You are on page 1of 16

HANDOUT LENCANA MAJU

PERKHEMAHAN LENCANA MAJU


Disediakan oleh: Mohd Hilmi Abu Bakar

1. Organisasi Kumpulan, PPM Daerah dan PPM Negeri


Organisasi PPM WP Kuala Lumpur
*PKPPNg – Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, PIP – Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Yang DiPertua Majlis Pengakap WPKL YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah
Pengerusi MPWPKL Encik Nordin bin Mohamadin
Setiausaha MPWPKL Encik Dzulfikar Kamal bin Kamarudin
Bendahari MPWPKL Encik Karthik A/L Govindarajoo
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri YBhg. Datuk Haji Zakran bin Abdul Manan
Timbalan KPPNg Ts. Mohd Hilmi bin Abu Bakar
Pesuruhjaya Latihan Negeri Encik Marwan bin Mohammad
Pesuruhjaya Program Negeri Encik Muhammad Rahimi bin Mahmud
PKPPNg. (Pentadbiran) Encik Zamri bin Saiman
PKPPNg. (Profail) Encik Azri bin Awalludin
PKPPNg. (Antarabangsa) Encik Alfred Siow
PIP Negeri (Setiausaha Pentadbiran 1) Puan Julieyana binti Jaris
PIP Negeri (Setiausaha Pentadbiran 2) Encik Danny Yue Chi Wai
PIP Negeri (Setiausaha Latihan) Encik Chong Beng Ming
PIP Negeri (Setiausaha Program) Cik Maisarah Adiba binti Zolkifli
PIP Negeri (Pengakap Laut) Ts. Ismail bin Ibrahim
PIP Negeri (Pengakap Udara) Encik Mohd Abrar bin Mohd Noor
PIP Negeri (Pengakap Khas) Encik Ahmad Hafzan bin Hassan
PIP Negeri (Unit Pengakap Kanak-Kanak) Encik Kevin Ong Gim Huat
PIP Negeri (Unit Pengakap Muda) Encik Abdul Halim bin Nanyan @ Othman
PIP Negeri (Unit Pengakap Remaja) Encik Mohd Shazman bin Abdul Rahman
PIP Negeri (Unit Pengakap Kelana) Encik Abdul Jalil bin Abdul Samad
Pesuruhjaya –Pesuruhjaya Daerah Batu, Kepong, Segambut, Wangsa Maju, Setiawangsa,
Titiwangsa, Bukit Bintang, Seputeh, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Cheras
Organisasi PPM Daerah Batu

Organisasi Troop Pengakap SM Sains Seri Puteri (Kumpulan 36 Daerah Batu)


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu - En. Mohd Azraie bin Md Yusof
Penaung - Pn. Norzila binti Ali Musa
Guru Penolong Kanan Kokurikulum - Pn. Hjh. Aida binti Aris
Pemimpin Kumpulan - Pn. Siti Nur Fatimah Hasan, Cik Siti Narini Mohd Idris, Pn. Ellis
Roslina Rosedi & Pn. Noorita Mohamad Mokhtar

KLCharlie-mhab
2. Bendera semua negeri di Malaysia
1. Johor 2. Melaka 3. Negeri Sembilan

4. Selangor 5. Perak 6. Kedah

7. Pulau Pinang 8. Perlis 9. Pahang

10. Terengganu 11. Kelantan 12. Sarawak

13. Sabah 14. Wilayah Persekutuan

W.P. Kuala Lumpur W.P. Labuan W.P. Putrajaya

3. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP 4. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu


Kuala Lumpur

YBhg. Datuk Haji Zakran bin Abdul Encik Mohd Azraie bin Md Yusof
Manan

KLCharlie-mhab
5. Erti Undang-Undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang DiPertuan Agong, Raja-Raja, Pemimpin
Pengakap, Ibu Bapa, Majikan dan orang-orang bawahannya
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa
4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekalian orang dan bersaudara dengan Pengakap lain
walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun
5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada binatang
7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua
patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tiada bantahan
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (tabah
hati)
9. Pengakap adalah seorang yang berjimat cermat
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikiran, perkataan dan perbuatannya
6. Upacara Mengibarkan Bendera
• Upacara mengibarkan bendera dijalankan oleh ahli-ahli Pengakap pada waktu pagi
• Ahli-ahli akan berdiri dalam bentuk ladam kuda mengikut patrol masing-masing
• Ketua Patrol akan berdiri di sebelah kanan sekali. Di sebelah kirinya ialah Kuartermaster
Patrol diikuti oleh ahli-ahli patrol. Penolong Ketua Patrol akan berdiri di sebelah kiri sekali.
• Patrol bertugas akan duduk di sebelah
kanan sekali di dalam ladam kuda.
Patrol bertugas akan melantik seorang
pengibar bendera, pembaca Persetiaan
Pengakap dan pembaca doa
• Pemimpin Bertugas akan memberi
arahan “Baris! Baris sedia!”. Selepas itu,
beliau akan melapor kepada Ketua
Pemimpin dan memohon kebenaran
untuk menjalankan istiadat
• Setelah menerima kebenaran,
Pemimpin Bertugas akan kembali ke
tempatnya dan memberi arahan
“Bendera!”
• Pengibar bendera akan melangkah ke depan tiang bendera dan mengibarkan bendera yang
telah siap sedia dilipat dengan sekali sentapan. Sama ada bendera itu berkibar atau tidak,
pengibar bendera akan melangkah satu langkah ke belakang dan memberi arahan “Ap!”
dan memberi hormat Pengakap kepada bendera. Ini akan diikuti oleh semua orang. Selepas
itu, Pengibar bendera akan kembali ke tempat asalnya.
• Pemimpin Bertugas akan memberikan arahan untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Wilayah Persekutuan dan lagu Pengakap Malaysia. Setelah itu, arahan untuk
memperbaharui Persetiaan Pengakap akan diberikan. Pembaca Persetiaan Pengakap akan
melangkah ke depan dan melafazkan Persetiaan Pengakap, diikuti oleh semua.
• Setelah itu, arahan untuk membaca doa akan diberikan. Pembaca doa akan melangkah ke
depan dan memberikan arahan “Ap!” untuk menadah tangan diikuti oleh bacaan doa.
• Selesai berdoa, Pemimpin Bertugas akan melapor kepada Ketua Pemimpin dan menjemput
beliau untuk memberikan sepatah dua kata. Selesai ucapan tersebut, Pemimpin Bertugas
akan melapor sekali lagi bagi memohon kebenaran untuk menjalankan tugas-tugas yang
lain. Selepas kembali ke tempat asalnya, Pemimpin Bertugas akan memberi arahan “Baris!
Keluar Baris!”. Semua ahli Pengakap akan keluar baris. Ketua Pemimpin pula memberi
arahan yang sama kepada Pemimpin yang lain.

KLCharlie-mhab
7. Istiadat Menurunkan Bendera
• Susunan bagi Istiadat Menurunkan Bendera adalah sama dengan Istiadat Mengibarkan
Bendera
• Pemimpin Bertugas akan melapor kepada Ketua Pemimpin bagi memohon kebenaran
untuk menjalankan istiadat. Selepas kembali ke tempat asalnya, Pemimpin Bertugas akan
memberi arahan “Bendera!”
• Dua orang dari patrol bertugas yang telah ditetapkan untuk menurunkan bendera akan
melangkah ke depan dan berkawad ke arah bendera pada kedudukan seperti di dalam
rajah di sebelah
• Pengakap yang berdiri di depan akan
membuka ikatan di tiang bendera dan
menurunkan bendera perlahan-lahan.
Pengakap yang berdiri di belakang akan
menyambut hujung bendera tersebut.
• Setelah ikatan bendera dibuka dan
talinya diikatkan semula ke tiang
bendera, Pengakap yang berdiri di
depan akan berpusing menghadap
rakannya di belakang dan mula melipat
bendera hingga menjadi bentuk segi
tiga.
• Selepas itu, Pengakap yang berdiri di
belakang akan kembali ke tempat asalnya. Pengakap yang berdiri di depan pula akan
melapor kepada Pemimpin Bertugas dan menyerahkan bendera yang telah dilipat itu.
Selepas itu, Pengakap tersebut kembali ke tempat asalnya
• Pemimpin Bertugas akan melapor kepada Ketua Pemimpin dan menyerahkan bendera
tersebut. Selepas itu, Pemimpin Bertugas akan kembali ke tempat asalnya dan memberi
arahan “Baris! Keluar Baris!” kepada semua ahli Pengakap. Ketua Pemimpin pula memberi
arahan yang sama kepada Pemimpin yang lain.
8. Memanjat Tali Setinggi 3 Meter & Memanjat Pokok 5 Meter

• Seperti memanjat tali, memanjat pokok juga


memerlukan kekuatan tangan dan kaki
• Sesetengah pokok mempunyai banyak dahan.
Ini akan memudahkan seseorang memanjat
• Memanjat tali memerlukan kekuatan pokok itu. Bagi yang kurang dahan, perlu
tangan dan kaki. Tangan memaut tali memeluk pokok dengan kuat sebelum kaki
supaya badan boleh bergerak ke atas menolak badan ke atas.
manakala kaki berfungsi sebagai • Teknik memanjat pokok kelapa adalah
kunci supaya tidak menggelongsor ke berbeza. Ruas-ruas pada batang pokok kelapa
bawah digunakan sebagai tempat berpijak untuk naik.

KLCharlie-mhab
9. Kapak 10. Gergaji

Pengenalan
1. Kapak adalah amat berguna semasa
perkhemahan untuk menebang pokok
serta memotong dan membelah kayu.
2. Terdapat pelbagai jenis kapak seperti
kapak penebang, kapak penarah, kapak
bomba dan sebagainya.
3. Kapak yang baik kualitinya mempunyai
pemegang yang berkedudukan selari
dengan mata kapak itu. Jika tidak, kapak
itu tidak akan berfungsi dengan baik.
4. Mata kapak hendaklah sentiasa tajam.
Mata yang tumpul akan menyukarkan
kerja penebangan dan berpotensi
menyebabkan kecederaan. Mata kapak
diasah menggunakan batu asah ataupun
kikir.

Gergaji D (bow saw)


Pengenalan
1. Gergaji digunakan untuk menghasilkan
keratan dan potongan yang kemas pada
kayu, buluh dan papan.
2. Terdapat pelbagai jenis gergaji untuk
fungsi yang berbeza, contohnya gergaji
Langkah keselamatan: tangan, gergaji puting, gergaji lengkung
1. Mata kapak hendaklah sentiasa tajam halus dan gergaji ‘D’. Gergaji yang tepat
2. Jangan pakai pakaian yang labuh sehingga perlu digunakan.
menggangu keselesaan sewaktu bekerja 3. Semua gergaji mempunyai mata yang
3. Pakai kasut, sarung tangan dan cermin panjang dengan gigi tajam di sepanjang
mata keselamatan semasa bekerja. mata tersebut membolehkan keratan
4. Pastikan tiada orang yang berhampiran dilakukan secara halus dan kemas.
sewaktu bekerja. Wujudkan tempat khas 4. Gigi tajam ini akan memotong apabila
untuk memotong kayu di tapak gergaji disorong dengan tangan ke
perkhemahan tersebut. hadapan dan ke belakang.
5. Sentiasa menjaga kapak supaya tidak
tercabut daripada pemegangnya
Penjagaan Gergaji
6. Sebaik sahaja selesai menggunakannya,
1. Mata gergaji hendaklah sentiasa tajam. Ia
kapak hendaklah disimpan di tempat yang
boleh diasah menggunakan kikir kecil.
selamat
2. Pastikan mata gergaji sentiasa kering
daripada air bagi mengelakkanya
Menyimpan Kapak berkarat.
1. Menyimpan kapak di dalam sarung khas 3. Apabila memotong batang kayu yang
yang diperbuat daripada kulit besar, sapukan minyak pada mata gergaji
2. Memakukkan mata kapak pada tunggul bagi mengelakkannya menjadi terlalu
atau batang kayu panas.

KLCharlie-mhab
11. Teknik Menebang Pokok, Merincih Pokok, Memotong Ketungan Kayu dan Menyusun
Ketungan Kayu
(a) Menebang Pokok (b) Merincih Pokok

(c) Memotong Ketungan Kayu (d) Menyusun Ketungan Kayu

12. Simpulan dan Ikatan


1. Tindih Kasih Gelung (bowline on
the bight)
• Membentuk gelung tidak menjerut
yang lebih kukuh
• Masih mudah dileraikan walaupun
setelah digunakan dengan beban
tinggi.

2. Belit Lucut (highwayman’s hitch)


• Sesuai digunakan untuk mengikat
bot atau haiwan (cth. kuda) supaya
boleh dibuka dengan pantas
• Boleh juga digunakan untuk turun
dari atas pokok dengan
menggunakan tali
3. Lilit Pasdul (marlinespike hitch)
• Untuk membuat tangga
• Untuk mencabut kayu pancang
terbenam terlalu dalam di dalam
tanah.

KLCharlie-mhab
4. Simpul Kerusi (Fireman’s chair
knot)
• Untuk menurunkan orang dari
bangunan atau jurang dengan
memasukkan tanjul yang kecil di
keliling dada dan tanjul yang besar
di keliling kaki atau pelipatan lutut

5. Lilit Pemati Selit (Sailmaker’s


whipping)
• Untuk mematikan hujung tali manila
(tali serat) agar tidak terurai dan
berada dalam keadaan yang kemas.

6. Simpul Kepala Lalat (crown knot)


• Untuk mencegah hujung tali
daripada bercerai

7. Sambat Balik (back splice)


• Untuk mencegah hujung tali
daripada bercerai dan
mengemaskannya.
• Dimulakan dengan simpul kepala
lalat dan diteruskan dengan
anyaman balik

8. Ikatan Silang Gunting (sheer


lashing)
• Untuk menyambung dua batang
kayu/buluh bagi membuat kaki yang
bersilang
• Untuk menyambung kayu supaya
menjadi panjang
• Untuk menguatkan batang kayu
yang lemah
13. Masakan Rimba
• Masakan rimba atau backwood’s man cooking adalah teknik memasak dengan tidak
menggunakan sebarang alatan dapur
• Ia biasa dipraktikkan semasa perkhemahan di dalam hutan rimba (backwood) atau di kem
bagi menguji kemahiran memasak ahli-ahli Pengakap
• Kemahiran menghasilkan bara yang baik adalah kunci kepada kejayaan masakan rimba.
Api yang besar tidak akan memasak makanan, sebaliknya menghanguskan makanan itu.
• Di Malaysia, masakan rimba dijalankan menggunakan perkakas tempatan seperti buluh,
kelapa, daun pisang, daun pandan dan sebagainya.

KLCharlie-mhab
(a) Memasak Nasi Secara Rimba
• Orang Melayu di Malaysia biasa memasak
beras pulut di dalam buluh menghasilkan
makan tradisi iaitu lemang
• Bagi nasi, kaedah yang sama boleh
digunakan atau seperti di dalam gambar
di sebelah
• Sukatan air dan beras adalah sama dan
perlu diperiksa dengan kerap supaya tidak
mentah
• Selain buluh lemang, kelapa juga boleh
digunakan setelah dibuang sabutnya
(b) Memasak Telur Secara Rimba
• Telur boleh dimasak menggunakan
beberapa kaedah seperti menggunakan
oren dan kentang
• Bagi kaedah oren dan kentang, korek isi
kentang dan oren sehingga tinggal kulit
sahaja. Pecahkan telur dan masukkan isi
telur ke dalam kentang dan oren tersebut.
Letakkan di atas bara sehingga masak
• Satu lagi kaedah ialah merebus telur di
dalam buluh
(c) Kentang/Ubi Kayu Secara Rimba
• Kentang mempunyai kulit yang nipis. Oleh
itu, ia perlu disalut dengan tanah lembap
seperti dalam rajah di sebelah. Pusingkan
kedudukan kentang tersebut selang
beberapa minit untuk memastikan ia
masak secara keseluruhan
• Bagi ubi kayu pula, ia mempunyai dua
lapisan kulit yang tebal. Oleh itu, ubi kayu
boleh terus dimasukkan ke dalam bara.
Setelah dibakar lebih kurang 30-45 minit,
keluarkan ubi kayu tersebut dan kupas
kulitnya untuk mendapatkan isinya
(d) Roti Lilit
• Roti lilit dibuat daripada tepung gandum
yang diadun dengan sedikit air sehingga
menghasilkan adunan yang kental dan
boleh dipintal tanpa menghancurkannya
• Adunan ini dipintal kira-kira sebesar jari
telunjuk dan dililitkan pada sebatang
kayu/potongan buluh yang telah
dibersihkan
• Ia dibakar di atas bara sehingga masak,
biasanya mengambil masa kira-kira 20
minit
• Bagi menambahkan kelazatannya, roti
boleh disapu dengan gula atau mentega
supaya terasa manis

KLCharlie-mhab
14. Model Projek Perintis
• Projek perintis berasal daripada projek yang dibina
oleh peneroka pada zaman dahulu menggunakan
struktur-struktur asas seperti trestle, sheer leg dan
tripod. Ia memerlukan kemahiran simpulan dan
ikatan yang tinggi.
• Projek perintis boleh dibahagikan kepada beberapa
kategori seperti menara (seperti rajah di sebelah),
jambatan, permainan, kenderaan dan lain-lain.
• Tujuan pembinaan model projek perintis adalah
untuk mendapatkan gambaran tentang kaedah
membina dan tahap kekukuhan sesuatu projek
perintis itu.
• Sekiranya terdapat sebarang kelemahan, ia boleh
dibetulkan sebelum projek perintis yang sebenar
dibina
15. Kajian Burung Tempatan (6 Jenis)

• Contoh-contoh burung tempatan adalah seperti di atas. Dari kiri, burung merpati, merbuk,
raja udang dan wak-wak. Burung-burung lain ialah seperti burung hantu, burung helang,
burung tiung dan lain-lain lagi.
16. Kajian Binatang Tempatan (6 Jenis)

• Contoh-contoh binatang tempatan adalah seperti di atas. Dari kiri, landak, memerang,
harimau dan ular tedung. Ada banyak lagi binatang yang ada di negara kita.
17. Kajian Pokok Tempatan (6 Jenis)

• Contoh-contoh pokok tempatan adalah seperti di atas. Dari kiri, pokok mangga, pokok
durian, pokok pisang dan pokok betik. Ada banyak lagi pokok termasuk yang bukan pokok
buah-buahan yang boleh disenaraikan.
18. Rekod Perkhemahan dan Langkah Keselamatan Berenang
• Bagi rekod perkhemahan, nyatakan tarikh, lokasi, masa memulakan dan menamatkan
perkhemahan serta slot tandatangan untuk ditandatangani oleh Pemimpin. Rekod
hendaklah disediakan dalam bentuk jadual bagi memudahkan Penilai meneliti rekod
tersebut.
• Bagi langkah keselamatan berenang, sila buat log berdasarkan kad informasi yang
diberikan semasa Perkhemahan Lencana Maju. Jika mampu, sertakan gambar atau lakaran
yang relevan untuk membantu pemahaman Penilai.

KLCharlie-mhab
19. Langkah Keselamatan Kerja Luar
• Bincangkan di dalam patrol tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti luar. Buat nota berdasarkan apa yang telah dibincangkan.
20. Memasang dan Menggunakan Dapur Gas dan Lampu Minyak Tanah
• Pada masa kini, dapur gas mini yang mudah
digunakan terdapat di pasaran
• Ia menggunakan silinder gas kecil untuk
membekalkan bahan api. Silinder gas ini
diletakkan dalam ruang khas di bahagian
sebelah kanan dapur gas mini tersebut
• Suis bahan api, apabila ditekan ke bawah,
akan menyalurkan gas dari silinder gas ke
tungku dapur. Cara menghidupkan api adalah
sama seperti dapur gas biasa.
• Pengakap perlu tahu cara memasukkan
silinder gas, menekan suis bahan api dan
menghidupkan api. Selepas itu, mencuci
dapur mini tersebut dan menyimpannya
semula ke dalam bekas
• Lampu gas/lampu minyak tanah adalah lampu
yang menggunakan minyak tanah atau kerosin
sebagai bahan api
• Lampu minyak tanah terdiri daripada
beberapa komponen seperti pemegang,
tangki minyak tanah, sumbu, pelaras sumbu,
kaca pelindung, corong asap dan suis untuk
menaikkan kaca pelindung
• Pembakaran minyak tanah biasanya
menghasilkan jelaga pada kaca pelindung
• Pengakap perlu tahu cara membersihkan
jelaga tersebut, membersihkan keseluruhan
badan lampu minyak tanah, mengisi minyak
tanah ke dalam tangki, melaraskan sumbu dan
menghidupkan api
21. Dua Jenis Kompas dan Cara Membaca Bearing
• Dua jenis kompas yang biasa digunakan ialah kompas orienteering dan kompas lensatik.
Cara membaca bearing untuk kedua-dua kompas ini berbeza antara satu sama lain.
• Kompas Orienteering • Kompas Lensatik

JIKA INGIN MENGETAHUI NILAI BEARING JIKA INGIN MENGETAHUI NILAI BEARING
• LANGKAH 1 – Buka penutup kompas sehingga SESUATU ARAH
penutup dan badan kompas membentuk 90° • LANGKAH 1 – Pastikan kompas berada di atas
• LANGKAH 2 – Naikkan kanta bacaan (reading permukaan yang rata
lens) hingga mencapai 45° • LANGKAH 2 – Halakan anak panah mara
• LANGKAH 3 – Stabilkan kompas dengan (travel arrow) terus kepada arah tersebut
meletakkan ibu jari pada gelungan ibu jari • LANGKAH 3 – Pusingkan perumah supaya
kompas (thumb loop). anak panah dan garisan grid (orienting arrow)

KLCharlie-mhab
• LANGKAH 4 – Tentukan objek yang ingin pada perumah berada betul-betul selari
disasarkan dengan jarum utara kompas.
• LANGKAH 5 – Laraskan garisan pandangan • LANGKAH 4 – Rekodkan bacaan bearing
(sighting wire) supaya ia terletak di tengah- dalam darjah atau Mils
tengah objek sasaran.
• LANGKAH 6 – Baca nilai bearing pada JIKA TELAH MEMPUNYAI BEARING DAN
kompas. INGIN MENENTUKAN ARAH DITUJU
• LANGKAH 7 – Rekodkan bacaan bearing • LANGKAH 1 – Pastikan kompas berada di atas
dalam darjah atau Mils permukaan yang rata
• LANGKAH 2 – Pusingkan dial perumah
JIKA TELAH MEMPUNYAI BEARING DAN sehingga bearing yang ingin dituju berada
INGIN MENENTUKAN ARAH DITUJU selaras dengan anak panah mara (travel
• LANGKAH 1 – Ulangi Langkah 1 hingga 3 arrow)
seperti di atas • LANGKAH 3 – Pusingkan badan dengan
• LANGKAH 2 – Pusingkan badan dengan kompas tetap berada di hadapan badan
kompas tetap di bahagian depan badan supaya anak panah dan garisan grid (orienting
hingga menunjukkan bearing yang ingin arrow) pada perumah berada betul-betul
dituju selari dengan jarum utara kompas.
• LANGKAH 3 – Pilih objek yang ketara pada • LANGKAH 4 – Pilih objek yang ketara pada
arah tersebut dan berjalan menuju ke arah arah tersebut dan berjalan menuju ke arah
objek tersebut tersebut
• LANGKAH 4 – Sekiranya mempunyai jarak • LANGKAH 5 – Sekiranya mempunyai jarak
tertentu untuk setiap bearing, pastikan jarak tertentu untuk setiap bearing, pastikan jarak
itu dipatuhi (cth: bergerak ke arah 175° itu dipatuhi (cth: bergerak ke arah 175° sejauh
sejauh 100 meter) 100 meter)
22. Sistem Kontur, Rujukan Grid, Skala dan Kunci Peta
• Garisan Kontur • Rujukan Grid

• Garisan grid yang membujur peta – timuran


• Garisan grid yang melintang peta – utaraan
• Kedudukan di dalam peta ditandakan dengan
koordinat dengan menyebut angka timuran
dahulu diikuti dengan angka utaraan
• Bagi rajah di sebelah, koordinat bagi zon
berwarna hitam ditentukan oleh sempadan
kiri dan sempadan bawah bagi petak
berkenaan.
• Koordinat bagi zon
hitam tersebut ialah
9244 (disebut sembilan
Sampel garisan kontur di atas peta topo dua empat empat)
• Rujukan grid empat
• Kontur digunakan untuk menggambarkan angka kurang tepat
keadaan tinggi rendah muka bumi di dalam kerana luas satu petak di
peta atak peta tersebut ialah 1km persegi
• Kontur terdiri daripada garisan-garisan halus • Kaedah yang lebih tepat ialah menggunakan
berwarna perang yang berbentuk lingkaran rujukan grid enam angka
halus
• Ia melambangkan ketinggian vertikal dari aras
laut
• Garisan kontur tidak akan terputus dan
menandakan titik-titik yang sama tinggi
• Jarak antara dua garisan kontur adalah
sentiasa seragam contohnya 10 meter
• Garis kontur boleh digunakan untuk
mentafsirkan bentuk fizikal bukit atau lembah • Dalam kaedah ini ruang antara dua garisan

KLCharlie-mhab
timuran dan dua garisan utaraan dibahagikan
kepada 10 bahagian yang sama besar
• Sebagai contoh, rujukan grid enam angka bagi
tanda X di atas ialah 723317
• Skala Peta

Manakah skala yang LEBIH BESAR


Contoh tafsiran garisan kontur menjadi antara 1:50,000 dengan 1:500,000?
bentuk fizikal muka bumi
• Skala pada peta merujuk kepada nisbah unit
pada peta atau atlas yang bersamaan dengan
jarak sebenar
• Kategori peta berdasarkan perkiraan skala:
• Peta skala kecil (skala 1:600,000 atau lebih
kecil)
• Peta skala sederhana (skala antara
1:600,000 dengan 1:75,000)
• Peta skala besar (skala 1:75,000 atau lebih
besar)
• Skala besar merujuk kepada nisbah yang
digunakan untuk jarak atau keluasan yang
kecil, supaya objek kelihatan lebih besar.
• Sebaliknya, skala kecil pula digunakan untuk
Beberapa contoh garis kontur yang berbeza merujuk kepada nisbah yang digunakan untuk
Mengikut bentuk muka bumi masing-masing
kawasan yang luas.
• Kunci Peta Topografi (Petunjuk Peta)
Kunci peta atau petunjuk peta adalah simbol yang digunakan untuk melambangkan suatu ciri
di atas peta tersebut. Dengan menggunakan simbol-simbol ini, kita boleh mengenali sesuatu
tempat berdasarkan apa yang dilambangkan di dalam peta. Ia merangkumi kunci peta fizikal
dan manusia, singkatan serta simbol bangunan dan pengangkutan
• Simbol Fizikal dan Manusia
Hutan rimba Hutan buluh Kelapa sawit
Kopi Teh Belukar
Tembakau Hutan paya Rumbia
Tebu Paya bakau Nipah
Sawah padi Lada Kelapa
Getah Koko Rumput
Nanas Paya
• Simbol Bangunan dan Sistem Pengangkutan
Masjid Tokong Kuil
Gereja Rumah api Empangan negeri
Jalan raya Lorong Benteng
Terowong Jambatan Sempadan
• Simbol Singkatan
Alur Balai Polis Bukit
Cangkat Dispensari Gunung
Hospital Jeram Kuala
Permatang Pejabat Pos Pjbt. Pos & Telegraf
Parit Rumah Perhentian Rumah Rehat
Sungai Sekolah Stesen Kastam

KLCharlie-mhab
23. Bahagian-bahagian Kayak & Langkah Keselamatan Semasa Mendayung

• Langkah Keselamatan Berkayak

1. Sentiasa memakai PFD sama ada tahu berenang atau tidak tahu berenang
2. Hendaklah memakai pakaian yang cerah dan mudah dilihat
3. Hendaklah memakai baju berlengan panjang
4. Sekiranya berakit di kawasan jeram dan berbatu, perlu memakai topi keledar khas
5. Jangan sekali-kali berkayak berseorangan. Pastikan ada jurulatih yang mahir
6. Pastikan berada di dalam keadaan sihat sewaktu hendak berkayak
7. Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum berkayak supaya tidak kejang otot
8. Setiap peserta perlu ada wisel pada PFD masing-masing
9. Pastikan ada penyelamat nyawa bertugas atau individu yang terlatih
10. Jika mengikuti ekspedisi, pastikan semua peserta telah sekurang-kurangnya menyertai
Kursus Kayak Anugerah Bintang 1 dan mengetahui asas-asas berkayak

KLCharlie-mhab
24. Balutan Lanjutan 25. Cara Memanggil Polis/Bomba/Ambulans
• Balutan Kepala 1. Maklumkan dengan tepat lokasi
kecemasan dan apa yang telah berlaku
secara ringkas dan padat
2. Maklumkan keadaan mangsa dan
bilangan mangsa terlibat
3. Adakah mangsa masih sedar atau telah
tidak sedarkan diri
4. Beritahu nombor telefon anda atau di
mana anda membuat panggilan supaya
dapat dihubungi semula sekiranya
• mereka perlukan info tambahan
• Balutan Siku

• Balutan Lutut

26. Tindakan Kecemasan


• Menghentikan Pendarahan • Renjatan

1. Pendarahan arteri akan menyebabkan darah 1. Punca renjatan yang paling lazim ialah
berwarna merah terang meleleh dengan kehilangan darah yang teruk melebihi 1.2 liter
banyak. Darah akan memancut seiring (2 pain)
dengan denyutan jantung. 2. Renjatan juga berlaku apabila jantung tidak
2. Pendarahan vena berwarna merah gelap berupaya untuk mengepam darah ke seluruh
kerana kurang oksigen . Darah akan meleleh badan akibat masalah jantung
dengan banyak sekiranya vena tercedera 3. Bagi kes renjatan, mulakan dengan merawat
3. Pendarahan kapilari berlaku pada sebarang sebarang punca renjatan, contohnya
luka. Biasanya, pendarahannya hanya sekejap pendarahan yang teruk atau luka terbakar

KLCharlie-mhab
dan kehilangan darah sedikit saja. Satu yang parah
hentaman boleh memecahkan kapilari di 4. Baringkan mangsa ke atas selimut tebal untuk
bawah kulit dan mengakibatkan pendarahan menebatkannya daripada tanah yang sejuk
dalam tisu-tisu (lebam) 5. Tenangkan mangsa
4. Bagi merawat pendarahan, ia perlu 6. Angkat kaki mangsa dan ampu untuk
dihentikan terlebih dahulu. Buat tekanan memulihkan bekalan darah ke organ-organ
tuaman di sekeliling kawasan pendarahan. penting
Buat tekanan mantap pada luka dengan 7. Longgarkan pakaian yang ketat pada leher,
menggunakan jejari atau tapak tangan anda dada dan pinggang untuk mengurangkan
5. Angkat anggota yang tercedera dan sokong jerutan pada tubuh
supaya ia sentiasa berada di atas paras 8. Pastikan tubuh mangsa dalam keadaan panas
jantung dengan menyelimutkan tubuh dan kakinya
6. Balut luka dengan menggunakan pembebat dengan selimut. Dail 999 bagi mendapatkan
steril. Pastikan balutan dapat memberi bantuan ambulans
tekanan ke atas kawasan pendarahan. Jangan 9. Perhatikan mangsa dan catatkan respon,
gunakan ikatan ‘torniquet’ kadar denyutan nadi dan pernafasan. Jika
7. Dail 999 bagi mendapatkan bantuan mangsa tidak sedarkan diri, buka saluran
ambulans udara dan periksa pernafasannya
8. Perhatikan keadaan mangsa dan rawat 10. Bersedia untuk memberi bantuan pernafasan
sekiranya berlaku renjatan jika perlu
• Risiko Memindahkan Orang Yang Cedera

Berikut adalah risiko yang perlu dipertimbangkan sewaktu memindahkan orang yang cedera:
1. Adakah tindakan ini perlu?
2. Jika pemindahan perlu dilakukan, adakah mangsa boleh bergerak sendiri?
3. Berapakah berat dan saiz tubuh mangsa?
4. Apakah jenis kecederaan dan adakah pemindahan akan memburukkan lagi kecederaannya?
5. Siapakah yang ada untuk membantu anda memindahkan mangsa?
6. Adakah pembantu anda seorang yang terlatih dan tegap dari segi fizikal?
7. Adakah anda perlu menggunakan alat pelindung bagi memasuki kawasan kemalangan?
8. Adakah terdapat sebarang peralatan untuk membantu memindahkan mangsa?
9. Adakah terdapat ruang yang cukup di sekitar kemalangan bagi memindahkan mangsa kecederaan?
10. Apakah jenis persekitaran yang anda lalui bersama dengan mangsa?
• Lemas • Kebakaran

1. Lemas boleh menyebabkan kematian apabila 1. Bantu mangsa supaya baring. Elakkan anggota
udara tidak dapat masuk ke dalam paru-paru yang terbakar dari tersentuh pada tanah
kerana air telah memasuki paru-paru. 2. Simbah luka terbakar dengan air sejuk lebih
2. Jika mangsa telah diselamatkan dari dalam kurang 10 minit. Tetapi jangan lengahkan
air, kekalkan kepalanya ke bawah bagi penghantaran mangsa ke hospital. Dail 999
mengurangkan risiko mangsa menelan air untuk mendapatkan bantuan
3. Baringkan mangsa dalam keadaan terlentang 3. Jika bantuan belum sampai, teruskan tindakan
di atas kain tebal. Buka salur udara dan anda menyejukkan kawasan luka terbakar
periksa pernafasan, bersedia untuk memberi sehingga mangsa berasa lega daripada
pernafasan bantuan dan tekanan dada jika kesakitan
perlu. 4. Gunakan sarung tangan pakai buang jika ada.

KLCharlie-mhab
4. Jika mangsa masih bernafas, letakkannya ke Tanggalkan cincin, jam tangan, tali pinggang,
dalam kedudukan pemulihan kasut, atau pakaian yang terbakar dengan
5. Rawat mangsa bagi mengelakkan hipotermia. cermat dan berhati-hati
Tanggalkan pakaian yang basah dan 5. Tutup tubuh badan yang terbakar dengan
selimutkan dengan kain selimut yang kering pembebat steril bagi melindungi luka daripada
6. Jika mangsa sedar sepenuhnya, berilah ia jangkitan kuman. Jika tiada, pembalut segi
minuman yang panas tiga, atau cebisan cadar boleh digunakan.
7. Dail 999 bagi mendapatkan ambulans 6. Jika kecederaan membabitkan kawasan muka,
walaupun mangsa kelihatan pulih jangan tutup tempat yang tercedera kerana ia
sepenuhnya akan mengganggu aliran udara
• Kebocoran Gas • Kejutan Elektrik

1. Dail 999 bagi mendapatkan bantuan 1. Pastikan bahawa sambungan dengan sumber
kecemasan elektrik telah diputuskan sebelum anda
2. Jauhi sumber gas dengan memindahkan menyentuh mangsa
mangsa ke tempat yang udaranya bersih 2. Simbah kawasan kecederaan iaitu pada titik
3. Sokong tubuh mangsa dan beri perangsang kemasukan dan titik keluar arus elektrik,
supaya ia dapat bernafas seperti biasa dengan air sejuk yang banyak
4. Temani mangsa sehingga bantuan tiba. 3. Gunakan sarung tangan pakai buang jika ada.
Perhatikan keadaan mangsa dan catatkan Letakkan pembebat steril, pembalut segi tiga
tahap gerak balas, kadar denyutan nadi dan atau bahan lain yang bersih dan tidak berbulu
pernafasan ke atas luka untuk melindunginya daripada
5. Jika mangsa tidak sedar diri, buka saluran jangkitan bawaan udara
pernafasan dan bersedia untuk CPR. Jika 4. Dail 999 bagi mendapatkan ambulans
masih bernafas, letakkan mangsa dalam 5. Beri keyakinan atau perangsang kepada
kedudukan pemulihan mangsa dan rawat ia bagi mencegah renjatan

KLCharlie-mhab

You might also like