You are on page 1of 9

FAKULITI PENDIDIKAN

DAN BAHASA
SEM 8 / SMP
:
KOD KURSUS
:
TAJUK KURSUS :
TUTOR ONLINE :
KOD TUGASAN :
TOPIK TUGASAN :

NO MATRIKULASI
:
NAMA
:
NO KAD
PENGENALAN :
NO TELEFON
:
EMAIL
:
LEARNING CENTRE
:
DEADLINE

JANUARI 2014
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
PN. FUZIAH BTE ISHAK
T1A4 (RJ)
PENULISAN REFLEKSI

OUM BATU PAHAT


TUESDAY, MARCH 11

Page | 0

PENULISAN REFLEKSI
SELEPAS MENYELESAIKAN TIGA SIRI-TUGASAN BERKAITAN
PENDIDIKAN INKLUSIF

Prakata
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, semua kerja kursus
PENDIDIKAN INKLUSIF saya bermula dari TUGASAN 1 (T1A1), TUGASAN 2 (T1A2) DAN
TUGASAN 3 (T1A3) telah dapat saya sempurnakan. Apa yang paling melegakan saya ialah apabila
selesai melaksanakan Tugasan T1A3 iaitu proses penilaian menggunakan instrumen yang saya
bangunkan, proses saringan serta pelaporan hasil saringan. Tugasan tersebut telah berjaya dihantar pada
25 Februari yang lalu. Alhamdulillah, sepanjang melaksanakan Tugasan T1A3 tersebut, segalanya telah
berjalan dengan lancar dengan sedikit kesulitan namun semuanya dapat diatasi dan diselesaikan. Saya
juga merasa amat puas dan lega kerana dengan sempurnanya

Tugasan T1A3 itu, maka dapatlah saya

memulakan pula TUGASAN 4 (T1A4) ini, yang merupakan tugasan terakhir daripada empat siri tugasan
iaitu membuat JURNAL

REFLEKTIF

ke atas ketiga-tiga tugasan sebelum ini yang telah pun

diselesaikan mengikut jadual sepertimana yang telah ditentukan oleh pihak OUM.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru
Pendidikan Khas, Puan Ramlah bt Hamzah di atas bantuan, sumbangan idea, bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang saya menyiapkan kerja-kerja kursus saya ini terutama Tugasan 1, 2 dan 3. Terima kasih tidak
terhingga juga kepada Guru Kelas Tahun 2 Nuri, Pn Atikah bt Redzuan dan semua rakan-rakan guru
yang terlibat di atas kerjasama yang telah diberikan samada secara langsung mahupun tidak langsung
dalam proses saya menyiapkan keempat-empat siri tugasan ini. Alhamdulillah, dengan kerjasama yang
diberikan, ketiga-tiga tugasan termasuk tugasan yang ke empat ini dapat saya selesaikan mengikut
perancangan.

Page | 1

Jurnal Refleksi
Sebaik selesai melaksanakan Tugasan T1A3, keputusan yang diperolehi telah menunjukkan
seorang murid dalam kelas Tahun 2 Nuri yang saya saring itu iaitu SAIFOL BIN BAHARI telah
mendapat markah sebanyak 50.16%. Mengikut skala Skor Markah Penempatan Individu, perolehan
markah sebegitu adalah dikategorikan sebagai SEDERHANA. Maksudnya di sini ialah murid ini perlu
terlebih dahulu mengikuti Program Percubaan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PPKBP)
sebelum dia disahkan / diperakui benar-benar perlu mengikuti Program Pendidikan Khas Dalam
Pembelajaran (PKBP) yang sebenar.
Di sepanjang program percubaan itu, murid ini akan bersama-sama murid Pendidikan Khas yang
lain mengikuti Program Pendidikan Khas Dalam Pembelajaran akan tetapi beliau akan dipantau dengan
rapi dan teliti selama tiga bulan. Tempoh tiga bulan itu adalah tempoh percubaan bagi menentukan
samada murid ini benar-benar memerlukan Pendidikan Khas atau sebaliknya. Lagipun murid ini
sebenarnya adalah kategori Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities) iaitu kanakkanak yang mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai keupayaan intelek yang rendah
sedangkan anggota fizikalnya tidak ada sebarang kekurangan atau pun apa-apa kecacatan. Dengan kata
lain anggota fizikalnya adalah sama sepertimana anggota fizikal murid-murid normal juga, cuma
mentaliti atau keupayaan intelektualitinya saja yang agak kurang normal atau terlalu lemah. Jadi, selepas
tempoh tiga bulan nanti, maka dapatlah diketahui samada murid ini perlu kekal di Kelas Pendidikan
Khas atau patut kembali semula ke kelas asalnya, Kelas Tahun 2 Nuri.
2. Seterusnya daripada kursus ini dapatlah saya definisikan bahawa Pendidikan Khas adalah
program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan
pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini
termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid- murid khas
berkenaan. Dengan kata lain, Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang
disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang
mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan
komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan
yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Page | 2

Saya juga mendapat tahu bahawa urusan kebajikan kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab
tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan
Masyarakat dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia. Sedangkan urusan dan tanggungjawab
pendidikan bagi kanak-kanak tersebut pula dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebenarnya dipertanggungjawabkan
untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan hanya kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah
berikut:

cacat fizikal teruk,

rencatan akal sederhana dan teruk,

pelbagai kecacatan, dan

kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar di sekolah-sekolah yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Manakala di pihak Kementerian Pelajaran Malaysia pula dipertanggungjawabkan untuk menyediakan


kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah :

Sindrom Down,

Autisme ringan,

Attention Deficit Hyperaktif Disorder,

Terencat akal minimum, dan

Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)

Program yang dijalankan adalah berlandaskan kepada dasar, akta, deklarasi, konvensyen, mandat dan
lain-lain ketetapan yang antara lain termasuklah :

Akta Pendidikan 1996, Bab 8.

Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).

The World's Declaration on Education for All (1990).

The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.

Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based
Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).

Page | 3

Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan


(Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) juga bertangungjawab menyediakan pendidikan khas dalam
bentuk Pendidikan Khas Integrasi yang mengabungkan kanal-kanak yang bermasalah pembelajaran,
penglihatan, dan pendengaran dalam satu kelas yang sama.
Ianya diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah
menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa
inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama 6 tahun, manakala bagi sekolah
menengah pula selama 5 tahun dan dilanjutkan sehingga 2 tahun maksimum mengikut keperluan murid.
Syarat-syarat kemasukan ;
Syarat-syarat kemasukan ke sekolah Pendidikan Khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah; Tadika (berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah (berusia 6+ hingga 14+ tahun)
dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan
daripada doktor terlebih dahulu dan syarat terakhir dan dikira terpenting juga ialah calon mestilah
berkeupayaan menguruskan diri sendiri tanpa bantuan individu atau orang lain.
3. Walaupun ilmu pengetahuan berkaitan Pendidikan Khas mahupun Pendidikan Inklusif yang
saya perolehi melalui kursus ini dikira boleh tahan juga banyaknya, hinggakan kerana terlalu banyak itu
menyebabkan ada diantaranya agak mengelirukan bahkan ada juga yang gagal difahami, rasanya semua
itu belum menjamin keyakinan dan kesediaan saya untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dalam
membantu murid-murid berkeperluan khas. Saya beranggapan begitu kerana apa yang saya perolehi
daripada kursus ini sebenarnya hanyalah sekadar teori semata-mata dan belum ada pengalaman ataupun
praktikal yang saya kira sama juga pentingnya dengan ilmu-ilmu teori tadi. Ibaratnya sama dengan
kemahiran memandu kereta yang memerlukan seseorang itu menguasai kedua-dua bidang teori dan
praktikal sekali, dan bukannnya sekadar ilmu teori sahaja.
Satu lagi dapatan yang saya perolehi daripada kursus ini yang pada mulanya saya tidak begitu
perasan mengenainya ialah berkaitan dengan Pendidikan Khas Bermasalah Dalam Pembelajaran.
Pendidikan ini diwujudkan berdasarkan kepada keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi
Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut
adalah kronologi perkembangan program Pendidikan Khas Bermasalah Dalam Pembelajaran di
Malaysia.
Tahun
Peristiwa
1988 - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah
Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, KualaLumpur (dua
kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih).
- Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen
1990

4, Shah Alam, Selangor.


- Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang
Page | 4

melibatkan dua ratus responden/murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji.


- Mesyuarat membincang dan menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti
1991

Malaya.
- Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu

1992

Khas, Cheras, Kuala Lumpur.


- Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh

1993

negara secara berperingkat.


- Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip

1995
1996

Pendidikan Khas.
- Pendidikan Inklusif bermula.
- Pembukaan program Perintis Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran peringkat
sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul,

2006

Kuala Lumpur.
- Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan
program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada
tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di
sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun
2006.

Daripada jadual di atas menunjukkan, pengkategorian ini ataupun istilah ini sebenarnya baru saja
mula digunapakai menjelang tahun 1988 berbanding istilah Pendidikan Khas yang sudah terpakai sejak
tahun 1963 lagi iaitu tahun permulaan bagi Program Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti yang tercatat dalam laman berikut ;
http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/PKU3101_INTERAKSI_1-25_JUN/08_Isi_Pelajaran.pdf
Pada awalnya saya beranggapan Pendidikan Khas hanyalah untuk kanak-kanak yang cacat anggotanya
ataupun derianya. Rupa-rupanya kacacatan mentaliti ataupun keupayaan intelek yang terlalu rendah juga
ada pendidikan atau kelas khas yang diperuntukkan untuk mereka. Tahulah saya sekarang apa yang
dimaksudkan dengan Pendidikan Khas Bermasalah Dalam Pembelajaran (PKBDP).
Cuma hingga setakat ini , saya masih tertaya-tanya sudahkah ditubuhkan atau dibuka program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) untuk kategori pelajar pintar cerdas. Setakat yang
saya tahu Program Permata Pintar memang ada tetapi adakah itu bersamaan dengan program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) untuk kategori pintar cerdas yang saya maksudkan, saya sendiri
pun kurang pasti. Beberapa laman web berikut yang telah saya layari nampaknya sedikit sebanyak
mampu menjawab persoalan yang saya musykilkan.
http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htm
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/110.pdf
Page | 5

http://www.permatapintar.edu.my/
http://pppnukm.wordpress.com/permatapintar/
http://munirah-bahari.blogspot.com/2008/02/di-manakah-tempat-untuk-kanak-kanak.html

Saya menimbulkan persoalan ini kerana beranggapan adalah lebih berbaloi rasanya mengambil
berat / mengutamakan golongan ini berbanding murid-murid berkeperluan khas yang lain-lain kerana
yang pasti golongan ini sudah sedia memiliki kebijaksanaan dan kepandaian yang merupakan suatu aset
berharga yang perlu kita gilap, asah dan pupuk supaya bila dewasa nanti boleh menjadi pemimpin
negara dan seterusnya memacu negara kita menjadi negara yang bila berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan mana mana negara sekalipun yang sudahpun maju hari ini.
Saya juga musykil kerana pada tahun 2014 ini, negara kita sudah 57 tahun merdeka, tetapi apakah
usaha dan tindakan yang telah kita lakukan selama ini dalam memanipulasi / memanfaatkan golongan
yang tinggi nilainya ini, seolah-olah kita tidak tahu menilai antara kaca dan permata, seolah-olaah kita
lebih menghargai kaca daripada permata, salah siapa dan di mana silapnya kita selama ini ? Ataupun
adanya cerita / agenda tersembunyi di sebalik tindakan mengundur / melawan jam / melawan arus
pemimpin-pemimpin atasan kita selama ini yang tidak didedahkan kepada umum disebabkan negara kita
negara berbilang kaum ? Entahlah .saya sendiri pun sebenarnya tidak begitu pasti dan tidak yakin
dengan diri sendiri, adakah persoalan yang utarakan ini sesuatu yang benar dan boleh diterima ataupun
sebaliknya. Takut-takut perkara ini hanya idea picisan atau suatu yang merapu atau cuma sekadar idea
orang gila yang hanya membuang / membazirkan masa untuk difikir-fikirkan dan direalisasikan.
Waullahu Alam Bis Sawab.

Page | 6

RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, Pendidikan Khas sebenarnya ada banyak jenisnya yang diwujudkan khusus untuk
manfaat kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia ini tetapi agak malang sedikit nasibnya jika
dibandingkan dengan mereka yang agak beruntung kerana dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang
kita kategorikan sebagai normal anggota tubuh badannya bahkan juga intelektualitinya. Inilah suatu
amalan keadilan yang wajar kita insafi sebagai insan normal dalam menyediakan/memberikan peluang
pendidikan terbuka luas / sama rata / yang seluas-luasnya untuk mereka ikuti sebagai persediaan / ilmu
untuk mereka hidup berdikari bila dewasa nanti agar mereka tidak dipandang hina atau disisihkan oleh
masyarakat dek kerana ketidaknormalan mereka itu yang mereka sendiri pun sebenarnya tidak rela
dilahirkan sebegitu. Dengan adanya pendidikan ini, bermakna kita telah melaksanakan tanggungjawab
kita atau dengan kata lain, kita telah menunaikan hak mereka untuk mendapatkan hak yang sama rata
dalam pendidikan sepertimana kita yang normal telah mendapat hak-hak kita. Tidak keterlaluan rasanya
jika kita dianggap telah melakukan satu jenayah kemanusiaan bilamana kita menafikan hak mereka
untuk mendapatkan pendidikan dek kerana ketidaknormalan mereka sedangkan mereka dan kita adalah
sama-sama makhluk Tuhan yang bernama manusia yang punya nafsu, akal , hati dan juga perasaan.
Sedangkan kalau pada binatang pun, mereka juga ada hak tersendiri yang perlu kita hormati, inikan pula
pada manusia, makhluk Tuhan yang sama seperti kita cumanya mereka itu agak kurang normal
sepertimana kita. Sudahlah mereka kurang bernasib baik, kita yang normal ini pula tanpa rasa belas
semakin menambah kesengsaraan dan keperitan yang sudah sediakala mereka deritai. Jadi memang
wajarlah Pendidikan Khas ini kita sediakan untuk mereka dengan harapan mereka mampu berdikari dan
dapat diterima baik dalam masyarakat dan bukan sebaliknya, memandang rendah pada mereka,
menghina mereka ataupun menyisihkan mereka dari masyarakat. Sebenarnya bukan setakat pendidikan
ini saja, kemudahan-kemudahan awam pada hari ini perlu lebih mesra pengguna-pengguna OKU dan
peluang-peluang pekerjaan juga sepatutnya perlu lebih luas terbuka untuk mereka.
Walau apa pun, sebelum saya menamatkan jurnal refleksi ini, kali ini saya rasa saya perlu buat
penegasan bahawa sudah tiba saat dan ketikanya dimana dalam usia 57 tahun negara ini merdeka, di saat
kita mengejar status sebagai negara maju, di sudut lain pula kita mahu memartabatkan tahap pendidikan
yang bertaraf dunia ( world class ), mewujudkan pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas
sepatutnya sudah menjadi salah satu agenda utama negara. Program seperti Program Permata Pintar
kendalian UKM dan dibawah naungan isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor amat
wajar diberi sokongan. Cumanya kalau boleh, perkembangannya perlu lebih dipertonjolkan lagi dan
Page | 7

produknya perlu dipaparkan dan dipertontonkan pada umum bagi memperlihatkan bahawa keberhasilan
daripada programnya adalah sesuatu yang memberangsangkan dan membanggakan kita semua. Program
Permata

Pintar

perlu

menunjukkan/menyerlahkan

kehebatan

yang

programnya

bisa/mampu

membuahkan hasil/produk yang negara boleh banggakan.


Akhirkata, pendidikan dan pembangunan modal insan sememangnya amat penting kerana kanak-kanak
pada hari ini adalah pemimpin negara di masa depan. Mereka perlu diberi peluang yang sebaik-baiknya
untuk bekalan hidup mereka di masa depan bila mereka dewasa nanti. Akhir kalam, untuk memajukan
negara, kita juga dalam masa yang sama mesti memajukan mutu pendidikan kita. Wassalam.

Page | 8

You might also like