You are on page 1of 13

.

MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN


Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang
mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan
Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan
kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti
ikan Corydoras atau Loach.
Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan
jenis permakanannya.
a. Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain
dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz
besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor
ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah
ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.
b. Ikan pemakan plankton
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan
plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis
ikan semasa peringkat anak.
c. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai
herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam
tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
d. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton,
tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis
ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh
ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

3. TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN :


1.
2.
3.
4.
5.

Untuk
Untuk
Untuk
Untuk
Untuk

mengindahkan ruang tempat kediaman


menghayati keindahan alam akuatik
memberikan ketenangan perasaan
menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan
menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik

4. JENIS-JENIS IKAN HIASAN :

5. CIRI-CIRI IKAN HIASAN :

JENIS-JENIS IKAN HIASAN


Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemarpenggemar ikan hiasan. Berikut adalah slaid yang menunjukkan beberapa
spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh
dipelihara.

1. Flower Horn

Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di
Malaysia dan berasal dari keluarga Cichlidae. Kacukan di antara Folwer Horn
terbukti menghasilkan baka yang cukup baik kualitinya dengan ciri-ciri fizik
tertentu, iaitu dari aspek warna dan keindahan bentuk. Salah satu faktor yang
mempengaruhi terhadap perubahan warna ikan Flower Horn adalah dengan
pemberian bahan kimia tertentu di samping faktor genetik ikan tersebut.
Terdapat banyak produk untuk ikan Flower Horn yang terdapat di pasaran dan
menawarkan keunggulan masing-masing antara lain untuk pertumbuhan,
perubahan warna, perkembangan bentuk dan keadaan sisik mutiara, sehingga
membuat pembeli keliru untuk memilihnya.

2. Rainbow

Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana
jenis ikan ini juga merupakan komoditi eksport. Ada 2 jenis Rainbow yang cukup
terkenal iaitu Rainbow Irian (Melano Tacnia maccaulochi dan Rainbow Anlanesi
ogilby Telmatherina ladigesi ahl Rainbow Irian warna dasarnya keperak-perakan
dengan warna gelap metalik sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya
kuning zaitun, dengan warna bahagian bawah kuning jenis ikan ini termasuk ikan
bertelur dengan menempelkan telur pada tanaman air.

3. Corydoras

Corydoras merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati
pecinta ikan hiasan dan mempunyai peluang eksport. Selain berfungsi sebagai
ikan hiasan air tawar, ia juga dapat dimanfaatkan sebagai bahan untuk
pembuatan kosmetik di negara maju. Walaupun ikan ini berasal dari Amerika
Selatan, tetapi sejak lama dahulu telah dibawa masuk ke Malaysia. Ikan ini
dikenal mudah untuk dijaga. Bentuk tubuh pendek dan gemuk, bahagian
belakang lebih melengkung dibandingkan dengan perut, kedua sisi ikan
dilengkapi dengan lempengan seperti tulang yang tersusun dalam dua baris,
mempunyai dua pasang kumis yang terletak di rahang atas dan rahang bawah
serta ukuran tubuh dapat mencapai 12 cm. Ikan Corydoras dapat pelihara di
kolam yang kandungan oksigen di dalam airnya rendah. Keadaan yang sesuai
untuk jenis ikan ini adalah: pH 6-8, suhu 21.5-28 O C.

4. Severum

Ikan Cichlasoma Severum adalah salah satu jenis ikan hias air tawar yang
berasal dari Amerika Serikat pada bahagian Utara (S. Arhazone). Tubuhnya
pendek dan gemuk dengan warna dasar tubuh bervariasi iaitu coklat
kekuningan, atau hitam kecoklatan. Jenis ikan ini juga mempunyai nilai ekonomi
yang tinggi. Ikan Severum dapat dipelihara di dalam aquarium atau bekas-bekas
yang lain mengikut syaratnya iaitu: PH. : 5,5 7, suhu air 21 25C. Induk jantan
dan betina dapat dibezakan mengikut warna dan ukuran iaitu induk jantan
berwarna lebih cerah dan lebih besar dari betina. Makanan yang dapat diberikan
jenis ikan ini antara lain: kutu air, cacing sutera dll.

5. Diskus

Ikan hias Diskus (Symphysodon discus) merupakan salah satu jenis ikan hiasan

air tawar yang berasal dari sungai Amazon (Brazil). Jenis ikan tersebut
mempunyai nilai ekonomi yang baik dan sangat disukai di seluruh negara. Di
Malaysia ikan Diskus sudah dapat dibiakkan dan sangat berpotensi untuk
dikembangkan karena selain dapat dipasarkan di pasaran tempatan. Ciri khas
dari ikan diskus ialah bentuk badannya tubuh pipih, mirip ikan bawal dengan
warna dasar coklat kemerah-merahan. Ikan diskus dapat dipelihara didalam
aquarium untuk sepasang diskus dapat ditempatkan dalam aquarium berukuran
sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang diperlukan oleh ikan ini untuk hidup dan
berkembang adalah air yang jernih, suhu sekitar 28 30 C.
6. Ikan Emas

Ikan Emas merupakan salah satu ikan hiasan yang amat terkenal di kalangan
penggemarnya. Walaupun begitu, ikan jenis ini baru mengalami perkembangan
pesat peminatnya sekitar tahun 2000-an. Ikan yang asalnya dari Cina ini,
bentuknya amat lucu dan menyenangkan. Ukurannya boleh mencapai 20 cm.
Ikan ini suka bermain di dasar dan hanya sesekali berenang. Terdapat pelbagai
warna ikan emas seperti merah, kuning, hitam, putih, dan ada pula campuran
pelbagai warna. Selain itu, ikan ini pun memiliki jenis atau variasi sangat
beragam. Bentuk badan umumnya bulat atau gemuk. Makin bulat biasanya
makin digemari para penggemar.

7. Ikan Arowana

Arowana tergolong di dalam keluarga ikan karuhun, iaitu Osteoglasidae atau


keluarga ikan bony-tongue (lidah bertulang), kerana bahagian dasar mulutnya
berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi. Arowana memiki pelbagai nama
julukan, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish), Barramundi, Saratoga, PlaTapad,
Kelesa, Siluk, Kayangan, Peyang, Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung
dari tempatnya. Ikan Arowana merupakan ikan yang berasal dari daerah
subtropics dan tropis, ikan ini banyak ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam,
Birma, Thailand. Habitatnya adalah sungai sungai besar dengan arus
yang cukup deras.

8. Ikan Pelaga

Ikan pelaga adalah ikan hiasan yang sangat digemari oleh masyarakat
khususnya kanak-kanak, ini adalah kerana ikan tersebut selain rupanya yang
cantik dan menarik, ia juga dapat berlaga apabila diadu. Ikan ini juga sering
disebut ikan laga dan nama latinnya adalah Betta spendens, termasuk dalam
famili Anabantidae (Labirynth Fisher

MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN


Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan
jenis pemakanannya. Antaranya ialah :
Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain
dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz
besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor
ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah
ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.

Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai
herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam
tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.
Ikan omnivor
Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput,
daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya
telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga,
Oskar, dan Cichlid.

Murid -murid , tahukah anda terdapat 16 jenis ikan hiasan tropika yang dikenali
sebagai ikan hiasan tropika. Antaranya ialah seperti berikut :

SWORTAIL

Hamster adalah sejenis binatang dalam keluarga rodensia kecil , terdapat


berbagai jenis di dalam dunia dan juga terdapat di setiap negara. Hamster
termasuk dalam subfamili Cricetinae. Subfamili ini terbahagi 18 jenis spesis
yang diklasifikasikan ke dalam enam atau tujuh jenis Genus ( kelompok dalam
pengkelasan organisma hidup yang mempunyai lebih dari satu spesies yang
serupa dari segi morfologi ) hamster.
Perkataan hamster di ambil dari bahasa Jerman iaitu Hamstern , kemudian di
ubah mengikut kata asal yang diambil dari Rusia , bahasa baltic menjadi
hamster .
Klasifikasi Hamster
Hierarki Hamster : Superfamili Famili Subfamili Genus

Famili Cricetidae

Subfamili Cricetinae

Genus Mesocricetus - hamster emas


o

Hamster Syria (Mesocricetus auratus), Juga disebut hamster emas


atau hamster beruang

Hamster Turki (Mesocricetus brandti), juga disebut hamster Brandt,


hamster Azerbajain

Hamster Kaukasus (Mesocricetus raddei), juga disebut hamster


Georgia

Hamster Romania (Mesocricetus newtoni)

Genus Phodopus - hamster kecil


o

Hamster kecil putih Rusia (Phodopus sungorus)

Hamster kecil Campbell (Phodopus campbelli)

Hamster Roborovski (Phodopus roborovskii); kadangkala disebut


hamster Mongolia

Genus Cricetus
o

Genus Cricetulus
o

Hamster Ladak (Cricetulus alticola)

Hamster kecil berbelang (Cricetulus barabensis termasuk "C.


pseudogriseus" dan "C. obscurus"), juga disebut hamster berbelang
China

Hamster China (Cricetulus griseus)

Hamster Tibet (Cricetulus Kamnesis)

Hamster ekor panjang (Cricetulus longicaudatus)

Hamster kecil kelabu (Cricetulus migratorius); juga disebut hamster


kelabu migrasi, hamster kelabu, hamster Armenia, atau hamster
migrasi

Hamster Sokolov (Cricetulus sokolovi)

Genus Allocricetulus
o

Hamster Mongolia (Allocricetulus curtatus)

Hamster Kazakhstan (Allocricetulus eversmanni); juga disebut


hamster Eversmanni

Genus Cansumys
o

Hamster Eropah (Cricetus cricetus)

Hamster Gansu (Cansumys canus)

Genus Tscherskia
o

Hamster Korea (Tscherskia triton)

Sebelum mau ambil hamster sebagai pet kamu di rumah, eloklah kamu tahu
jenis-jenis hamster yang boleh bersesuaian dengan kehendak kamu. Ini memang
penting sebab lain jenis hamster ada penjagaannya yang lebih khusus.
1. Hamster syrian
Panjang tubuh: 16-18cm
Kitaran hidup: 2-3 tahun
Cara hidup: persendirian

Hamster jenis ini biasanya di panggil "Golden Hamster" atau "Teddy Bear
Hamster" berikut bentuk hamster yang sangat gebu seakan-akan teddy bear.
Hamster ini kebanyakannya mudah didapati di kedai-kedai haiwan kerana
hamster jenis ini yang selalu dijual di kedai haiwan. Hamster jenis ini amat
mudah untuk dijinakkan. Oleh itu, untuk memelihara hamster, sesuai untuk jenis
ini. Di alam kehidupannya yang liar, hamster ini memang hidup dalam
bersendirian. Oleh itu, jika kamu hendak memelihara dua hamster syrian,
pastikan seekor satu sangkar dan jangan satukan mereka dalam satu sangkar. Ini
boleh mengundang pergaduhan yang amat teruk. Sebaiknya pelihara hamster
dari saat mereka kecil yang masih tinggal bersama adik-beradiknya yang lain
agar mereka terbiasa dari kecil sehingga mereka dewasa. Hamster ini adalah
terbesar dan terpanjang antara lain-lain jenis hamster.

2. Hamster Campbell
Panjang tubuh: 8-12cm
Kitaran hidup: 2-2.5 tahun
Cara hidup: berkumpulan

Hamster campbell atau dikenali sebagai "Dwarf Campbell's Russian Hamster" ini
sangat comel dengan bentuk badannya yang mini. Bagi sukakan hamster yang
kecil eloklah pelihara hamster jenis ini kerana terdapat pelbagai variasi jenis dan
warna bulu hamster ini. Namun jenis campbell hamster yang normal mempunyai
warna kuning gelap kecoklatan dengan garis hitam di punggung dan mempunyai
bulu yang panjang di sekitar kaki. Hamster jenis ini hidup dalam berkelompok.
Justeru, tiada masalah bagi kamu jika ingin pelihara hamster jenis ini dalam
jumlah yang banyak dan letak dalam satu sangkar yang luas.
3. Hamster Roborovski
Panjang tubuh: 4-5.5/6cm
Kitaran hidup: 2.5-4 tahun
Cara hidup: Berkumpulan

Hamster ini berasal dari Mongolia Timur wilayah utara daratan China dan
berukuran paling kecil di antara hamster mini yang lain. Hamster ini sangat
lincah dan susah untuk dijinak. (Namun jika kamu mahu pelihara hamster ini,
pandai-pandailah kamu untuk jinakkan nya..) Hamster ini mempunyai 2 jenis
warna bulu. Yang normal mempunyai warna putih di atas mata dan batang
hidungnya hingga ke punggungnya berwarna coklat pasir keemasan dengan
perutnya yang berwarna putih. Manakala White Face mempunyai warna bulu
yang putih di seluruh wajahnya. Hamster jenis ini mempunyai ekor (tail) yang
sangat pendek. Umumnya, hamster jenis ini hidup dalam berkelompok walaupun
kadang banyak terjadi pergaduhan sesama sendiri. Hamster ini di antara yang
paling lama mempunya jangka hidupnya.

4. Hamster Winter White


Panjang tubuh: 7-9cm
Kitaran hidup: 2-2.5
Cara hidup: berkumpulan

Hamster Winter White adalah jenis yang paling sama dengan hamster campbell.
Hamster jenis ini berasal dari padang rumput luas dan bersalji di wilayah utara
Kazakhtan dan Siberia. Sesuai dengan namanya, bulu hamster ini akan berubah
menjadi putih seakan-akan warna salji apabila berada di udara yang dingin dan
sejuk kerana asal hamster ini dari persekitaran yang sejuk dan dingin. Justeru,
hamster ini sesuai dalam keadaan cuaca yang sejuk dan tidak terlalu panas.
(Agak-agak cuaca di Malaysia sesuai atau tidak untuk hamster ini???)

5.Hamster Cina
Panjang tubuh: 10-12cm

Kitaran hidup: 2-2.5 tahun


Cara hidup: Bersendiri

Hamster Cina berasal dari daratan utara China dan Mongolia. Hamster ini tidak
jauh beza saiz tubuh badannya dengan hamster mini dwaft yang lain namun
ianya bukan termasuk dalam Hamster Mini dan Dwaft Hamster. Selain itu, ekor
hamster ini agak panjang berbanding jenis hamster yang lain. Hamster ini tidal
lebat bulunya jika dibandingkan dengan hamster yang lain. Hamster Cina yang
normal mempunyai warna kelabu dan warna coklat gelap dan warna bulu yang
putih di bahagian perutnya.

You might also like