You are on page 1of 4

KURSUS 6 SEKAWAN SEKRETARIAT BANGSAR PUDU AMPANG PECHAH 2 4 APRIL 2013 ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP Objektif 1. 2. 3. 4. 5.

. Menandakan permulaan dan penamatan sesuatu aktiviti atau perjumpaan. Cara memberi hormat kepada tetamu. Memberi pengiktirafan kepada pengakap dan pemimpin pengakap. Memberi motivasi kepada pengakap dan pemimpin pengakap supaya terus berusaha. Menjadi kenangan dan ingatan yang mendalam dan berkesan di hati pengakap kerana telah diterima sebagai anggota. 6. Melahirkan semangat kerjasama, kekitaan, dan bertanggungjawab di kalangan anggota pengakap. 7. Melatih pengakap dengan disiplin dan peraturan yang khusus dalam setiap istiadat yang dilaksanakan.

2. Jenis-jenis Istiadat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Istiadat laung agung (khusus untuk Pengakap Kanak-kanak); Istiadat bendera (Pengakap Muda dan Pengakap Remaja); Istiadat melantik; Istiadat meningkat naik; Istiadat menyampaikan lencana; Istiadat pemeriksaan pagi (khusus waktu perkhemahan); Istiadat penganugerahan manik kayu (bagi Pemimpin Pengakap)

2.1

Istiadat Laung Agung Pengakap Kanak-kanak mempunyai pasukan yang dipanggil sekawan yang terdiri daripada 6 orang setiap pasukan. Segala istiadat dan gerakerja hendaklah secara berpasukan: Akela berteriak PEK kepada PKK, PKK diam dan berdiri tegak Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! ! ! ! ! ! - PKK menyahut panggilan Akela sambil berlari menelilingi Akela dan menyebut P.E.K ! ! ! ! Akela memberi perintah membuat bulatan. PKK lantas memegang tangan sekawan sambil membuat bulatan. Bila bulatan sudah siap, PKK akan menjatuhkan tangan Akela mendepa tangan, PKK angkat tumit, Akela merapatkan tangan ke peha, PKK akan mencangkung dengan kedua belah tangan mencecah tanah di luar peha dan berkata A..KE..LA !! KITA BUAT HABIS BAIK, PKK bangun serentak, berdiri tegak dan bersedia. Ketua sekawan bertugas akan mencabar dengan hormat sambil berkata dengan intonasi mencabar KAMU BUAT HABIS BAIK. PKK akan memberi hormat kepada Akela sambil menjawab cabaran KAMI BUAT HABIS BAIK. Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuh tangan sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

Laung Agung adalah menjadi tradisi dalam istiadat PKK. Laung Agung yang dibuat oleh PKK adalah untuk menunjukkan yang mereka telah membuat sehabis baik. Istiadat ini mesti dijalankan setiap kali perjumpaan diadakan, iaitu pada permulaan dan akhir perjumpaan. Selepas Laung Agung bendera dikibarkan/diturunkan dan diikuti dengan doa.

2.2

Istiadat Bendera Istiadat mengibarkan/menaikkan bendera Bendera telah diap dilipat dan diikat pada tiang bendera. Anggota berbaris dalam keadaan SEDIA di hadapan tiang bendera dalam bentuk ladam kuda atau berjajar. Ketua patrol bertugas keluar dari barisan, bergerak ke tiang bendera lalu berdiri satu langkah di hadapan tiang bendera untuk mengibarkan bendera sebaik sahaja pemimpin menyebut BENDERA. Ketua patrol kemudian menarik/menyentap tali bendera dengan tangan kanan, bergerak satu langkah ke belakang dan memberi tabik hormat kepada bendera, diikuti oleh semua anggota pangakap yang lain. Semua pengakap menjatuhkan tangan apabila ketua patrol bertugas menjatuhkan tangan. Lagu Negaraku dinyanyikan sebaik sahaja pemimpin menyebut NEGARAKU. Pembaca doa keluar selangkah ke hadapan untuk membaca doa sebaik sahaja pemimpin menyebut DOA. Anggota pengakap yang beragama Islam mengangkat kedua-dua belah tangan ke paras bahu secara serentak untuk mengamimkan doa apabila pembaca doa menyebut AP. Pengakap yang bukan beragama Islam pula berdiri tegak, tundukkan kepala dan berdoa mengikut agama masingmasing. Tangan diturunkan secara serentak apabila pembaca doa selesai membaca doa dan menyebut AP. Pengakap kemudian berada dalam keadaan senang diri apabila pemimpin menyebut SENANG DIRI, diikuti dengan beberapa pengumuman oleh pemimpin .

Istiadat menurunkan bendera Bendera telah diap dilipat dan diikat pada tiang bendera. Anggota berbaris dalam keadaan SEDIA di hadapan tiang bendera dalam bentuk ladam kuda atau berjajar. Ketua patrol bertugas keluar dari barisan, bergerak ke tiang bendera lalu berdiri satu langkah di hadapan tiang bendera untuk mengibarkan bendera sebaik sahaja pemimpin menyebut BENDERA. Ketua patrol kemudian menarik/menyentap tali bendera dengan tangan kanan, bergerak satu langkah ke belakang dan memberi tabik hormat kepada bendera, diikuti oleh semua anggota pangakap yang lain. Semua pengakap menjatuhkan tangan apabila ketua patrol bertugas menjatuhkan tangan. Lagu Negaraku dinyanyikan sebaik sahaja pemimpin menyebut NEGARAKU. Pembaca doa keluar selangkah ke hadapan untuk membaca doa sebaik sahaja pemimpin menyebut DOA. Anggota pengakap yang beragama Islam mengangkat kedua-dua belah tangan ke paras bahu secara serentak untuk mengamimkan doa apabila pembaca doa menyebut AP. Pengakap yang bukan beragama Islam pula berdiri tegak, tundukkan kepala dan berdoa mengikut agama masingmasing. Tangan diturunkan secara serentak apabila pembaca doa selesai membaca doa dan menyebut AP. Pengakap kemudian berada dalam keadaan senang diri apabila pemimpin menyebut SENANG DIRI, diikuti dengan beberapa pengumuman oleh pemimpin .

You might also like