You are on page 1of 3

8.

4 Kawad Istiadat

Istiadat Perhimpunan

1. Masuk dalam barisan.


2. Melapor kekuatan pasukan.
3. Mengibarkan bendera Malaysia, bendera Bulan Sabit Merah Malaysia dan bendera negeri.
4. Nyanyian lgu Negaraku dan lgu Bulan Sabit Merah Malaysia.
5. Bacaan doa.
6. Ucapan pemimpin.
7. Bacaan ikrar.
8. Keluar baris.

Istiadat Penyampaian Lencana

1. Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin.


2. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu.
3. Pemeriksa bergerak ke bulatan di hadapan bendera.
4. Pemeriksa memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan).
5. Taklimat pemeriksa tentang pentingnya lencana yang dierima oleh penerima.
6. Pemeriksa maju ke arah Ahli BSMM dan Ahli BSMM tabik hormat.
7. Pemeriksa menyematkan lencana.
8. Pemeriksa bersalam dan ucapan “syabas”.
9. Ahli BSMM tabik hormat.
10. Selesai semua kumpulan beri sorakan “Thaniah” dan dijawab oleh penerima lencana.
11. Ahli BSMM balik ke sekawan masing-masing.
12. Pemimpin berdiri di sebelah kanan sekali dan diikuti oleh penolong-penolong pemimpin.
13. Lencana mesti disampaikan oleh pihak BSMM.

Istiadat Meningkat Naik

Istiadat meningkat naik merupakan satu istiadat yang mustahak dan menjadi kenangan
kerana ianya merupakan satu peristiwa yang gembira bagi ahli atau para Pengawai Kanak-Kanak
yang meningkat naik. Istiadat ini adalah bertujuan untuk menunjukkan rasa betapa berharganya
ahli yang berjaya meningkat naik yang telah pun melepasi ujian. Istiadat ini juga dilakukan
bertujuan untuk memberikan sijil penghargaan kepada ahli yang berjaya menduduki peperiksaan
atau Amali.

Istiadat Bendera BSMM

Sebelum menaikkan bendera BSMM, ahli yang bertugas seharusnya menguji terlebih
dahulu tali temali bendera tersebut bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga
menyebabkan bender jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya. Sebelum bendera dinaikkan,
pastikan ianya dalam keadaan yang baik. Para petugas yang menaik dan menurunkan bendera
hendaklah berpakaian kemas, lengkap dengan uniform PBSMM. Peringatan kepada petugas
yang menaikkan bendera, bendera janganlah dilitakkkan ke tanah semasa hendak menaikkannya
dan tidak juga seharusnya membiarkan bendera tersebut meleret ke tanah sewaktu
menurunkannya. Sebaiknya, bendera tersebut hendaklah ditatang atau diselimpangakan ke bahu
apabila ia sampai ke bawah. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah
dinaikkan sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudian menurunkannya semula keseparuh tiang.
Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula semula
bendera tersebut sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudiannya menurunkan bendera itu secara
terus. Bendera yang telah siap digunakan hendaklah dilipat dan disimpan dedngan baik di tempat
yang tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainnya. Jangan sesekali menggunakan bendera
PBSMM untuk mengalas meja dan untukapap-apa tujuan yang dirasakan tidak wajar. Manakala,
bagi bendera yang telah koyak atau lusuh, bendera tersebut dianggap sebagai uzur dan ianya
harus dimusnahkan dengan cara sopan. Cara yang terbaik untuk memusnahkan bendera yang
telah uzur adalah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa meunjukkan rasa
tidak hormat kepada bendera tersebut. Jangan sesekali mengibarkan bendera yang telah uzur
kerana perbuatan itu dianggap sebagai menghina bendera persatuan.

Istiadat Melantik

1. Ahli BSMM membuat bulatan. Komandan berdiri di dalam bulatan. Ahli Majlis Tertinggi di
luar bulatan di belakang Komandan. Ahli lain dalam keadaan sedia.
2. Ahli baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.
3. Komandan : “Adakah kamu ingin menjadi seorang ahli BSMM?”
Ahli baru : “Ya, Komandan”
Komandan : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan persetiaan BSMM?”
Ahli baru : “Ya, Komandan”
4. Komandan melafazkan Persetiaan BSMM diikuti oleh ahli baru.
5. Komandan berjabat tangan dengan ahli baru dan berkata: “Saya percaya kamu akan buat
habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang BSMM
dan seorang ahli dalam BSMM sedunia.
6. Ahli baru tabik hormat kepada Komandan kemudian berpusing dan hormat kepada ahli
BSMM lain.
7. Ahli BSMM lain membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan ahli baru.
8. Istiadat diakhiri dengang Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai PKK tersebut.

You might also like