You are on page 1of 3

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 1. PENDAHULUAN Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967.

Dalam tempohtiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalamibanyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan ituamat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatansekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " HealthPromoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak,Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan olehPertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS "yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysiadan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberinafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . TujuanPBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengankesihatan sekolah. 2. RASIONAL Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut :2.1Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perludiselaraskan di bawah satu program bersepadu2.2Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif sertamenjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa2.3Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkanrasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah2.4Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkanimpak serta dapat dinilai keberkesanannya2.5Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkanantara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatanSatu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perludipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepaduBerdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai disetiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti 3. MATLAMAT PBSS Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti kearah pencapaian wawasan negara. 4. VISI PBSS Generasi yang berilmu, sihat dan progresif 5. MISI PBSS Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan

6. OBJEKTIF PBSS Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat6.1Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah 6.2Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria ,selamat dan sihat6.3Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan carahidup sihat6.4Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengankesihatan supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat6.5Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam programkesihatan sekolah6.6Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi6.6.1Menilai taraf kesihatan murid6.6.2Memberi khidmat rawatan dan rujukan6.6.3Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluandan masalah kesihatan murid6.6.4Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap penyakit- penyakit di sekolah6.6.5Mencegah dan mengawal kejadian penyakit6.6.6Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanakkanak kurang upaya 7. TERAS UTAMA PBSS Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkansekolah sihat adalah seperti berikut:7.1Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan7.2Persekitaran Fizikal Sekolah7.3Persekitaran Sosial Sekolah7.4Penglibatan Komuniti7.5Kemahiran Kesihatan Diri7.6Perkhidmatan Kesihatan Sekolah 8. PELAKSANAAN PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atautidak formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalankesihatan yang baik.Warga sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masingsupaya PBSS dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. JawatankuasaPBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.Jawatankuasa PBSS Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir PenasihatPn. Rosalind Chan Leng NeoPengerusiPn. Hjh. Zaiton bte Hj. Ahmad ( GPK HEM )Setiausaha Pn. Maznah AdamAJKPn. Rozinah bte Mat Jizat Pn. Goh Chin GuanEn. Chee Kiow WeeEn. Shahrani TawilPn. Norazah bte DaudPn. Rahimah DinPn. Zamzura AzisEn. Kamarudin Abu HassanPn. Siti Eisah bte SongipEn. IlangovanPasukan Kesihatan SekolahPasukan Kesihatan Gigi 9. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yangdigunakan :9.1Rekod Kesihatan Murid9.2Rekod Rancangan Makanan Tambahan9.3Laporan Bulanan9.4Laporan Tahunan9.5Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih

10. PENUTUP Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di kalanganwarga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-citawarisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakankesihatan dalam setiap aspek.

Bibliografi http://www.scribd.com/doc/49000148/PEMANTAUAN-DAN-PENILAIAN(nota seme) http://skbhilir.tripod.com/pbss.htm(objktif pbss) http://www.scribd.com/doc/31184970/Kesihatan-Kanak-kanak(buku rekod) http://www.docstoc.com/docs/123489293/kuiz-kesihatan(cnth soalan kuiz ksihatan) http://kokurikulumsk.blogspot.com/2012/10/laporan-tahunan-2012-dan-perancangan.html (laporan tahunan)

You might also like