You are on page 1of 11

Pengaruh Batuan terhadap Konfigurasi Bentuk

Bumi
1. Terdapat pertalian yang rapat antara jenis-jenis batuan yang berbeza dengan konfigurasi bentuk muka bumi yang wujud di sesuatu
kawasan.
2. Batuan yang menjadi asas pembentukan bentuk muka bumi itu sentiasa mengalami proses-proses geomorfik melalui hakisan, luluhawa,
dan gerakan jisim.
3. Bentuk-bentuk bumi yang menonjol seperti banjaran gunung, tebing tinggi, dan dataran tinggi terdapat di kawasan batuan keras, stabil,
dan tahan proses gondolan.
4. Bentuk-bentuk bumi yang melekuk seperti lembah, lurah, dan tanah pamah membayangkan batuan dasarnya mudah dihakis, diluluh,
dan tidak stabil.
5. Kumpulan batuan metamorfik seperti batu marmar, gneisi, dan batu igneus seperti riolit, andersit merupakan batuan yang tahan digondol
dan berdiri sebagai bentuk bumi yang menonjol seperti bukit dan banjaran gunung.
6. Kumpulan batu mendak seperti syal, batu kapur, dan kaolin merupakan batuan yang mudah digondol dan membentuk lurah dan lekukan
yang dalam.
7. Proses penggondolan batuan juga bergantung kepada sifat-sifat ketahanan batuan itu sendiri seperti warna, mineral pembentuk,
komposisi kimia, kestabilan bahan perikat, darjah porositi, rekahan, dan ira.
Kepentingan Batuan sebagai Sumber Alam
1. Setiap batuan mempunyai kepentingannya sendiri.
2. Batuan boleh mempengaruhi bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi,
dan corak petempatan.
3. Terdapat dua pengaruh besar batuan terhadap kehidupan manusia,
iaitu dari segi ekonomi dan bentuk muka bumi.
EKONOMI
1. Tanah dan bekalan air
• Pertanian dan pembangunan sesuatu kawasan bergantung kepada keadaan tanah di sesuatu kawasan
tersebut.
• Jenis tanih ditentukan oleh jenis batu induk.
• Kawasan yang mempunyai batuan yang keras dan mengalami sedikit hakisan tidak sesuai untuk kegiatan
pertanian dan kepadatan penduduknya juga kurang.
• Batu-batan muda biasanya menghasilkan tanih yang subur dan sangat sesuai untuk kegiatan pertanian.
• Secara tidak langsung keadaan ini akan menarik lebih banyak penduduk tertumpu ke kawasan ini.
• Sifat batuan juga turut mempengaruhi bekalan air di sesuatu kawasan.
• Faktor-faktor seperti jenis rekahan di dalam batu-batan, ketelapan, jenis lapisannya, dan batu induk
akan mempengaruhi peredaran air dalam tanah bagi pembentukan mata air dan saliran di kawasan itu.
• Kawasan yang mempunyai air dalam tanah yang banyak sesuai untuk petempatan.
• Kolam air buatan atau kolam air semula jadi hanya boleh dibina di lembangan yang mempunyai batuan
keras di bawahnya bagi mengelakkan tirisan.
2. Bahan api
• Kandungan galian dan organan di dalam batuan menjadikannya sangat bernilai dari segi
ekonomi.
• Batuan yang boleh digunakan sebagai bahan api ialah gambut, arang batu perang (lignit),
bitumen dan arang batu wap, antrasit, dan minyak galian.
• Bahan api ini dijadikan sebagai sumber haba dan tenaga di rumah dan di kilang.
• Pengkarbonan arang batu menghasilkan arang kok dan gas arang batu.
• Arang kok digunakan di relau bagas, manakala gas arang batu digunakan di rumah untuk
memasak.
• Arang batu yang melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih kurang 200 000
hasil sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai, baja, racun serangga, dan bahan
letupan.
• Minyak galian pula menghasilkan petroleum yang sangat penting untuk industri
pengangkutan dunia manakala plastik adalah hasil sampingan petroleum yang boleh dijadikan
dalam pelbagai bentuk kerana sifatnya yang ringan dan tahan lama.
3. Pembinaan
• Terdapat banyak batuan seperti granit, batu kapur, batu pasir,
marmar, dan slat yang boleh digunakan sebagai bahan binaan.
• Granit digunakan untuk membina jalan raya, membuat batu
penggiling, dan batu pengasah.
• Batu kapur digunakan sebagai baja, untuk membina jalan raya,
membuat gelas dan simen.
• Batu kapur, pasir, lumpur, kapur, dan tanah liat penting sebagai bahan
mentah untuk membuat simen.
• Pasir digunakan di dalam relau bagas dan untuk membuat gelas
manakala tanah liat digunakan untuk membuat periuk belanga.
4. Perusahaan
• Batuan mengandungi pelbagai jenis garam yang boleh digunakan
dalam kegiatan perindustrian.
• Garam ini biasanya terdapat dalam timbunan yang banyak.
Contohnya, pemendapan fosfat yang banyak di Maghribi dan Tunisia.
Kalium karbonat (potash) terdapat di Sttassfort dan nitrat di Gurun
Atakama. Garam juga terdapat di Tasik Garam Besar di Amerika
Syarikat dan di pantai Laut Mati.
5. LOGAM
• Batuan juga kaya dengan kandungan logam.
• Bijih logam lazimnya didapati di celahan atau alur di dalam rekahan dan lubang batu-batan.
• Bijih logam boleh dihasilkan daripada haba yang kuat dan pemampatan.
• Haba ini diperoleh daripada tindakan gas yang sangat panas, iaitu magma dari jalar dalam gunung berapi.
• Bijih logam juga terdapat dalam magma yang cair.
• Apabila magma ini keluar dan memasuki lubang-lubang batu, magma tersebut akan menyejuk secara perlahan-lahan dan membentuk
alur bijih atau celahan.
• Perlombongan bijih logam dijalankan di kawasan yang mempunyai logam yang banyak, mudah didapati, dan murah. Contohnya
adalah seperti di Afrika Selatan, Perisai Kanada, Daerah Katanga di Congo, dan di tengah dan barat Australia.
• Terdapat mineral seperti bijih besi dan bauksit yang menggalakkan penubuhan perusahaan besar seperti di timur laut Amerika
Syarikat dan Pennsylvania.
• Terdapat juga bijih logam yang dihanyutkan dari tanah tinggi ke dasar sungai. Contohnya, timah aluvium, emas, dan platinum.
• Sifat terpilih pengangkutan dan pemendapan air telah menyebabkan bijih logam diasingkan lalu dimendapkan di dasar aluvium atau
kelikir.
• Pengasingan ini dinamakan lampan bijih. Contohnya, timah aluvium yang terdapat di sepanjang kaki bukit barat Semenanjung
Malaysia dan emas aluvium yang terdapat di sungai di barat daya Amerika Syarikat.
• Terdapat juga bijih logam yang berpadu dengan unsur unsur lain. Logam yang berpadu dengan oksigen akan membentuk oksid timah.
Contohnya, kasiterit, mangganam oksid, dan feras oksid.
6. BATU PERMATA
Batuan metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang
digunakan untuk membuat barang kemas. Antaranya ialah intan,
garnet, delima, nilam, dan zirkon.
KEPENTINGAN BATUAN TERHADAP
KEHIDUPAN MANUSIA
1. Batuan menggalakkan aktiviti perlombongan arang batu, aktiviti pecah batu, dan kuari untuk
mendapatkan batuan marmar, granit, dan batu kapur.
2. Arang batu menjadi bahan bakar utama untuk peleburan besi dan keluli.
3. Batuan granit digunakan untuk membina jalan raya, bahan binaan untuk membina rumah, kilang, dan
pelabuhan.
4. Batu kapur banyak digunakan dalam industri membuat simen dan konkrit. Perusahaan membuat simen
menggunakan batu kapur terdapat di Rawang, Selangor dan Tasek, Perak.
5. Batuan lempung, terutamanya kaolin menggalakkan kegiatan industri tembikar, pasu bunga, dan batu-
bata untuk pembinaan bangunan.
6. Dari segi pelancongan kawasan pandang darat karst menjadi tempat tarikan pelancong. Contohnya, gua
batu yang menarik di Gua Niah Sarawak.
7. Batuan laterit dan aluvium sesuai untuk aktiviti pertanian seperti penanaman getah dan kelapa sawit.
8. Batu marmar digunakan sebagai lantai dan dinding bangunan dan perhiasan. Perusahaan batu marmar di
Pulau Langkawi membawa pendapatan kepada negara melalui eksport batu marmar.
KEAGAMAAN
1. Gua menjadi pusat tumpuan aktiviti keagamaan. Contohnya, Gua
Batu Caves menjadi tumpuan penganut agama Hindu dan Gua Sam
Poh Tong di Ipoh, Perak menjadi tumpuan penganut agama Buddha.
SOSIAL
1. Manusia zaman dahulu menggunakan batuan sebagai senjata untuk
perburuan atau sebagai menggantikan pisau.
2. Batuan juga digunakan sebagai senjata untuk peperangan.
3. Batuan permata seperti jed, emas, dan intan berlian menjadi simbol
kemewahan, kemegahan, dan kekayaan seseorang. Batuan permata
ini dijadikan perhiasan wanita seperti cincin, rantai, dan subang.

You might also like