You are on page 1of 14

KERTAS KERJA :

HARI ORIENTASI UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

Anjuran :

UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBANBAN

SARAWAK
1.0 NAMA PROGRAM

Hari Orientasi Unit Beruniform Pengakap

2.0 TEMA PROGRAM

“Tak kenal maka tak cinta”

3.0 RASIONAL

Hari Orientasi Unit Beruniform pengakap merupakan sebuah program orientasi yang
bertujuan untuk memperkenalkan ilmu-ilmu asas Pengakap kepada ahli-ahli baharu. Hari
Orientasi Pengakap mensasarkan penyertaan daripada budak-budak baharu Pengakap
sebagai usaha melayakkan mereka dianugerahkan Lencana Keahlian.

4.0 MATLAMAT

Matlamat penyelaras Unit Beruniform Pengakap SK Sebanban menganjurkan program ini


adalah bagi memastikan para pelajar khususnya ahli-ahli baharu pengakap menguasai ilmu-
ilmu asas Pengakap sebagai usaha meperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial dalam diri mereka secara harmonis dan menyeluruh.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Untuk memperkenalkan ilmu-ilmu asas Pengakap kepada ahli-ahli baharu


5.2 Sebagai usaha melayakkan ahli-ahli baharu Pengakap dianugerahkan Lencana
Keahlian
5.3 Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli baharu
5.4 Untuk menerapkan nilai kerjasama dalam diri ahli-ahli baharu

6.0 CADANGAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT

6.1 Tarikh : 5 Ogos 2017 (Sabtu)


6.2 Masa : 8.00 pagi – 2.30 petang
6.3 Tempat : Dewan Sri Sebanban

7.0 KUMPULAN SASARAN

24 orang ahli baharu Unit Beruniform Pengakap SK Sebanban


8.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 am : Pendaftaran ahli baharu (Lampiran 1)

8.15 am : Ice Breaking dan pembahagian patrol (Lampiran 2)

9.00 am : Pengisian Ilmu Pengakap Slot 1 (Lampiran 3)

10.00 am : Kudapan

10.15 am : Pengisian Ilmu Pengakap Slot 2 (Lampiran 4)

11.00 am : Explorace (Lampiran 5)

1.00 pm : Merarau

2.00 pm : Majlis Penutupan (Lampiran 6)

2.30 pm : Bersurai

9.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Jamhee bin Sebeli (Guru Besar)


Penasihat : Amran bin Roslan (PK Kokurikulum)
Penyelaras Program : Noraihan binti Jamali (Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform
Pengakap)

9.1 Ahli Jawatankuasa Kerja


Pengerusi : Adri Ridhwan bin Izzudin Rahimi (Ketua Patrol 1)
Naib Pengerusi : Wardah Atiqah binti Abdul Latif (Ketua Patrol 2)
Setiausaha : Nora binti Jali (Ketua Patrol 3)
Bendahari : Nor Sakinah binti Mohd. Nizam (Ketua Patrol 4)
AJK Dokumentasi : Melvin anak Bunan (Penolong Ketua Patrol 1)
AJK Ice Breaking : Nurul Aida binti Razak (Penolong Ketua
Patrol 2)
Siti binti Abu (Penolong Ketua Patrol 3)
Haziq bin Jemat (Penolong Ketua Patrol 4)
AJK Pengisian Ilmu : Noraihan binti Jamali (Guru Penyelaras Program)
AJK Makanan : Nur Shafiqa binti Mohd Amirul Toh (QM Patrol 1)
Asma Najwa binti Manura (QM Patrol 2)
AJK Explorace :
Stesen 1 : Ahli Patrol 1
Stesen 2 : Ahli Patrol 2
Stesen 3 : Ahli Patrol 3
Stesen 4 : Ahli Patrol 4
AJK Cenderamata : Nurul binti Julai (QM Patrol 3)
Aina binti Kaili (QM Patrol 4)

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. Perkara Kuantiti Harga Seunit Harga


1. Cenderamata
Johan 1 unit RM6.00 RM6.00
Naib Johan 1 unit RM6.00 RM6.00
Tempat Ketiga 1 unit RM6.00 RM6.00
2. Kudapan 24 orang RM5.00 RM120.00
3. Makanan Tengahari 24 orang RM6.00 RM144.00
Jumlah RM282.00
Sumber : Wang hasil daripada Minggu Kerja Pengakap

11.0 PENUTUP

Diharapkan Hari Orientasi Unit Beruniform Pengakap ini akan dapat diadakan pada masa
dan tarikh yang dicadangkan seterusnya mencapai objektif yang digariskan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………

………………………………
(NORAIHAN BINTI JAMALI)
(AMRAN BIN ROSLAN)
Penyelaras Hari Orientasi Unit Beruniform Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Sebanban, Penolong Kanan Kokurikulum,

Serian, Sarawak. Sekolah Kebangsaan Sebanban,


Tarikh : 1 Ogos 2017
Serian, Sarawak.

Disahkan oleh,
………………………………

(JAMHEE BIN SEBELI)

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sebanban,
Serian, Sarawak.
LAMPIRAN 1

Pendaftaran ahli baharu


• Para peserta mengambil tempat di Dewan Sri Sebanban
• Peserta diminta untuk menyerahkan bayaran Yuran Keahlian sebanyak RM3
kepada bendahari
LAMPIRAN 2

Ice Breaking

Salam Semut

Aktiviti :
i. Peserta akan membentuk bulatan besar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth.
Lagu sahabat sejati).
ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil
mengucapkan “salam Pengakap” (Bagi sama jantina).
iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “salam
Pengakap” tanda kemesraan.

Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.
Pengelompokan mengikut kriteria

Aktiviti :
i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a. Sama jantina
b. Sama tahun lahir
c. Sama bulan kelahiran
d. Sama saiz kasut
e. Sama warna baju / seluar dll.
ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.

Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

Pembahagian Patrol

i. Guru penyelaras telah menyediakan terlebih dahulu pembahagian patrol.


ii. Guru penyelaras kemudiannya hanya perlu memanggil nama peserta tersebut dan
meminta mereka untuk duduk di dalam patrol yang telah dibahagikan.
iii. Bilangan peserta adalah seramai 24 orang dan mereka dibahagikan kepada 4 patrol
LAMPIRAN 3

Pengisian Ilmu Pengakap Slot 1


Peserta akan ditayangkan dengan persembahan slide powerpoint tentang ilmu :
• Lambang Pengakap Malaysia beserta maknanya
• Lagu Pengakap

Peserta diminta untuk menyanyikan bersama-sama lagu Pengakap Malaysia bersama


iringan muzik.
LAMPIRAN 4
Pengisian Ilmu Pengakap Slot 2
Peserta akan ditayangkan dengan persembahan slide powerpoint tentang ilmu :
• Pakaian Unit Beruniform Pengakap
• Persetiaan Pengakap
• Demonstrasi hormat Pengakap dan cogan kata Pengakap

Peserta diminta untuk melafazkan bersama-sama Persetiaan Pengakap


LAMPIRAN 5

Terdapat 4 stesen yang akan dilalui oleh keempat-empat patrol. Pemenang dipilih
berdasarkan masa yang singkat dapat melalui semua stesen dan markah yang tinggi dalam
setiap permainan dalam stesen masing masing. Berikut merupakan aktiviti yang akan
dijalankan pada setiap stesen :

Stesen 1 : Pakaikan Aku Baju Pengakap

 Seorang ahli patrol diminta untuk tampil menjadi wakil patrol


 Wakil itu tadi akan dijadikan sebagai patung untuk disarungkan baju seragam
Pengakap yang betul
 Ahli patrol yang lain akan bekerjasama memilih dan memasang baju seragam
Pengakap secara betul ke atas rakannya yang menjadi wakil itu tadi
 Sekiranya pemilihan baju dan perkakas mereka betul, barulah patrol dilepaskan ke
stesen yang seterusnya

Stesen 2 : Mewarna Lambang Pengakap

 AJK Stesen terlebih dahulu menyediakan 24 keping kertas A4 yang telah dilukis
lambang Pengakap di atasnya.
 Para ahli patrol kemudiannya diminta untuk mewarnakan lambang Pengakap itu tadi
dengan menggunakan pensel warna yang telah disediakan
Stesen 3 : Sing It Right

 Ahli patrol diminta untuk menyanyikan Lagu Pengakap dengan penuh semangat
tanpa melihat lirik
 Selagi masih terdapat kesalahan lirik, patrol tidak dibenarkan untuk beredar dari
stesen ini
Stesen 4 : Susun sampai Betul

 Ahli-ahli patrol dibekalkan dengan kepingan-kepingan barisan Persetiaan Pengakap


 Ahli patrol diminta untuk menyusun kepingan kad itu tadi mengikut urutan Persetiaan
Pengakap yang betul

Bahawa dengan sesungguhnya

saya berjanji dan bersetia

Yang saya

dengan seberapa daya upaya saya

Akan Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara

Menolong orang pada setiap masa

Menurut undang-undang Pengakap


LAMPIRAN 6

Majlis Penutupan
 Guru penyelaras membuat refleksi tentang aktiviti orientasi yang dijalankan
 Penyerahan hadiah pemenang aktiviti Explorace

You might also like