You are on page 1of 6

Perbentangan Tugasan sejarah tingkatan 3

Nama : Muhammad Akmal Hilmi bin Abd Hamid


Nama Cikgu : Cikgu Analiza
Objektif Kajian
• Objektif pengetahuan saya ialah untuk mencari maksud bijih timah dan lokasi terdapatnya bijih timah

• Objektif kemahiran saya ialah untuk meneroka bukti kaedah yang digunakan untuk melombong bijih
timah sebelum dan selepas kedatangan British

• Objektif nilai saya ialah untuk menilai kegunaan bijih timah dan cara memanfaatkan sumber kurniaan
tuhan
Kaedah kajian

Saya telah menggunakan kaedah melayari internet, kaedah penyelidikan perpustakaan dan kaedah
temubual

•Kaedah melayari internet


Saya telah melayari laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bijih+timah
untuk mencari maksud bijih timah

•Kaedah penyelidikan perpustakaan


Saya telah merujuk Buku Teks Tingkatan 3 2019 untuk mendapatkan lokasi perlombongan bijih timah
• Kaedah temubual

Saya telah menemubual ayah saya iaitu Abd Hamid bin Yusoh berumur 65 tahun dan alamatnya, No.1
Jalan KP 2/1 Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan 43300, Selangor mengenai
barangan yang diperbuat daripada bijih timah
Penyataan masalah
• Berikan maksud bijih timah dan nyatakan lokasi terdapatnya bijih timah

Menurut Kamus Dewan Edise Ke-4, maksud bijih timah adalah bijih yang mengandungi timah. Antara
lokasi yang terdapat bijih timah adalah Sayong, Perak dan Rawang, Selangor

• Jelaskan kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah sebelum dan selepas kedatangan
penjajah

Sebelum kedatangan British, pelombong bijih timah menggunakan kaedah mendulang dan melampan.
Kaedah ini memakan masa dan sering dilakukan di Sungai. Setelah kedatangan British, pelombong
telah mengalami kemajuan dengan menggunakan kapal korek dan pam kelikir
• Nilaikan kegunaan bijih timah dan bagaimanakah anda dapat memanfaatkan sumber kurniaan tuhan
Rakyat Malaysia dapat memanfaatkan bijih timah dengan menjadikannya sebagai salah satu bahan
eksport utama. Seterusnya, kerajaan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya
pada generasi muda agar perlombongan ini dapat dikekalkan. Selain daripada itu, pihak yang
bertanggungjawab perlu membuka bandar baru yang dikhaskan bagi perlombongan bijih timah seperti
Kuala Lumpur.

You might also like