You are on page 1of 9

LMCB1432 INOVASI DALAM KETENTERAAN

TUGASAN PROTOTAIP

HIGH-CLASS ARMY SPECTACLES

DISEDIAKAN OLEH:

MASYETAH BINTI ZULKEPPLE

A177470

NAMA PENSYARAH:

MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN


PENDAHULUAN

Inovasi menurut kamus dewan bermaksud adalah sesuatu yang baru diperkenalkan
seperti kaedah, sistem, dan lain-lain yang baru. Inovasi dalam ketenteraan amatlah penting
dalam meningkatkan kualiti sesuatu alatan bagi menyelusuri kemodenan peradaban zaman
pada masa kini. Tentera merupakan satu pasukan yang melindungi rakyat daripada ancaman
musuh. Pihak tentera memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan rakyat dan
negara terjamin. Tanpa tentera kehidupan rakyat dan negara dalam bahaya kerana tiada
sebarang perlindungan. Kemodenan dalam ketenteraan juga penting bagi memastikan
pasukan ketenteraan itu berkembang seiring dengan permodenan negara-negara yang maju
seperti China, Amerika Syarikat, Russia dan lain-lain lagi.

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu
pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Usaha ini bermula semenjak
tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat
British telah dijalankan bagi menwujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913, Almarhum
DYMM yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhammad Ibni Yam Tunku Antah,
Almarhum DYMM Sultan Perak, SultanAlang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir
Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad
telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan askar melayu.

Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis
Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah
diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang no. 11. Bagi menyahut seruan untuk
mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda-pemuda melayu tampil dari pelusuk
tanah air telah tampil menawarkan khidmat mereka tetapi hanya 25 orang sahaja yang berjaya
dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah diarahkan
untuk melaporkan diri ke Haig Lines yangsekarang namanya IPDA, Port Dickson untuk
memulakan latihan pada 1 Mac 1933.

Bagi memastikan tentera mampu menjalankan misi dengan penuh bersemangat,


penulisan projek prototaip ini telah disediakan bagi menghasilkan ‘Hi-Class Army
Spectacles’. Cermin mata ini dicipta dengan kuasa teknologi tinggi bagi memudahkan segala
kerja-kerja anggota tentera dijalankan dengan baik dan cekap.
SPESIFIKASI

Gambar 1: bahagian prototaip high-class army spectacles


Setiap produk yang dikeluarkan pastinya mempunyai spesifik yang tersendiri. Seperti
produk ini, ia mempunyai spesifik dan kegunaan tersendiri. Cermin mata ini direka khas
untuk memudahkan anggota tentera mengesan musuh ketika sedang beroperasi. High-class
army spectacles atau lebih dikenali cermin mata berkuasa tinggi diperbuat daripada bahan
yang berasaskan plastic bermutu tinggi. Pemilihan bahan amat memainkan peranan yang
penting. Bahan plastik yang dipilih, mestilah yang dapat tahan daripada aktiviti lasak.

Di samping itu juga, bahan bagi pembuatan cermin mata ini juga, dapat menahan
aktiviti lasak dan tidak mudah patah. Kanta pada asalnya dibuat daripada kaca, tetapi kini ia
dijadikan daripada jenis-jenis pelbagai plastik logam, termasuk CR-39 dan polikarbonat. Pada
bahagian bawah kanta, cermin mata ini dicipta dengan memudahkan penyelarasan mengikut
saiz muka. Ia juga merupakan fungsi auto laras mengikut saiz muka mengikut keselesaan
setiap yang memaikainya. Kanta diperbuat daripada bahan yang mengelakkan kanta tersebut
calar atau pun kabur. Apabila kanta kabur, ia amat menyulitkan para anggota tentera untuk
mengesan musuh. Kanta polikarbonat adalah lensa paling tahan lama dan dilengkapi dengan
100% pelindungan UV.

Selain itu, cip di juga diletakkan di dalam kanta bagi memudahkan aktiviti mengesan
musuh. Disediakan juga butang untuk laser yang mana, ia berfungsi untuk anggota tentera
fokus dan menanda musuh dengan tepat.

Berikut antara beberapa lapisan kanta yang biasa digunakan lapisan anti-calar yang
membantu melindungi kanta anda daripada calar. Seterusnya, lapisan Anti-reflektif atau (AR)
dan lapisan polarisasi yang mana dapat menghilangkan silau yang mengganggu para
pengguna cermin mata. Selain itu, lapisan Penyesuaian Cahaya yang mana ia mengubah
warna kanta anda bergantung kepada jumlah cahaya, ia membantu melindungi mata pemakai
dari sinaran UV yang berbahaya dan cahaya matahari langsung dan melindungi penglihatan
pemakai. Kemudian, lapisan Perlindungan Skrin Digital juga melindungi mata anda daripada
cahaya biru-ungu dan juga direka agar tahan calar, memberikan perlindungan UV, dan anti-
reflektif.
KELEBIHAN

Setiap produk yang dicipta pastinya mempunyai kelebihan tersendiri. Kelebihan


sesuatu produk juga amat memainkan peranan dalam inovasi pembuatan sesuatu produk. Jika
sesuatu produk tiada kelebihan, sudah pastinya tiada sambutan dari pembeli atau pengguna.
Hal ini, produk inovasi dalam ketenteraan ini juga mempunyai pelbagai kelebihan buat
anggota tentera.

Pertama sekali, cermin mata ini dilengkapi dengan perlindungan anti calar dan anti
lasak. Yang mana, ia nya di perbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi. Ia tidak mudah
untuk cermin mata tersebut rosak. Lapisan boleh memberikan kanta anda memiliki sifat yang
berbeza dan menjadikannya sangat unik mengikut persekitaran.

Kemudian, cermin mata ini juga ringan dan tidak membebankan si pemakai. Hal ini,
lagi memudahkan para anggota tentera memakai dan berasa selesa ketika sedang beroperasi.
Sesetengah jenis cermin mata, membawa kepada kemudaratan yang mana ia merimaskan si
pemakai. Cermin mata ini, tampak lebih kemas dan terletak. Ia membolehkan para anggota
lebih fokus.

Selain itu, kanta tersebut juga kalis air. Apabila terkena air, ia tidak menyukarkan
penglihatan kepada si pemakai. Hal ini kerana, ia diperbuat daripada bahan plastik yang
berkualiti tinggi. Ia juga dapat mengelakkan daripada terbakar akibat terkena api.

Tambahan pula, ia jugak tidak akan menyebabkan silau kerana cermin mata ini
diperbuat daripada bahan yang anti silau dan UV. Tambahan pula, kanta tersebut juga,
menahan ketahanan yang lasak. Contohnya, jika ada benda-benda yang keras terkena pada
kanta, ia tidak akan membuatkan benda tersebut tertusuk pada kanta. Ketahanan pada kanta
tersebut mampu untuk menahan pelbagai benda-benda tajam.

Di samping itu, kelebihannya juga ia dapat digunakan ketika waktu malam. Ia juga
menggunakan kaedah automatik pertukaran mengikut waktu. Apabila pada waktu malam, ia
akan berubah ke ‘mood night version’. Sesetengah cermin mata kegunaan para tentera, ia
tidak dapat digunakan pada waktu malam, tetapi produk kali ini, boleh digunakan pada waktu
siang dan juga waktu malam.
Gambar 2: high-class army spectacles

BATASAN

Setiap produk pastinya mempunyai kelemahan yang tersendiri. Walaupun produk


tersebut mempunyai banyak kelebihan, pasti ada juga terselit satu dua kekurangan pada
produk tersebut. Seperti cermin mata berkuasa tinggi ini, ia juga ada kelemahan yang
tersendiri. Antara kelemahannya ialah, ia apabila cip tidak berfungsi dengan baik, ia akan
membuatkan cip tersebut rosak. Apabila cip tersebut rosak, maklumat tidak dapat dibaca dan
para pemakainya mengalami kesusahan untuk mengesan musuh. Apabila cip rosak, data dan
maklumat tidak dapat di akses dan maklumat tidak dapat diterima dengan baik.

Selain itu, kanta akan mudah kabur apabila persekitaran memainkan peranan seperti
dipenuhi kabus ataupun asap, ia akan menjejaskan penglihatan para anggota tentera. Selain
daripada persekitaran berasap, persekitaran yang sejuk juga membuatkan cermin mata itu
menjadi kabur dan kurang jelas.
CADANGAN DAN RUMUSAN

Produk inovasi dicipta bagi memudahkan anggota tentera untuk menjalankan misi-
misi mereka. Namun setiap kekurangan boleh dibaiki dengan setiap kelebihan. Cadangan ini
membolehkan kelemahan cermin mata ini dibaiki. Selain itu, cermin mata ini perlu ditambah
baik dari segi keselamatannya. Hal ini berikutan kemampuan cermin mata ini mengakses data
dan amklumat dengan pusat kawalan, dikhuatiri boleh pihak musuh mengesan anggota
tentera. Tambahan pula, cip tersebut perlulah diletakkan di bahagian yang lebih strategik
supaya cip tersebut tidak jatuh ataupun tidak mengalami kerosakan. Kemudian, butang laser
tersebut perlulah dicipta dibahagian tepi cermin mata tersebut. Ini membuatkan anggota
tentera tidak berasa terganggu dan memudahan mereka menyentuh butang laser tersebut.

Kanta pada cermin mata tersebut, perlulah dibuat lebih tebal. Hal ini kerana, apabila
anggota tentera menjalankan misi-misi lasak, benda-benda tajam tidak mudah tertusuk pada
kanta. Ia akan membuatkan anggota tentera akan mengalami kecederaan yang amat serius.
Selain itu, pada bahagian bingkai juga, perlu lah di naik taraf kan. Bahan plastik yang
digunakan, mestilah plastik yang berkualiti dan tebal dn tahan lasak.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, pengalaman menulis prototaip ini merupakan satu


pengalaman yang berharga. Ia memerlukan satu imaginasi yang tinggi dan idea yang dapat
membatasi peredaran zaman yang moden. Usaha ini juga memerlukan pemikiran yang
kreativiti. Hal ini kerana, banyak teknologi yang berkembang pesat pada zaman moden ini.
Justeru, kita juga perlulah berfikiran seiring dengan arus permodenan dunia sekarang.

Oleh itu, saya berharap agar prototaip ini amat berguna dan dapat membantu dalam
membangunkan inovasi dalam ketenteraan. Selain itu, ia juga membolehkan mengembangkan
idea dalam membentuk idea yang berinovasi tinggi.

Saya harap subjek inovasi dalam ketenteraan ini dapat memupuk mahasiswa lebih
berfikiran inovasi di dalam kampus mahupun di luar kampus. Subjek ini juga amat bagus
buat mahasiswa agar mahasiswa boleh mencipta satu produk yang lebih kreatif seiring
dengan peredaran zaman moden ini.
RUJUKAN

Bruce H. Walker. 2000. Optical Design for Visual Systems. Washington: SPIE.

Chandran Jeshurun. 1975. The Growth of the Malaysian Armed Forces, 1963-73. Singapura.

Institute Of Southeast Asian Studies.

Guy Debord. 2002. Society of The Spectacle. London: Black & Red.

Hadley Freeman. 2009. The Meaning of Sunglasses: And a Guide to Almost All Things

Fashionable. New York: Penguin Books.

Ian Graham. 2013. Teknologi Ketenteraan dan Kerajaan. Kuala Lumpur: Visual Print.

Imran Azimin Abdullah. 2009. Anugerah Kebesaran Angkatan Tentera Jilid 4. Selangor.

Penerbitan Premier.

John A. Sachey. 2009. Introduction to Manufacturing Processes. Kuala Lumpur:

Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Kate Heard. 2019. George IV: Art & Spectacle. Britain: Royal Collection Trust.

Margaret S. Creighton. 2016. The Electrifying Fall of Rainbow City: Spectacle and

Assassination. New York: W. W. Norton & Company.

Mohd Azhar Abd Hamid. 2006. Rekacipta dan Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti.

Kuala Lumpur: UTM.

Simon Murray. 2012. Fashion Spectacles, Spectacular Fashion: Eyewear Styles and Shapes

From Vintage to 2020. London: Thames & Hudson.

Vanessa Brown. 2015. Cool Shades: The History and Meaning of Sunglasses. New York
City:

Bloomsbury Academic.

You might also like