You are on page 1of 14

1.

0 Pengenalan
Sumber merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Ini kerana
sesuatu sumber adalah merupakan barang keperluan yang manusia mengkehendaki untuk
melengkapkan, keselesaan, kesenangan dan sebagainya lagi dalam kehidupan manusia.
Peranan dan kepentingan sumber terhadap kehidupan manusia sangat besar. Ini dapat dilihat
melalui , penggunaan sumber yang digunakan dalam pakaian , penginapan , pengangkutan
dan sebagainya . Selain itu juga, sumber sangat penting bagi sesebuah negara sama ada di
negara maju atau membangun kerana sumbangan sesuatu sumber amat penting kepada
pendapatan negara dari segi ekonomi, pertukaran mata wang asing, memberi peluang guna
tenaga yang besar sekaligus dapat meningkatkan hasil eksport dan merupakan sumber
pendapatan sesebuah negara. Ini dapat dilihat di Bangladesh (Mohammad Mamunur
Rashid,2007.) ataupun melihat kepada Malaysia
petroleum

iaitu di mana sumber mineral seperti

dan bijih timah telah memainkan peranan penting dalam eksport negara di

samping komoditi lain bukan mineral seperti getah , kelapa sawit.


Di samping itu juga, pemilikan sumber juga menjadi penunjuk utama kepada
kekayaan di sesebuah negara . Misalnya negara Timur Tengah yang memiliki sumber mineral
bahan api fosil iaitu petroleum dan gas kerana mempunyai simpanan bahan api paling
terbesar di dunia telah menjadikan negara itu terkaya dan mempunyai pengaruh di dunia.
Industri perlombongan sumber mineral memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan ekonomi sesebuah negara terutamanya negara yang mempunyai sumber
mineral yang banyak seperti Arab Saudi dan Brunei di mana negara ini kaya dengan hasil
petroleum. Negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Bolivia dan Congo merupakan
pengeluar bijih timah. Negara pengeluar emas terbesar di dunia pula ialah Afrika Selatan dan
mengeluarkan juga perak tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Indusrti ini juga memberi
sumbangan yang besar kepada negara-negara yang terlibat dalam mengekstrak sumber

mineral yang terdapat dalam bumi seperti Petroleum, Gas asli, Bijih timah, Arang batu, Emas
dan sebagainya. Mineral merupakan bahan mentah utama dalam penghasilan produk-produk
berasaskan mineral bagi kegunaan seharian serta penyediaan infrastruktur dalam pelbagai
sektor swasta mahupun awam.

2.0 Definisi sumber mineral


Sumber mineral ialah sumber bahan mentah yang perlu digali bagi mendapatkannya sama ada
secara pengerudian, perlombongan dan sebagainya. Sumber mineral juga adalah sumber atau
bahan yang tidak boleh diperbaharui kerana ia terbentuk dalam jangka waktu yang sangat
panjang iaitu mungkin berjuta-juta tahun. Menurut Rees (1985), sumber mineral dikenali juga
sebagai sumber stok kerana ia terdapat di dalam perut bumi dan akan mengalami kehabisan
apabila digunakan secara kerap dalam jangka masa yang lama. Contohnya adalah petroleum ,
bijih timah, arang batu, gas asli dan sebagainya .
Namun begitu, sumber-sumber tersebut tidak akan habis jika tidak ada
pengeksploitasian yang berterusan serta berlebihan bagi mendapatkannya. Sumber mineral
juga dikenali sebagai sumber stok kerana jumlah kuantiti fizikalnya adalah dalam jumlah
yang tetap dan tidak bertambah dengan jelas . Ini bermakna pertambahan jumlah fizikal
sumber tersebut boleh berlaku melalui masa yang lama, tetapi pada kadar yang amat
perlahan. Contohnya dapat dilihat melalui Petroleum, bijih timah , emas, arang batu bauksit
, dan sebagainya iaitu dimana pembentukkannya mengambil masa yang amat lama iaitu
berjuta-juta tahun melalui pereputan fosil-fosil flora dan fauna serta sebagainya.
Menurut Murtedza Mohamed (1991), telah memberi definisi mineral sebagai bahanbahan asli tidak termasuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan adalah sumber mineral dan menurut
beliau lagi, takrif dari sudut geologi pula telah menghadkan mineral hanya kepada bahan

bukan organik yang mempunyai strukstur tertentu yang wujud dalam kerak bumi. Selain itu,
takrif mineral mengikut Akta Pembangunan Mineral 1994 ialah sebarang bahan dalam bentuk
pepejal, cecair atau gas yang terbentuk secara semula jadi atau hasil daripada perlombongan
di daratan atau lautan.
Sumber mineral dapat dibahagikan kepada beberapa jenis contohnya mengikut sifat,
penggunaan, cara mendapatkan dan sebagainya lagi. Sumber mineral ini dapat dibahagikan
kepada tiga jenis iaitu mineral bahan api, mineral logam dan mineral bukan logam. Contoh
mineral bahan api adalah seperti petroleum, gas asli dan arang batu manakala mineral logam
pula terdiri daripada bijih timah, kuprum, aluminium, emas dan sebagainya. Mineral bukan
logam adalah seperti tanah liat, pasir, gipsim, garam batu dan lain-lain. Sumber mineral
samaada bagi kegunaan bahan api ataupun bukan bahan api merupakan sumber yang tidak
boleh diperbaharui.
Hal ini kerana bahan mineral tersebut tidak dapat diadakan, atau diganti semula
selepas habis diekstrak,dieksplotasikan dan dicarigalikan. Walaupun mineral seperti
petroleum,gas asli dan arang batu mungkin terbentuk semula namun masa yang diperlukan
untuk proses pembentukannya adalah terlalu lama iaitu mengambil masa berjuta-juta tahun
untuk membentuk semula sebagai mineral yang baru. Oleh itu menurut Murtedza Mohamad
untuk tempoh beberapa tahun dari sekarang sumber yang telah diekstrak itu dapat dianggap
sebagai tidak boleh dibaharui. Namun demikian walaupun sumber mineral tidak boleh
dibaharui tetapi ia boleh digunakan semula melalui kaedah mengitar semula mineral tersebut
seperti bijih timah, bijih besi dan kuprum.
Proses pembentukan sumber mineral boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu
proses surfisial dan proses dalaman. Proses surfisial melibatkan proses fizikal dan mekanikal,
proses kimia dan juga biologi yang berlaku di darat dan di lautan. Proses geothermal.proses

magmatik dan proses-proses lain yang melibatkan tindakan haba dan tekanan di bawah tanah
dikenali sebagai proses dalaman(Abdullah ahmad said,1999)
Secara umumnya sumber galian bahan api seperti petroleum , gas asli dan arang batu
merupakan sumber yang mudah pupus kerana sumber ini hanya boleh digunakan sekali
sahaja kerana proses kejadiannya yang sangat lama. Akan tetapi bahan galian logam seperti
bijih timah , tembaga , nikel , bauksit dan emas mempunyai keupayaan penggunaan yang
berulang-ulang samaada bentuk yang sama atau bentuk yang berlainan. Ini disebabkan oleh
peluang

yang

menggunakan

sumber

asli

secara

meluas

dengan

perkembangan

teknologi,ekonomi, atau perubahan citarasa masyarakat sebagai contohnya membenarkan sisa


dalam pelbagai bentuk diproses dan ditukarkan kepada jumlah atau sumber yang berguna
kepada manusia (Cloke dan Park,1985).

3.0 Definisi sumber mineral logam


Kamus Dewan Edisi ke 3 menakrifkan logam sebagai unsur-unsur kimia seperti besi,
tembaga, emas, perak dan lain-lain yang berkilau, mulur, membentuk ion positif dan menjadi
pengalir haba dan elektrik yang baik. Logam merupakan bahan yang berasal daripada bijih
yang dilombong dari dalam tanah. Pelbagai jenis logam didapati di negara ini seperti bijih
timah, bijih besi, bijih emas dan sebagainya. Jika dahulu logam hanya sebagai matawang,
namun peredaran masa telah menjadikan logam barang keperluan dapur, senjata dan
barangan hiasan termasuklah cenderahati. Pada masa yang sama masyarakat Melayu telah
pandai mencorakkan sesuatu barangan sehingga barangan tersebut dianggap bermutu dan
bernilai komersial.

Jaudal 1 menunjukkan beberapa jenis mineral logam:

Logam

Mineral

Rumus

Besi

Magnetic

Fe3O4

Hematite

Fe2O3

Siderit

FeCO3

Pirit

FeS2

Pentlandit

FeNiS

Garnerit

H2(NiMg)SiO4.2H2O

Alumunium

Bauksit

Al2O3.H2O dan Al2O3.3H2O

Timah

Kasiterit

SnO2

Tembaga

Kalkopirit

CuFeS2

Malasit

Cu2(OH)2CO3

Kuprit

Cu2O

Kalkosit

Cu2S

Nikel

(JADUAL 1)

3.1 Sumber mineral logam (bijih timah)

Kasiterit atau bijih timah adalah satu galian timah oksida , SnO2. Secara umumnya ia adalah
legap, tetapi ia adalah lut cahaya dalam kristal-kristal nipis. Kekilauannya dan antara muka
kristal yang banyak menghasilkan permata yang menarik. Kasiterite adalah bijih timah yang
utama pada masa kini. Kebanyakan sumber cassiterite hari ini terdapat di mendakan alluvial
atau lombong terbuka yang mengandungi bijiran tahan luluh hawa. Sumber utama cassiterite
terbaik di dapati di lombong bijih di Bolivia, di mana ia didapati dalam urat hidrothermal.
Rwanda memiliki industri lombong cassiterite nascent. Pertempuran merebut deposit
cassiterite (terutamanya di Walikale) adalah punca utama konflik bergolak di bahagian barat
Republik Congo Demokratik. Pada masa dahulu sekitar abad ke-19, bijih timah pernah
menjadi bahan eksport mineral yang terbesar bagi negara kita. Kini, pengeluaran bijih timah
sudah susut. Pada tahun 2002, hanya terdapat 24 buah lombong bijih timah yang masih aktif
menjalankan kegiatan perlombongan di negara kita. Pengeluaran bijih timah semakin merosot
kerana simpanan bijih timah semakin berkurangan serta banyak lombong ditutup kerana
pengeluaran yang tidak menguntungkan Kawasan perlombongan bijih timah yang popular di
Malaysia ialah Lembah Kintar di Perak, Dengkil, Kuala Langat di Selangor, Kaki Bukit di
Perlis dan Kota Tinggi di Johor Di Malaysia, bijih timah dilombong dengan menggunakan
kapal korek, pam kelikir dan mendulang. Kapal korek mengorek tanah yang mengandungi
bijih timah serta mengasingkannya daripada bahan-bahan lanar. Cara ini biasanya digunakan
oleh syarikat-syarikat yang besar kerana kos sebuah kapal korek adalah sangat tinggi. Pam
kelikir memancutkan air pada tebing tanah untuk memecahkan tanah tersebut. Tanah itu
kemudiannya dihanyutkan ke sebuah kolam. Bahan-bahan dalam kolam disedut dan
dibiarkan mengalir turun ke sebuah palung. Pada palung ada sekatan-sekatan kayu yang
menyekat bijih timah. Bijih timah ini akan dikumpulan dan dibersihkan.

3.1.2 Kegunaan sumber mineral logam (bijih timah)

Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di Tanah Melayu sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Bijih timah telah menarik minat pedagang-pedagang asing dari
Mediterranean, Arab, India dan China. Timah yang dilombong daripada kawasan pedalaman
telah dilebur dan dijadikan timah jongkong lalu dibawa ke hilir sungai untuk diperniagakan.
Kekayaan bijih timah di Tanah Melayu dapat dibuktikan melalui seorang pengembara Arab
yang bernama Abu Dulaf (abad ke-10). Beliau berkata di seluruh dunia tidak ada lombong
bijih timah seperti di Tanah Melayu. Pada abad ke-12 pula, seorang penulis Itali mengulas
bahawa bijih timah di Tanah Melayu sangat tulen dan bercahaya. Menurut sumber China
pula, Melaka dan Pahang ada mengeksport bijih timah. Catatan J.F.A. McNair pula
menunjukkan, bijih timah mula dilombong di Perak pada tahun 1616 di Manjung dan Beruas.
Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu.
Lombong-lombong ini dikuasai oleh raja dan pembesar. Mereka menggunakan cara
melampan dan mendulang untuk melombong. Hasilnya adalah terhad. Selain itu, sikap orang
Melayu yang menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan sambilan
menyebabkan perkembangannya tidak pesat. Atas inisiatif pembesar, mereka telah
menggalakkan kemasukan orang Cina sebagai buruh. Keadaan ini jelas dilihat mulai tahun
1820-an, apabila orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Selain
itu, akibat perubahan radikal di Eropah dari segi penggunaan bijih timah, permintaan
terhadapnya telah meningkat. Pengambilan buruh Cina juga dipergiatkan lagi. Pada tahun
1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan penemuan kawasan baru, kemasukan
modal Cina dan pengenalan cara-cara perlombongan yang lebih efektif oleh orang Cina.
Keadaan ini telah membawa perubahan kekuasaan dan kaitan politik orang Cina di Tanah
Melayu secara keseluruhan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk campur
tangan dalam hal-hal pentadbiran Tanah Melayu. Selain itu, kerajaan British juga berusaha
untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan kepada perkembangan perusahaan bijih

timah swasta kepunyaan orang Eropah. Mereka menggunakan kapal korek untuk melombong.
Penggunaan kapal korek dapat melombong dengan banyak tetapi kaedah ini memerlukan
belanja yang tinggi. Dengan itu, perusahaan bijih timah oleh orang Cina mulai diambil alih
oleh syarikat Eropah kerana teknik kapal korek yang dapat melombong dengan cepat dan
akhirnya menjual perusahaan lombong bijih timah mereka kepada syarikat British. Bijih
Timah mendapat permintaan tinggi setelah berlakunya revolusi industri di Eropah
terutamanya dalam bidang penghasilan badan kenderaan. Walaubagaimanapun pada zaman
sekarang bijih timah kurang mendapat permintaan berikutan industri pembuatan kenderaan
lebih terdorong menggunakan bahan-bahan lain.

3.2 Sumber mineral logam (bauksit)


Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia. Ia mengandungi sebatian oksida
aluminium dan hidroksida boehmit -AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika
selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung
yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Nama "bauksit" diambil bersempena
dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini
mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier. Pada1861,
ahli kimia dari Perancis, Henri Sainte-Claire Deville menamakan bijih ini bauksit. Bijih
bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika dengan memungkinkan pelapukan sangat
kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi,
kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada. Batuan
tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung
dan serpih. Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian oleh proses
dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit. Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar
tetapi kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat di

Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Kalimantan serta Kuantan, Malaysia. Pada
2009, Australia ialah pengeluar bauksit terbesar dengan satu pertiga daripada pengeluaran
dunia, diikuti dengan China, Brazil, India, dan Guinea. Walaupun permintaan terhadap
aluminium bertambah dengan cepat, simpanan bijih bauksit yang diketahui cukup untuk
memenuhi permintaan dunia untuk aluminium selama beberapa abad.Pertambahan dalam
pengitaran semula aluminium, dengan manfaat mengurangkan kos kuasa elektrik dalam
penghasilan aluminium, akan menambahkan simpanan bauksit dunia.

3.2.1 Kegunaan sumber mineral logam (bauksit)


Aluminium adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Al dan nombor
atom 13. Ia merupakan ahli kumpulan dalam unsur kimia yang bernama logam lemah dan
mempunyai ciri keperakan dan mulur. Aluminium dijumpai terutamanya dalam bijih bauksit
dan adalah terkenal kerana daya tahan pengoksidaannya (oleh sebab fenomena pempasifan)
dan oleh sebab keringanannya. Aluminium digunakan dalam banyak industri untuk
menghasilkan bermacam-macam keluaran kilang dan adalah sangat penting dalam ekonomi
dunia. Komponen berstruktur yang diperbuat daripada aluminium dan aloi-aloinya adalah
penting dalam industri aeroangkasa dan juga dalam kenderaan serta bangunan, di mana
keringanan, ketahanan, dan kekuatan adalah diperlukan.Sama ada dikira dari segi kuantiti
atau nilai, penggunaan aluminium mengatasi kesemua logam kecuali besi, dan ia amatlah
penting dalam hampir semua bahagian dalam ekonomi dunia.

Aluminium tulen mempunyai kekuatan tegangan yang rendah, tetapi sedia untuk
membentuk aloi bersama dengan banyak unsur seperti tembaga, zink, magnesium,
mangan dan silikon (contohnya, duralumin). Pada masa kini, hampir semua bahan yang

dianggap aluminium adalah sebenarnya sejenis aloi aluminium. Aluminium tulen hanya
ditemui apabila daya tahan kakisan adalah lebih penting daripada kekuatan atau
kekerasan. Sedemikian juga, istilah "aloi" dalam penggunaan umum masa kini biasanya
membawa maksud aloi aluminium. Apabila digabung secara proses termomekanikal, aloi
aluminium menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari segi sifat mekanikal. Aloi
aluminium membentuk komponen penting dalam pesawat udara dan roket oleh sebab
nisbah kekuatan kepada beratnya. Apabila aluminium mengewap dalam vakum
(hampagas) ia membentuk sejenis salutan yang memantul kedua-dua cahaya tampak dan
inframerah. Salutan ini membentuk satu lapisan pelindung yang nipis iaitu aluminium
oksida yang tidak merosot seperti apa yang terjadi pada salutan perak. Lebih terperinci,
hampir semua cermin masa kini diperbuat daripada salutan pemantul nipis aluminium
yang diletakkan di belakang permukaan sekeping kaca apung. Cermin teleskop juga
disaluti satu lapisan nipis aluminium, tetapi disalut pada bahagian hadapan untuk
mengelakkan pantulan dalaman, sungguhpun tindakan sedemikian akan menyebabkan
permukaan lebih mudah terdedah kepada kerosakan.

3.3 Sumber mineral logam (emas)


Emas atau Mas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L.
aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentuk ketulan
nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh
didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut,
berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai
warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami

pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai
simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah
menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme
dan ideologi. Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan
logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid
tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan
emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan.
Emas juga larut dalam raksa (merkuri) dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut
dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan
untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda. Emas adalah logam berharga
yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi.
Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009. Ini
lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m.
Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan,
dan 10% dalam industri. Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas
mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas
digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik
yang sangat bagus.
Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna
seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula
mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat
pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat
penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru
diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam
frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.

Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas
boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1
auns kepada 300 kaki. Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk
menjadikannya lebih keras.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak
dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh
diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai
digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas. Emas tulen mengandungi antara 8% dan
10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan
kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah,
warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan. Aloi dengan kuprum
menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu.
Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat
dan dikenali sebagai emas Black Hills.

3.3.1 Kegunaan sumber mineral logam (emas)


Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan
kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan
logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan
barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara.
Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini
menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.

Emas juga digunakan terhadap kegunaan lain selain pehiasan mewah. Emas
memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal
angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain. Daya tahan
terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan
lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan
penyambungan yang baik. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama
raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi. Emas koloid (nanopartikel
emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmalmakmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang
sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar. Asid
kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak. Dinatrium
aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intraotot). Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan
rawatan lain-lain penyakit. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan
bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan. Banyak pertandingan dan
penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat
emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)
Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang
baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

4.0 Rumusan

You might also like