You are on page 1of 11

BIJIH TIMAH

SEJARAH
1.1) PERNYATAAN MASALAH

• Bijih timah menjadi barang dagangan yang penting di negeri-negeri Melayu.


Jelaskan.
1.2) OBJEKTIF KAJIAN

• Menyatakan peralatan yang digunakan untuk melombong bijih timah.

• Menyenaraikan kepentingan bijih timah.

• Menghuraikan cara yang digunakan untuk melombong bijih timah.

• Menjelaskan iktibar system perlombongan bawah tanah.


1.3) KAEDAH KAJIAN

• Melayari internet

• Melawat tempat kajian

• Penyelidikan perpustakaan
2.1) PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MELOMBONG BIIH TIMAH
• Gerabak
Gerabak digunakan untuk mengumpul batuan yag mengandungi timah bagi memudahkan urusan
pekerja untuk mengangkut bijih timah.

• Gerudi
Gerudi digunakan untuk menggerudi lubang sebelum meletakkan bahan letupan.

• Bahan letupan
Bahan letupan digunakan untuk meletupkan batuan bagi memudahkan urusan dan menjimatkan
masa pekerja.
• Dulang
Dulang digunakan untuk mengasingkan bijih timsh daripada bahan lain yang tidak diperlukan.

• Pencedok
Pencedok digunakan untuk mengaut tanah yang mengandungi bijih timah.
2.2) KEPENTINGAN BIJIH TIMAH

• Timah digunakan untuk menyadur logam lain untuk mengelakkan proses


pengaratan yang disebabkab oleh air.

• Dijadikan pembungkus makanan seerti tin yang sebenarnya merupakan bekas


keluli yang disadur dengan timah.

• Digunakan sebagai pateri, dan merupakan bahan penting yang digunakan dalam
pembutan computer, tablet, telefon pintar dan sebagainya.
2.3) CARA YANG DIGUNAKAN UNTUK MELOMBONG BIJIH TIMAH

Mendulang
o Dijalankan di sungai atau di kawasan bekas lombong.
o Tanah yang mengandungi bijih timah diayak menggunakan dulang untuk mengasingkan bijih
timah daripada bahan lain yang tidak diperlukan.
o Bijih timah akan tertinggal di dalam lubang.

Lombong dedah
o Tanah yang mengandungi bijih timah dikorek menggunakan jentera pencedok beroda dan
traktor.
o Tanah diangkut dengan lori ke kilang pembersih.
o Di kilang, bijih timah diasingkan daripada tanah dan batu.
Pam kerikir
o Digunakan di kawasan kaki bukit.
o Kuasa pancutan air yang kuat diperlukan untuk memecahkan struktur tanah yang mengandungi
bijih timah.

Kapal korek
o Kapal ini terapung di tasik buatan manusia atau tasik semula jadi.
o Kapal ini mempunyai pencedok yang mengaut tanah yang mengandungi bijih timah.
o Di dalam kapal korek, bijih timah akan diasingkan daripada tanah.
2.4) IKTIBAR SISTEM PERLOMBONGAN BAWAH TANAH

Kita sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana telah dikurniakan dengan pelbagai
kekayaan hasil bumi seperti bijih timah. Kita sememangnya perlulah
memanfaatkan kekayaan hasil bumi dengan sebaik-baiknya kerana hasil bumi
tersebut lama-kelamaan akan kehabisan juga. Oleh itu, kita mestilah mempelajari
sejarah tentang bagaimana cara untuk mendapatkan bijih timah supaya kita akan
lebih menghargainya dari semasa ke semasa.
SUMBER RUJUKAN
BUKU
• Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan, Muslimin bin Fadzil, 2018. Sejarah
Tingkatan 3. Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Akashah Ismail, Abdul Hakim Samuri, (ec.al), 2018. Focus PT3. Pelangi.

INTERNET
• https://ms.Wikipedia.org/wiki/EkonomiMalaysia
• http://ktwen.tripod.com/cara.html

MELAWAT TEMPAT KAJIAN


• Muzium Sungai Lembing, Jabatan Muzium Malaysia, 26200, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang

You might also like