You are on page 1of 8

8/22/2014 RAKYAT MARHAEN: Pejuang Kemerdekaan :Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Helmy

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/09/pejuang-kemerdekaan-dr-burhanuddin-bin.html 1/8
BERITA DARI SUMBER SEMASA DAN TERKINI - HUBUNGI KAMI DI wargamarhaen@gmail.com
Khamis, 8 September 2011
Pejuang Kemerdekaan :Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur al-
Helmy
DR:Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Helmy
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Awal kehidupan
Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.
BACAAN PANTAS
BACAAN PANTAS : FEED

PAYPAL : SUMBANGAN
DANA - INFAQ / DONATION
GERAK KERJA TEAM
RAKYAT MARHAEN
Followers (2106)
Follow this blog
RAKAN FACEBOOK
Sertai tapak ini
dengan Sambung Rakan Google
Ahli (1190) Lagi
Sudah menjadi ahli? Log masuk
Followers
Banner Ad
SILA EMAIL KE wargamarhaen@gmail.com
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA - SILA EMAIL UTK
MAKLUMAT LANJUT
Follow by Email
Email address...
RAKYAT MARHAEN GROUP on Facebook
RAKYAT MARHAEN GROUP's Fan Box
Search
2014 (16901)
2013 (25104)
2012 (37175)
2011 (33037)
Disember (3964)
November (3538)
Oktober (3745)
September (3043)
Sep 30 (101)
Sep 29 (117)
Sep 28 (124)
Sep 27 (127)
Sep 26 (124)
Sep 25 (68)
Sep 24 (116)
Sep 23 (57)
Sep 22 (146)
Sep 21 (62)
Sep 20 (141)
Sep 19 (115)
Sep 18 (62)
Sep 17 (100)
Sep 16 (90)
Sep 15 (148)
Sep 14 (108)
Blog Archive
0

More

Next Blog
8/22/2014 RAKYAT MARHAEN: Pejuang Kemerdekaan :Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Helmy
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/09/pejuang-kemerdekaan-dr-burhanuddin-bin.html 2/8
[1][2]
Aktiviti selepas perang
Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini
menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan
Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik"
Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.
[2][3]
Presiden PAS
Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,
[2]
hingga
kematiannya pada tahun 1969.
[4]
Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong
kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.
[5]
Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan
pemikir Islam".
[6]
Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan
kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.
[2][7]
Wafat
Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan
yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.
Garis masa
Tahun Peristiwa Catatan
1911
Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama
pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah
Zaharah bt Habib Osman di Kampung
Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu,
Gopeng, Perak.
Hj Mohamad Noor berasal dari Batu
Sangkar, daerah Tanah Datar,
Minangkabau Sumatera dan telah
datang ke Perak pada tahun 1908
Sharifah Zaharah berasal dari Melaka
1926
Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan
Syeikh Mohamad Khatib Minangkabau di
Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau,
Sumatera
Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang,
Jitra, Kedah
Hanya bertahan selama 6 bulan di
Sungai Jambu kerana cara belajar
mengikut 'sistem tadah' tidak
disukai oleh Burhanuddin
Hanya bertahan selama sebulan di
Pulau Pisang kerana cara belajar
masih mengikut 'sistem tadah'
1927
Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor,
Pulau Pinang
1934
Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New
Delhi, India di dalam bidang falsafah dan
sastera.
1942-1945
Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat
Istiadat Melayu ketika pendudukan Jepun
1950
Ditahan oleh British kerana terlibat dengan
Rusuhan Natrah di Singapura
1956
Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu
(PAS). Kemudian, dipilih sebagai Yang
Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato'
Dr Haji Abbas Alias
1959
Menang Kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada
Pilihan Raya Umum 1959
Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) kerana kononnya menjadi ejen Indonesia
dan terlibat dengan kegiatan menentang
Australia 1
Thailand 1
Asia/pacific re.. 1
Indonesia 2
United states 2
Today
Total
Online
107
8201019
16
Stats Money Get this

KLIK IMAGE - FREE
DOWNLOAD
Blackberry Application -
Rakyat MarhaenPakatan
News
Scan the QR code above
to download the app.
Download at
http://appworld.blackberry
.com/webstore/content/25
538885/?
lang=en&countrycode=MY
Blackberry World
Application - RAKYAT
MARHAEN (v1)
Sep 13 (127)
Sep 12 (100)
Sep 11 (87)
Sep 10 (86)
Sep 09 (120)
Sep 08 (116)
Bukit Kepong: UMNO cakap besar,
tapak warisan seja...
Mahkamah tolak rayuan kes tanah
NCR
SKMM siasat Youtube 'Kedai
1Malaysia'
Pru 13- Kenapa Najib Pilih Februari
2012 ?
Video : PAS jejak pemegang IC
hijau jadi pengundi
Video : MAS workers to picket if
deal with AirAsia...
Mat Sabu kepada Muhyiddin:
Debat atau saman
Dedah butir pertemuan khas
Re-examining the 1948 revolt of
the MCP in Malaya
Kesatuan mahu piket bantah
pakatan MAS-AirAsia
Rahsia ahli Umno no. # 000006
Eager beaver Khairy misread
debate invitation
PAS jejak pemegang IC hijau jadi
pengundi
How long must the Rakyat continue
to subsidise Mah...
Christianisation: Another rotting
fish from Umno t...
MAS unions in labour action threat
over AirAsia de...
Give us justice or death
Beg tangan Rosmah bernilai lebih
sejuta?
Fuziah: MCA is missing the Lynas
point
Isu Tauliah: Masjid, surau Selangor
dilarang jempu...
JAIS Jaga UMNO Atau JAIS sayap
UMNO SELANGOR?
Billionaire son steps in to save
Taib
Tak De Kes : SPRM 'kunjungi'
pejabat Ho Hup
Dr M repeats conspiracies, says
Arabs not capable ...
Dr M doubts 9/11, but embraces
British version of ...
Tidak Perlu Kaji Semula Sejarah,
Hanya Beri Kebeba...
Chua ribs PM over Rosmah speech
Najib's Perth holiday: NGO to lodge
nationwide pol...
UK court allows review of Btg Kali
massacre
Jangan Bubar Parlimen Sebelum
Pulihkan Sistem Pili...
Khalid dedah 'bukti' Mais alat BN
Fakta : Kajian 'terawal' simpul Mat
Indera bukan k...
BARANG NAIK : TAMBAH NILAI
8/22/2014 RAKYAT MARHAEN: Pejuang Kemerdekaan :Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Helmy
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/09/pejuang-kemerdekaan-dr-burhanuddin-bin.html 3/8
1964-1966
penubuhan Malaysia
Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung
PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua
Agung, Mohd Asri Haji Muda
Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan
terhad.
10 Oktober 1969
Meninggal dunia akibat penyakit lelah dan juga
kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam
tahanan ISA
Rujukan
1.
1.0

1.1
"Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi", Britannica, Answers.com. Dicapai pada June 24,
2010.
2.
2.0

2.1

2.2

2.3
Leifer, Michael (2001). Dictionary of the modern politics of South-East Asia, edisi 3rd,
Taylor & Francis. ISBN 0415238757.
3. Federspiel, Howard M. (2007). Sultans, shamans, and saints: Islam and Muslims in Southeast Asia,
University of Hawaii Press. ISBN 0824830520.
4. "That complex entity called Pas", Aliran Monthly, 14 November 2009. Dicapai pada 22 June 2010.
5. Farish Noor. "On the road to change?", Daily Times, 11 April 2008. Dicapai pada 22 June 2010.
6. (2003) Malaysia: Islam, society and politics, Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 9812301615.
7. ""Opposition Plan for Rebellion"", The Age, Fairfax Media, 1 March 1965. Dicapai pada 22 June
2010.
Bacaan lanjutan
Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy - Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,
2003
Pautan luar
Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi
Penyandang Terdahulu
Yang Dipertua Agung/Presiden
PAS
25 Disember 1956 10 Oktober
1969
Penyandang Kemudian
Dato' Dr Haji Abbas Alias
Tan Sri Dato' Mohd Asri
bin Haji Muda
Tokoh kemerdekaan-Burhanuddin Al-Helmy
28 Ogos 2007 paskabut
Latar Belakang -Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor
dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak.
Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-
Quran dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah
Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926.
Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra,
Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat
kelas senawi pada tahun 1934.
Burhanuddin Al-Helmy telah mendapat biasiswa seorang hartawan India muslim dari Pulau
Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Aligarh. Di universiti tersebut Burhanuddin
Al-Helmy mengambil bidang sastera dan falsafah.
Beliau dianugerahkan PhD daripada Universiti Aligarh, India.
Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki,
Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned
Singapura.
Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy belajar ilmu perubatan homeopati daripada Dr. Rajah
dan beliau telah berjaya mendapat ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India.
Dengan kelayakan ini, Burhanuddin Al-Helmy telah membuka sebuah klinik di Johor Bahru dan
sebuah lagi klinik di Jalan Picitan, Singapura.
Seorang Aktivis Dakwah dan Politik
Flag
Laman utama
PRA BAYAR, PEK SIM DIKE...
Video : MoU Umno dengan Parti
Komunis China
Video : 1MDB Bakal Ambil Alih
Indah Water Konsort...
Video : Security tightens at Libya's
oil refinerie...
VIDEO : KERANA FITNAH
'UTUSAN' BAKAL DISAMAN
Video : Acid attack threat against
Mat Sabu's wife...
Video Forum : Mat Indera -
Pejuang Atau Pengkhiana...
Video Forum : Mat Indera -
Pejuang Atau Pengkhiana...
Video Forum : Mat Indera -
Pejuang Atau Pengkhiana...
Video : Hentikan Sentimen Menang
Tulis Sejarah, Ka...
Video : Loggers hunger strike over
Pahang gov't no...
Video : Utusan diberi tempoh akhir
24 jam
Video : Saya Akan Mengambil
Tindakan Terhadap Utus...
Video : 5,000 warga Myanmar jadi
pengundi di Teren...
Video : Mismanagement turning
investors off Pahang...
Video : Khairy Jamaluddin Bakal
Mantan Ketua Pemud...
Video : PAS declines to accept ex-
servicemen's mem...
Syarikat konsesi tol kaut
keuntungan RM13b
Bongkar SPR : Penduduk
sementara pula boleh mengun...
Ambil tindakan tegas terhadap
pengugut Md Sabu..ka...
Detik kebenaran Bernama
Dr Farish Noor: Rekonstruksi
Semula Sejarah?
KEADILAN persoal projek runding
terus Kementah RM2...
Mengapa AS enggan iktiraf Negara
Berdaulat Palesti...
KJ kelentong, tiada jemputan debat
rasmi dari Kela...
MB Selangor: Spekulasi mahu
jatuhkan saya tak rele...
Apa pula status penulis buku
Pengukir Nama Johor?
SAMM dedah pengasas Umno
bukan Melayu, pegang keah...
Dakwat kekal: Kabinet setuju, Nazri
kata tidak tah...
Kerakyatan: Mahu lucut Mat Sabu
tapi beri pada pen...
Bongkar : 5,000 warga Myanmar
jadi pengundi di Ter...
Tinggal 24 jam sebelum Utusan
disaman
Terdesak : Isteri, anak gadis Mat
Sabu pula diugut...
MAIS larang Khalid Samad
mengajar agama di S'gor.....
Swasta IWK: Satu lagi usaha
rompak dana awam, kata...
8/22/2014 RAKYAT MARHAEN: Pejuang Kemerdekaan :Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Helmy
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/09/pejuang-kemerdekaan-dr-burhanuddin-bin.html 4/8
Pembabitan awal Burhanuddin Al-Helmy:
Penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura
Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura
Ahli Persatuan Jamaatul Islamiah
Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939
Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun
Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), 1945
Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945
Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947
Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947
Ahli pengasas PEPERMAS, 1947
Ahli pengasas MATA, 1947
Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948
Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955
Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955
Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955
Pengaruh Awal Pemikiran
Semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), Burhanuddin Al-Helmy berada di bawah
asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat islam Indonesia. Di samping itu guru-guru yang
mengajar dan mendidik beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum Muda.
Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas, Burhanuddin Al-Helmy juga terdedah
dengan pemikiran Kaum Muda. Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan
pro-kemerdekaan dalam diri beliau.
Semasa belajar di India pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy mengikuti pergerakan
Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan pemimpin-
pemimpin kemerdekaan India yang lain.
Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India Burhanuddin Al-Helmy telah mengembara
ke Palestin dan Turki. Beliau mengikuti perkembangan umat Islam di sana.
Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmy telah bergiat cergas dalam pergerakan-pergerakan
Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British
yang akibatnya dia ditahan oleh pihak British di sana.
Selepas itu, Burhanuddin Al-Helmy terus bergiat pula dengan persatuan Jamaatul Islamiah dan
menjadi penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat.
Ditahan dan Merengkok dalam Penjara
Selepas tamat pelajarannya di India, Burhanuddin Al-Helmy mengembara ke Palestin dan Turki.
Semasa di Turki belaiu ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.
Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin Al-Helmy telah menerbitkan majalah
Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi pertama majalah ini
diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan.
Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin
sebanyak $1,000.
Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh British akibat Peristiwa Natrah. Dia
dituduh terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang
membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di Belanda.
Dia telah dipenjara selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan yang menyatakan beliau
dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura ekoran peristiwa tersebut, iaitu dari dari tahun
1950 hingga 1952.
Terdapat catatan yang peristiwa Natrah itu hanya sebagai alasan bagi pihak British menahan
Burhanuddin Al-Helmy.
Sebenarnya Burhanuddin Al-Helmy ditahan oleh British kerana semasa Darurat pada 1948, beliau
menyeru secara terbuka orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang
melawan British di dalam hutan.
Video : Hari memperingati askar-
askar British
Video : Today in History for
September 8th
Video : Home movie emerges of
Gaddafi family
Sejarah harus bersifat jujur
Iktiraf pejuang kemerdekaan tanpa
pinggir mana-man...
Bersih sistem kehakiman sekadar
pemanis mulut
Mat Indera, komunisme dan
merdeka
PAS cabar MB Johor pula berdialog
isu Mat Indera
Jawapan kepada Irmohizam Ibrahim
mengenai komunism...
Fighters head towards showdown
with pro-Gaddafi to...
Mydin: Kedai Rakyat to boost
Tukar uptake
MB Johor dakwa Mat Indera
komunis, rancang seranga...
Keluarga Mat Indera: Kami kecewa
dengan MB Johor
Menjejak MAT INDERA - Siri 4 :
Fakta MENGEJUTKAN D...
'Tidak merdeka kalau komunis
menang'
Nak Tunjuk Hero Ke..Nak Cari
Publisiti.....
Jadilah Seperti Mereka Dalam
Kerenceman Bermazhab
Debat- Cicak Mengkarung Jadi
mangsa
Momokan Komunis Terhadap Hj
Mohamad Sabu dan PAS
Sejarah Untuk DiJual
Islam, perkauman dan konspirasi
Institusi kehakiman penegak
keadilan sebenar
Kalah pilihan raya tiket jadi menteri
Gerakan Islam dalam mencapai
kemerdekaan
Bang Mat : 'Sudah 12 hari saya
diserang'
Ada Berani : Blogger cabar Jais
siasat tazkirah Sa...
Hentikan polimik Mat Indera ini...!!
1MBD bakal ambil alih IWK
Unease growing in Syrian army
DAP: 1,824 in Johor's Ledang
electoral roll not in...
Mashitah Arah Pondan Bernama
Natasya Itu Ditahan.!...
Rakyat Sabah pasti termuntah
baca penipuan Utusan
Umno leaders must stop this
madness
Lokasi persembunyian Gaddafi
diketahui
GE-13: Who will win and what are
the likely scenar...
Ogos di Perth, Julai di Itali, Jun di
Kazakh: Masa...
Pengkristianan S'gor: Berterus
terang atau saya pe...
8/22/2014 RAKYAT MARHAEN: Pejuang Kemerdekaan :Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Helmy
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/09/pejuang-kemerdekaan-dr-burhanuddin-bin.html 5/8
Peristiwa Natrah hanya dijadikan alasan oleh pihak British. British tidak boleh menahan
Burhanuddin Al-Helmy yang bergiat masa itu di Singapura kerana pulau tersebut tidak tertakluk
kepada undang-undang Darurat yang hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu.
Burhanuddin Al-Helmy menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ini menyebabkan dia
ditahan di bawah ISA pada bulan Januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan
di Riau, Indonesia.
Burhanuddin bin Al-Helmy jatuh uzur semasa dalam tahanan. Pada bulan Mac 1966, beliau
dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Di antara syaratnya adalah beliau tidak
dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik balik hanya pada 22 September
1969.
Tokoh Perjuang Kemerdekaan
Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan.
Beliau bergiat cergas dalam KMM dengan tujuan menentang penjajahan British.
Semasa pendudukan Jepun, Burhanuddin Al-Helmy dan beberapa orang rakannya mengambil
strategi licik. Ini diungkapnya sebagai:
Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa dalam istana Firaun. Ada
yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar mengambil bahagian di hutan di ruimba jadi anti-
fascist ada yang menjalankan gerakan rayap semut api harimau dan sebagainya
Dengan sokongan pihak Jepun, beliau bersama-sama Ibrahim Yaacob memimpin KRIS membuat
persetujuan dengan Seokarno dan Mohd Hatta di Taiping untuk mengisytiharkan kemerdekaan
serentak di Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.
Tetapi Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945.
Seokarno meneruskan rancangannya mengisytiharkan Indonesia merdeka dari Belanda pada 17
Ogos 1945.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak dapat berbuat demikian memandangkan perkembangan yang
amat berbeza di Tanah Melayu ketika itu.
Selepas Jepun berundur, PKMM ditubuhkan sebagai satu kesinambungan daripada KMM. Dr.
Burhanuddin Al-Helmy menjadi Ketua Umum PKMM yang pertama.
Semasa diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946, Dr. Burhanuddin Al-Helmy
telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan kaum di sana. Dalam ucapan tersebutlah
Burhanuddin Al-Helmy melafazkan pantun pusakanya yang terkenal:
Di atas robohan Kota Melaka;
Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.
Pembabitan Burhanuddin Al-Helmy dalam PUTERA, PEPERMAS, MATA dan Hizbul Muslimin
sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan tumpuan menyemarakkan perjuang mencapai
kemerdekaan Tanah Melayu.
Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila Burhanuddin Al-
Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera
merah putih duabelas bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka.
Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad Boestamam dibebaskan
dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Pada masa itu politik kiri adalah bermaksud anti-British. Mereka yang mengambil sikap no-
cooperation terhadap penjajah British di anggap sebagai kiri. Sedangkan mereka yang
bersikap cooperation seperti UMNO, dianggap kanan.Menyertai dan Memimpin PAS
Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, Dr. Burhanuddin Al-Helmy
masih dalam tahanan penjara di Singapura.
Apabila Yang Dipertua Agung Pas yang pertama, Ustaz Ahmad Fuad
melepaskan jawatannya pada tahun 1953 tugas memimpin PAS diambilalih
oleh Dr. Hj Abbas Alias. PAS di bawah kepimpinan Dr. Abbas tidak begitu lama, iaitu
hanya selama 3 tahun 2 bulan sahaja. Ini adalah disebabkan Dr. Abbas tidak dapat bergerak
Pejuang Kemerdekaan
Burhanuddin bin Muhammad ...
5-3-1 : Hanya 3 Ahli Parlimen
Pakatan Dalam Jawata...
MB Johor contoh terbaik talibarut
British?
Antara profesor kangkung dan
'kongkang'
Mat Sabu: Kalau referendum,
Tunku tak jadi PM..pul...
Lawan Fakta : Penganjuran forum
tragedi Bukit Kepo...
Mat Sabu: Burhanuddin lebih
popular banding Onn ...
Video - American fears: a decade
after 9/11
Video : Heavy Gunfire in Central,
North Syria
Video : The connection between
Iraq and 9/11
Video - State of the Enemy: Al-
Qaida Ten Years Lat...
Video : Some Libyan Fighters
Claim Gadhafi Surroun...
Sep 07 (120)
Sep 06 (12)
Sep 05 (114)
Sep 04 (100)
Sep 03 (70)
Sep 02 (98)
Sep 01 (87)
Ogos (3286)
Julai (2865)
Jun (2075)
Mei (2549)
April (1292)
Mac (2234)
Februari (2523)
Januari (1923)
2010 (26069)
2009 (7614)

Jumlah Paparan Halaman
1 7
8/22/2014 RAKYAT MARHAEN: Pejuang Kemerdekaan :Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Helmy
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/09/pejuang-kemerdekaan-dr-burhanuddin-bin.html 6/8
aktif kerana masih terikat dengan jawatannya di dalam perkhidmatan kerajaan, iaitu sebagai
seorang pegawai perubatan.
Angkatan muda dalam PAS pada masa itu yang antaranya terdiri daripada Ustaz Othman
Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul Wahab Noor dan Mohd Asri Muda telah mengadakan
mesyuarat tidak rasmi berhubung dengan jawatan utama PAS.
Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin PAS pada masa itu
selain daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
Ketika itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy hanya bergiat cergas mempromosi Parti Rakyat Malaya di
seluruh Tanah Melayu. Ini bermakna, Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak ada sebarang jawatan
dalam mana-mana parti politik.
Pada bulan Disember 1956 satu perwakilan yang terdiri daripada Ustaz Abdul Wahab Noor dan
Ustaz Baharuddin Latiff telah diutus bertemu Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Beliau bersetuju untuk
menyertai PAS.
Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa tugas ini dilaksanakan oleh Pesuruhjaya PAS
Johor, Hj Said Abdul Hadi yang diamanahkan oleh Ustaz Hasan Adli untuk mendapatkan
persetujaun bertulis daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan meminta beliau mengisi borang PAS.
Walau bagaimanapun, sebelum itu pun memang sudah terdapat persetujuan tidak rasmi di
kalangan mereka bertiga agar Ahmad Boestamam menerajui Parti Rakyat Malaya, Ishaj Haji
Muhammad (Pak Sako) menerajui Parti Buruh dan Burhanuddin bin Al-Helmy menerajui PAS. Jadi
pelawaan daripada pemimpin-pemimpin PAS kepada Burhanuddin Al-Helmy adalah tepat pada
masanya.
Demokrasi dalam PAS
Setahun sebelum Dr. Burhanuddin Al-Helmy menyertai PAS, beberapa orang pemuda juga telah
pergi ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Prof Zulkifli Muhammad. Tujuan mereka adalah
untuk mempelawanya menyertai PAS.
Prof Zulkifli Muhammad menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1955.
Dalam Muktamar PAS ke-5 pada 25 Disember 1956, terdapat dua pencalonan bagi jawatan
Yang Dipertu Agung, iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.
Daripada kawasan-kawasan Prof Zulkifli Muhammad mendapat pencalonan yang lebih banyak
daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
Keadaan ini adalah disebabkan terdapat ahli-ahli PAS pada masa itu yang bimbang dengan
latarbelakang politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebelum menyertai PAS.
Sebahagian ahli PAS lebih selesa jika PAS dipimpin oleh Prof Zulkifli Muhammad memandangkan
beliau seorang tokoh muda yang sangat karismatik dan pernah belajar agama di Mesir.
Dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS dalam Muktamar ke-5 itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy
telah berjaya menewaskan pencabarnya, iaitu Prof Zulkifli Muhammad.
Pertandingan bagi jawatan tertinggi parti di antara kedua tokoh besar ini menunjukkan
kematangan ahli-ahli serta amalan dan suasana demokrasi dalam PAS sejak awal-awal
penubuhannya.
Muktamar seterusnya memilih Prof Zulkifli Muhammad menjadi Timbalan Yang Dipertua Agung
PAS. Gabungan mereka berdua inilah yang terus memantapkan PAS. Selepas diberikan amanah
memimpin PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menunjukkan betapa gigihnya beliau melaksanakan
tugas tersebut.
Pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam PAS adalah yang paling lama jika dibandingkan dengan
tempoh beliau berada dalam mana-mana parti terdahulu yang disertanya. Malah hayatnya
ditutup dalam PAS. Bahkan pada zamannya juga PAS berkembang dengan luasnya.
Tugas memimpin PAS dilaksanakan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy walaupun sebahagian dari
tempoh ini dilaluinya semasa menjalani penahanan dan sekatan tanpa bicara di bawah ISA.
Seorang Demokrat Berperlembagaan
Selaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk mendapatkan suara
rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menjadi calon PAS
dalam pilihanraya 1959. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen Besut,
Terengganu.
Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan mengikut negeri ke negeri.
Negeri paling akhir selepas Terengganu adalah Kelantan.
Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS telah
8/22/2014 RAKYAT MARHAEN: Pejuang Kemerdekaan :Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Helmy
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/09/pejuang-kemerdekaan-dr-burhanuddin-bin.html 7/8
menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri ke satu
negeri.
Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS menang 13 daripada 24 kerusi dan berjaya
membentuk kerajaan negeri di Terengganu.
Manakala di peringkat Parlimen pula, calon-calon PAS menang empat kerusi, iaitu Ustaz Hasan
Adli di Kuala Terengganu Utara, Khadijah Sidek di Dungun, Harun Pilus di Terengganu Tengah
dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Besut.
Dengan kemenangan ini, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy menggunakan
kempen Kalau di Terengganu PAS boleh menang, kenapa Kelantan tidak?
Ternyata taktik ini berkesan sekali sehingga PAS memenangi 28 daripada 30
kerusi Dewan Undangan Negeri dan berjaya membentuk kerajaan di
Kelantan.
PAS juga memenangi sembilan daripada sepuluh kerusi Parlimen di Kelantan.
Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mempertahankan amalan
demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang
penubuhan Malaysia. Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsep
Persekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap negeri di bawahnya.
Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka mahu tidak mahu Kelantan menjadi satu
bahagian di bawah kekuasaan Malaysia. Dr. Burhanuddin Al-Helmy mahu kerajaan Pusat
bersikap lebih demokratik dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri
terlebih dahulu.
Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu Malaysia ke mahkamah bagi
mendapatkan injuksi penanguhan pembentukan Malaysia.
Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy serta pemimpin-pemimpin PAS
yang lain pada masa itu amat diterima rakyat, khasnya di kalangan kaum Melayu.
Kejayaan PAS dalam pilihanraya 1959 juga membuktikan PAS adalah sebuah parti politik dan
gerakan Islam yang bersedia memanfaatkan saluran sistem demokrasi yang bersesuaian dengan
Islam bagi tujuan memajukan Islam, rakyat dan negara.
Di atas kejayaan ini, kerajaan Perikatan menggunakan taktik kotor untuk menghalang kemaraan
PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Satu langkah licik telah digunakan untuk
menghalang Dr. Burhanuddin Al-Helmy daripada mempertahankan kerusi Parlimen Besut.
Dalam pilihanraya 1964, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan Dr. Burhanuddin Al-
Helmy tidak layak bertanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah
atas satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan.
Sumbangan kepada Gerakan Islam
Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahului zamannya.
Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global serta sentiasa bertindak
berpandukan prinsip-prinsip Islam.
Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonialisme. Motivasi utama
dalam perjuangan politiknya dalah untuk memerdekan rakyat Tanah Melayu bahkan seluruh
bumi Asia daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari Barat mahupun dari Timur.
Beliau realistik kerana belaiu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-
mana pihak parti politik bukan Melayu atau bukan berasaskan Islam yang memiliki cita-cita
dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan
rakyat daripada penjajahan.
Dari satu sudut Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang ahli politik yang bersikap praktikal dan
realistik kalaupun tidak pragmatik.
Pendekatannya terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia
bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama iaitu kemerdekaan telah berjaya
menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu.
PAS dilihat ada kelainan tetapi tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagi mereka yang sama-sama
mahu mengejar cita-cita kemerdekaan.
Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan
berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu
ideologi yang jauh lebih jelas daripada UMNO.
Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah perjuangan. Dalam bahasa
Dr. Burhanuddin Al-Helmy ia disebut sebagai ideologi perjuangan.
Ini kerana pada masa pemimpin-pemimpin UMNO terperangakap dengan persoalan politik
perkauman dan perjuangan kebangsaan yang sempit, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin
Al-Helmy berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah Melayu adalah
warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global
yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga mendedahkan kepincangan masyarakat apabila sejumlah elit
politik pribumi bersekongkol melindungi dan mempertahankan penindasan sistem penjajah ini.
Karya dan Penulisan
Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menghasilkan buku yang bercorak politik antaranya:
Perjuangan Kita, 1946
Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947
Agama dan Politik, 1954,
Ideologi Politik Islam, 1957 Namanya Diabadikan
Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada serangan
lelah. Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA.
8/22/2014 RAKYAT MARHAEN: Pejuang Kemerdekaan :Dr Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Helmy
http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/09/pejuang-kemerdekaan-dr-burhanuddin-bin.html 8/8
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Posted & copy by Rakyat Marhaen at 9/08/2011 08:59:00 PG
POLITIK/SEMASA
lucu (0) menarik (0) hebat (0)
Ketika beliau dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya masih belum
sembuh.
Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di Taman Tun Dr. Ismail,
Damansara, Selangor.
Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human Merit daripada IOrdre
Universal du Merit Human, Geneva pada 15 November 1959 di atas sumbangannya dalam
pembangunan perubatan homeopati.
Tamat
Syorkannya di Google
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Masukkan ulasan anda...
Ulas sebagai:
Akaun Google
Terbitkan

Pratonton
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
RAKYAT MARHAEN GROUP. Dikuasakan oleh Blogger.

You might also like