You are on page 1of 32

GEOGRAFI

PENGGAL 1/2013
KUMPULAN AURORA

DEWI BINTI RUSLI


HASMIDA BINTI BAKRI
NURHAFIZAH BINTI TAJUDIN
NURLAILA BINTI ABD AZIZ
BAB 5
BaTUAN
Atau
GEOLOGI
kandungan
1. KONSEP BATUAN

2. CIRI – CIRI BATUAN

3. JENIS – JENIS BATUAN

4. PROSES PEMBENTUKAN BATUAN

5. KITAR BATUAN
KONSEP BATUAN
(geologi)

 Batuan ditakrifkan sebagai komponen semula jadi


mineral seperti
mika, kuartza, feldstar, kalsium, karbonal dan
lain-lain.

 Batuan dibahagikan kepada :


 batuan igneus
 batuan enapan (mendak)
 batuan metamorfosis (jelmaan)

 Ketiga-tiga jenis batu ini berbeza dari segi :


 Warna
 Kandungan mineral
 Struktur dan tekstur
 Keasidan
 Kekerasan dan ketahanan
 Cara pembentukan
CIRI – CIRI
1. BATUAN
KOMPOSISI MINERAL

3. STRUKTUR BATUAN

4. REKAHAN & IRA BATUAN

5. WARNA BATUAN

6. KEPOROSAN BATUAN
Ciri-ciri komposisi mineral

1. Setiap jenis batuan mempunyai kandungan mineral yang berbeza dari segi sifat
fizikal dan kimia.
2. Terdapat batuan yang mengandungi sejenis mineral sahaja, contoh batu kapur
yang mengandungi mineral kalsit.
3. Sifat fizikal kalsit ialah berhablur, berbutir, bewarna cerah dan mengandungi
kapur manakala sifat kimianya pula mengandungi kalsium karbonat yang mudah
larut dalam asid lemah seperti asid karbonik.

 kalsit
4. Batuan yang mempunyai banyak mineral pula ialah batu granit yang
mengandungi mineral feldspar, kuartza dan mika.
5. Sifat fizikal mineral batu granit ini keras dan tahan daripada luluhawa
khususnya luluhawa kimia.

 Batu granit

6. Komposisi mineral dapat ditentukan berdasarkan sifat-sifat batuan :


a) keras dan lembut mineral yang membentuk batuan
- Jika mineral yang membentuk batuan adalah keras, maka batuan tersebut
akan tahan dan stabil seperti batuan granit.
- Jika mineral yang membentuk batuan adalah lembut,
maka batuan tersebut akan lemah serta mudah diluluhawakan
seperti batu kapur.
- Keras dan lembut mineral pembentuk batuan sering kali dirujuk kepada skala
kekerasan yang diberikan oleh Mohs.

SKALA KEKERASAN MINERAL PEMBENTUKAN BATUAN

1 (amat lembut) Talkum


2 Gipsum
3 Kalsit
4 Florit
5 Apatit
6 Feldspar
7 Kuartza
8 Topez
9 Korundum
10 (amat keras) Intan
Olivin Augit Anorthite

Biotit Feldspar Breccia


b) Kestabilan mineral dan bahan perikat yang membentuk batuan
- Sesetengah batuan mendak dibentuk menerusi proses penyimenan.
- Oleh itu, batuan mendak mempunyai banyak bahan perikat untuk
menyimen mineral-mineral pembentuk tersebut.
- Kestabilan bahan perikat ini menjamin keteguhan batuan.
- Mengikut Bowen, mineral seperti kuartza, feldspar dan biotit diikat
oleh bahan perikat yang stabil manakala mineral seperti olivin, augit
dan anotit diikat oleh mineral yang tidak stabil.

c) Darjah mobiliti atau pergerakan mineral apabila menerima


kehadiran air dan asid lemah.
- Mineral yang paling cepat bergerak dan bertindak balas akan
menyebabkan batuan itu menjadi lemah seperti mineral
kalsium, natrium, magnesium dan kalium.
- Mineral seperti kuartza, mika, ferum dan aluminium
yang lambat bertindak balas menyebabkan
pembentukan batuan
yang teguh.
Ciri-ciri tekstur batuan

1. Tekstur merujuk kepada saiz dan bentuk hablur mineral


yang membentuk batuan. Sifat-sifat tekstur adalah
kasar, halus dan licin bergantung kepada saiz hablur atau
butiran mineral di dalam sesebuah batuan.

2. Sebagai contohnya, batuan granit bertekstur kasar, batuan


riolit bertekstur halus dan batuan obsidian bertekstur licin.
Ciri-ciri struktur batuan

1. Struktur batuan merujuk kepada susunan hablur mineral dalam batuan.


2. Struktur batuan dikelaskan kepada:

a) Struktur berhablur
- susunan hablur begitu padat hinggakan tidak terdapat ruang kosong.
- semua hablur tersusun secara rapat-rapat.
- kesannya, batuan tersebut menjadi teguh dan jitu seperti batuan granit.

b) Struktur serpih
- susunan hablur ini tidak teratur dan terdapat ruang kosong antara hablur tersebut.
- ruang kosong ini diisi oleh bahan perikat atau penyimen lain yang menyimenkan
hanlur-hablur tersebut.
- batuan seperti ini biasanya terdiri daripada jenis batuan mendak seperti batu
konglomerat dan brekia.
Ciri-ciri rekahan dan ira batuan

1. Rekahan merupakan sifat fizikal yang dapat dilihat dengan mata kasar pada
sesuatu jenis batuan manakala ira adalah sifat kimia batuan tersebut.
2. Rekahan dan ira batuan juga merujuk kepada satah atau sempadan perikatan
antara hablur-hablur mineral yang membentuk batuan tersebut.
3. Bagi batuan yang mempunyai banyak rekahan dan ira batuan, maka batuan
tersebut merupakan jenis batuan yang tidak teguh dan lemah. Hal ini demikian
kerana rekahan merupakan garis kelemahan batuan.
4. Proses-proses geomorfologi khususnya luluhawa akan bermula pada rekahan
atau pada ira.
5. Contohnya, batu kapur yang mengandungi banyak rekahan secara menegak
dan mendatar merupakan batuan lembut yang mudah diluluhawakan.
Warna batuan

1. Batuan yang berwarna gelap dibentuk oleh mineral yang berwarna gelap.
2. Batuan yang berwarna gelap mempunyai haba pendam yang tinggi kerana
bersifat menyerap haba, contohnya gabro, obisidian dan basalt.

Gabro obisidian Basalt


3. Batuan yang berwarna cerah dibentuk oleh mineral yang berwarna cerah. Batuan
ini membalikkan haba, contohnya granit dan pumis.

Granit Pumis
Keporosan batuan

1. Keporosan batuan merupakan ciri dalaman batuan.


Keporosan merujuk kepada keupayaan air untuk menyusup
masuk atau meresap masuk melalui liang-liang pori batuan.
2. Keporosan dapat diukur berdasarkan cepat atau lambat air
boleh menghilang dari permukaan batuan.
3. Keporosan bergantung kepada rongga-rongga yang wujud
antara mineral atau liang pori.
4. Jika batuan mempunyai peratus liang pori yang tinggi
seperti batu kapur maka batuan itu dikatakan poros.
5. Keadaan ini memudahkan batuan diluluhawakan atau
mengalami hakisan khususnya secara larutan.
JENIS – JENIS
1.
BATUAN
Batuan igneus

2. Batuan mendak/enapan

3. Batuan metamorfosis
Batuan Igneus
1. Batuan igneus terbahagi kepada :
a) Batuan igneus rejahan, iaitu batuan yang terbentuk hasil daripada pembekuan
magma di dalam rekahan kerak bumi.
b) Batuan igneus terobosan, iaitu batuan yang terbentuk hasil daripada
penyejukan magma di permukaan bumi.

JENIS CONTOH WARNA KANDUNGAN TEKSTUR ASID/BES BENTUK MUKA CONTOH


MINERAL UTAMA BUMI KAWASAN
Igneus Granit Cerah Feldspar, Kuartza Kasar Asid Kubah kelupasan Banjaran
Rejahan dan Mika Tanah tinggi, Titiwangsa,
banjaran gunung Gunung
Ledang
Gabro Gelap Feldspar,piroksin Kasar Bes Daik dan lereng Gunung
dan olivin curam Sematan,
Sarawak
Igneus Basalt Gelap Piroksin,feldspar Halus Bes Daik,lereng Tawau,Pulau
Terobosan dan olivin curam Jawa,Pulau
Hawaii
Obsidian Gelap Feldspar Berkaca Asid Lereng curam Taman negara
Yellow Stone
Pumis Cerah Feldspar Berkaca Bes Tanah tinggi Kawasan
gunung brapi
Batuan mendak / enapan
1. Batuan enapan terbentuk secara berlapis-lapis.
2. Batuan ini terbahagi kepada batuan klastik, batuan kimia dan batuan
organik berdasarkan cara pembentukannya.

JENIS CONTOH KOMPOSISI BENTUK MUKA BUMI KAWASAN

Konglemerat Kerakal,kelikir,batu tongkol Permatang dan gunung Pulau Redang

Klastik Batu pasir Pasir Tebing tinggi dan dataran Pulau Langkawi
tinggi
Syal Lempung Cerun landai,lembah dan Pulau Langkawi
tanah pamah
Batu garam Halit Tasik-tasik cetek Laut Mati
Kimia
Batu gipsum Gipsum Habsyah,Afrika dan
New Mexico
Batu kapur Kalsit dari sisa haiwan Landskap karst Lembah Kinta
Ipoh,Perak
Organik
Batu arang Fosil tumbuhan Tanah pamah,pinggir laut Batu Arang, Selangor
dan Pahang
Konglemerat Batu Pasir Batu Garam

Batu Gipsum Batu Kapur Batu Arang


BATUAN
METAMORFOSIS
1. Batuan metamorfosis ialah batuan jelmaan yang mungkin berasal dari batuan igneus atau
enapan.
2. Batuan ini bersifat amat keras, bersinar-sinar, cantik dan amat menarik.
3. Batuan metamorfosis terbahagi kepada:
a) Batuan berjalur yang mempunyai susunan mineral berlapis-lapis secara selari.
b) Batuan tidak berjalur yang tidak mempunyai lapisan.

JENIS TEKSTUR BATUAN ASAL BENTUK MUKA BUMI KAWASAN

Syis Sederhana kasar Slat,basalt,granit Tanah tinggi dan permatang Rutland,Vermont

Gneisi Kasar Granit Tanah tinggi Carolina Utara

Batuan marmar Kasar Batu kapur Tanah pamah dan bukit Pulau Langkawi

Kaurzit Sederhana dan bukit Batu pasir Bukit sisa Utah Tengah,USA
4. Beberapa contoh ciri-ciri batuan metamorfosis:
a) Batu loh (slate)
- Batu loh berbijian halus dan dari segi kategori gred yang rendah.
- Batu ini terb entuk pada suhu antara 200C hingga 400C.
- Batu loh terhasil daripada metamorfosis batu lumpur (mud stone), syal atau
batu kelodak (siltstone).
- Batu ini mempunyai ira yang tersusun selari dengan paksi rataan.

b) Amfibolit
- Amfibolit berbijian sederhana kasar dan kaya dengan batu hornblend dan
batu plagio.
- Batu ini dihasilkan oleh metamorfisme batuan igneus yang bergred sederhana
tinggi.
Gneisi Batu Marmar Kaurzit

Batu Lumpur Batu Hornblend Batu Plagio


PROSES
PEMBENTUKAN BATUAN
1. BATUAN IGNEUS

2. BATUAN MENDAK/ENAPAN

3. BATUAN METAMORFIK
BATUAN IGNEUS

} Batuan igneus berasal daripada penyejukan dan pembekuan magma.


} Suhu magma yang tinggi ( 700 ºC – 1 200 ºC ) dalam kerak bumi
menyebabkan batuan sentiasa dalam tekanan yang tinggi.
} Batuan igneus rejahan terbentuk apabila magma yang keluar dari perut
bumi membeku di dalam lapisan kerak bumi sebelum sampai ke
permukaan bumi.
} Batuan igneus terobosan terbentuk apabila magma mengalir keluar ke
permukaan bumi sebagai lava dan membeku di permukaan bumi.
BATUAN MENDAK / ENAPAN

1. Batuan mendak terbentuk daripada proses simentasi dan mampatan


bahan-bahan mendapan ( sedimen) serta fosil.
2. Batuan mendak merupakan batuan yang terbentuk daripada bahan-bahan
yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin.
3. Bahan-bahan enapan terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit
kerang dan fosil.
4. Terdapat proses-proses penting dalam pembentukan batuan enapan:
a) proses pemadatan
- berlaku apabila bahan enapan terkumpul secara lapisan, selapis demi
selapis.
- lapisan bawah akan mengalami tekanan daripada lapisan atas apabila
bahan enapan menjadi semakin tebal.
- lama-kelamaan bahan enapan seperti kelodak, lempung dan pasir
menjadi mampat dan melekat antara satu sama lain membentuk
batuan.
b) Proses penyimenan
- proses perlekatan antara mineral-mineral disebabkan wujud bahan
perikat.
- bahan enapan yang kasar tidak melekat antara satu sama lain
berbanding dengan bahan enapan yang halus.
- bahan enapan yang kasar seperti pasir hanya boleh terlekat antara
satu sama lain apabila terdapat bahan-bahan perikat atau bahan
penyimenan.
- bahan perikat seperti lempung, kalsit, silika yang memasuki ruang-
ruang yang wujud antara mineral-mineral yang kasar tadi.
- tekanan dari lapisan atas menyebabkan air akan keluar, meninggalkan
bahan-bahan perikat yang akan terhablur dan bertindak mengikat
mineral-mineral kasar, tersimen bersama-samanya sebagai batuan
enapan.
BATUAN METAMORFIK
1. Terbentuk melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami oleh batuan
mendak dan batuan igneus semasa gerakan tektonik di dalam bumi.
2. Metamorfosisme atau penjelmaan akan berlaku apabila batuan mendak dan
batuan igneus mengalami tekanan dan suhu yang tinggi.
3. Kesan tersebut menyebabkan kedua jenis batuan tersebut
akan berubah bentuk, warna dan komposisi mineral
menjadi bentuk baharu. Contohnya:
a) batu pasir akan bertukar kepada kuartzit
b) batu kapur bertukar kepada batu marmar
c) batu granit bertukar kepada gneis
d) batu syal bertukar kepada batu loh
e) batu basalt bertukar kepada batu serpentin
4. Batuan metamorfik lebih keras dan stabil
berbanding dengan batuan igneus atau
batuan mendak.
KITAR BATUAN
1. Perubahan yang dialami oleh batuan seperti kejadian batuan
baharu, pemusnahan batuan atau perubahan sifat fizikal dan kimia
batuan akibat proses-proses dalaman dan luaran bumi.

2. Dalam kitar batuan, zarah batuan mungkin bergerak dari beberapa meter
hingga beribu-ribu kilometer jauh. Arah pergerakan zarah-zarah ini
berlaku sama ada ke atas, ke bawah atau secara mendatar.

3. Batuan dipecahkan kepada serpihan atau partikel-partikel yang lebih kecil


apabila permukaan bumi terluluhawa dan terhakis.

4. Partikel batuan ini dibawa oleh agen pengangkutan seperti air mengalir
dan angin lalu dimendapkan di kawasan tanah rendah.
5. Proses pemendapan dan timbun tambah bahan mendak
seterusnya menyebabkan serpihan batuan tadi tersimen
dan termampat sebelum bertukar menjadi batuan mendak.

6. Dalam jangka masa berjuta-juta tahun, batuan mendak ini


terus tertimbus jauh ke dalam bumi akibat daripada
pemendapan yang berlanjutan sehingga batuan mendak
tadi mengalami tekanan dan suhu yang tinggi.

7. Akibat daripada tekanan dan suhu yang tinggi, maka


batuan mendak akan bertukar menjadi batuan
metamorfosis.

8. Suhu dan tekanan di dalam perut bumi sentiasa


tinggi, kesannya batuan metamorfosis yang baharu
terbentuk mudah lebur dan cair lalu bertukar kepada
magma.

9. Magma yang cair ini akan dipaksa naik ke permukaan bumi


dan membeku di dalam lapisan-lapisan kerak bumi atau di
permukaan bumi.
10. Magma yang membeku membawa maksud batuan metamorfosis
telah bertukar kepada batuan igneus.

11. Proses gondolan yang berterusan membolehkan batuan igneus


yang beku di dalam lapisan kerak bumi akan terdedah dan
seterusnya turut mengalami luluhawa dan hakisan.

12. Luluhawa dan hakisan akan memecah serta menghancurkan


batuan igneus menjadi serpihan batuan atau partikel yang kecil
yang akan memulakan semula proses pembentukan batuan
mendak dan kitar batuan selanjutnya.

13. Kitaran batuan sentiasa berlaku dan tidak akan terhenti. Dari
semasa ke semasa, batuan sentiasa berubah dari batuan mendak
kepada batuan metamorfosis dan kepada batuan igneus serta
kembali kepada batuan mendak semula bagi memulakan kitaran
baharu.

You might also like