You are on page 1of 25

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

STAL 6022 MARIKULTUR KERTAS CADANGAN TERNAKAN TIRAM DI SETIU, TERENGGANU

NAMA AFIZA SURIANI BT HAJI SARIMIN SITI YASMIN BT MOHAMED BASHEER

NO MATRIK P 35637 P 25018

PENSYARAH: PROF MADYA DR MAZLAN ABD GHAFFAR PROGRAM: SARJANA SAINS (SAINS LAUT)

Pengenalan Tiram merupakan sejenis makanan laut yang digemari kebelakangan ini. Ini adalah selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia untuk memeperkenalkan kepada orang ramai dan meningkatkan lagi jumlah pengeluaran tiram di Malaysia. Tiram agak mudah untuk diternak serta tidak mendatangkan masalah pada persekitaran kawasan ternakan. Kos pengeluaran juga amat rendah berbanding penternakan ikan, udang dan ketam. Tiram juga tidak memerlukan penjagaan yang rapi serta jarang dijangkiti penyakit malah hasil pulangannya juga lumayan kerana kadar hidup tiram adalah 80%-90%. Terdapat tiga genus tiram yang utama di Malaysia iaitu Crassostrea, Saccostrea dan Ostrea. Genus Crassostrea terdiri daripada 2 spesies yang utama iaitu Crassostrea iredalei dan Crassostrea belcheri manakala genus Ostrea pula terdiri darpada spesies Ostrea folium. Crassostrea iredalei, Crassostrea belcheri, Ostrea folium dan Saccostrea sp. merupakan spesies tiram yang biasa di kutip di Malaysia sebagai sumber makanan. Tiram jenis Crassostrea iredalei dan Crassostrea belcheri dapat dibezakan melalui tanda hitam pada bahagiam dalam kulitnya. Tanda ini merupakan tempat perlekatan otot dan hanya didapati pada Crassostrea iredalei sahaja. Crassostrea iredalei dipilih kerana spesies tiram ini mempunyai nilai komersial. Tiram jenis Crassostrea belcheri yang hidup di kawasan bakau mempunyai isi berwarna perang, manakala Crassostrea iredalei mempunyai isi berwarna putih dan lebih digemari. Tiram seperti juga haiwan moluska yang lain mempunyai peringkat larva sebelum dewasa. Peingkat hidupnya berbeza-beza bergantung kepada spesies yang tertentu. Kitar hidup untuk tiram daripada spesies Crassostrea iredalei adalah seperti Rajah 2. Tiram dipasaran boleh didapati dalam bentuk segar, sejuk beku, kering dan dalam tin. Tiram lazat digulai, digoreng atau direbus dan dimakan begitu saja dengan sos cili. Walaubagaimanapun tiram segar lebih menjadi pilihan para penggemar dan boleh didapati di kebanyakan hotel dan restoran makanan laut eksklusif. Tiram juga boleh dibuat sos untuk menambahkan kelazatan masakan.

Permintaan terhadap tiram dari terengganu meningkat setelah pelbagai promosi dijalankan oleh Jabatan Perikanan. Tiram di Terengganu juga tidak mempunyai masalah untuk dipasarkan berbanding pasaran pantai barat .

Rajah 1: Tiram Crassostrea iredalei

Rajah 2: Kitar hidup tiram.

LAUT CHINA SELATAN

SG. GONG BATU, SETIU

Rajah 3: Lokasi Sungai Gong Batu yang akan diadakan.

2.

Aktiviti Ternakan Aktiviti-aktiviti ternakan tiram boleh dibahagikan kepada dua peringkat berbeza

iaitu pengutipan benih dan pembesaran benih. 2.1 Kutipan Benih Unsur yang penting dalam ternakan tiram adalah sumber bekalan benih. Bekalan benih tiram boleh didapati daripada kawasan semulajadi dan hatcheri. Kawasan kutipan benih dijalankan pada tempat yang sama penternakan tiram dijalankan. Benih tiram akan dibeli dari hatcheri sama ada dari Pusat Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (PPBUK), Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) atau Universiti Sains Malaysia (USM) berdasarkan harga dan kualiti sekiranya pungutan benih secara semulajadi pada peringkat permulaan tidak mencapai tahap optimum.. Pengeluaran benih daripada hatcheri secara aruhan setakat ini hanya diamalkan oleh IPP dan USM sahaja. Harga bagi benih tiram hanyalah RM 0.15 seekor. Walaubagaimanapun bekalan benih daripada kawasan semulajadi merupakan sumber yang utama untuk ternakan tiram di kawasan projek tersebut dan telah dijalankan oleh penternak sejak tahun 1982 dan telah dikenalpasti oleh Jabatan Perikanan Terengganu sebagai kawasan yang produktif dengan benih tiram semulajadi. Oleh kerana sumber bekalan benih tidak menentu daripada kawasan semulajadi, para penternak seharusnya mengetahui musim pembiakannya. Di samping itu mereka juga harus tahu kawasan yang mengandungi banyak benih tiram. Lokasi yang dipilih iaitu Kg. Gong Batu, Setiu, Terengganu secara semulajadinya mempunyai benih tiram Crassostrea iredalei untuk penternakan tiram akan datang. Walaubagaimanapun, sekiranya jumlah benih yang dipungut tidak mencukupi, benih akan dibeli dari USM atau IPP dengan harga RM 0.15 seekor. 2.1.1 Tempat Kutipan Benih Tempat kutipan benih akan dipilih sebelum pemungut benih dipasang. Kutipan benih biasanya dilakukan di tempat yang mengandungi banyak induk serta kehadiran benih tiram semulajadi di Teluk Merchang, Kampung Gong Batu, Setiu. Tempat kutipan akan dipilih pada kawasan yang terlindung daripada ribut ombak yang kuat dan paras

kedalaman yang sesuai untuk mengelakkan kerosakan terhadap pemungut dan bekalan benih tiram yang diperolehi optimum. Ini adalah kerana kepadatan benih tiram pada pemungut berbeza-beza mengikut paras kedalam air. Kawasan ini sesuai untuk habitat tiram kerana air di Teluk Merchang payau serta mempunyai dasar yang berpasir dan berlumpur. Kami memilih kawasan Kg. Gong Batu sebagai kawasan untuk memungut dan menternak tiram kami kerana kawasan ini mempunyai banyak induk serta kehadiran benih tiram semulajadi. Disamping itu kawasan lagun sungai ini jua terlindung dari ombak yang kuat. 2.1.2 Musim Mengutip Benih Waktu yang sesuai untuk kutipan benih dilakukan seharusnya diketahui sebelum akitivit mengutip benih dijalankan. Walaupun tiram mengerluarkan benih sepanjang tahun, namun terdapat suatu kemuncak masa pengeluaran benih yang banyak. Biasanya kemuncak musin pembiakan tiram dapat diketahui melalui pengalaman. Tiram akan melepaskan benih dengan banyak apabila tiba musim tengkujuh selepas musim kemarau. Salinti air pada waktu ini juga didapati rendah berbanding dengan musin lain. Gonad tiram juga mempunyai warna kuning keputihan di mana apabaila ditekan akan mengeluarkan cecair keputihan yang pekat. Di luar musim pembiakan, gonad tiram akan berwarna cerah dan isinya kecil sahaja. Tahap kematangan gonad boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu tidak matang, matang dan selepas bertelur. Peringkat tidak matang mempunyai gonad kecil, tipis dan berwarna jernih. Pada peringkat matang pula, saiz gonad besar, tebal dan warna keputihan meliputi keseluruhan gonad. Apabila di cucuk dengan benda tajam terdapat cecair keputihan keluar dengan sendirinya, Gonad pada peringkat selepas bertelur didapati kecil, nipis dan warna kuning keputihan di sebahagian saja. Bagi mengetahui pengeluaran benih beberapa induk tiram boleh juga diperika selang beberapa hari di kawasan dimana benih hendak dipungut. Sekiranya peratusan induk

tiram didapati tidak mempunyai gonad yang besar dan kelihatan nipis serta berair adalah tinggi bermakna tiram-tiram telah mengeluarkan benih dan pemungut boleh diletakkan. Walaubagaimanapun, cara ini tidak boleh diharap sepenuhnya kerana kadang-kadang keseluruhan larvanya mati atau dibawa arus dari kawasan tersebut selepas beberapa hari. Musim tengkujuh biasanya berlaku pada April hingga Jun dan Oktober hingga Disember. Perkara ini akan diberi perhatian yang wajar kerana pemasangan pemungut di luar musim pembiakan akan menyebabkan pemungut di penuhi dengan benih-benih teritip dan kotoran. Satu lagi cara untuk megetahui masa pengeluaran benih yang banyak ialah dengan memeriksa selalu plankton haul diambil dengan menggunkan jaring plankton atau jaring Kitahara. Larva tiram yang berukuran lebih kurang 0.25- 0.5mm panjang boleh dicam dengan terdapatnya bonggol condong. 2.1.3 Sistem Pemungut Terdapat tiga jenis pemungut yang biasa digunakan untuk mendapatkan sumber benih tiram semulajadi di perairan Malaysia iaitu rakit, rawai terapung dan rawai dasar. Perbezaan system pemungut ini bergantung kepada beberapa faktor seperti kos perbelanjaan, ketahanan bahan serta keadaan ombak ribut di kawasan kutipan benih Kami akan menggunakan rawai terapung sebagai sistem pemungut benih. Kami memilih sistem ini kerana kerana kos perbelanjaan dan penyelenggaraannya yang rendah dan tahan lama serta amat sesuai digunakan di Sg Gong Batu kerana ia tahan pada gelora ombak besar ketika musim tengkujuh. Kos pembinaan sistem ini juga jauh lebih murah berbanding sistem yang lain kerana ini merupakan projek pertama kami. Projek ini akan dikembangkan dari masa ke masa dan kemungkinan sistem ini ditukar sekiranya bersesuaian dengan lokasi projek untuk kemudahan kami untuk mengutip tiram pada masa akan datang. i. Rawai Terapung

Pemungut benih digantung pada utasan tali yang menghubungkan antara dua pelampung yang biasa digunakan juga sebagai penggantungan bekas ternakan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk kawasan perairan yang terdedah kepada ribut dan ombak yang kuat

terutama sekali pada musim tengkujuh. Kaedah rawai terapung ini sama dengan kaedah sistem tbekas ternakan. Rajah 5a) dan 5(b). 2.1.4 Pemungut Benih

Terdapat berbagai-bagai kaedah digunakan oleh para penternak untuk memungut benihbenih tiram. Kaedah in bergantung kepada kos perbelanjaan, ketahanan dan memudahkan pemungut itu dikendalikan. Diantara jenis-jenis pemungut yang digunakan adalah tayar, netlon, kulit tiram dan tempurung kelapa. Kami akan tayar sebagai pemungut benih tiram kami. Ini adalah kerana ia berkos rendah , mudah didapati, tahan lama dan amat sesuai untuk memungut benih tiram Crassostrea iredalei. Tempat pemungut benih ini akan dijalankan pada kawasan berdekatan dengan kawasan projek ternakan tiram dijalakan ntuk kemudahan pemindahan benih ke sistem ternakan. i. Tayar

Tayar motosikal yang terbuang boleh digunakan sebagai pemungut benih tiram. Kaedah ini lebih menjimatkan dan tahan lama sehingga bertahun-tahun. Tayar-tayar tersebut diterbalikan untuk menampung luas permukaan perlekatan benih. Tayar- tayar diikat berbentuk tukun dan kemudianya digantung atau diletakkan pada dasar sungai sebagai pemungut. Kaedah ini digunakan dengan meluas oleh nelayan di kawasan pantai Timur dan amat mudah didapati terutama sekali di Terengganu. Tiram yang di pungut dengan kaedah ini adalah dari spesies Crassostrea iredalei. Tayar-tayar ini kemudian diikat pada rawai terapung secara bertingkat mengikut kedalaman 1m dari permukaan hingga 5 m.

Rajah 4: Pemungut benih tiram dari tayar.

2.2

Pembesaran Benih Benih-benih yang telah dipungut perlu dibesarkan pada bekas-bekas ternakan yang

telah disediakan. Pemindahan benih tiram ke dalam bekas biasanya dilakukan apabila benih- benih pada pemungut telah mencapai saiz lebih kurang 3 cm. Pengasingan tiram daripada pemungut akan menghasilkan bentuk individu yang lebih menarik. Tiram dalam bentuk individu ini biasanya dijual dalam bentuk segar dan mempunyai nilai harga yang lebih tinggi. Terdapat juga tiram-tiram yang dibesarkan berkumpulan. Tiram-tiram begini biasanya dibesarkan terus pada pemungut dan kadar tumbesaran agak lambat kerana perlu bersaing untuk mendapat ruang adan makanan diantara satu sama lain. Tiram ini tidak mempunyai harga apabila dijual secara segar. Oleh yang demikan ia dijual mengikut berat setelah isinya diasingkan daripada kulitnya. 2.2.1 Sistem Ternakan Sistem ternakan yang diamalkan oleh para penternak di Malaysia berbeza-beza bergantung kepada factor persekitaran yang terdapat disesuatu kawasan. Faktor-faktor yang selau perlu dititik beratkan adalah seperti perbezaan pasang surut, kedalaman air dan keaadan dasarnya. Di samping itu ia juga perlu jauh daripada ombak, ribut, pemangsa dan agen fouling ( pengotor) yang terlalu tinggi. Sistem ternakan yang biasa digunakan oleh penternak tiram adalah rakit, rawai dan para. Kami akan menggunakan system ternakan rawai terapung kerana ia sesuai digunakan di kawasan ternakan tiram kami di Sg Gong Batu, Setiu, Terengganu. Kos pembinaan dan penyelengaraan yang rendah berbanding system lain adalah salah satu faktor kami memilih sistem ini. Laut China Selatan yang biasanya lebih bergelora berbanding dengan Laut Selat Melaka di sebelah Pantai barat Malaysia terutama sekali ketika musim tengkujuh monsun Timut laut. Keadaan Laut bergelora, ombak besar dan ribut sering berlaku pada musin ini. Faktor ini telah kami pertimbangkan sebelum kami memilih Sg. Gong Batu, Setiu sebagai kawasan ternakan, sistem ternakan dan sistem pemungut benih. Kami mendapati sistem rawai terapung amat sesuai digunakan pada kawasan laut yang bergelora dan berombak.

i.

Rawai Terapung

Panjang rawai yang biasanya digunakan oleh penternak adalah lebih kurang 50 meter. Tali rawai disokong oleh pelampung pada jarak 3 meter setiap satu. Bekas ternakan yang sesuai digantung pada rawai adalah bingkai netlon keran lebih stabil dan mudah diselanggarakan. Penggantungan bekas ternakan disini juga boleh dilakukan secara bertingkat. Keadah ini lebih menguntungkan kerana kos pembinaannya lebih murah berbanding dengan rakit serta kadar tumbesaran tiram berlaku dengan cepat. Disamping itu juga lebih tahan terhadap ombak akibat laluan akibat bot-bot nelayan

5(a)

5(b) Rajah 5(a) dan 5(b) menunjukkan pandangan sistem ternakan rawai. 2.2.2 Bekas Ternakan Berbagai-bagai jenis dan bentuk bekas ternakan dicipta untuk memudahkan pengendalian pemeliharaan tiram. Di antara jenis bekas yang berbagai ini, biasanya jenis yang lebih murah dan dapat memuatkan lebih banyak jumlah bilangan tiram. Jenis-jenis bekas ternakan yang biasa digunakan di Malaysia adalah tayar, bingkai netlon dan raga. Kami akan menggunakan tayar sebagai bekas ternakan kami kerana kosnya murah dah tahan lama disamping mudah diselanggarakan oleh seorang pekerja.

i. Tayar Tayar motosikal yang terpakai diterbalikkan untuk dijadikan bekas, salah satu permukaan yang terbuka dijjahikan dengan jaring netlon sebagai dasarnya. Bahagian atasnya kemudian diikat dengan tali yang digunakan sebagai pengantung pada rawai. Tayar-tayar susun sama ada secara satu persatu atau bertingkat-tingkat mengikut jumlah bilang tiram yang diternak. Cara ini lebih digemati oleh penternaka kerana ianya lebih murah dan tahan lama. Satu bekas dapat memuatlkan sehingga 100 individu tiram dewasa. Bekas ini dapar tahan sehingga 10 tahun. 1 bekas ternakan yang mngandungi dua tingkat tayar akan digantung pada setiap pelampung dan 20 bekas ternakan akan digantung diikat pada setiap baris rawai. Rajah 6: Bekas ternakan yang dibuat dari tayar motosikal.

3.

Pengurusan Ternakan Tiram-tiram yang diternak akan diurus dan diawasi ia sentiasa sihat dan dapat

membesar dengan baik. Proses pengurusan tiram melibatkan beberapa kerja yang harus dilakukan. Proses pengurusan ternakan merangkumi aktiviti seperti berikut. 3.1 Pembersihan Pembesihan tiram akan dilakukan sekurang-kurang sebulan sekali bagi menjamin ianya bersih daripada lumpur dan kekotoran lain. Pembersihan seharusnya dilakukan lebih kerap lagi apapbila musim tengkujuh tiba. Proses pembersihan ini biasanya dilakukan dengan menggunakan pam air berenjin untuk menjimatkan masa dan tenaga. Kaedah ini akan dapat menanggalkan segala lumpur dan kotoran yang melekat pada tiram dan bekas ternakan. Bahan-bahan lain mengotorkan tiram seperti bunga karang dan askidian juga perlu dibuang sewaktu pembersihan. Apabila kotoran terlalu tebal, ianya sukar untuk ditangggalkan dengan menggunakan pam air. Apabila tiram-tiram telah dituai bekas-bekas

ternakan perlu dijemur untuk membunuh bunga karang dan askidian serta memudahkannya ditanggalkan apabila telah kering. 3.2 Pengasingan dan Penyusunan Benih Benih-benih tiram yang berlainan saiz perlu diasingkan di disusun di dalam bekas yang berbeza bagi mengelakkan terjadinya persaingan mendapatkan makanan. Ini adal;ah kerana kadar tumbesaran dan pengambilan bahan makan berbeza untuk tiram yang berlainan saiz. Oleh yang demikian tiram-tiram yang mempunyai saiz yang lebih kurang sama perlu dimasukkan di dalam bekas ternakan yang sama. Proses Pengasingan dan penyusunann mengikut saiz ini perlu diulangi sehingga tiram-titam yang diternak mencapai saiz pasaran. Ini adalah untuk memudahkan pemilihan tiram sewaktu penuaian hasil. Bilangan tiram yang terdapat di dalam bekas ternakan juga perlu dipertimbangkan agar ianya tidak terlalu pada. Kepadatan yang terlalu tinggi pada bekas akan memyebabkan tumbesaran tiram terjejas dan mengakhibatkan kematian. Biasanya bekas ternakan seperti tayar , dapat diisi dengan tiram dewasa sehingga 100 ekor. Bilangan yang melebihi had ini kurang sesuai kerana ianya terlalu pada dan tiram berada dalam keadaan bersesak-sesak. 3.3 Pembuangan Pemangsa Pemangsa-pemangsa tiram yang terdapat di kawasam ternakan perlu dibunuh bagi mengelakan kemusnahan tiram. Pemangsa yang dijangka di jumpai merosakkan tiram adalah seperti berikut: i. Ketam

Ketam merupakan pemangsa utama terhadap benih-benih tiram yang diternak . Ketamketam ini akan memecahkan kulit tiram yang masih lembut dan memakan isisnya. Ianya sering dijumpai pada bekas-bekas ternakan yang mengandungi banyak benih tiram terutamanya di kawasan permukaan. Ketam dapat dielakan daripada memasuki bekas semaian dengan menutup nelon halus di permukaan.

Rajah 7: Ketam pemangsa yang lazimnya dijumpai. ii. Tapak Sulaiman juga merupakan pemangsa utama terhadap tiram yang diternak. Ia kakinya. Perutnya kemudian dikeluarkan untuk penghadaman awal

Tapak Sualiman penyedut pada

menyerang tiram tanpa mengira saiz sama ada kecil atau besar. Kulit tiram dibuka dengan menyebabkan tiram menjadi lemah dan memudahkan proses memakan seterusnya. Serangan Tapak Sulaiman banyak didapati terutamannya dikawasan dasar. Tapak Sulaiman boleh dikawal dengan cara menbuang atau meracunnya. Ia boleh dibuang semasa air surut dengan sebatang kayu diikat hujungnya dengan dawai kawat. Di tempat ternakan yang lebih dalam ia boleh dibuang dengan penyapu. Penyapu Tapak Sualiman dibuat dengan mengikau serumpun kapas lembut serta kusut. Penyapu in hendaklah ditarik naik selalu (selang 10 minit) untuk menyapu dan menbunuhnya, Tapak Sulaiman boleh di bunuh dalam air mendidih atau dalam larutan air yang sangat masin. Jika terlalu banyak jumlahnya bolehlah dibunuh dengan menabur kaput tohor di dasat laut sebanyak 500 paun/ekar.

Rajah 8: Tapak sulaiman

Rajah 9: Penyapu tapak sulaiman

iii. Siput Halia (Tahis sp.) Siput ini menyerang ternakan tiram dengan cara mengorek kulit untuk mendapatkan isinya. Cara untuk mengelakkan serangannya ialah dengan membina tempat ternakan yang tidak menyentuh kawasan dasar. Ini adalah kerana in banyak hidup dikawasan dasar tanpa boleh berenang ke atas.

Rajah 10: Siput pengorek tiram

iv. Cacing Lecur (Blister worm) Cacing Lecur (Polydora sp.) ini menyerang dengan cara mengorek dan menembusi kulit tiram. Kulit akan menjadi rapuh dan mudah pecah. Apabila lult telah ditembusi, tiram akan membina lapisan kulit baru untuk menutupnya. Cara berkesan untuk membunuh cacing ini ialag dengan membiarkan tiran-tiran terdedah di udara dalam jangka masa 24-48 jam. Serangan cacing lecur akan menyebabkan tumbesaran tiran terencat dan jika kadar serangan tinggi, ianya mungkin akan menyebabkan kematian

Rajah 11: Cacing lecur yang merosakkan tiram 3.5 Pembuangan Pesaing

Masalah pesiang timbul terutamannya pada musim kemarau dimana salinity meningkat. Masalah ini juga dihadapi di kawasan ternakan yang berhampiran dengan laut. Oleh yang demikan pars salinity ait yang sesuai adalah dalam julat 15-22 ppt. Pembuangan pesaing perlu dilakukan untuk menjamin tiram mendapat bekalan makanan yang cukup. Ini adalag keran tiram-tiram terpaksa berkongsi ruang hidup serta makanan apabila pesaing wuujd dengan banyak ditempat ternakan. Di antara persaing uang selau didapati di tempat ternakan adalah seperti berikut: i. Siput sudu (Perna Viridis)

Siput sudu menmpunyai kadar tumbesar yang lebih cepat berbanding dengan tiram. Keduaduanya bersaing untuk mendapatkan bekalan makanan kerana mereka merupakan haiwan penapis ( filter feeders). Pengetahuan tentang pembiakan siput sudu amat penting untuk penternakan menjalankan akativiti menternak tiram pada masa yang betul. Siput sudu dapat dibunuh dengan memdedahnya pada panas matahari apabila saiznya kurang daripada 5cm.

Rajah 12: Siput sudu pada tiram ii. Teritip Teritip mempunyai masa membiak yang hampir sama dengan tiram. Disamping melekat pada kulit, pesaingan dalam mendapatkan makanan juga berlaku kerana ia dalah haiwan penapis. Jikalau pemungut benih tiram tidak dipasang pada masa yang sesuai . Kemungkinan besar pemungut itu akan diselaputi oleh benih teritip. Pembuangan teritip pada kulit tiram dapat dilakukan dengan mengetuknya sehingga pecah.

Rajah 13: Teritip pada tiram iii. Siput Kampis

Selain daripada bersaing mendapatkan ruang tempat tinggal, siput kampis juga bersaing untuk mendapatkan makanan. Bilanganya yang tinggi di dalan tempat ternakan akan menyebabkan kesempitan ruang dan bekalan makanan yang tidak mencukupi untuk tumbersaran tiram. Ini dalah kerana kadar tunbesaran siput ini lebih cepat disamping hidup melekat pada kulit tiram. Ia dapat dielakkan dengan membuangnya daripada kawasan ternakan.

Rajah 14: Siput kampis iv. Siput rantai Siput rantai juga merupakan haiwan penapis makanan. Oleh yang demikian, ia persaing dengan tiram untuk mendapatkan makanan dab juga ruang tempat tinggal. Siput rantai didapati melekat dengan banyak terutamanya pada pemungut benih tiram. Jumlahnya kadangkala terlalu besar sehingga membunuhnya. boleh menutupi keseluruhan benih tiram. Ini menyebabkan tumbesaran benih tiram jadi terencat dan lama-kelamannya boleh

Rajah 15: Siput rantai pada tiram 3.6 Pembuangan Agen Pengotor

Agen pencemar yang biasa didapati pada ternakan tiram adalah lumpur, askidian dan bunga karang. Agen-agen pengotor ini melekat dan mengotorkan permukaan bekas ternakan dan kulit tiram. Jika langkah-langkah pembersihan tidak diambil segera, ianya akan semakin tebal dan merencat tumbesaran tiram. Tiram-tiram yang diselaputi agen pengotor terlalu tebal mungkin akan menghadapi kematian kerana aliran air dan bekalan makanan yang diperlukan terlalu terbatas. i. Lumpur

Lumpur merupakan again pengotor yang tidak dapat dielakan dimana pun tempat ternakan dibuat. I melekat dengan cepat pada bekas-bekas ternakan dab kulit tiran terutamanya pada musim tengkujuh. Cara untuk mengatasi masalah ini a dalah dengan mengoncang bekas ternakan ataupun menggunakan pancutan air daripada pam berenjin. Kaedah ini perlu dilakukan selalu terutamanya pada musin tengkujuh kerana air yang mengalir membawa banyak sedimen.

Rajah 16: Lumpur yang melekat pada tiram

ii.

Askidian

Askidian didapati banyak tumbuh pada permukaan kulit tiram. Jika koloninya banyak, ia dapat menyelaputi keseluruhan kulit tiram dengan cepat. Sebelum kulit tiram diselaputi sepenuhnya, langkah-langkah pencegahan perlu diambil mungkin bagi mengelakkan tumbesaran tiram terencat autau pun mati. Askidian mudah ditanggalkan dengan menggunakan berus.

Rajah 17: Askidian pada tiram.

iii.

Bunga Karang

Lapisan bunga yang menyelaputi kulit tiram biasanya lebih tebal berbanding dengan askidian. Ia berupaya menyelaputi sekelompok tiram apabila dapat berkembang dengan baik. Berus digunakan apabila lapisan bunga karang masih nipis tetapi ia perlu ditanggalkan terlebih dahulu sebelum diberus apabila terlalu tebal. Bunga karang juga menyebabkan kerosakan pada kulit tiram di mana ia dapat menembusinya. Apabila kulit tiram telah teruk dijangkiti, ia akan menjadi reput dan mudah pecah.

Rajah 18: Bunga karang yang meliputi tiram.

4.

Penuaian Hasil Tiram tiram yang telah mencapai saiz pasaran akan dipungut daripada bekas

ternakan. Tiram yang diternak biasanya akan mencapai saiz pasaran apabila umurnya lebih kurang 10-12 bulan (bergantung kepada saiz benih diperolehi sewaktu ternakan dimulakan). Saiz tiram yang biasa ada di dalam pasaran adalah lebih kurang 9-11 cm. Kutipan mudah dilakukan untuk tiram yang diternak di atas rakit. Ia adalah kerana ianya lebih stabil berbanding dengan system ternak yang lain. Kutipan hasil boleh dilakukan oleh seorang pekerja sahaja. Untuk tiram yang diternak pada rawai terapung, kutipan hasil biasanya dilakukan oleh dua orang pekerja. Pengendalian oleh seorang pekerja saja tidak mencukupi kerana ia perlukan seorang pemungut seorang pengendali sampan. Tiram-tiram yang telah dipunggah ke atas darat kemudian dibasuh supaya bersih daripada lumpur, askidian dan bunga karang. Tiram yang telah dibasuh kemudiannya akan dibasmi kuman dengan menggunakan alat depurasi. Jangaka masa pembasmian kuman sepatutnya dilakukan tidak kurang daripada 36 jam. Tiram-tiram yang tidak didepurasikan mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gastroenteristis dan penyakit lain. Penggantian air pada alat depurasi perlu dilakukan setiap kali selepas ianya digunakan. Tiram yang telah dibasmi kuman kemudiannya sedia untuk dipasarkan kepada pengguna yang biasanya kebanyakan hotel dan restoran makanan laut. Untuk tiram yang dijual mengikat timbang beratnya, pengasingan diantara individu dilakukan sebelum isinya dikeluarkan daripada cengkerangnya. Tiram-tiram kemudian dikopek dan dikeluarkan isinya. Setelah itu isi tiram dibasuh dengan air yang bersih sebelum dipasarkan kepada pengguna mengikut timbang beratnya. Tiram hanya akan dikopek berdasarkan kepada hasil tiram yang diternak. Sekiranya tiram yang diternak mempunyai saiz yang besar, tiram akan dipasakan segar ke pengusaha perikanan di Kedah.

Rajah 19: Proses pembersihan tiram.

Rajah 20: Alat depurasi.

Rajah 21: Mengopek isi tiram.

Rajah 22: Isi tiram. 5. Promosi Dan Jualan Jabatan Perikanan Malaysia seringkali mengadakan promosi jualan tiram semasa hari peladang, di hotel-hotel dan restoran makanan laut. Tujuan promosi ini adalah untuk memperkenalkan tiram kepada orang ramai. Ini adalah selaras dengan tujuan untuk memperkembangkan pengeluaran tiram yang mana hasilnya nanti dapat disalurkan kepada orang ramai. Para penternak juga digalakkan untuk meningkatkan hasil pengeluarannya di masa akan datang Kini, tiram semakin digemari di kalangan rakyat Malaysia dan dijangka tiram akan lebih digemari pada masa akan datang. Tiram-tiram yang biasa dijual di hotel dan restoran secara segar mempunyai bentuk kulit yang menarik. Tiram ini kemudiannya dimakan mentah dengan campuran perahan limau dan sos. Tiram yang diternak secara berkumpulan pula mempunyai bentuk yang kurang menarik dan dijual apabila isinya telah dikeluarkan daripada kulitnya. Pekerja yang yang terdiri dari orang kampung terutama sekali suri rumah dari kampung berdekatan akan mengopek tiram ini diambil mengikut musim pungutan tiram. Adalah dijangkakan dengan projek ini akan meningkatkan pendapatan penduduk kampung. Kos upah pekerja mengopek tiram ini adalah rendah dan dijangka keuntungan yang didapati kelak adalah amat berbaloi. Harga pasaran tiram untuk spesies Crassostrea iredalei berbeza-beza mengikut saiz dan tempat. Tiran-tiram dipasarkan mengikut grednya iaitu A, B, C dan D. Pengelasan

ini dibuat berdasarkan kepada panjang cengkerang dan bentuknya yang menarik. Pengkelasan mengikut cengkerang adalah sepeti berikut: Gred A B C D Saiz lebih daripada 13cm 11-13 cm 9-11 cm kurang daripada 9 cm Harga (RM/sebiji) 1.50-2.00 1.10-1.40 0.70-1.00 0.40-0.60

Rajah : Pengelasan tiram mengikut gred, dari kiri gred A, B, C dan D.

6. Analisis kewangan Taksiran harga pembinaan sistem pengendalian ternakan tiram. Jumlah kos merangkumi harga barang dan melibatkan upah, pengangkutan dan gaji seorang pekerja.

a) Pembelanjaan membina 100 bekas ternakan tayar (dua tayar untuk satu bekas ternakan). i. ii. Tayar Netlon 200biji 5m x 7m RM 80.00 RM 50.00

iii. 100.00 230.00

Tali

100m TOTAL

RM RM

b) Pembinaan membina 50 pemungut (dua tayar untuk satu bekas ternakan). i. ii. Tayar Tali segulung 100 biji 100meter TOTAL RM 40.00 RM 50.00 RM 90.00

c) Perbelanjaan membina sistem ternakan rawai sebanyak 5 baris. i. 100.00 ii. iii. 4000.00 iv. 400.00 v. 80.00 vi. 300.00 TOTAL RM 4920.00 Upah RM Tali pengikat pelampung 160m RM Sauh Tali sauh 14mm Pelampung gabus bersaiz 2 x 2 x 2 dibungkus 8 RM 50m 50 RM 40.00 RM Tali 14mm 2gulung RM

dengan kancas (jenis PVC)

d) Pebelanjaan membina sistem pemungut rawai terapung 3 baris. i. 100.00 ii. iii. 180.00 Tali sauh 14mm Pelampung plastik 60 liter 50m 50 RM 40.00 RM Tali 14 mm 2gulung RM

iv. 200.00 v. 30.00 vi.

Sauh Tali pengikat pelampung Upah TOTAL

4 100m

RM RM RM 100.00

RM 750.00

e) Perbelanjaan pembelian 1 unit pam pembersih i. Enjin petrol Honda 5 kuasa kuda ii. Saluran penyedut air iii. Saluran keluar air iv. Foot valve v. Coupling vi. Hose clip 1 unit 2 unit 3 unit 1 unit 1 unit 1 unit RM 1500.00 RM 55.00 RM 45.00 RM 15.00 RM 25.00 RM 4.00 TOTAL f) Perbelanjaan membina alat depurasi i. ii. 200.00 iii. 40.00 iv. v. 20.00 vi. 28.00 vii. viii. ix. Ball valve 1 PVC tee PVC cap 3 unit 3 unit 6 unit RM 60.00 RM 3.00 RM 3.50 One way valve 1 1 unit RM Kotak plastik 64 x 42 x 16 cm 15 unit Paip PVC 1 RM 450.00 1 batang RM Casing untuk lampu UV 2 unit RM Pam Davey 0.4 kuasa kuda Lampu UV 1 unit 2 unit RM 800.00 RM RM 1644.00

x. 2.50 xi. 8.00 xii. 3.50 xiii. 1.20 xiv. 250.00 xv. 500.00 xvi. g) Kos lain-lain i. ii. 3500.00 iii. 200.00 iv. 500.00 v.

PVC elbow Valve socket PVC solvent cement Teflon tape Tangki fiberglass Kotak UV Rak kayu 1 unit TOTAL Perahu Enjin tarik Sewa tapak Gaji pekerja Benih 10,000 TOTAL 1 unit

3 unit 12 unit 1 tin 1 gulung 1 buah 1 unit

RM RM RM RM RM RM RM 800.00

RM 2919.70 RM 7000.00 1 unit 1 bulan 1 bulan RM RM RM RM 1500.00 RM 12,700.00

ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN PENGELUARAN: RM 23,253.70 LEBIHAN KURANGAN: RM 5000.00 *SUMBER KEWANGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK TERNAKAN TIRAM 12 BULAN PERTAMA: RM 34,953.70

*kos termasuk untuk kos pengeluaran projek, gaji pekerja untuk 12 bulan dan sewa tapak untuk 12 bulan PENDAPATAN YANG DIJANGKAKAN UNTUK SEKALI PUNGUTAN: **RM 0.50 X 8, 000 = RM 4000.00 ** kutipan dianggarkan 3kali setahun. TEMPOH PULANGAN MODAL 12 BULAN PERTAMA: 3 TAHUN MODAL YANG DIPERLUKAN : RM 45,000.00 Pinjaman kewangan dari Komuniti Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. TEMPOH BAYARAN BALIK: 10 TAHUN

Kesimpulan Berdasarkan cadangan diatas, ternyata projek ternakan tiram mendatangkan hasil yang lumayan dan pulangan modal yang cepat. Dengan menggunakan kaedah yang paling murah, kos pengeluaran dapat diminimakan walaupun bot diperlukan. Harga tiram yang semakin menngkat dapat mendatangkan hasil yang lumayan tanpa memerlukan kaedah penjagaan seperti organisam lain. Sistem ternakan dan pungutan ini telah diamalkan sejak 5 tahun lepas dan terbukti mendatangkan hasil yang lumayan pada penternak tiram di kawasan Sg Gong batu, Setiu, Terengganu. Dengan terbinanya projek ternakan tiram ini, Terengganu dapat memajukan industri akuakultur tiram dengan lebih mantap.

You might also like