dapat diselamatkan.
Di FFTU, ianya membekalkan latihan untuk melawan kebakaran melalui pintu iaitu aras yang
sama, melawan kebakaran melalui hatch iaitu pada aras yang lebih tinggi, melawan
kebakaran menggunakan peralatan yang kecil, latihan menggunakan alat kawalan pernafasan
dan latihan untuk mengawal penyebaran asap jikan berlakunya kebakaran

2.5.1 SPESIFIKASI

Dimensi:
Bilangan dek:
Konsep susun atur:
Komponen utama:

15.87m x 5.2m x 12m


2 dek
Kontena berbentuk T
Modul melawan kebakaran, stesen kawalan, stesen bahan api,
pemisah minyak dan pili air.

2.5.2 ORGANISASI

PBB

KUMPULA
N PAKAR

KETUA
KUMPULAN
UTAMA

PENYERANG
STAF
TANPAGANGWAY
ALAT
PERNAFASA
N
PENYERANG
DENGAN
ALAT
PERNAFASA

KUMPULAN
JURUTERA
PAKAR
ELEKTRONIK

KUMPULAN
PEMBENDUNG

KUMPULAN
SOKONGAN
-KETUA
KUMPULAN
-PELAWAN API
-PEMEGANG
HOS

2.5.3 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pakaian kalis api yang lengkap


Alat pembantu pernafasan
Kamera imej haba
Alat pemadam api kecil
Sistem pemerhati haba
Papan kenyataan masa
Kad kematian
Alat komunikasi

KUMPULA
N PAKAR
JURUTERA
MARIN

KUMPULAN
DENGAN
ALAT
PERNAFASAN

2.5.4 LATIHAN MELAWAN KEBAKARAN

a. Taklimat akan dilaksanakan oleh Pegawai Bertugas Harian (PBB) semasa semua
petugas berkumpul.

b. Kepentingan matlamat ini adalah untuk memastikan supaya setiap petugas pemerhati
memahami tugas-tugas dan tempat mereka sebelum melakukan latihan

c. Ini termasuk juga dalam memastikan setiap petugas pemerhati yang akan menjalankan
latihan ini untuk memakai pakaian yang ditetapkan ketika latihan.

2.5.6 PROSEDUR

1. Bila seseorang menyebut Api! Api! Api!, pegawai bertugas harian (PBB) akan
bergegas ke ibu pejabat kawalan kerosakan (DCHQ) sebagai pegawai kawalan
kerosakan dan akan mengawal situasi dengan langkah-langkah yang berikut:
a. Adalah merbahaya jika kebakaran berpunca daripada bahan letupan ataupun
daripada bahan yang mudah terbakar.
b. Terdapat alat pemadam api, bekalan kuasa dan pam api yang telah disediakan
di kawasan berlakunya kebakaran.
c. Sistem pengudaraan akan ditutup bagi mengelakkan kebakaran daripada terus
merebak.
d. Penyerang tanpa alatan pernafasan akan mendahului daripada kumpulan yang
lain untuk memastikan keselamatan dan tahap kebakaran yang berlaku.

e. Setelah itu, kumpulan penyerang dengan bantuan alatan pernafasan akan


menghampiri tempat kebakaran bersama paip hos kebakaran.
f. Hos air akan dibuka dan dilaraskan menjadi dinding air dan disembur pada
pintu dek yang mengalami kebakaran.
g. Hos kedua akan dimasukkan ke dalam tempat kebakaran melalui pintu dan
pada ketika itu, hos pertama masih menyembur pintu tersebut.
h. Setelah dinding dek yang terbakar itu beransur sejuk, hos kedua akan
dikeluarkan dan selang beberapa minit, penyerang dengan bantuan alat
pernafasan akan memasuki dan memadam kesemua tempat kebakaran.

Rajah 2.1: Latihan melawan kebakaran yang dilakukan di TANGKAS

You might also like