You are on page 1of 16

2 BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN

Keledek
Tanaman Masa Kini
Oleh: Zaheran Abd Ghani (Ibu Pejabat LPP)

Pengenalan Ladang Kontrak di Kelantan dan Terengganu seluas


hampir 120 hektar. Ianya kini sudah mula dipasarkan
Ubi keledek (Iptomea Batatas L. Lamk) dari keluarga secara runcit, di pasar tani dan juga di pasaraya-
Colvolvulaceae adalah dari jenis umbisi yang ditanam pasaraya terpilih.
di atas batas menggunakan keratan sebagai benih.
Kelebihan Ubi Keledek VitAto
Keledek dipercayai berasal dari bahagian tropika
Benua Amerika dan pada masa ini, ianya mempunyai Ubi keledek VitAto, dikenali dengan keunikan
taburan yang luas di semua kawasan tropika, isinya yang berwarna oren adalah kaya dengan
sub-tropika dan kawasan yang bercuaca panas. bahan anti-oksidan seperti Vitamin C dan Beta
Karotena yang ditukar menjadi Vitamin A di dalam
Terdapat pelbagai varieti atau klon keledek. Antara badan. Bahan anti-oksidan dapat mengelakkan
klon yang disyorkan termasuklah Gendut, Telong, kerosakan pada DNA dan sel-sel badan yang
Jalomas, Keledek Cina, Ubi Biru, Susu Lembu, seterusnya boleh menghalang kanser tertentu
Bukit Naga, Serdang 1, Kuala Bikam, Large White, serta melambatkan proses penuaan. VitAto juga
Kangkong dan VitAto. mengandungi serabut diet dan zat galian kalium
yang tinggi serabut diet berkesan menentang
Di Malaysia, Ubi Keledek VitAto kini ditanam dengan diebetis, sembelit dan mengurangkan risiko
meluas di kawasan kelompok petani di bawah kanser usus besar. Kalium pula berguna untuk
seliaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Ianya mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan
merupakan projek di bawah Program Pembangunan penyakit kardiovaskular.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 3

Indeks Glisemik Penggunaan Ubi Keledek VitAto

Indeks glisemik (kadar menjadi glukos dalam Anda dan seisi keluarga boleh menikmati VitAto
darah) bagi ubi keledek ialah 54, iaitu rendah jika secara direbus, dikukus, dibakar/panggang, digoreng
dibandingkan dengan roti putih (96) atau nasi putih
atau dimasak di dalam ketuhar mikro-gelombang. Ia
(70). Ini bermakna ubi keledek lebih selamat dimakan
oleh pesakit diabetes. juga boleh diproses menjadi produk makanan seperti
jejari goreng (fries, kek, ban dan muffin).
JADUAL PERBANDINGAN INDEKS GLISEMIK
Jenis Makanan Indeks Glisemik Ianya juga boleh digunakan dengan pelbagai cara
mengikut citarasa dan selera anda. Yang paling
Glukos 100
Roti Putih 96 penting, VitAto bukan sahaja boleh dijadikan hidangan
Cornflakes 84
Rice Krispies 82 yang lazat tetapi juga kaya dengan pelbagai khasiat
French Fries (Jejari Kentang) 75
Madu 73 yang dapat membantu kita menjalani kehidupan yang
Karot 71
Nasi Putih 70
lebih sihat, tampak bergaya dan rasa lebih segar
Minuman Ringan 70 serta mengurangkan atau menghapuskan risiko
Kacang Panggang 68
Aiskrim 61 sesetengah penyakit.
Ban Hamburger 61
UBI KELEDEK 54

Sumber MARDI
4 BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN

STANDARD OPEATING PROCEDURE


(SOP) KELEDEK VITATO
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 5
6 BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN

Nanas Integrasi Dengan


Kelapa Sawit
Oleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

K erajaan masa kini amat menggalakkan petani kurang dibandingkan jika ia ditanam di kawasan
mengusahakan pelbagai kegiatan pertanian tanah selain tanah gambut. Di samping itu pokok
merangkumi tanaman, ternakan dan ternak air kelapa sawit akan kelihatan condong dan tidak
dalam usaha meningkatkan pendapatan dan sekata disebabkan keadaan tanah yang lembut
memaksimumkan segala sumber yang ada. mengakibatkan akar pokok tidak mampu memegang
kuat pada tanah.
Kebanyakan projek pertanian yang diusahakan kini
lebih terpengaruh dengan keadaan persekitaran Oleh itu langkah-langkah bagi meningkatkan
dan keperluan penduduk atau infrastruktur serta pendapatan perlu diambil berdasarkan kesesuaian
keadaan fizikal tanah setempat. Sebelum sesuatu yang ada. Tanah gambut yang dimiliki tidak mungkin
projek pertanian diusahakan pelbagai faktor perlu dapat diubah jenisnya tetapi tanaman nanas secara
diteliti terlebih dahulu supaya kesan ke atas projek
integrasi dengan kelapa sawit merupakan jalan
ditahap minimum. Antara faktor yang perlu diberi
penyelesaian kepada masalah tersebut.
perhatian termasuklah keadaan fizikal tanah dengan
kesesuaian tanaman.
Dalam usaha meningkatkan pendapatan pekebun,
Pelbagai usaha boleh dilakukan bagi memaksimumkan tanaman nanas daripada variety Josaphine dan
penggunaan tanah seperti mengintegrasikan sesuatu Moris yang diintegrasikan dengan kelapa sawit ketika
jenis tanaman dengan tanaman lain. Antara usaha pokok masih kecil boleh dilakukan kerana dari masa
yang telah dilakukan dan terbukti berjaya ialah menanam hingga pengutipan hasil pokok nanas
integrasi tanaman nanas dengan kelapa sawit. Nanas hanya mengambil masa selama 12 bulan. Daripada
merupakan tanaman yang boleh tumbuh subur di atas pemantauan yang dilakukan, tanaman nanas
lapisan tanah yang dalam dan mempunyai saliran mengikut amalan agronomi yang disyorkan mampu
baik. Di kawasan yang selalu ditakungi air, nanas memberi pulangan yang menguntungkan di samping
tidak sesuai ditanam. Tanah gambut dengan saliran meningkatkan kesuburan tanah melalui pereputan
baik dan pengurusan sempurna membolehkan pokok sisa pokok nanas.
nanas hidup subur serta mampu mengeluarkan hasil
yang tinggi. Untuk memastikan tanaman nanas integrasi dengan
kelapa sawit boleh memberi pulangan yang baik,
Pokok kelapa sawit selalunya hidup subur di atas
beberapa langkah perlu diikuti dari peringkat awal
tanah gambut tetapi hasil yang diperolehi ternyata
hingga pengeluaran hasil.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 7

Penyediaan Kawasan Sistem Tanaman

Pembersihan dan penyediaan kawasan adalah Anak pokok nanas ditanam dalam dua baris
mengikut kehendak dan sistem penanaman kelapa berkembar dan jarak antara baris dengan baris
sawit. Semua pokok dan anak kayu perlu dimusnahkan ialah 2 kaki. Manakala jarak antara baris berkembar
kerana pokok nanas memerlukan cuaca panas yang pertama dengan baris berkembar kedua adalah 3
tidak terlindung daripada cahaya matahari. Manakala kaki. Sementara itu jarak antara pokok dalam barisan
tunggul-tunggul kayu dan semak samun perlu ialah 1 kaki. Jarak antara baris pokok nanas dengan
dibuang dan dibersihkan kerana kawasan tersebut baris pokok kelapa sawit pula ialah 4 kaki. Diantara
boleh menjadi perumah kepada binatang/serangga dua baris pokok kelapa sawit boleh ditanam empat
perosak dan penyakit. Sistem perparitan merupakan baris kembar dengan dua atau lapan baris pokok
mekanisasi penting yang perlu dipantau. Lebihan nanas. Diantara pokok kelapa sawit tambahan
sebanyak 14 pokok nanas boleh dibuat melibatkan
air daripada sistem perparitan yang tidak betul akan
satu atau dua baris kembar pendek.
mengganggu pertumbuhan pokok nanas.
Pengawalan Rumpai dan Penyakit
Penyediaan Bahan Tanaman
Merumpai boleh dilakukan secara manual atau
Pokok nanas biasanya ditanam menggunakan sulur
menggunakan racun rumpai bersesuaian. Kerja-
tanah atau sulur udara dan sulur tanah selalunya
kerja merumpai selalunya dibuat tiga bulan selepas
menjadi pilihan penanam. Bahan tanaman perlu menanam dan penggunaan racun rumpai dilakukan
diambil daripada pokok induk yang subur dan tiga pusingan semusim. Di samping itu serangan
mempunyai saiz yang seragam. Lazimnya sepokok penyakit perlu diawasi bagi mengelakkan ia merebak
nanas mampu mengeluarkan lebih daripada 10 sulur seterusnya menyebabkan kemusnahan pada pokok.
dan sulur tersebut perlu digredkan mengikur saiz. Penyakit fruit collapse adalah antara penyakit yang
Bagi mendapatkan keseragaman tumbesaran pokok sering menyerang pokok nanas tetapi ia boleh diatasi
selepas ditanam, plot-plot tanaman perlu ditanam melalui pemantauan tanda-tanda serangan serta
berdasarkan gred anak pokok nanas. penggunaan racun yang sesuai.
8 BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN

Hormon Pendebungaan dan Pembesaran Buah semasa proses memungut hasil dan penghantaran.
Dianggarkan pendapatan kasar daripada tanaman
Untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan nanas integrasi dengan kelapa sawit adalah diantara
membolehkan buah masak serentak, penggunaan RM6,000 sehingga RM7,000 setiap 0.4 hektar/
sejenis hormon Etephon/ethrel yang disembur musim.
pada pucuk pokok nanas dilakukan ketika umur
pokok 8 bulan dengan kadar bancuhan 10 ml Pokok nanas boleh ditanam sehingga dua musim
ethrel dicampurkan 180 gm urea dan 16 liter air. bergantung kepada keadaan pokok kelapa sawit
Bancuhan tersebut disembur ke pokok dengan tersebut. Jika pokok kelapa sawit telah bernaung iaitu
kadar 30 ml/pokok pada waktu pagi atau petang bagi pelepah antara pokok telah bercantum penanaman
meningkatkan keberkesanannya. pokok nanas tidak lagi sesuai kerana tiada cahaya
matahari. Berdasarkan pendapatan yang mampu
Mengutip Hasil diperolehi melalui penanaman nanas integrasi dengan
kelapa sawit ini, petani atau penanam pokok kelapa
Buah nanas boleh dikutip untuk pasaran apabila sawit di tanah gambut tidak perlu lagi risau kerana
pendapatan mereka boleh ditingkatkan sementara
mencapai indeks kematangan antara 2 hingga 5,
menunggu pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil.
manakala indeks 6 dan 7 masih boleh dipasarkan
tetapi kurang mendapat sambutan. Setelah buah Jika petani melaksanakan amalan agronomi serta
dikutip, kerja-kerja menggred perlu dilakukan bagi pengurusan tanaman yang baik dan sistematik iaitu
menentukan saiz buah A, B atau C. Saiz buah nanas dari segi penanaman, pembajaan dan penjagaan,
yang diterima berdasarkan tiga saiz iaitu besar tanaman nanas dari variety Josaphine dan
(A), sedang (B) dan kecil )C) dengan kecacatan Moris ternyata mampu memberi pulangan yang
kurang 5%. Kecacatan atau kerosakan boleh terjadi membanggakan.
Kategori buah nenas dan harga dikira berdasarkan jadual berikut:

JENIS GRED BERAT (KG) HARGA/BIJI (RM)

A+ 1.5 ke atas 1.60 - 1.80


Josaphine A 1.3 - 1.5 1.50
B 1.0 - 1.3 1.00
C 1.0 ke bawah 0.60
D - 0.40
A 1.5 ke atas 0.70 - 0.80
Moris B 1.3 - 1.5 0.45 - 0.50
C 1.3 ke bawah 0.30
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 9

PPK Kota Marudu Pelopori Pemasaran Getah


Oleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

P ada masa kini, walaupun peranan yang dijalankan


oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
secara umumnya lebih menjurus kepada kegiatan
Pada awalnya aktiviti tersebut dilakukan bertujuan
membantu ahli yang mengusahakan kebun getah
memasarkan hasil mereka. Sebelum ini segala hasil
ekonomi, namun perkhidmatan kepada ahli masih getah diperolehi dipasarkan kepada beberapa orang
menjadi objektif utama. pemborong yang beroperasi di pekan Kota Marudu
dengan harga yang ditentukan oleh mereka.
Kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh PPK biasanya
turut melibatkan ahli peladang. Ini dilakukan Memandangkan kesukaran yang dihadapi oleh ahli
bertujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli dan mengurangkan monopoli harga oleh pemborong
selain mempermudah dan membantu dalam urusan setempat, PPK telah mengambil inisiatif menjalankan
yang ada hubungkait dengan pertanian. aktiviti pemasaran getah pada tahun 1980an Pusat
pengumpulan dan pemasaran getah tersebut terletak
Bagi PPK Kota Marudu, Sabah, keperihatinan di Stor Getah PPK Kota Marudu, bagi memudahkan
terhadap ahli menjadi agenda utama dalam merangka urusan jualbeli.
aktivitinya. Kesepakatan Pihak Pengurusan PPK
dengan barisan Ahli Jemaah Pengarah membolehkan Menurut Encik Azlee Shah Abdullah, Pengurus
setiap aktiviti yang dijalankan menjurus kepada Besar PPK Kota Marudu, PPK dalam mengendalikan
penglibatan dan membantu ahli. Antara aktiviti pemasaran getah ini melaksanakannya melalui
ekonomi yang begitu menonjol dan mendapat dua cara iaitu pembelian setempat dan pembelian
sokongan padu daripada ahli ialah pemasaran bergerak. Pembelian setempat mengkehendaki ahli
getah. menghantar sendiri hasil getah keping atau skerap
10 BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN

mereka ke pusat pengumpulan, manakala untuk ianya turut diberi kepada bukan ahli. Perkembangan
pembelian bergerak, pekerja PPK dengan lori khas tersebut membuatkan pusat pengumpulan getah
akan ke unit-unit ahli yang jauh dari PPK bagi membeli PPK sentiasa sibuk menerima urusniaga terutama
dan mengangkut getah ke pusat pengumpulan. pada awal pagi hingga tengahari. Untuk aktiviti
tersebut PPK telah memperolehi lesen Membeli
Pembelian bergerak ini dilakukan mengikut jadual getah daripada Pejabat Daerah Kota Marudu bagi
yang telah ditetapkan walaupun unit peladang urusan pengumpulan dan pemasaran getah.
tersebut jauh dipedalaman. Kemudahan tersebut
ternyata membolehkan ahli memasarkan getah yang Pembelian getah daripada ahli dan bukan ahli melalui
dikumpul dalam jangkamasa tertentu. Selain daripada pembelian setempat dan bergerak dilakukan secara
itu, pembelian bergerak turut mendapat permintaan tunai. Ia dibuat bagi memudahkan ahli yang tinggal
penduduk setempat dan bukan ahli. jauh dipedalaman mendapatkan tunai tanpa pergi ke
pejabat PPK. Penentuan harga pembelian berdasarkan
Sebelum dihantar ke kilang, getah-getah yang dibeli harga semasa yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri
oleh PPK dan dibawa ke pusat pengumpulan untuk Getah Sabah (LIGS). Kesemua getah yang dibeli
proses penggredan bagi memperolehi harga yang setelah digred akan dihantar ke Pusat Pembelian dan
tinggi dan seimbang. Bagi getah keping yang tidak Pemprosesan LIGS menggunakan lori PPK. Manakala
bercampur benda asing, kering dengan ketebalan kekerapan penghantaran getah pula bergantung
kurang 2.5 cm digredkan sebagai gred kepingan. kepada jumlah belian yang dilakukan.
Manakala getah keping yang ketebalannya melebihi
2.5 cm, basah dan kotor digredkan sebagai gred Daripada kegiatan yang dijalankan ini, PPK berjaya
kentalan. memasarkan getah sebanyak RM1,965,390.00 pada
tahun 2007 dengan memperolehi pendapatan kasar
Seterusnya gred kentalan yang basah dan bercampur sekitar RM131,026.00 disebabkan harga komoditi
dengan benda asing digredkan sebagai gred tersebut melonjak tinggi kebelakangan ini. Dengan
sekerap. Sekerap yang basah, kotor dan bercampur keuntungan yang diperolehi itu, ahli-ahli juga turut
dengan benda asing akan ditolak sedikit beratnya menikmatinya melalui pemberian dividen tahunan.
bagi mengimbangi berat sebenar. PPK akan cuba memperluaskan dan meningkatkan
lagi aktiviti tersebut dengan memberi penerangan
Walaupun pada awalnya aktiviti pembelian getah ini kepada ahli di unit-unit peladang tentang kelebihan
dilakukan bertujuan membantu ahli memasarkan hasil yang mampu diperolehi bersama melalui pembahagian
mereka tetapi atas desakan dan permintaan ramai, keuntungan dalam bentuk hadiah atas langganan.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 11

Perkhidmatan PelangganPertubuhan
Peladang
Oleh : Wan Salahuldin Wan Mohd Rashdi
(PPK Cameron Highlands)

P engurusan PP perlu mengambil langkah-langkah


proaktif dalam memberi perkhimatan pelanggan
yang terbaik. Perkhidmatan pelanggan yang
c.

d.
Wawasan 2020 ‘Masyarakat Berhati
Dan Berbudaya Penyayang’
Pelan Integriti Nasional.
memuaskan hati akan memupuk kepercayaan dan e. Kempen Budi Bahasa Dan Nilai-Nilai
kerjasama ahli-ahli peladang. Sistem perkhidmatan Murni
kaunter, konsep pejabat terbuka, pejabat contoh, f. ‘Budaya Kerja Berkualiti’
kempen meningkatkan produktiviti dan Kumpulan g. ‘Kod Etika Kerja’
Meningkatkan Mutu Kerja(KMK) akan meningkatkan h. ‘Piaggam Pelanggan’
imej korporat PP.
Ciri-Ciri Minda Kelas Pertama
Etika Sosial merupakan sopan santun di dalam
berinteraksi, perilaku, budi bahasa, harga diri, a. Nilai Budaya Yang Tinggi.
imej sosial, komunikasi berkesan, gerak geri serta b. Integriti Dan Kekuatan Moral.
keyakinan diri dan ia perlu diterapkan dalam diri c. Tindakan Bermaruah.
setiap anggota PP. d. Penguasaan Dan Nilai Ilmu Yang
Tinggi.
Fungsi Keterampilan Etika Sosial e. Sikap Proaktif.
f. Berakhlak Luhur.
Berfungsi sebagai pemangkin yang amat berkesan g. Tidak Mementingkan Diri.
dalam meningkatkan imej Pertubuhan Peladang, h. Memberi Sumbangan Bermakna.
mempereratkan hubungan silatulrahim dan jalinan
rangkaian hubungan ‘networking’ Perkhidmatan Pelanggan PP Yang Positif

Konsep Amalan Etika Sosial a. Memberi perkhidmatan kaunter yang


baik dan peka kepada masalah-
a. Menghormati dan mengutamakan masalah yang dihadapi pelanggan.
pelanggan. b. Menerima cadangan ke arah
b. Gaya dan tingkah laku yang betul. memperbaiki perlaksanaan
c. Kebijaksanaan budi bicara dan prkhidmatan pelanggan PP.
pekerti yang baik.
c. Langkah pembetulan supaya konsep
d. Imej sosial yang baik.
e. Keyakinan diri dan keterampilan yang ini difahami dan dihayati secara lebih
positif. berkesan.
d. Mewujudkan suasana sosial,
Nilai Etika Sosial Negara psikologi dan organisasi PP yang
sihat.
a. Prinsip Rukunegara ‘Kesopanan Dan e. Mewujudkan suasana saling percaya
Kesusilaan’ mempercayai, kerjasama, semangat
b. Wawasan 2020 ‘Masyarakat Bertata perundingan dan muafakat dalam
Etika Dan Bermoral’ organisasi PP.
12 BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN

f. Kemahiran perhubungan sosial h. Faktor luaran anggota seperti


‘interactive skills’ dalam organisasi masalah peribadi, keluarga dan krisis
PP dipertingkatkan. dalam kehidupan.
g. Memperbaiki kualiti sistem
pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Pelanggan Pertubuhan Peladang
organisasi PP.
h. Mempercepatkan proses membuat a. Perkhidmatan Pengurusan Dan
keputusan dengan memudahkan Pembangunan Sumber Manusia
borang proses dan peringkat
kelulusan Mesyuarat Jemaah Perkembangan pesat penggunaan dan pemindahan
Pengarah PP. teknologi dalam pembangunan pertanian memerlukan
i. Mewujudkan sistem maklumat lebih ramai tenaga kerja professional dan mahir. PP
pengkalan data dan fail yang perlu mempunyai program pembangunan sumber
kemaskini. yang komprehensif bagi menjayakan program dan
j. Mengelakkan pertindihan atau projek pengeluaran makanan. Dengan meningkatkan
ketidakjelasan kuasa dan penglibatan PP dalam memberi latihan maka para
tanggungjawab anggota PP. peladang akan dapat menimba ilmu pengetahuan,
k. Penyelarasan yang berkesan anara kemahiran dan membuat perubahan yang positif
agensi-agensi kerajaan dan dalam melaksanakan projek-projek pertanian.
pelaksana dasar.
b. Perkhidmatan Mekanisasi Dan
Perkhidmatan Pelanggan PP Yang Negatif Automasi Ladang

a. Layanan perkhidmatan kaunter yang Selaras dengan usaha meningkatkan pengeluaran


tidak mesra. hasil pertanian negara, perkhidmatan mekanisasi
b. Tidak suka senyum bila bertegur dan automasi ladang amat diperlukan dalam setiap
sapa atau semasa memberi khidmat. aktiviti pengeluaran, pemperosesan dan pemasaran
c. Tidak berterima kasih atau bersyukur hasil-hasil pertanian. Para peladang digalakkan
bila mendapat sesuatu yang baik. menggunakan jentera ladang secara intensif bagi
d. Tidak mementingkan budaya meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian,
kebersihan. mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan
e. Perhubungan yang tegang dalam meningkatkan daya saing produk pertanian.
organisasi PP.
f. Tekanan kerja dan konflik dalaman c. Perkhidmatan Infrastruktur Ladang
PP.
g. Struktur dan iklim organisasi PP yang PP dalam menggerak dan memastikan projek yang
tidak sihat. diusahakan oleh peladang berjaya mengeluarkan
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 13

hasil yang optimum. PP menyelaras perkhidmatan g. Perkhidmatan Teknologi Lepas


infrastruktur ladang dengan jabatan dan agensi di Tuai
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani serta swasta. Infrastruktur ladang adalah antara Perkhidmatan ini adalah pengendalian aktiviti lepas
faktor penting dan penentu kejayaan sesuatu projek tuai hasil-hasil keluaran pertanian di peringkat ladang
yang diusahakan berdaya maju. sebelum sampai kepada pengguna, tidak rosak,
berkualiti dan mendapat harga yang berpatutan.
d. Perkhidmatan Bekalan Ladang Aktiviti ini dapat menggalakkan para peladang
menjayakan projek-projek pertanian berskala besar
Aktiviti perkhidmatan bekalan ladang dilaksanakan dan menggunakan teknologi terkini.
oleh PP untuk memberi kemudahan kepada peladang
dan bukan untuk mengaut keuntungan. Khidmat ini h. Teknologi Memproses Makanan
akan dapat memastikan hasil keluaran peladang
terjamin dan memberi pulangan yang maksimum. Perkhidmatan ini akan meningkat nilai kualiti
produk pertanian yang sedia ada melalui khidmat
Perkhidmatan ini akan menggalak dan mendorong
pengurusan, khidmat teknikal dan khidmat kewangan.
para peladang untuk menceburi bidang pertanian
Memberi nilai tambah kepada hasil pertanian yang
berskala besar dengan menggunakan teknologi dikeluarkan. Membangunkan produk baru melalui
terkini. kepelbagaian produk makanan, mempromosi hasil
produk, pemindahan teknologi kepada peladang dan
e. Perkhidmatan Pembiayaan menghasilkan produk sampingan daripada sisa-sisa
pemprosesan.
Pembiayaan penting kerana modal diperlukan untuk
menyedia infrastruktur dan modal kerja sesuatu i. Perkhidmatan Pemasaran
projek. Tanpa kewangan yang mencukupi, prasarana
menjadi tidak lengkap dan kos operasi projek Untuk mencapai matlamat program pemasaran
tidak dapat ditampung. Peladang digalak untuk ini, infrastruktur dan kemudahan pemasaran PP
mendapatkan pembiayaan melalui LPP dan Bank akan dipertingkatkan. PP menyediakan saluran
Pertanian Malaysia bagi memastikan projek berjalan pemasaran yang berkesan bagi mengelakkan hasil-
hasil pertanian mengalami kerosakan. Mengatur
lancar.
peladang mengusahakan bidang pertanian mengikut
jadual yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.
Menguruskan kontrak pemasaran dengan agensi-
f. Pengembangan dan Khidmat agensi kerajaan dan swasta.
Nasihat
j. Perkhidmatan Pusat Sumber
Perkhidmatan ini amat diperlukan bagi membantu Sibertani
para peladang menjayakan projek-projek pertanian ke
arah mencapai taraf komersil. Usaha memindahkan Pusat pengumpulan maklumat yang boleh digunakan
teknologi terkini yang bersesuaian dalam bidang oleh pelbagai lapisan masyarakat untuk mendapatkan
perladangan dan penternakan kepada peladang- maklumat berterusan secara maya atau fizikal. Untuk
peladang perlu dipergiatkan. Setiap anggota menghebah dasar kerajaan dan membantu institusi
peladang sebagai institusi sosio ekonomi desa yang
PP hendaklah meningkatkan ilmu pengetahuan
kaya dengan informasi dan melahirkan peladang
dan kemahiran supaya dapat memberi khidmat komersil yang celik dengan teknologi maklumat ke
pengembangan dan nasihat yang berkesan arah tranformasi pertanian.
14 BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN

Teknik Pembajaan Tanaman


Oleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

P embajaan tanaman merupakan amalan yang


perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan
pengeluaran hasil di samping pergantungan baja
pembaziran kerana lebihan baja hanya akan terlupus
keudara atau terhakis oleh air hujan.

secara semulajadi dari tanah. Terdapat teknik-teknik pembajaan yang didapati


berkesan untuk tumbesaran pokok dan mudah
Membaja bukan sekadar menabur disekeliling pokok dipraktikkan oleh pengusaha projek pertanian.
tanaman sahaja tanpa mengikut teknik-teknik yang Teknik-teknik yang dinyatakan ini amat bersesuaian
betul tetapi keadaan pokok tanaman dan sukatan dipraktikkan kepada pokok tanaman yang lebih kepada
keperluan pokok mesti difahami bagi mengelakkan sifat tanaman kekal seperti tanaman buah-buahan. Di
pembaziran kos dan masa. Pembaziran berlaku bawah ini ditunjukkan teknik-teknik pembajaan yang
disebabkan kurang kefahaman terhadap teknik- betul sebagai penduan kepada petani-petani dalam
teknik pembajaan yang betul kerana kemungkinan mengusahakan projek pertanian.
baja yang ditabur akan terlupus keudara atau terhakis
dibawa air hujan.
Lurah Keliling
Teknik pembajaan yang tidak betul akan
mengakibatkan baja tidak dapat diserap oleh pokok Berpandukan kepada teknik ini, lurah perlu digali
secara maksimum mungkin disebabkan akar pokok sedalam 10 -15 sm dengan lebar 20 sm di sekeliling
jauh dari taburan baja. Taburan baja yang belebihan pokok pada jarak hujung dahan pokok tanaman. Baja
daripada keperluan pokok juga menyebabkan dimasukkan ke dalam lurah yang digali mengikut
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 15

Terdapat teknik-teknik
pembajaan yang didapati
berkesan untuk tumbesaran
pokok dan mudah
dipraktikkan oleh pengusaha
projek pertanian.

Lurah yang digali ini jika dilihat daripada atas akan


kelihatan seperti huruf “ t “. Jumlah lurah yang digali
bergantung kepada saiz kanopi pokok iaitu antara 4
– 6 lurah. Baja dimasukkan dalam lurah tersebut dan
ditimbus bagi mengelakkan hakisan oleh air hujan.

Pembajaan menggunakan teknik lurah keliling.

kadar yang disyorkan bergantung kepada umur


pokok dan ditimbus supaya tidak dapat dibawa oleh
air hujan. Baja akan dapat diserap oleh akar-akar
pokok yang aktif pada jarak tersebut.

Lurah Jejari

Teknik pembajaan lurah jejari boleh diamalkan pada


pokok-pokok tanaman yang sensitif seperti pokok
durian. Cara ini tidak merosakkan akar-akar yang
aktif dan jika berlaku kerosakkan pun hanya ditahap
paling minimum tanpa menjejaskan tumbesaran
pokok. Teknik pembajaan lurah jejari dilakukan
dengan mengali lurah sedalam 10 – 15 sm dengan
lebar 20 sm memanjang dari pangkal pokok hingga
Pembajaan menggunakan teknik lurah jejari.
ke hujung kanopi pokok.
16

Poket atau Saku

Teknik ini berbeza sedikit dengan cara lurah keliling


kerana lubang yang digali kelihatan putus-putus.
Lubang dibuat di sekeliling pokok mengikut garisan
kanopi sama seperti lurah keliling. Kedalaman lubang
antara 10 – 15 sm dengan lebar 20 sm dan panjang
20 – 30 sm.

Jumlah lubang pula bergantung kepada saiz pokok,


semakin besar pokok lubang yang diperlukan semakin
banyak untuk diselaraskan dengan kuantiti baja. Baja
dimasukkan ke dalam lubang dan ditimbus semula
juga bagi mengelakkan hakisan oleh air hujan.

Kesimpulan

Teknik-teknik pembajaan yang tersebut di atas


merupakan amalan yang digunapakai oleh
kebanyakan petani. Pembajaan jika dilakukan
mengikut teknik-teknik yang betul akan
dapat menggalakkan tumbesaran pokok dan
pengeluaran hasil yang tinggi kerana baja yang
ditabur dapat diserap sepenuhnya oleh pokok
selain menjimatkan kos serta mengelakkan
pembaziran.

Penaung
Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

Penasihat
Haji Arpan Shah bin Satu
Hajah Mariam Mas bte Yaacob
Grafik/Illustrator Berita Transformasi Elektronik
Rohman bin Jasmani Ketua Pengarang
boleh dilayari di
Kamaruzzan bin Hanif Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail
http://www.lpp.gov.my
Penyunting
Azizan bin Othman
Rohman bin Jasmani

Edisi Internet
Haninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:
Lembaga Pertubuhan Peladang,
Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,
50990 Kuala Lumpur.

You might also like