You are on page 1of 1

WKAN JACK SANGAU

Mahkamah Anak Negeri Mukim Sapulut,


89950 Nabawan,
SABAH.

YAB DATUK SERI PANGLIMA HJ. HAJIJI HAJI NOOR,


KETUA MENTERI SABAH,
Pejabat Ketua Menteri Jabatan Ketua Menteri Sabah,
Aras 31 & 32, Blok A,
Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS),
Jalan Sulaman, Likas 88400,
Kota Kinabalu, SABAH. 02hb April 2022

YAB Datuk,
PERMOHONAN MENGELUARKAN KAWASAN HUTAN SIMPAN SELUAS 25,000 EKAR DI
MUKIM SAPULUT DALAM KAWASAN SAPULUT FOREST DEVELOPMENT SDN BHD (FMU
14).

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

02. YAB Datuk, sukacita dimaklumkan kami Ketua-Ketua Masyarakat di Mukim Sapulut
ingin menarik perhatian YAB Datuk berkenaan dengan permohonan kami untuk
mengeluarkan kawasan hutan simpan seluar 25,000 ekar dibawah pengurusan Sapulut
Forest Develompent (FMU 14) di Suliawon Sapulut bagi tujuan pengwujudan Pekan
Sepulut dan penempatan baru.

03. YAB Datuk, permohonan ini telah dibincangkan dan dipersetujui untuk diajukan
kepada YAB Datuk agar dikeluarkan daripada pengurusan Sapulut Forest Develompent
(FMU 14) atas sebab-sebab seperti;

i. Anggaran kasar jumlah penduduk Mukim Sapulut sehingga tahun 2022 adalah
seramai 5200 orang, yang mana jumlah ini semakin meningkat setiap tahun yang
memerlukan pengwujudan penempatan baru.
ii. Keperluaan untuk mewujudkan satu pusat pentadbiran secara berpusat di Pekan
Baru yang dicadangkan dimana semua jabatan-jabatan kerajaan berada di satu
tempat.
iii. Mukim Sapulut merupakan tempat persinggahan untuk ke Keningau dari Tawau
ataupun Tawau ke Keningau. Ini menyebabkan Mukim Sapulut sesuai untuk
dibangunkan menjadi sebuah Pekan Persinggahan (R&R).
iv. Pengwujudan Pekan Baru akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi di Mukim
Sapulut dan sekaligus meningkatkan sosio-ekonomi penduduknya. Ini disebabkan,
dengan wujudnya Pekan Baru maka penduduk di Mukim Sapulut dapat
memasarkan atau menjual hasil pertanian/kraftangan/lain-lain dengan lebih mudah.

04. YAB Datuk, kami amat berbesarhati sekiranya YAB Datuk dapat meneliti secara
mendalam usul yang kami utarakan ini untuk kepentingan generasi kami di masa hadapan.
Kami percaya, YAB Datuk merupakan pemimpin berjiwa rakyat yang pasti akan membantu
rakyatnya dikala diperlukan.

You might also like