You are on page 1of 1

SIARAN MEDIA

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI SABAH


11 NOVEMBER 2021

LAPORAN SIASATAN TAPAK DAKWAAN KEWUJUDAN EMAS


DI KAMPUNG BONGKOL, PITAS, SABAH.

Dakwaan kewujudan emas pada singkapan jalanraya yang sedang dibaiki di


Kampung Bongkol, Pitas dalam grup sosial aplikasi Whatsapp dan Facebook telah
menjadi isu hangat di daerah ini sejak 7 November 2021. Sehubungan itu, Jabatan
Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah menghantar sepasukan kakitangan
jabatan ke lokasi tersebut untuk mengesahkan dakwaan tersebut pada 11 November
2021.
Kawasan yang disiasat tersebut terletak di pinggir jalan raya yang sedang dibaiki
akibat tanah runtuh. Ianya terletak pada kedudukan koordinat N 06 0 46’ 45.2” dan
E 1170 08.16’ 16.55” di Kampung Bongkol, Pitas, Sabah.

Kawasan ini umumnya terdiri daripada batuan Formasi Kudat yang mana dicirikan
oleh kehadiran blok-blok batu pasir, syal merah dan syal kelabu dalam matriks yang
terdiri daripada serpihan batuan halus.
Siasatan di lapangan menunjukkan kehadiran batu pasir telah mengalami sedikit
proses metamorfisme iaitu batuan tersebut mengalami perubahan bentuk, tekstur,
struktur, komposisi akibat tekanan dan haba yang tinggi. Batu pasir itu juga
mengandungi telerang kuarza (quartz vein) yang tidak menunjukkan kehadiran
mineral emas.
Menurut rekod pengkaji mineral yang terdahulu, tiada dijumpai sebarang
pemineralan logam yang berpotensi di kawasan berkenaan. Penemuan mineral
serupa emas seperti dalam dakwaan penduduk kampung, sebenarnya adalah
mineral sulfida iaitu pirit yang sering digelar “Fool’s Gold” dan lazimnya
terbentuk dalam pelbagai jenis batuan.

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI SABAH


11 NOVEMBER 2021

You might also like