You are on page 1of 55

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.0 PENGENALAN IKAN HIASAN

Memelihara Ikan hiasan merupakan satu kegiatan yang semakin mendapat sambutan di
Malaysia. Malah, semakin ramai pembeli yang sanggup mengeluarkan modal bagi membeli
ikan hiasan. Menurut Yasir Mohd (2006), Dalam buku Penternakan Ikan Hiasan Dan Air Tawar,
Pemeliharaan ikan hiasan telah menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan
lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan
perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini, Malaysia telah menjadi antara negara
pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak
mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai
sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan
mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu
kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip,
cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang. Malaysia sangat berpotensi menjadi hub
kepada ikan hiasan.Hal ini kerana, ia mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar dan 1/3
daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah tentunya
spesies eksotik. Antaranya ialah kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing
dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk
dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan.

Penternakan ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan.
Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau
sebahagian dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau
pemeliharaan mengikut saiz untuk mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya
dilakukan secara intensif.

Tambahan lagi, menurut Yasir Mohd, Industri Ikan Hiasan merupakan salah satu industri
perikanan yang mampu memberikan pulangan yang besar sekiranya diusahakan secara
berterusan. Ikan hiasan air tawar yang telah dikomersialkan telah menembusi pasaran
antarabangsa. Walaupun bersaiz kecil dengan pengeluaran dometik bernilai RM 80 juta pada
harga lading, ia mempunyai profail antarabangsa. Malaysia merupakan pembekal dunia ketiga
selepas Singapura dan Indonesia dan telah Berjaya menembusi pasaran Eropah, Amerika
Syarikat, Hong Kong, Netherlands dan lain-lain Negara. Bahkan, Malaysia semakin terkenal di
pasaran antarabangsa kerana menawarkan ikan hiasan yang berkualiti dan kepelbagaian jenis
ikan.

1
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.1 KEPENTINGAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Memelihara ikan hiasan merupakan suatu kegiatan yang amat diminati pada masa kini.
Ia mempunyai banyak faedah dari semua aspek. Jika dilihat dari aspek fisiologi, memelihara
ikan hiasan dan haiwan kesayangan dapat meningkatkan kecerdasan dan kesihatan
pemelihara. Hal ini kerana memelihara ikan hiasan merupakan senaman kerana ia memerlukan
pemelihara untuk membuat kerja dan bukan hanya duduk termenung sahaja. Pemelihara boleh
bergiat cergas setiap hari dan membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal melalui aktiviti
yang dilakukan, contohnya membersihkan akuarium. Dalam aspek psikologi, memelihara ikan
hiasan dikatakan mampu menjadi penawar kepada sesetengah kesihatan manusia. Tambahan
pula, ia melatih pemelihara menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi.
Contohnya, pemelihara yang mempunyai minat tinggi dalam hobi ini akan lebih bersungguh-
sungguh dalam menjaga ikannya agar berada dalam keadaan baik sekaligus menanam nilai
bertanggungjawab dalam dirinya. Walaubagaimanapun, dari segi sosial turut memperlihatkan
kepentingan memelihara yang positif. Menurut ahli psikologi, memelihara ikan hiasan
menjadikan kita sahabat yang akrab dan teman yang sejati antara ikan dengan si pemelihara. Ia
mengelakkan pemelihara daripada berasa kesunyian dan kebosanan dan menambahkan rakan
kenalan baru serta berkongsi minat, pandangan dan petua sesama pemelihara yang lain.

Dari segi emosi, dengan memelihara ikan ia dapat menghilangkan stress selepas
bekerja. Kajian psikologi mengatakan bahawa manusia yang mempunyai haiwan kesayangan
mempunyai peratusan yang lebih kecil untuk mengalami penyakit kemurungan dan cenderung
lebih bahagia. Hal ini juga turut disokong dalam sebuah artikel yang bertajuk “Maanfaat
Akuarium Untuk Ikan Hiasan” oleh Yoga Demas Kumar mengatakan bahawa akuarium
memberikan pengaruh positif kepada pemeliharanya kerana mampu menjernihkan pikiran dan
meneutralkan perasaan. Hal ini ada hubungan dengan kesihatan. Beliau berkata “Ketika kita
merasa suntuk, bete, atau bosan karena ritme hidup yang monoton, cobalah perhatikan
akuarium. Gerakan gemulai ikan yang berwarna-warni, berlari dan bersembunyi lalu muncul
lagi dari balik bebatuan dan tumbuhan air, mampu mengalihkan perhatian kita dari masalah. Ia
juga menjadi hiburan murah yang dapat meredakan ketegangan, mengendurkan syaraf-syaraf
hingga mententramkan. Gerak-gerika alami ikan dalam air yang mengalir tenang mampu
menghanyutkan hati dan pikiran kita dalam kedamaian, menjadi obat stress yang mujarab”.
Tambahan pula, bagi kepercayaan sebahagian besar orang cina menurut ilmu fengshui ikan
hiasan di rumah boleh membawa tuah kepada penghuni rumahnya. Ikan dipercayai dapat
menangani stres. Hal ini kerana, ikan hiasan seperti koi dipercayai dapat menghalau Chi

2
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

(pengaruh) buruk yang berada di dalam rumah. Namun, pemelihara harus memelihara ikan
hiasan tersebut sebanyak sembilan ekor. Menurut masyarakat cina, jumlah ganjil ini yakini
dapat memupuk fikiran positif kepada penghuni rumah. Selain dapat mengawal dan menghindar
perasaan yang negatif ia juga turut melatih seseorang itu menjadi lebih matang serta berjiwa
murni yang cintakan alam sekitar dan cintakan binatang.

Oleh itu, kepentingan memelihara ini bukan sahaja dilihat dari segi fisilogi, psikologi dan
emosi malah dapat dilihat dalam aspek yang lagi besar contohnya, menternak ikan hiasan
merupakan satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi
yang menarik. Antara kepentingan memelihara ikan hiasan ialah yang perlu kita tahu ialah:

a) Memajukan industri sampingan. Contohnya, pembuatan pam dan penapis, pembuatan


tangki ternakan serta lain-lain aksesori.

b) Baka ikan hiasan baru tidak akan pupus dan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi
permintaan yang sentiasa meningkat.

c) Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan terus dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti
ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

d) Peningkatan ilmu pengetahuan tentang ikan hiasan berkembang. Contohnya, apabila


penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis
ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan.

e) Merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-
ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Contohnya, ketekunan dalam memelihara

ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan
hiasan.

f) Sebagai sumber pendapatan. Contohnya, sama ada sebagai sumber pendapatan utama
atau sampingan. Misalnya, membiakkan induk ikan dan menjual anak-anak ikan.

1.2 CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip,
cara dan tabiat makan dan jantina. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan

3
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

popular dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan.
Kebanyakkan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung
daripada bakteria dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi „chromatophoraes‟ iaitu
pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ikan hiasan terkenal dengan
beberapa ciri istimewa. Antaranya ialah ;

a) Pergerakan
Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan
mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.

b) Sisik
Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis.Sisik nipis
berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit.

c) Saiz
Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa mempunyai saiz
badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil.

d) Sirip
Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang.

e) Bentuk badan
Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk, pendek dan
panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.

f) Warna badan
Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.

g) Cara makan
h) Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang
makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan
rumusan dan makanan hidup.

i) Jantina
Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti
bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan
jantan lebih besar dan perut pipih.

j) Cara pembiakan
Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan Guppy
merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor

4
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram di dalam mulutnya sehingga menetas
menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.

1.3 BAHAGIAN-BAHAGIAN IKAN DAN FUNGSINYA

5
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

FUNGSI BAHAGIAN IKAN

NAMA BAHAGIAN
BIL. FUNGSI
BADAN IKAN
1 Mulut Untuk makan

2 Sisik Melindungi badan ikan dari penyakit dan kecederaan


3 Siri Dorsal Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah
4 Sirip Anal Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah
5 Mata Melihat

6 Penutup Insang Melindungi insang yang menyedut oksigen

7 Sirip Pektoral Mengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan

mengapung badan ikan.


8 Sirip Pelvik Mengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan

mengapung badan ikan.


9 Dubur Mengeluarkan najis

10 Sirip kaudal Mengawal pergerakan ikan ke hadapan

6
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.4 SPESIS IKAN HIASAN

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
pemakanannya iaitu ikan herbivor (pemakan tumbuhan),ikan karnivor (pemakan haiwan,
terutama sekali memakan haiwan hidup), ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik)
dan ikan omnivor (pemakan segala macam makanan). Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan
herbivor dan omnivor. Makanan yang diberi mesti bersesuaian dengan tabiat makan ikan.
Kualiti air bagi ikan hiasan tropika perlukan suhu air berada pada julat 25° C – 35° C . Ikan
hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4° C- 25° C. Suhu diukur dengan meter
termometer. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang,
bergerak,mencari makanan dan melihat objek lain.

Antaranya ialah :

 Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai
ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang
tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau
ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.

 Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton.
Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat
anak.

 Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak
sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam
dan Tiger Barb.

 Ikan omnivor

Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan
atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk
hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.

7
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.5 PENYEDIAAN, PENGURUSAN DAN PENJAGAAN IKAN

Pemakanan

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk
mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel.
Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut
yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

a) Kumpulan Pemakanan Ikan Hiasan

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering,
cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan
yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan
hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,
pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa
sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

b) Makanan hidup

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,
ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Blood Worm Ulat Roti

8
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Plankton

Makanan kering

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

Makanan basah

Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

Makanan rumusan

Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang
membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan
haiwan.

Pellet Emping

9
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

c) Jenis Makanan Mengikut Spesis

Jenis Makanan Jenis Ikan


Makanan hidup dan makanan basah Tiger Barb, Discus, Guppy , Black Tetra
Makanan kering Pearl Gourami, Harlequin Rasbora,Bala
Shark Silver, Marble Molly
Makanan rumusan Sunrise Platy,Angel,Tiger Barb, Brown
Corydoras

Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium. Tetapkan
masa memberi makanan iaitu pagi, tengahari dan petang.

Kawalan Kualiti Air

a) PH air

PH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling
masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium
yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH
boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk
mengelakkan ianya terlalu asidik.

b) Suhu

Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi
atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC
menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara
kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai
untuk ikan hidup dengan baik.

c) Bahan beracun

Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil
dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh
kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan
memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan
dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran

10
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam
penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).

Rajah Ikan Kurang Sihat

d) Rawatan air

Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan
kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat
luar biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit. Antara tabiat luar
biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan menggesel badan pada objek keras,
ikan muncul tercungap di permukaaan air, warna ikan pudar, ikan tidak mahu makan, ikan
tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif berenang), tanda-tanda penyakit
pada badan ikan dan sebagainya. Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air,
akuarium serta semua aksesori dan ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air
akuarium diganti dan langkah rawatan penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu
mahal, beli saja bekalan ikan baru untuk menggantikan ikan berpenyakit. Elakkan mengisi
akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan lagi timbunan bahan
organik dari najis ikan dan sisa makanan.

Kawalan Bahan Buangan Toksik dan Makanan Ikan

Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Ikan yang kekurangan makanan dan sentiasa
lapar akan mengalami tekanan dan mudah dijangkiti penyakit. Beri makan sekurang-kurangnya
dua kali sehari, bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan. Elakkan

11
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan makanan yang
diberi. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Elok sekali diperhatikan waktu-waktu
ikan makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan. Penjagaan
akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah
mudah.

a) Penjagaan harian

Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat
dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya
tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar
biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau
kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu
dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan
baik.

b) Penjagaan mingguan

Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓
bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi.
Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti
pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di
dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki
seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan
sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi
makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya
diberi makan dengan berlebihan.

12
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Rajah Edaran Nitrogen Di Akuarium

Pembersihan Akuarium

Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan
secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin
yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan. Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan
lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. Pasir di dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk
hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan berwarna semula jadi. Jika pasir
berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar,
maka seluruh akuarium perlu dibersih dan diganti air. Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen
hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut, lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan
juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi dengan baik.

Kawalan Penyakit dan Membasmi Patogen

Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan
di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh system
akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat. Akuarium dan aksesori akuarium perlu
dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama,
terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya. Ikan berpenyakit boleh

13
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos membeli bekalan ikan baru, maka lebih
baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan ikan baru. Elakkan membeli
ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan ikan berpenyakit.

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :

 Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk


 Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
 Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

a) Penyakit rintik putih

Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu
sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat
menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat
juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b) Penyakit kulat

Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian
yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan
seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan
larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang
dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

14
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

c) Penyakit bakteria

Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami
stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat
tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

1.6 JENIS-JENIS IKAN HIASAN

15
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-pengemar ikan
hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa sepsis ikan hiasan yang terdapat
dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Bil Famili Spesis Ciri-ciri Utama


1. Cyprinidae Barb, Seluang (Rasbora),  Kecil, berbadan
Ikan Mas, Kap seperti Kelah mampat, bersesungut.
dan Tengas Tiada adipos fin dan
gigi.
 Ekor terbuka dan
berbentuk fork.
 Badan bersisik dan
bergerak pantas.
 Kepala tanpa sisik.
 Terdapat di Afrika,
Amerika Utara,
sebahagian besar dari
Asia Tenggara.
2. Cichildae Ikan Angel,Discus dan Oscar  Hanya sepasang
lubang hidung
 Hanya satu dorsal fin
(long base)
 Sirip ekor bulat
 Sangat sayang akan
Ikan Angel
anak-anaknya dan
dikenali sebagai ikan
'parental care'
3. Characidae Semua jenis ikan Tetra.  Seakan ikan Barb
Antaranya ialah ikan Black  Tiada sesungut
Widow, Black Neon, Serpae
 Ada gigi dan adiposfin
 Berasal dari Amerika
Selatan dan Afrika
Tengah

16
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

4. Belontiidea Ikan Pelaga Siam (Betta  Berbadan lebar dan


splendens), Gourami Biru mampat.
(Trichogaster trichopterus),  Sirip anal yang
Dwarf Gourami (Colisa Laila) panjang.
 Mempunyai aksesori
respiratory organ untuk
bernafas di udara.
 Terdapat di Korea
Selatan, Asia Tenggara
dan Afrika Barat.

Pelaga
5. Poecillidae Guppy. Platy Molly dan  Livebearing tooth
SwordTail carps
 Melahirkan anak
 Mempunyai sedikit
persamaan dengan
mamalia.

Guppy
6. Catfish Corydoras sp. Ikan bandaran  Suckermouth
(Rinelloricaria parva  Bersesunggut

17
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

7. Anabantidae Pelaga, Sepat, Kalui  Bertubuh lebar dan


mampat.
 Anal fin yang panjang.
 Accesory respiratory
organ - utk bernafas di
udara.
Sepat Mutiara
 Membiak - nesting /
bubble nest builder.
 Terdapat dari Korea,
selatan Cina, Asia
Tenggara dan Barat
Afrika

1.7 BAHAN DAN KEPERLUAN


Menurut Heru Susanto, 1996 dalam bukunya yang bertajuk “Membuat Akuarium”
hiasan akuarium merupakan bahagian terpenting dari pelbagai sudut dan ruang untuk
memperlihatkan keindahan ikan hiasan yang beraneka jenis. Pengetahuan hiasan tentang
akuarium memang tidak ada kerana rupa bentuknya selalu berkembang dari semasa ke
semasa. Hiasan akuarium menjadi tarikan seni kreatif bagi para pemelihara dan para usahawan
ikan hiasan serta menjadi sumber utama mata pencarian yang berpotensi. Menurutnya lagi,
hiasan pada akuarium sebenarnya merupakan suatu kegiatan yang menggabungkan unsur
akuarium, ikan, tanaman, peralatan, batu-batuan, pasir dan bongkol kayu akuarium air tawar
manakala bagi akuarium untuk air laut pula ditambahkan pecahan karang, binatang karang, dan
tanpa tanaman air. Kesimpulannya, hiasan pada akuarium adalah mengikut tema yang
dicadangkan si pemelihara.

Kebiasaannya, bahan dan keperluan untuk memlihara ikan hiasan adalah seperti
berikut. Kompenan Utama ;

a) Akuarium

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti jenis
akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan),jenis ikan hiasan,bilangan ikan hiasan dan saiz ikan
hiasan. Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan
keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan

18
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada


beberapa jenis berdasarkan.

 Saiz Akuarium
Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana
besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah,
saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan
akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil
mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana
antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50
hingga 180 gelen air (250-900 liter). Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan
akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat
menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan „kelp‟ („kelp‟ ialah rumpai
laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).

 Bentuk Akuarium
Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di
Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun
begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah
akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square
aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon
berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder
(semicylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium) (Rajah A dan B).
Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia.
Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang
dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin
popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang
paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk
separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium
kubus berbentuk kubus sebagai namanya.

19
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Rajah A dan B: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A),
berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D) separa silinder (E)
dan silinder (F)

 Bahan Buatan Akuarium


Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium.
i. Akuarium kaca (glass aquarium)
ii. Akuarium akrilik (acrylic aquarium).

Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam
silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak.
Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai Antara
satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak
berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium. Akuarium akrilik diperbuat
daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan
daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk.

20
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Akuarium

b) Sistem Penapis

Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah C). Fungsi
utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan
bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah
sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini
merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria
dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air
menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi
paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium sistem
penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung
kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan
air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Penggunaan penapis
‟undergravel filter‟ membantu pembiakan bakteria di bawah penapis yang akan menguraikan
nitrit kepada nitrat untuk digunakan oleh tumbuhan akuatik. Sistem penapisan mekanikal pula
menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media
penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan
mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari
akuarium dan dimasukkan ke dalam system penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan
dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus
menerus. Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering
ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran
penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis
akuarium dijual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan
kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump).

21
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis
biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media
penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil „kapas
penapis‟ (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti
polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam
penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah
bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi
pam penapis digerakkan.

Rajah C: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis


(B) dan ‟kapas penapis‟, sejenis media penapisan (C).

c) Sistem Pengudaraan

Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air
apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem
pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi
(Rajah D). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu
udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injap-
injap akuarium (aquarium valves). Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa
elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu
menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam
udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik
menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara
melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya.
Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke
dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan
melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti

22
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem
pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

Rajah D: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B)
dan tiub udara (C).

d) Aksesori

Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat
berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium
tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:

 Membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan


 Mempastikan pH air pada tahap optima
 Memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan
dapat dipam keluar daripada akuarium
 Memastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan
bersih dan lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping
sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.

Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat
sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium
ialah:

 Aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium


 Aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium
 Aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium
 Tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung
 Pasir dan batuan untuk lantai akurium
 Model dan poster akuarium

Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang
pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun,

23
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam
akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan
pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa
jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan
cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan
dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10
hingga 12 jam sehari. Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan
cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti
mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan
cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah
sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara
perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya.
Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang
paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya
akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang
terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. Tahap kecerahan
cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna
semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu
terang dan tidak terlalu malap. Alat „luxmeter‟ boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya
dalam unit „lux‟. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala
ikan hiasan laut lebih 6000 lux. Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub
floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini
dibuat dalam berbagai spectrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan.
Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis „tungsten‟ dan „halogen‟
tidak begitu sesuai. Lampu jenisjenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum
warna yang sesuai untuk tumbuhan.

24
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Rajah E: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium
yang diberi cahaya (B dan C).

Tumbuhan Akuatik

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air
dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan
tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan
dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan
bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja
kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari
proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi
musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan
memakan daun-daun tumbuhan akuatik. Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu
daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan
untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk
pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah
satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies
tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara
komersial untuk pasaran tempatan dan luar Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium
perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah:

(i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium


(ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak
(iii) tahap pencahayaan akuarium
(iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium
(v) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium

25
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan
juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak
dapat hidup di air tawar dan sebaliknya. Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor
mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan
akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan
tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan
peliharaan. Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium
dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan
lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan. Setengah spesies tumbuhan akuatik
sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih
spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh
mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan
boleh menurunkan kualiti air akuarium.

a) Keperluan Bagi Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

 Karbon dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis


sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas
karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang
khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan
masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui
pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

 Baja

Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan
akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa
menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

 Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang
lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

b) Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

26
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium.
Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik
daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh
membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem
pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan
dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.

c) Jenis-Jenis Tumbuhan Hiasan Akuarium

Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla
verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat
mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak
dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan
Callitriche sp.

Cryptocoryne sp Vallisneria sp

Ludwigia sp Cabomba sp

d) Model dan Poster Akuarium

27
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Selain itu, untuk menambahkan lagi hiasan dalaman akuarium, penggunaan model atau
replika boleh diletakkan dalam akuarium agar kelihatan cantik. Penggunaan poster sebagai
latar belakang digunakan supaya hiasan di dalam akuarium kelihatan lebih cantik dan
menarik. Poster ditampal di bahagian luar sebelah belakang akuarium. Latar belakang yang
biasa digunakan adalah gambar tumbuhan, pemandangan laut dan batu – batuan.

Poster

Contoh Model

Cara Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium

1) Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.


2) Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam
akuarium
3) Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg
plastik.

28
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Rajah Memasukkan Ikan ke Dalam Akuarium

Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan Akuarium

a. Keamatan cahaya
Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh
akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan
yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium
mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya
ikanikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam
hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan
juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang
boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.
Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk
fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti
mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan
cahaya lampu untuk fotosintesis.

b. Kadar cahaya
Kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) .Satu lokasi yang
sesuai ialah tempat yang mampu mendedahkan akuarium kepada keperluan cahaya
yang mencukupi. Bagi sebuah akuarium, punca cahaya adalah daripada Lampu
akuarium yang dipasang. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah
berenang dan bergerak, mencari dan melihat makanan serta melihat objekobjek lain
dalam akuarium termasuk ikan lain. Bagi akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya
sebanyak 5000 lx selama 10-12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan
lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer
(photometer).

29
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

c. Suhu
Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit °C. Bagi ikan hiasan tropika,
suhu air mesti berada pada julat 25°C -35°C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk
dan sederhana pada julat 4°C hingga 25°C. Suhu boleh diukur menggunakan meter
termometer. Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan,
penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini
cuma boleh berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja. Suhu juga mempengaruhi
organisma hidup lain yang ada hubung kait dengan ikan, misalnya bakteria, kulat, virus
dan parasit dalam akuarium. Selain itu suhu turut mempengaruhi parameter-parameter
air yang lain. Misalnya, semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut
dalam air, oleh itu suhu yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut.
Ketahanan ikan terhadap suhu bergantung kepada spesies atau jenis ikan.

d. Keselamatan
Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh
menyebabkab bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri.
Kanak-kanak yang menyebabkan akuarium tersebut pecah akan terdedah kepada
kecederaan ( luka akibat serpihan kaca ). Perbelanjaan yang telah dikeluarkan juga
terbazir akibat akuarium yang pecah. Bagi mengelakkan perkara yang tersebut berlaku,
akuaris boleh meletakkan akuarium ditempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-
kanak. Lokasi yang sesuai juga boleh menjamin keselamatan akuarium dan manusia.
Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu menempatkan akuarium di
dalam rumah atau akuarium di pasangkan sistem keselamatan yang sesuai
mengelakkan ikan tersebut dari dicuri.

30
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.8 PENJAGAAN AKUARIUM

Penjagaan Harian

Dalam proses penjagaan harian, proses pemeriksaan system penapisan amat penting.
Ia digunakan untuk memastikan tiada kotoran dan sisa dalam penapisan air supaya kualiti air
dalam keadaan yang memuaskan. Selain itu, pemberian makanan ikan hanya diberi dua kali
sehari sahaja. Pemberian yang berlebihan akan menyebabkan air akuarium cepat kotor dan
menjejaskan kehidupan seharian ikan hiasan.

Seterusnya, pergerakan dan tabiat ikan hiasan juga perlu diperhatikan dari masa ke
semasa. Hal ini kerana jika terdapat ikan yang berjangkit penyakitnya, ikan tersebut perlu
diasingkan daripada ikan lain untuk mendapatkan rawatan di dala akuarium lain. Di samping itu,
tumbuhan akuatik juga perlu dijaga dengan membuang daun yang rosak supaya ia tidak
mencemarkan kualiti air. Akhirnya, nilai ph dan klorine perlu diukur pada masa ke semasa untuk
memastikan kehidupan ikan hiasan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Penjagaan Bulanan

Sistem penapisan akuarium akan ditukar dan dicuci dalam tempoh dua minggu sekali.
Air akuarium akan ditukar sebanyak 80 peratus setiap bulan sekali untuk memastikan kualiti air
dalam keadaan bersih. Air yang baru ditukar perlu diletakkan anti klorin dan menilai nilai ph nya.
Tapisan akuarium wajib ditukar pada setiap 6 bulan. Ini adalah untuk memastikan sisa dan
kotoran boleh ditapis dan dapat memastikan tahap kualiti air dalam keadaan baik.

31
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Penyusunan Jadual Kerja

Selepas merancang dengan teliti langkah-langkah penyediaan akuarium, kami telah berbincang
dan mengagihkan tugas masing-masing semasa amali penyediaan akuarium dijalankan. Setiap
ahli kumpulan perlu mengikut jadual kerja tersebut bagi memastikan amali penyediaan
akuarium berjalan dengan lancar.

PENYUSUNAN JADUAL KERJA

BIL PERKARA AISYAH INTAN IZZATI

1. Menyediakan peralatan ikan dan bahan serta


aksesori ikan hiasan.

Alatan dan kelengkapan :

- Akuarium
- Pam air
- Penyaring undergravel
- Air bubble

Aksesori :

- Pasir
- Batu-batuan
- Tumbuhan tiruan
- Jambatan batu
- Rumah mini
- Poster latar belakang
- Itik hiasan

2. Bersihkan Akuarium

32
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

3. Bersihkan dan bilas bahan hiasan.

- Pasir
- Batu
- Tumbuhan tiruan

4. Masukkan penyaring “undergravel”

5. Masukkan ke dalam akuarium


dengan berhati-hati.

- Pasir
- Batu

6. Masukkan

- Pam air
- Penapis

7. Pasangkan latar belakang

8. Masukkan air tadahan ke dalam


akuarium.

10. Masukkan air bubble

11. Letakkan dan tumbuhan tiruan

12. Titiskan larutan antiklorin dan anti


cloudiness ke dalam akuarium

15. Masukkan ikan hiasan

16. Kemas semula peralatan dan


tempat agar elok dipandang.

33
• Masukkan ikan dan kemas semula kawasan kerja.
• Letakkan dan pasangkan lampu di bahagian bawah penutup akuarium.
Hidupkan suis alat penapis dan lampu.
• Proses pengapungan dilakukan untuk membiasakan ikan dengan persekitaran
akuarium.
• Akuarium yang telah siap dimasukkan air seterusnya dititikkan antiklorin dan
anticloudiness dibiarkan sementara sebelum dimasukkan ikan.
• Masukkan 'air bubble' dan tumbuhan palsu.
• Masukkan air kedalam akuarium secara perlahan bagi memastikan air tidak
berkocak dan merosakkan binaan yang dibuat.
• Pasangkan poster latar belakang akuarium.
• Masukkan pam air ke dalam akuarium. Kemudian, pasangkan penapis
• Masukkan batuan mengikut turutan dan susunan yang betul agar susunan
kelihatan kemas dan teratur.
• Masukkan ornamen mengikut pelan yang telah disediakan.
• Masukkan pasir merah sebagai lapisan kedua pengikut reka bentuk yang
dirancang.
• Masukkan 'under gravel' terlebih dahulu sebagai lapisan pertama.
• Sediakan semua peralatan, aksesori dan bahan yang ingin digunakan untuk
menyediakan akuarium.
MENYEDIAKAN AKUARIUM
MENYENARAIKAN LANGKAH-LANGKAH KERJA
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Rajah 3 : Langkah-langkah memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium.
• Setelah semua ikan hiasan keluar dari beg plastik,
keluarkan pula beg plastik tersebut daripada
LANGKAH 3
akuarium.
• Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan
keluar dengan sendirinya bersama-sama air ke
LANGKAH 2
dalam akuarium.
• Rendamkan beg plastik yang mengandungi ikan LANGKAH 1
hiasan ke dalam akuarium selama beberapa minit.
MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

LAKARAN PELAN LANSKAP NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID


TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

LAKARAN PELAN LANSKAP SITI AISYAH BINTI ROSLAN

LAKARAN PELAN LANSKAP SITI INTAN BADARIAH BINTI ABDUL LATIF


TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Ikan Yang Dipilih

 Ikan Makan Atas

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar


1. Nama Tempatan : Ikan Guppy 13 Ekor
Nama Saintifik : Poecililea
reticulate

 Ikan Makan Tengah

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar

1.
Nama Tempatan : Ikan Angel
Nama Saintifik : Pterophyllum Sclare 2 ekor

Nama Tempatan : Ikan tiger bard


2.
Nama Saintifik : Barbus tetrazona 2 ekor

 Ikan Makan Bawah

Bil Jenis Ikan Hiasan Jumlah Gambar


1. Nama Tempatan : Ikan Tikus 4
Nama Saintifik : Corydoras
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

MEMILIH DAN MENYENARAIKAN PERALATAN DAN BAHAN


Senarai peralatan dan bahan yang digunakan ialah :

BIL JENIS ALATAN KEGUNAAN / CIRI-CIRI

1 AKUARIUM
 Sebagai bekas memelihara
ikan hiasan
 Dihiaskan dengan segala
kelengkapan dan bahan yang
sesuai untuk memelihara ikan
hiasan
 Terdapat pelbagai jenis bentuk
dan saiz

2. PAM UDARA
 Bagi memastikan edaran udara
yang mencukupi, pam udara
diperlukan untuk menambah
kandungan oksigen dalam air.
 Oksigen dari luar akan dipam
masuk ke dalam air
 Udara yang banyak akan
membantu mengekalkan suhu
air
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

4. PENYARING UNDERGRAVEL
 Undergravel iaitu papan yang
diperbuat dari plastik yang
boleh dipasang dengan
panjang serta lebar akuarium.
 Sebagai penapis untuk
memisahkan antara kotoran
yang dihasilkan ikan dan
tumbuhan yang pastinya jatuh
ke bawah

5.
FILTER PAM / PAM PENAPIS  Digunakan untuk menapis
udara dan air daripada kotoran
 Mengasingkan dan menapiskan
sisa pepejal

7. AERATOR
 Tekanan udara yang dihasilkan
di dalam motor digunakan
untuk menggerakkan air di
dalam akuarium sehingga
terhasilnya penyebaran oksigen

Jadual 3 : Senarai peralatan dan bahan.


TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

MEMILIH DAN MENYENARAIKAN AKSESORI

1. JAMBATAN BATU
Jambatan batu yang mempunyai ciri
keinggerisan digunakan sebagai hiasan
akuarium. Jambatan digunakan sebagai
penghubung kawasan perumahan dan kolam
dalam taman air yang dibina.

2.PASIR
Pasir diletakkan di bahagian dasar akuarium
sebagai lantai . Kebanyakan ikan suka substrat
pasir, kerana ikan menjadikan pasir sebagai
tempat bermain dan mengesel badan.

3. BATU KERIKIL
Sesuai untuk akuarium ikan air tawar. Batu
disusun cantik di atas pasir atau dibuat arca
mengikut citarasa. Sesuai juga dijadikan
hiasan bagi menampakkan suasana aquarium
kelihatan seperti sebuah kolam yang indah
dan tenang.
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

4. HIASAN AKUARIUM
Objek yang dikeluarkan secara kormersial untuk
hiasan akuarium. Contoh : Rumah mini yang
digunakan untuk menonjolkan keindahan "English
Village".

5. POSTER LATAR BELAKANG


AKUARIUM
Meningkatkan kesan istimewa akuarium
dan memberikan tema. Contoh :poster yang
menggambarkan suasana di terumbu
karang dengan gambar ikan menambahkan
seri akuarium, menjadikan akuarium
tersebut kelihatan seolah-olah seperti
sebuah kawasan terumbu karang mini.
Poster mesti sesuai dengan tema, biasanya
poster berwarna warni serta mempunyai
tema yang bersangkut paut dengan ikan da
kehidupan ikan.

6. TUMBUHAN PALSU.
Sesuai digunakan bila tumbuhan asli sukar
dipelihara, sukar dijaga atau tidak sesuai
dengan akuarium. Diperbuat dari plastik
menyerupai berbagai spesies tumbuhan dan
pelbagai warna. Tidak mudah rosak.

Rajah 4 : Senarai aksesori yang digunakan.


TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

MENYENARAIKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

DIRI
1. Memakai pakaian yang sesuai ketika menjalankan amali. Pakaian yang kemas dan rapi
supaya tidak mengganggu ketika menjalankan proses amali.

PERALATAN
1. Peralatan dan aksesori yang digunakan dalam keadaan selamat, tidak pecah dan tidak
membahayakan diri.
2. Menggunakan peralatan yang sesuai ketika menjalani amali. Sebagai contoh,
menggunakan skop untuk menceduk pasir ke dalam akuarium.
3. Pastikan peralatan, bahan dalam keadaan tersusun supaya tidak terpijak semasa
menyedia dan menghias akuarium.

IKAN HIASAN
1. Pilih ikan yang berada dalam keadaan sihat dan terhindar daripada sebarang jangkitan
dan penyakit.
2. Menggunakan peralatan yang yang sesuai dengan proses kerja amali seperti
menggunakan penyauk untuk mengambil dan meletakkan ikan ke dalam akuarium.

PERSEKITARAN
1. Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadan kemas dan tersusun supaya tidak
mengganggu ketika proses perjalanan amali.
2. Memastikan air tidak tumpah dan mengganggu persekitaran ketika proses kerja amali.
Air yang tumpah akan menyebabkan lantai licin dan boleh mencederakan.
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGASAN PENJAGAAN HARIAN IKAN HIASAN

HARI /
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
TUGASAN
Memberi
AISYAH INTAN IZZATI AISYAH INTAN IZZATI AISYAH
Makanan
Kawalan
Penyakit
INTAN IZZATI AISYAH INTAN IZZATI AISYAH INTAN
Dan
Perosak
Memeriksa
Kualiti Air
IZZATI AISYAH INTAN IZZATI AISYAH INTAN IZZATI
(Tukar Jika
Perlu)
Memeriksa
Peralatan
AISYAH INTAN IZZATI AISYAH INTAN IZZATI AISYAH
Dan
Aksesori

Kos Penyediaan bahan.

Berikut disenaraikan alatan dan aksesori bagi akuarium hiasan.

Bil Bahan / Alatan Kos


1 Akuarium 1 biji ( RM 65.00)
2 Batu hiasan 1 kampit (RM 12.00)
3 Tumbuhan hiasan plastik 1 batang ( RM 5.00)
4 Gambar hiasan luaran 1 keping (RM 5.00)
5 Anti Klorin 1 botol (RM3.50)
6 Tiub getah 15 cm ( RM 1.00)
7 Pam udara / penapis 1 biji (RM 35.00)
8 Hiasan aksesori gelembung udara ( siput) 1 biji ( RM 12.00)
9 Kayu hiasan 1 batang (RM 7.00)
10 Penapis under gravel 1 keping (RM 5.00)
11 Pasir berwarna 1 kampit (RM 7.50)
12 4 jenis ikan pelbagai kategori (tiger barb,ikan RM 23.00
tikus,ikan angel dan ikan guppy)
13 Jumlah RM 181.00
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

6.0 REKOD INVENTORI ALAT DAN STOK BAHAN

6.1 Peralatan

Bil Tarikh Item Kuantiti


Terima Kegunaan Baki
1. 24/01/2014 Akuarium 1 1 0

2. 24/01/2014 Sistem Pengudaraan 1 1 0

3. 24/01/2014 Lampu 1 1 0

4. 24/01/2014 Sistem Pengudaraan 1 1 0

5. 24/01/2014 Sistem Penapis Air 1 1 0

6.2 Stok Bahan

Bil Tarikh Item Kuantiti


Terima Kegunaa Baki
n
1. 24/01/2014 Ikan Hiasan 20 10 0

2. 24/01/2014 Tumbuhan Akuatik 10 10 0

3. 24/01/2014 Batu dan Pasir 3 3 0

4. 31/01/2014 Aksesori Akuarium 10 10 0

5. 31/01/2014 Makanan Ikan 2 1 1

6. 31/01/2014 Perawat Air 1 1 0


TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

JUSTIFIKASI KEGUNAAN PEMILIHAN SETIAP BAHAN DAN


AKSESORI DI DALAM PELAN LANSKAP

Lanskap akuarium yang telah direka oleh kumpulan kami bertemakan English
Village. Tema ini berfokuskan kedamaian suasana sebuah desa Inggeris, yang jelas dapat
dilihat daripada pemilihan aksesorinya iaitu seperti dari segi binaan rumah dan jambatan,
tumbuhan, pasir serta batu. Pemilihan bahan diminimumkan kerana kami menekankan
elemen keringkasan kerana bahan yang terlalu banyak akan menyebabkan suasana
kelihatan serabut dan padat di samping menghalang ikan bergerak bebas.

Idea pemilihan tema ini tercetus kerana aksesori utama kami ialah sebuah rumah
mini yang sangat unik dan halus binaannya serta mempunyai ciri keinggerisan. Justeru,
keunikan tersebut ingin kami tonjolkan sebagai elemen utama di dalam lanskap.
Seterusnya, barulah kami memikirkan penambahan aksesori lain bagi melengkapkan lagi
tema English Village ini. Berikut diterangkan justifikasi pemilihan setiap bahan dan aksesori
di dalam lanskap ini.

BAHAN/
BIL. JUSTIFIKASI PEMILIHAN BAHAN DAN AKSESORI
AKSESORI
 Binaannya yang sangat halus dan cukup terperinci
Rumah Mini
dengan ciri keinggerisan sangat menepati tema
lanskap kami iaitu English Village.

1.  Sebagai titik fokus utama lanskap.

 Tempat ikan bermain dan berlindung.


Tumbuhan Tiruan
 Tumbuhan atau pokok merupakan antara elemen
utama bagi sebuah desa. Bersesuaian dengan tema
2.
desa Inggeris.
 Menonjolkan suasana kedamaian dan kehijauan.
 Tumbuhan hijau menimbulkan kontra warna dengan
poster latar belakang yang berwarna biru.
3.  Jambatan batu ini juga mempunyai binaan bercirikan
Jambatan Batu
keinggerisan. Bersesuaian dengan tema English
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Village.
 Kesinambungan daripada laluan pejalan kaki dan
sebagai laluan untuk ke rumah mini kerana terdapat
kolam yang merentangi di hadapan rumah.

 Poster berlatar belakangkan warna biru kosong


Poster Latar Belakang
semata-mata dipilih agar fokus audien tertumpu
(Biru)
kepada suasana desa dan diyakini dapat menimbulkan
4. suasana kedamaian.
 Poster berlatar belakangkan pemandangan tidak dipilih
kerana ia akan menenggelamkan suasana desa di
samping nampak serabut kerana rimbunan tumbuhan
hiasan sudah diletakkan sebagai aksesori lanskap.
 Sebagai permukaan atas yang membentuk laluan
Pasir Hitam
pejalan kaki ke rumah mini Inggeris.
 Menonjolkan kontra warna dengan batu kerikil putih
5.
yang turut menjadi permukaan atas.

Pasir Biru

 Sebagai pemukaan atas yang menggambarkan


6. lanskap kolam yang terletak di hadapan rumah mini.

7.  Sebagai dasar akuarium atau alas kepada pemukaan


Pasir warna-warni
atas. Pasir warna-warni diletakkan di bahagian bawah
pasir hitam dan biru serta batuan putih yang menjadi
pemukaan atas.
 Boleh juga dijadikan hiasan apabila dilihat dari sisi dan
hadapan akuarium.
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

 Sebagai permukaan atas yang menjadi alas kepada


Batu Kerikil Putih tumbuhan hiasan di dalam lanskap.
 Membentuk permukaan tekstur yang berlainan kerana
8.
di sekelilingnya terdiri daripada tekstur permukaan
pasir.
 Menonjolkan kontra warna dengan pasir hitam yang
turut menjadi permukaan atas.

Batu Kerikil Warna-warni


 Membentuk dan mencantikkan lanskap kolam.
9. Diletakkan di sekeliling kolam.

 Sebagai aksesori tambahan yang diletakkan di atas


Rantai Emas
jambatan berhadapan rumah.
10.  Menggambarkan suasana desa Inggeris yang
dilimpahi kemewahan.

 Diletakkan di dalam kolam. Menggambarkan desa


Itik Hiasan
Inggeris yang damai dan itik-itik dapat hidup bebas di
11. dalamnya.

REFLEKSI DIRI

NAMA : NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID

NO. I/C : 920124-14-5888

Bismillahhirahmannirahim, setinggi tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di


panjatkan kepada Allah S.W.T kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan RBT
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

3203E dengan lengkap dan sempurna. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Mohd Yusoff Bin Hj.
Mohd Shariff diatas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan serta rakan-rakan kerana telah
banyak membantu dalam penyiapan tugasan ini.

Antara cabaran terpaksa ialah dihadapi ialah dari segi kewangan. Hal ini kerana
terdapat beberapa bahan yang terpaksa dibeli sendiri memandangkan kekangan bahan
yang tidak mencukupi dan tidak dapat disediakan untuk kami. Namun begitu, sebagai
seorang pelajar, saya sedar inilah pengorbanan yang perlu dilakukan untuk memperoleh
ilmu. Tambahan pula, saya menginginkan hasil terbaik dalam setiap tugasan yang dilakukan.
Saya percaya jika kita lokek mengeluarkan duit untuk ilmu, maka sedikit sahaja ilmu yang
akan diperolehi. Meskipun berpegang kepada prinsip ini, namun ia bukan bermaksud saya
sesuka hati boros membeli pelbagai bahan kerana sebenarnya sebahagian besar bahan
yang digunakan adalah daripada bahan sedia ada. Misalnya, rumah mini yang menjadi
elemen utama tema lanskap adalah asalnya merupakan tabung duit saya di bililk. Begitu
juga dengan jambatan, tumbuhan hiasan, pasir dan batu kerikil adalah bahan sedia ada
yang terdapat di stor Jabatan Teknikal.

Selain itu, tugasan ini juga menguji aspek pengurusan masa kerana kami menjalani
praktikal selama dua bulan. Justeru, masa yang tinggal adalah sangat singkat, tambahan
pula kelas yang ada perlu dibahagikan pula untuk pembelajaran jahitan serta tanaman
hiasan. Mujurlah kami sekumpulan bekerjasama merancang gerak kerja dan pembahagian
tugas. Ini memudahkan saya untuk merancang masa untuk melakukan aktiviti yang lain.
Sekiranya perancangan tidak dilakukan terlebih dahulu, maka masalah akan timbul. Menurut
Charles dan Senter (2002), pengurusan amat penting dalam pengajaran, malahan tanpa
pengurusan yang cekap, pengajaran bilik darjah amat sukar berlaku. Ini bertepatan dengan
tugas sebagai seorang guru yang perlu merancang perancangan pengajarannya terlebih
dahulu sebelum mengajar murid-muridnya.

Dalam proses menyelesaikan tugasan ini juga saya dan rakan-rakan telah
membahagikan tugas masing-masing untuk memudahkan kami memberi tumpuan kepada
perkara tertentu. Sebagai contoh, perkara yang tidak berkaitan dengan tajuk berkenaan
diberikan kepada orang lain untuk menguruskannya, supaya tidak mengelirukan. Tarikh dan
masa juga perlu ditetapkan, seseorang telah ditetapkan untuk mengingati supaya tugasan
yang dilakukan tetap berjalan dalam tempoh masa yang telah dirancang. Menurut Fayol
(1988), proses pengurusan meliputi perancangan, pengendalian, pengarahan dan
pengawalan.
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Di samping itu, penyediaan akuarium ini menuntut kesabaran yang tinggi kerana
memerlukan pengorbanan tenaga, masa dan kewangan. Dari segi tenaga, memandangkan
kumpulan kami terdiri daripada wanita sahaja, kami mengalami kesukaran semasa
mengangkat akuarium tersebut untuk dicuci. Mujurlah, ada rakan-rakan lelaki yang sudi
membantu. Dari segi masa dan kewangan adalah seperti yang sudah dijelaskan di atas.

Dalam pada itu, sejujurnya saya sangat bersyukur kerana berpeluang memperolehi
banyak ilmu tentang ikan hiasan. Sebelum ini, secara jujurnya saya langsung tidak
mengetahui apa-apa berkaitan dengan ikan hiasan apatah lagi ilmu lanskap akuarium.
Antara ilmu yang diperolehi ialah jenis dan tabiat ikan hiasan. Saya baru mengetahui
bahawa bukan semua ikan dapat dipelihara bersama-sama. Ikan pemangsa perlulah
dipelihara di akuarium yang sejenis sahaja kerana ia akan memakan anak ikan kecil. Saya
juga mengetahui cara membentuk lanskap akuarium. Terlalu banyak hiasan akan
menampakkan suasana yang serabut di samping menghalang ikan bergerak bebas. Ini
menyedarkan saya bahawa amali sangat penting dalam pembelajaran kerana ilmu tersebut
menjadi lebih bermakna dan tersimpan lebih lama dalam ingatan murid.

Selain itu, dalam pembikinan tugasan ini juga saya serba sedikit dapat menyusun
atur kerja yang saya bersama rakan-rakan lakukan. Ini bermaksud saya dapat
mendokumentasikan hasil kerja yang telah kami lakukan. Selama ini hasil kerja tidak pernah
direkodkan, sekarang baru saya tahu bahawa bahan-bahan bukti merupakan perkara
penting yang perlu ada bagi kerja-kerja seperti praktikal ini. Ini kerana selain sebagai rujukan
pembaca untuk mengetahui prosedur untuk menyediakan akuarium. Menurut Mohd Razi
(2002), tahap penggunaan BBM di kalangan guru - guru Kemahiran Hidup adalah masih
pada tahap sederhana. Bagi Bahan - bahan bukti yang direkodkan dan didokumentasikan ini
boleh juga dijadikan sebagai bahan bantu mengajar bagi guru untuk mengajar kepada
murid-murid di sekolah. Dengan adanya panduan ini mudah bagi guru untuk mendapat idea
mengajar bagi topik ini.

Kesimpulannya, segala cabaran yang dihadapi akan saya hargai dan ingati kerana ia
merupakan asam garam dalam kehidupan. Tanpa cabaran, saya akan sentiasa kekal di zon
selesa dan tidak akan keluar daripada kepompong keselesaan tersebut. Selain itu, saya
juga berharap agar folio kami ini dapat dijadikan panduan untuk proses pembelajaran pada
masa akan datang. Segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi akan saya gunakan
sepanjang proses pembelajaran di ipg dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Insyallah.

Sekian Terima Kasih


TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

REFLEKSI DIRI

NAMA : SITI AISYAH BINTI ROSLAN

NO. I/C : 920520-11-5306

Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya dapat melaksanakan projek pemeliharaan ikan


hiasan dengan jayanya. Semua yang dirancang telah dapat dijalankan dengan baik. Pada
semester ini kami telah ditugaskan untuk menyediakan satu folio mengenai ikan hiasan.
Banyak pengetahuan dan pengalaman telah saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini
yang mana dapat memantapkan lagi kemahiran untuk menjadi seorang guru yang fleksibel
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

suatu hari nanti. Saya memulakan projek dengan pengumpulan maklumat mengenai
pemeliharaan ikan hiasan. Dari sini, saya dapat menimba ilmu baru yang boleh saya
aplikasikan semasa memelihara ikan dan menghias akuarium dengan peelbagai perkara
penting yang dititiberatkan.

Antara cabaran-cabaran yang saya hadapi dalam melakukan aktiviti penyediaan


akuarium ini ialah dari segi kewangan. Sebagai seorang pelajar, saya akur bahawa
kewangan untuk melaksanakan projek ini amat tinggi. Peralatan dan keperluan dalam
menyediakan akuarium ini memakai kos yang amat tinggi. Di sini, saya dapat pelajari
bahawa guru pelatih perlu menggunakan akal fikiran untuk mencari alternatif lain dalam
menggantikan aksesori akuarium yang diperlukan menggunakan bahan terbuang agar dapat
menjimatkan kos. Hal ini kerana, rata-rata guru pelatih lebih suka membeli peralatan yang
dijual di kedai tanpa memikirkan kosnyadan kami juga telah menggunakan bahan sedia ada
yang telah disediakan. Jadi, sikap kreatif dan inovatif amat penting dalam melaksanakan
projek ini.

Selain itu, semasa penyediaan akuarium ini ia memerlukan kesabaran yang amat
tinggi agar penyediaan akuarium yang dibuat menampakkan hasil yang baik. Hal ini kerana
dalam penyediaan akuarium, ia akan mengambil masa yang lama, menggunakan tenaga
yang banyak dan sebagainya. Dalam kumpulan kami yang hanya terdiri daripada wanita,
kami mengalami kesukaran semasa mengangkat akuarium tersebut untuk dicuci. Tambahan
pula, kadang-kadang ia juga boleh mengakibat kecederaan. Namun yang demikian, saya
mencadangkan penambahbaikan agar setiap kumpulan itu disarankan untuk mempunyai
ahli kumpulan lelaki untuk membantu guru-guru wanita apabila diperlukan. Penyediaan
akuarium juga telah memberi pengalaman kepada saya cara memasukkan air ke dalam
akuarium, anti klorin, anti cloudiness dan sebagainya.

Saya juga telah mempelajari cara meletakkan ikan ke dalam akuarium. Kumpulan
kami juga telah memelihara ikan yang amat sensitif iaitu ikan guppy. Alhamdulillah, ikan
tersebut dapat hidup dengan baik dalam akuarium yang kami sediakan dan mempunyai
penjagaan harian. Ilmu mengenai jenis ikan juga telah saya pelajari dengan kesungguhan
dan minat. Terdapat ikan makan atas seperti guppy, ikan makan tengah seperti angel dan
tiger berb dan ikan makan bawah seperti ikan tikus dan ikan bandaran. Semua ikan
mempunyai cirri-ciri yang unik dan terdapat fungsi masing-masing. Di samping itu, dalam
projek ini saya telah mempelajari banyak tentang ikan hiasan. Sebelum ini, secara jujurnya
saya langsung tidak mengetahui apa-apa berkaitan dengan ikan hiasan.

Cabaran bagi saya yang terakhir ialah melakar pelan akuarium. Pengambilan masa
yang lama bagi melakar dan mewarnakan pelan tersebut. Dari tugasan melakar ini, saya
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

dapat simpulkan, akuaraium yang dihias ini sangat cantik dan mempunyai justifikasi
tersendiri yang unik dan berfungsi. Selepas menyipkan lakaran, saya dapat mengingati
hiasan dalaman akuarium yang telah dilaksanakan. Ikan yang dipilih juga bersesuaian
dengan hiasan akuarium.

Dari segi nilai pula, nilai yang dapat saya terapkan sepanjang melaksanakan tugasan
ini ialah nilai kerjasama, nilai menghargai masa dan nilai kerajinan. Melalui kerjasama
daripada rakan sekelas serta pensyarah pembimbing, saya dan ahli kumpulan dapat
menyiapkan tugasan dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka. Semasa
melaksanakan projek ini juga, kami dapat belajar bagaimana membahagikan masa untuk
membuat kerja-kerja yang diberikan mahupun subjek yang lain. Pembaziran masa mulai
berkurang. Tambahan pula, melalui dorongan daripada rakan-rakan yang lain, sikap rajin
dapat kami terapkan antara satu sama lain.

Namun demikian, terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti
sepanjang menjalankan tugasan ini. Kelemahan yang sering terjadi adalah suka melengah-
lengahkan masa dalam proses penyediaan akuarium. Selain itu, kekuatan yang diperolehi
ialah walau apapun masalah kita hadapi, belajar untuk berusaha dan minta pertolongan dan
nasihat daripada rakan-rakan. Oleh yang demikian, penambahbaikan haruslah dilakukan
dari semasa ke semasa agar tugasan yang dilaksanakan bertambah baik lagi.

Kesimpulannya, tugasan ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri di mana
memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan lain yang melaksanakan tugasan ini.
Pengalaman serta ilmu berkaitan teknologi pemeliharaan ikan hiasan banyak mengajar saya
selain memperoleh nilai-nilai murni sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya
bersetuju tugasan seperti ini diberikan kepada guru-guru pelatih sebagai persediaan menjadi
seorang guru kelak. Banyak ilmu dan pengetahuan baru yang saya peroleh hasil tugasan
ini. Alhamdulillah, saya dan ahli kumpulan dapat menyiapkan tugsan ini dalam masa yang
diperuntukkan dengan baik dan jayanya.

REFLEKSI DIRI

NAMA : SITI INTAN BADARIAH BINTI ABDUL LATIF

NO. I/C : 920809-02-5934

Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas pimpinannya, saya dapat menjalani ujian amali
ikan hiasan dengan jayanya. Semua yang dirancang telah dapat dijalankan dengan baik.
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

Pada semester ini kami telah ditugaskan untuk menyediakan satu folio mengenai ikan
hiasan dan melakukan satu program penjagaan terhadap ikan hiasan disamping menjalani
satu ujian amali penyediaan akuarium.

Dalam proses penyediaan akuarium, kami terlebih dahulu merancang dan mengatur
langkah kerja supaya semasa ujian amali kesemua proses yang dirancang dapat berjalan
dengan lancar tanpa sebarang masalah. Banyak pengetahuan dan pengalaman telah saya
perolehi sepanjang melakukan tugasan ini yang mana dapat memantapkan lagi kemahiran
jester membantu sya untuk menjadi seorang guru yang fleksible suatu hari nanti.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kami dalam melakukan aktiviti


penyediaan akuarium ini ialah dari segi kewangan. Sebagai seorang pelajar, kami akur
bahawa kewangan untuk melaksanakan projek ini amat tinggi. Peralatan dan keperluan
dalam menyediakan akuarium ini memerlukan kos yang amat tinggi. Di sini, saya dapat
pelajari bahawa guru pelatih perlu menggunakan akal fikiran untuk mencari alternatif lain
dalam menggantikan aksesori akuarium yang diperlukan menggunakan bahan terbuang
agar dapat menjimatkan kos. Hal ini kerana, rata-rata guru pelatih lebih suka membeli
peralatan yang dijual di kedai tanpa memikirkan kosnya.

Selain itu, semasa penyediaan akuarium ini ia memerlukan kesabaran yang amat
tinggi agar penyediaan akuarium yang dibuat menampakkan hasil yang baik. Hal ini kerana
dalam penyediaan akuarium ia cukup mengambil masa yang lama, menggunakan tenaga
yang banyak dan sebagainya. Dalam kumpulan kami yang hanya terdiri daripada wanita,
kami mengalami kesukaran semasa mengangkat akuarium tersebut untuk dicuci. Tambahan
pula, kadang-kadang ia juga boleh mengakibat kecederaan. Namun yang demikian, kami
masih mendapat bantuan dari rakan seperjuangan yang lain.

Di samping itu, dalam projek ini saya telah mempelajari banyak tentang ikan hiasan.
Sebelum ini, secara jujurnya saya langsung tidak mengetahui apa-apa berkaitan dengan
ikan hiasan. Melalui lawatan ke pelbagai pusat akuarium yang dijalankan, saya telah
mengetahui serba sedikit mengenai ikan hiasan. Bermula dari ilmu tentang jenis ikan
hiasan, cara penjagaan ikan dan sebagainya telah banyak memberi saya pelbagai
maklumat tentang

pemeliharaan ikan hiasan ini. Tambahan pula, dalam penjagaan ikan hiasan bukan semua
ikan dapat dipelihara bersama-sama. Ikan pemangsa perlulah dipelihara di akuarium yang
sejenis sahaja kerana ia akan memakan anak ikan kecil.

Dari segi nilai pula, nilai yang dapat saya kutip sepanjang melaksanakan tugasan ini
ialah nilai kerjasama, nilai menghargai masa dan nilai kerajinan. Melalui kerjasama daripada
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

rakan sekelas serta pensyarah pembimbing, kami dapat menyiapkan tugasan dengan
bantuan dan tunjuk ajar daripada mereka. Semasa melaksanakan tugasan ini juga, kami
dapat belajar bagaimana membahagikan masa untuk membuat kerja-kerja yang diberikan
mahupun subjek yang lain. Pembaziran masa mulai berkurang. Tambahan pula, melalui
dorongan daripada rakan-rakan yang lain, sikap rajin dapat kami terapkan antara satu sama
lain.

Namun demikian, terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti
sepanjang menjalankan tugasan ini. Kelemahan yang sering terjadi adalah suka melengah-
lengahkan masa dalam prose penyediaan akuarium. Selain itu, kekuatan yang diperolehi
ialah walau apapun masalah kita hadapi, belajar untuk berusaha dan minta pertolongan dan
nasihat daripada rakan-rakan. Oleh yang demikian, penambahbaikan haruslah dilakukan
dari semasa ke semasa agar tugasan yang dilaksanakan bertambah baik lagi.

Kesimpulannya, tugasan ini memberi manfaat kepada diri saya sendiri di mana
memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan lain yang melaksanakan tugasan ini.
Pengalaman serta ilmu berkaitan teknologi ikan hiasan banyak mengajar saya. Selain
memperoleh nilai-nilai murni sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya
bersetuju tugasan seperti ini diberikan kepada guru-guru pelatih sebagai persediaan menjadi
seorang guru kelak.

You might also like