You are on page 1of 2

Lombong dedah merujuk kepada teknik perlombongan yang mengeluarkan semua batuan dan galian dari

Bumi.

Kaedah lombong dedah merupakan salah satu kaedah yang telah diperkenalkan oleh pelombong Cina di
Tanah Melayu sekitar akhir kurun ke-18. Hasil daripada pengenalan kaedah tersebut, pelombong Cina telah
menguasai perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sekitar akhir kurun ke-18 sehingga 1912 berbanding
pengusaha bijih timah Eropah.

Kaedah ini lebih selamat dan murah serta menggunakan peralatan seperti pam kerikil, kapal wap dan
sebagainya. Bagaimanapun kaedah ini memerlukan tenaga buruh yang ramai yang mendorong peningkatan
dalam jumlah pendatang Cina yang dibawa masuk untuk bekerja dilombong sebegini. Namun, penguasaan
pelombong Cina terhadap industri bijih timah di Tanah Melayu berakhir apabila pengusaha Eropah mula
memperkenalkan kaedah kapal korek yang ternyata lebih menguntungkan dengan pengeluaran yang boleh
dilakukan secara besar-besaran

https://ms.wikipedia.org/wiki/Lombong_dedah

Kapal korek adalah di antara beberapa cara yang boleh digunakan dalam aktiviti perlombongan bijih
terutamanya bijih timah. Penggunaannya membantu mempercepatkan meraih keuntungan dalam aktiviti
perlombongan berbanding menggunakan kaedah tradisional. Kapal Korek banyak digunakan di seluruh dunia
dalam aktiviti perlombongan bijih di kawasan-kawasan yang bersesuaian.

Di Malaysia, kapal korek sejak mula diperkenalkan pada tahun 1913 hanya terhad digunakan dalam industri
perlombongan bijih timah sahaja iaitu di kawasan-kawasan yang datar dan berpaya terutamanya kawasan
berpasir dipesisir sungai yang ditemui bijih timah. Di sepanjang persisir Sungai Kinta dan sungai-sungai lain
di Perak yang bercantum dengannya pada suatu masa dahulu adalah merupakan kawasan yang mengandungi
rizab timah terbesar di dunia.

Namun di peringkat antarabangsa, kapal korek turut digunakan bagi melombong bijih lain seperti emas dan
rutil. Kapal korek juga pernah digunakan untuk melombong berlian. Perlombongan emas menggunakan kapal
korek sangat aktif berlaku sebelum ini seperti di Amerika Syarikat, New Zealand dan lain-lain negara.

Kapal korek 'Sergang' adalah kapal korek bijih timah milik Singkep Tin Company, Indonesia.

Sebelum kapal korek hendak digunakan di kawasan-kawasan tapak perlombongan, kajian harus dilakukan
terlebih dahulu. Biasanya kaedah gerudi digunakan bagi mendapatkan maklumat jumlah konsentrasi bijih,
keluasan dan kedalamannya.

kerja-kerja menggerudi tanah dilakukan untuk mengetahui kadar bijih dalam tanah di kawasan tersebut dan
menganggarkan sama ada operasi-operasi melombong dijangka boleh menguntungkan. Sekiranya terdapat
bijih yang mencukupi yang boleh menguntungkan jika dilombong melalui penggerudian awalan itu maka,
kawasan berkenaan akan digerudi dengan lebih kerap dan secara sistematik lagi pada jarak-jarak yang Iebih
dekat lagi, untuk menganggarkan isi bijih di seluruh kawasan tersebut.[1]

Jika benar sesuai dan bakal menguntungkan, selepas itu barulah saiz dan keupayaan penggalian kapal korek
boleh ditentukan. Kapal korek biasanya akan dibina mengikut keadaan bijih yang ditemui dan keupayaan
semasa syarikat, semakin dalam bijih ditemui di kedalaman bumi maka semakin besarlah kapal korek yang
ditempah.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kapal_korek_di_Malaysia
https://prezi.com/fpbd-procgeb/bijih-timah-di-malaysia/

https://prezi.com/fpbd-procgeb/bijih-timah-di-malaysia/

WE LOVE YOU
YOUR DAUGHTERS
ESTHER ROSHINI, SYLVIA ANNE, VALENTINA JESSICA AND MICHELLE ANN

You might also like