You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

BESUT, TERENGGANU

Bilangan Jurnal :1

Minggu Praktikum :3

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 16 Julai 2017 20 Julai 2017

Tajuk Jurnal : Masalah aktiviti di dalam kelas

1. Masalah:
Pada minggu yang ketiga, saya telah melaksanakan aktiviti dalam kumpulan dalam
pengajaran Sejarah Tahun 5. Saya telah membahagikan pelajar kepada beberapa
kumpulan dan setiap kumpulan telah diberikan tugas masing-masing. Di awal pembelajaran
saya mendapat respons positif daripada pelajar namun apabila diteruskan kepada aktiviti
yang seterusnya respons pelajar semakin berkurangan. Oleh yang demikian saya
berhadapan dalam menguruskan masa bagi setiap aktiviti yang diteruskan Interaksi antara
ahli kumpulan para pelajar tidak memuaskan akibat pelajar mulai berasa bosan dengan sesi
pembelajaran dan pengajaran.

2. Analisis Masalah
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan
didapati kurang memupuk semangat kerjasama di antara ahli kumpulan. Antara punca bagi
masalah ini mungkin soalan-soalan yang diberikan tidak sesuai dengan tahap pelajar itu
sendiri dan tidak menarik. Di samping itu saya kurang mempelbagaikan bahan bantu
mengajar daripada pelbagai sumber

3. Cadangan Untuk Memperbaiki


Saya perlu membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam proses
pembelajaran dan pengajaran akar dapat menguruskan masa dengan lebih baik dan
sempurna terutama ketika menguruskan aktiviti dalam kumpulan. Bagi memastikan bahawa
aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan saya
akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang telah diperuntukkan.
4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan maasa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang telah
dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

5. Penilian Kejayaan
Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang
kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan sebaya.

6. Tindakan Susulan

Saya merancang untuk bertanya kepada guru kelas tentang perangai dan sikap murid-murid
semasa di dalam kelas agar saya dapat mengenalpasti murid-murid yang nakal dan perlu
diberi perhatian. Selain itu, saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat dari pensyarah
dan guru pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain. Saya akan
menyediakan soalan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka dalam mencari
jawapan yang betul.

7. Kesimpulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar saya akan memberikan objektif dan
aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Saya akan sentiasa membuat
pemantauan setiap aktiviti yang saya laksanakan kelak.. Tambahan pula, hal ini turut
mengakibatkan masa yang diperuntukkan untuk setiap langkah pengajaran pengurusan
masa terjejas dan menyebabkan sesetengah langkah pengajaran tidak sempat dijalankan.
Oleh itu, sebagai guru perlu mengamalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk
mengawal tingkah laku murid serta mengambil tindakan sebenar bagi peraturan yang
ditetapkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah


Pembimbing
Tandatangan:
Tandatangan:
Nama:
Nama:
Tarikh:
Tarikh:

You might also like