You are on page 1of 3

INISIATIF YB MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Sejak pentadbiran YB Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan


dan Koperasi bermula dari Disember 2022 hingga Februari 2024, TEKUN Nasional telah
menyalurkan pembiayaan bernilai RM1,196,833,000 kepada 56,452 orang usahawan.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM194,575,000 melibatkan 8,183 orang usahawan
telah diberikan kepada negeri Sabah.

Berdasarkan produk pembiayaan, secara keseluruhannya bagi Skim Pembiayaan


Kontrak-i, negeri Sabah mencatatkan penyaluran pembiayaan tertinggi berjumlah 6,293
pembiayaan bernilai RM391,790,584.

Berikut adalah program atau inisiatif yang dilaksanakan oleh TEKUN :

1. Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)


i. Menyediakan pembiayaan modal antara RM1,000 sehingga RM100,000 bagi
membantu usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian
(online) bagi mengembangkan perniagaan.
ii. Sejak mula diperkenalkan, TEKUN telah menyalurkan pembiayaan berjumlah
RM8,004,000 kepada 1,014 orang usahawan.

2. Skim Pembiayaan Usahawan Kraf


i. Menyediakan pembiayaan modal antara RM1,000 sehingga RM100,000 bagi
tujuan merancakkan industri kraf di kalangan pengusaha kraf dengan kadar
keuntungan 3% setahun.
ii. Sejak mula diperkenalkan, TEKUN telah menyalurkan pembiayaan berjumlah
RM896,000 kepada 36 orang usahawan.

3. Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT)


i. Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) khas untuk membantu usahawan
mikro di Sabah dan Sarawak yang menjalankan perniagaan di pasar-pasar
tamu dengan pembiayaan disediakan sehingga nilai maksima RM10,000.

INISIATIF YB MENTERI KUSKOP DATUK EWON BENEDICK 1


ii. Sejak mula diperkenalkan, TEKUN telah menyalurkan pembiayaan berjumlah
RM5,016,000 kepada 1,156 orang usahawan.

Berikut adalah laporan penyaluran pembiayaan mengikut negeri bagi produk


SPOT, Skim Pembiayaan Usahawan Kraf dan SPUT :

4. Pelaksanaan Program Pembiayaan Kepada Perniagaan Tidak Patuh Syariah


i. Memberi kelonggaran membiaya aktiviti perniagaan tidak patuh syariah
tertentu untuk usahawan bukan muslim.

5. Skim Pembiayaan Peralatan Perniagaan (S3P)


i. Menyediakan pembiayaan untuk pembelian peralatan dan juga modal dalam
satu pembiayaan bernilai antara RM1,000 sehingga RM20,000 dengan kadar
keuntungan 4% setahun.
ii. Penyaluran pembiayaan bagi pembelian peralatan akan disalurkan terus
kepada pembekal manakala modal akan disalurkan kepada usahawan.
iii. Skim ini akan dilaksanakan secara pilot di empat (4) negeri iaitu di Sabah,
Sarawak, Selangor dan WP Kuala Lumpur.

6. Inisiatif Program Khas Menoktahkan Kemiskinan


i. TEKUN prihatin dan akan melaksanakan inisiatif Program Khas Menoktahkan
Kemiskinan melalui KUSKOP bagi negeri Sabah terutama melibatkan daerah
Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud.

INISIATIF YB MENTERI KUSKOP DATUK EWON BENEDICK 2


7. Pengoperasian TEKUN
Dalam tempoh tersebut juga, TEKUN telah membuka beberapa pejabat cawangan
dan sub pejabat cawangan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
sebagaimana berikut :

TARIKH CAWANGAN NEGERI


01/07/22 Pensiangan Sabah
01/01/24 Segambut WP Kuala Lumpur
01/01/24 Kota Marudu Sabah
Sub Caw : Pitas
01/01/24 Kunak Sabah
01/01/24 Penampang Sabah
01/04/24 Telupid Sabah
Dalam proses Kimanis Sabah

TEKUN Nasional
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

INISIATIF YB MENTERI KUSKOP DATUK EWON BENEDICK 3

You might also like