You are on page 1of 4

Tarikh 26 Februari 2018

Tajuk Laung Agung, Persetiaan Pengakap, Undang – undang Pengakap dan


Lagu Pengakap Kanak – kanak

Kumpulan Ahli Pengakap Kanak – Kanak (Tahap 2)


sasaran

Masa 9.30 a.m – 10.30 a.m (60 minit)

Objektif Di akhir pengajaran, ahli Pengakap Kanak – kanak akan dapat:

a) Melaksanakan amali Laung Agung


b) Melafazkan Persetiaan Pengakap
c) Menyatakan Undang – undang Pengakap
d) Menyanyikan dua buah lagu pengakap kanak – kanak yang telah
dipelajari sebelum ini.

Kaedah a) Amali
b) Tunjuk ajar
c) Tunjuk cara
d) Nyanyian

Nilai murni a) Taat kepada arahan


b) Berdisiplin
c) Kegigihan
d) Menghormati

Bahan bantu a) Flash card


mengajar b) Gambar kedudukan tangan semasa membaca Persetiaan
Pengakap
c) Kertas A4

Penyampaian Langkah 1 Mengambil kehadiran ahli – ahli pengakap


pengajaran (3 minit)

Langkah 2 Laung agung


(30 minit)
a) Pembelajaran kedudukan sekawan dalam barisan.
1. Pengerusi / Ketua
2. Quatermaster
3. Kedudukan penolong / naib pengerusi di
belakang barisan
b) Mengajar Cara Pelaksanaan Istiadat Laung Agung:
i. Akela berdiri di hadapan dan berteriak “PEK”
(1 kali – kuat dan nyaring). Semua PKK berdiri
dan diam dalam keadaan sedia.
ii. Akela berteriak “PEK, PEK, PEK” dan menutup
tangan paras dada. PKK menjawab
“P…E…K...” dan berlari anak mengelilingi
Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke
bahu.
iii. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada
PKK membuat bulatan besar mengikut
sekawan mengelilingi Akela sambil
berpegangan tangan. Apabila bulatan telah
berada dalam keadaan sempurna, Akela
turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan
mereka.
iv. Akela angkat tangan secara depa dari bawah
ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit.
Akela merapatkan tangan ke peha dan secara
serentak PKK mencangkung dengan kedua-
dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi
kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari
mencecah ke tanah sambil kepala
memandang ke hadapan dan terus berkata
serentak “AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK.”
Pada penghabisan perkataan ‘BAIK’, PKK
sudah berdiri serentak dalam keadaan sedia.
v. Akela mencabar kepada salah seorang PKK
“KAMU BUAT HABIS BAIK?” PKK memberi
hormat kepada Akela. Akela membalas hormat
dalam keadaan sedia. PKK terus menjawab
“KITA BUAT HABIS BAIK”. PKK tidak jatuhkan
tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan
tangannya.
vi. Akela akan berkata “BENDERA”. Semua PKK
menghadap bendera. Petugas keluar terus
berjalan menuju ke tiang bendera.
vii. Petugas berhenti pada jarak satu langkah di
hadapan tiang bendera. Dalam keadaan sedia,
tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja)
tali bendera untuk “menjatuhkan bendera” dan
selangkah ke belakang untuk memberi hormat
bendera serta diikuti pemimpin dan PKK.
Petugas berpusing ke belakang dan kembali
ke tempat asalnya dengan berkawad.
viii. Selepas itu, Akela akan berkata
“NEGARAKU”. PKK secara serentak
menyayikan lagu “NEGARAKU”. Pada akhir
lagu semua PKK menghadap kembali ke
dalam bulatan seperti asal.
ix. Selepas itu, Akela berkata “DOA”. Petugas
berkata “up” sebagai isyarat menadah tangan
berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan
kepala semasa berdoa. Selepas tamat doa
Petugas berkata “up” sebagai isyarat
menurunkan tangan.
x. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan
melapor kepada Ketua Pemimpin atau minta
menjalankan tugas lain.
xi. Selepas sesi ini, ahli-ahli pengakap akan
laksanakan amali di dalam makmal.

Langkah 3 Lagu ‘Mandolo’

(5 minit)

Langkah 4 a) Pengenalan kepada peraturan yang ada. (Soalan:


Apakah peraturan yang perlu kita ikuti sebagai
(17 minit)
seorang murid?)
b) Pengenalan kepada Persetiaan dan Undang –
Undang Pengakap
c) Menyatakan Persetiaan Pengakap:
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji
dan bersetia yang saya dengan seberapa daya
upaya saya akan;
a. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
b. Menolong orang pada setiap masa
c. Menurut undang – undang Pengakap
d) Menyatakan Undang – Undang Pengakap (10
undang – undang)
Dipercayai, taat, berguna, bersaudara, berbudi,
kasihkan binatang, menurut perintah, tabah hati
berjimat, suci fikiran, suci perkataan, suci
perbuatan
e) Ahli – ahli Pengakap Kanak – kanak dikehendaki
menghafal dan melafazkan Persetiaan Pengakap
serta menyatakan Undang – undang Pengakap.

Langkah 5 Lagu ‘Masa Belle’

(5 minit)

RANCANGAN PENGAJARAN PENGAKAP 1

Penolong Pemimpin:

……………………………. Penilai:

(MOHAN A/L CHANDRAN)

……………………………..

( )

You might also like