You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah merupakan pengukuhan dan
penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah
untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan keperluan semasa. Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan
kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda dan pembentukan
warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat. Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat akan dapat
membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan
berinovatif.
Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan
untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal
dalam pernyataan standard yang terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang
perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan merupakan
penyataan spesifik mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
Pembelajaran pula ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Sistem KSSR ini akan lebih menekankan soal-soal pembentukan keperibadian mulia,
mempunyai jati diri yang kukuh serta mempunyai ketahanan dan daya saing yang tinggi agar
modal insan yang dilahirkan mampu menghadapi cabaran di masa hadapan. Selain itu,
kemahiran dan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga
merupakan elemen yang diberi penekanan supaya murid-murid dapat dilengkapkan dengan
kemahiran generik. Tuntasnya, KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar yang
boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian.

You might also like