You are on page 1of 13

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ASSIGNMENT REPORT SEMESTER 1


SESSION 2021/2022

COURSE CODE
DAM 23102

COURSE NAME
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA (OSH)

NAME OF STUDENT
1. MUHAMMAD AFDLIN HAKIMI BIN ADDIRA (AA211057)

2. MUHAMMAD HAZEEQ BIN HAMZAH (AA210636)

3. MUHAMMAD FARIS BIN KHAIRIRUDIN (AA210197)

GROUP:
8

LECTURER’S NAME:
PUAN NURMINA ABDULLAH

DATE OF SUBMISSION:
12/1/2023
1. PENGENALAN

Dalam melaksanakan projek berkumpulan ini, kami telah berbincang dan memilih kawasan
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggong Ahmad sebagai lokasi kajian. Persetujuan
antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan SMK Tengku Temenggong Ahmad telah
dipersetujui dan tarikh yang ditetapkan untuk projek ini adalah pada 29 November 2022. Seramai
22 mahasiswa UTHM serta 5 pensyarah selaku pengiring menyertai tinjauan ini. Disebabkan
lokasi sekolah yang agak besar, mahasiswa telah berpecah kepada 6 kumpulan untuk melakukan
tinjauan di sekolah ini. Kumpulan kami telah ditetapkan untuk membuat kajian di lokasi 2 yang
ada pada pelan SMK Tengku Temenggong Ahmad 2022.
2. OBJEKTIF
● Mengkaji beberapa penilaian risiko keselamatan yang boleh dibuat di sekolah
● Mengurangkan risiko bahaya terhadap pelajar serta pekerja yang ada di sekolah

3. KAEDAH DIJALANKAN

KAEDAH PENAKSIRAN RISIKO

JADUAL 1: Jadual Keterukan


JADUAL 2: Jadual Kemungkinan

JADUAL 3: Jadual Matrik Risiko

JADUAL 4: Jadual Keutamaan Risiko


4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Semasa proses penyelidikan berlaku, terdapat beberapa analisis yang berjaya dibuat bagi
setiap aktiviti yang merangkumi potensi hazard, risiko yang boleh diterima dan langkah
langkah yang boleh digunakan untuk mengatasinya.

4.1 Bahaya : Tiada penghalang tempat bakar

Hazard pertama yang kami dapati pada kawasan tinjauan kami adalah tiada penghalang di
kawasan tempat bakar seperti Rajah 1.1. Hazard ini disebabkan tempat bakar ini cukup
berdekatan dengan kantin, gelanggang badminton dan bilik darjah namun tiada penghalang
untuk memberi amaran terhadap pelajar. Kawasan tempat bakar ini sering dilalui oleh warga
sekolah termasuk para pelajar. Risiko yang boleh dialami oleh pelajar ialah ialah luka pada
anggota badan kerata terdapat banyak barang yang berkarat atau barangan lama yang akan
dibakar. Disebabkan kawasan tempat bakar yang berdekatan dengan kawasan pelajar, mereka
juga akan terdedah dengan asap yang dikeluarkan jika ada pembakaran yang dilakukan.
Sebarang kebakaran di situ juga boleh menyebabkan api tersebar di sekitar sekolah.

Rajah 1.1
Langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan di tempat tersebut
ialah meletakkan papan tanda amaran serta penghalang di tempat bakar tersebut.
Walaubagaimanapun, langkah yang paling selamat untuk diambil ialah menjauhkan
kawasan tempat bakar dari kawasan yang sering digunakan oleh warga sekolah
terutamanya pelajar bagi menjamin keselamatan mereka.

4.2 Bahaya : Tiada kanopi kipas siling

Hazard kedua yang kami dapati pada kawasan tinjauan kami ialah tiada kanopi di kipas
siling tempat tersebut seperti Rajah 1.2. Kawasan ini adalah kawasan pelajar melakukan
eksperimen dan pembelajaran. Hazard ini berbahaya kerana kipas siling tersebut boleh
tercabut dengan sendiri dan potensi untuk mengenai pelajar adalah sangat tinggi. Hal ini
boleh mengakibatkan pelajar untuk cedera di seluruh bahagian badan atau lebih teruk lagi
seluruh badan pelajar menjadi lumpuh.
Rajah 1.2

Langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko ini adalah dengan memasang
penutup kanopi kipas supaya kipas itu tidak mudah tercabut. Dengan langkah ini, hazard tersebut
dapat terus dihapuskan dan membuatkan pelajar boleh melakukan pembelajaran dengan lebih
selamat dan tenang.
4.3 Bahaya : Tiada kepingan tingkap

Hazard ketiga yang kami telah temui pada kawasan tinjauan ialah tiada kepingan tingkap.
Kawasan tersebut adalah kawan pelajar melakukan pembelajaran. Hal ini berbahaya kerana pelajar
boleh terlanggar tempat tersebut dan mengakibatkan cedera yang agak besar pada bahagian tangan
atau badan. Terdapat banyak permukaan yang tajam terdedah yang juga boleh menyebabkan baju
pelajar koyak.

Rajah 1.3

Langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko ini adalah memasang kepingan tingkap. Pelajar
juga harus menjauhi kawasan tepi tingkap tersebut supaya dapat belajar dengan selamat dan tenang.
4.4 Bahaya : Struktur tangga yang sudah rosak

Hazard yang keempat kami temui semasa sesi lawatan ke sekolah tersebut adalah struktur
tangga yang sudah rosak.Hazard ini boleh dikategorikan di bawah hazard yang berisiko tinggi .Hal
ini kerana kami mendapati terdapat bahagian tangga yang sudah roboh dan pecah.Sekiranya
kemalangan berlaku ,kecedaraan yang mungkin akan berlaku terhadap mangsa yang terlibat
merupakan kecederaan yang serius seperti tulang patah atau kematian.

Rajah 1.4

Sebagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan adalah dengan
membaik pulih semula bahagian tangga yang rosak dan roboh. Pihak yang bertanggungjawab perlu
mengambil langkah segera untuk membaiki semula tangga yang rosak ini supaya tidak berlakunya
kemalangan yang tidak diingini pada hari akan datang.
4.5 Bahaya : Keadaan singki yang pecah dan tidak kukuh

Akhir sekali , Hazard yang kami dapati semasa sesi pemeriksaan di kawasan tinjaun kami
adalah keadaan singki makmal yang pecah dan tidak kukuh. Hazard ini boleh dikategorikan
sebagai hazard sederhana kerana risiko kecederaan yang bakal berlaku merupakan kecederaan
yang tidak berat.Walau bagaimanapun , sekiranya berlaku kemalangan mangsa boleh menerima
luka yang dalam dan mungkin boleh mendapat jahitan kesan daripada luka yang didapatinya.
Singki tersebut boleh jatuh atau runtuh semasa pelajar menggunakannya.

Rajah 1.5

Antara langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan adalah membaiki
semula singki yang rosak dan sentiasa menyenlenggara keadaan singki tersebut agar kemalangan
dapat dielakkan daripada berlaku.Pihak sekolah perlu mengambil tindak segera sebelum terjadinya
kemalangan kepada pelajar dan menyebabkan masalah yang lebih besar kepada pihak sekolah.
5. PENUTUP & PENAMBAHBAIKAN

Kesimpulannya, masih terdapat banyak perkara yang berpotensi tinggi untuk mendatangkan
kecederaan kepada warga SMK Tengku Temenggong Ahmad . Meskipun begitu, ia masih tidak
dapat dikesan oleh pihak sekolah itu sendiri mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Dengan
ini, kumpulan kami berharap agar kajian ini dapat membantu pihak sekolah agar dapat
menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan selesa untuk pelajar serta pekerja di sana. Kami
sedar bahawa sekolah ini sering menjadi mangsa banjir pada setiap kali musim banjir atau musim
tengkujuh. Oleh itu,kami mencadangkan agar pihak sekolah lebih peka terhadap musim tersebut
dan membuat persiapan untuk mengurangkan kerosakan yang boleh berlaku serta mengurangkan
risiko yang boleh berlaku selepas air banjir mula surut. Akhir sekali, kumpulan kami berharap agar
kajian kami ini dapat dikemukakan dan dipertimbang untuk dilaksanakan agar sekolah ini lebih
selamat dari sebelumnya.

You might also like