You are on page 1of 16

1

A. GEOLOGI DAN JENIS BATUAN DI SANDAKAN, SABAH

Sandakan merupakan salah sebuah bandar utama di Sabah dan merupakan


bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk
Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di
sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479
121 (2009). Keluasan Sandakan adalah sekitar 2 266 km 2. Kawasan di bawah
bidang kuasa Daerah Sandakan meliputi Bandar (46 batu persegi), Separa
Bandar (56 batu persegi), Luar Bandar dan pulau-pulau (773 batu persegi) yang
keseluruhannya keluasannya adalah 875 batu persegi.

Bandar
Separa bandar
Luar bandar
Pulau-pulau
2

Rajah 1 Peta Sandakan, Sabah

Rajah 2 Peta geologi di Sandakan, Sabah

Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/
3

Rajah 3 Peta geologi di Sabah

Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/
4

Rajah 4 Jenis batuan dan fitur-fitur geologi utama

Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/

Berdasarkan laman web JMG, jenis batuan dan fitur-fitur utama di kawasan
Sandakan, Sabah terdiri daripada batuan sedimen sahaja. Batuan sedimen
terbentuk oleh proses pelonggokan atau pengenapan bahan di atas muka bumi.
Bahan sedimen dibentuk oleh proses luluhawa dan hakisan di kawasan punca
yang kemudiannya diangkut ke tempat pengenapan oleh air, angin, gerakan
longsoran atau glasier dan di enap membentuk struktur perlapisan. Batuan
sedimen boleh dibahagikan kepada batuan klastik dan bukan klastik. Batuan
sedimen klastik terdiri terutamanya daripada pecahan atau klasta batuan lebih
tua yang terluluhawa dan terhakis. Batuan sedimen bukan klastik terbentuk
apabila mineraloids atau mendakan kimia dimendapkan terus dari air, atau
dipekatkan oleh bahan atau hidupan organik. Tiada klasta hadir dalam batuan
ini.

Sebahagian batuan sedimen merupakan sumber mineral penting sepertu


batu arang dan batu kapur. Batuan sedimen juga boleh menjadi perangkap
kepada bahan api fosil seperti petroleum atau akuifer air bawah tanah dalam
strata sedimen.

Rajah 5 Jenis Batuan Di Sandakan


5

Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/

1. PLEISTOCENE AND RECENT

Pleistosen ialah epok dari 2.588 juta hingga 12 000 tahun sebelum kini yang
meliputi zaman pengglasieran berulang-ulang yang paling terkini sepanjang
sejarah dunia. Epok pleistosen menyusuli epok pliosen dan disusuli oleh epok
holosen. Zaman pleistosen ialah epok pertama dalam zaman kuarternari atau
epok ke-6 era senozoik. Penghujung epok pleistosen bersempena dengan
peleburan glasier kebenuaan yang terakhir dan juga alamat berakhirnya zaman
paleolitik yang digunakan dalam bidang arkeologi (P. Gibbard & Van
Kolfschoten).

a. Clay (Tanah Liat)


Tanah liat ialah kata generik untuk zarah galian silikat hidrous yang
berdiameter kurang daripada 4 mikrometer. Tanah liat mengandungi
hablur-hablur silika dan alumina yang halus. Unsur-unsur ini, silikon,
oksigen dan aluminium adalah unsur yang banyak komposisinya di kerak
bumi. Tanah liat terhasil daripada proses luluhawa, batuan silika oleh asid
karbonik, tetapi sesetengah terhasil daripada kegiatan pemanasan dari
dalam bumi. Tanah liat membentuk gumpalan keras apabila kering dan
melekit apabila basah terkena
6

b. Silt (Kelodak)

Rajah 6 Batu Lodak

Sumber:
https://www.jmg.gov.my/add_on/fb/batuan_mineral_fosil/mobile/index.html#p
=14

Zarah-zarah tanah kelodak terbentuk seperti tanah pasir, iaitu melalui


luluhawa secara mekanik, tetapi saiz tanah kelodak adalah lebih halus
daripada tanah pasir. Zarah-zarahnya yang halus tidak mudah dilihat
dengan mata kasar. Tanah kelodak yang kering rasnya seperti tepung
gandum yang kering apabila disentuh. Saiz setiap zarah tanah kelodak
ialah 0.002mm hingga 0.02mm. Gabungan luas permukaan bagi setiap
gram tanah kelodak ialah 450cm persegi. Jika dibandingkan dengan tanah
jenis yang lain, nilai ini masih kecil, jadi tanah kelodak mempunyai nilai
CEC yang rendah. Zarah-zarah kelodak tidak menggumpal menjadi
agregat dengan mudah dan kalua terbentuk juga, agregat kelodak tidak
stabil dan mudah dileraikan. Hal ini boleh menyebabkan permukaan
tanah diliputi kelodak dan terserap masuk ke dalam tanah dan menyumbat
liang-liang permukaan tanah. Zarah-zarah kelodak mudah bergerak di
dalam tanah.
7

c. Sand (Pasir)

Rajah 7 Batu pasir


Sumber:
https://www.jmg.gov.my/add_on/fb/batuan_mineral_fosil/mobile/index.h
tml#p=14
Pasir ialah bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri
daripada batu dan zarah galian kecil yang halus. Menurut takrifan yang
digunakan oleh pakar kaji bumi, bijiran pasir bersaiz ukur lilit antara
0.0625mm (atau 1⁄16 mm, atau 62.5 μm) hingga 2 milimeter. Setiap
bijiran dalam julat saiz ini dikenali sebagai bijiran pasir. Kelas saiz pasir
lebih besar berikutnya adalah anak batu, dengan zarah antara 2 mm
sehingga 64 mm (lihat saiz zarah bagi kegunaan piawaian). Saiz lebih
kecil berikutnya dalam geologi adalah lumpur: zarah kecil daripada
ukurlilit 0.0625 mm sehingga 0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan
anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad, tetapi zarah dengan ukur
lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaian
Albert Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan
1953 yang diterbitkan oleh Persatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan
Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah menetapkan saiz pasir
minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagi Jabatan
Pertanian Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm (Urquhart et. Al, 1959)

d. Peat (Gambut)
8

Pembentukan batuan ini melalui tahap peatification iaitu tahap


pembentukan gambut dari tumbuhan) terjadi apabila berlaku pelapukan
dan pembusukan daripada bakteris terhadap tumbuhan yang mati tidak
terjadi dengan sempurna. Hal ini biasanya terjadi di lingkungan rawa,
delta, sungai atau danau dangkal dimana kandungan oksigen adalah
rendah, sehingga tidak memungkinkan adanya bakteria aerob (bakteria
yang memerlukan oksigen) yang bertugas melakukan proses oksidasi
sempurna terhadap tumbuhan yang sudah mati tersebut, diserahkan ke
bakteria aerob dan dari hasil kerja pelapukan tidak sempurn bakteria
anaerob inilah terbentuk gambut.

Rajah 8 Pembentukan Proses Peatification

Meskipun oksigen tidak tersedia dalam jumlah yang cukup, komponen


utama pembentuk kayu akan juga teroksida menjadi H2O, CH4CO dan
CO2. Gambut yang umumnya berwarna kecoklatan sampai hitam
merupakan kepadatan yang bersifat poros dan masih menunjukkan sifat
asalnya.

2. NEOGENE
9

Zaman neogen ialah zaman dan sistem geologi dalam skala masa geologi
Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa (ICS) bermula pada 23.03 +- 0.05 juta
tahun dahulu dan berakhir pada 2.588 juta tahun dahulu

a. Arenaceous (Arenit) – Batu pasir


Menurut Wikipedia, batu pasir (kadangkala dikenali sebagai arenit) ialah
sejenis batuan enapan klasik. Ia adalah sejenis batu yang terhasil daripada
pasir mampat yang "digam" bersama dengan kalsium karbonat. Batu ini
terdiri daripada mineral bersaiz pasir ataupun bijian batu. Seperti pasir,
warna batu pasir tidak tentu, namun yang paling biasa ialah sawo matang,
perang, kuning, merah, kelabu dan putih. Batu pasir tahan luluhawa, dan
digunakan untuk membina bangunan di banyak negara. Apabila batu
pasir dipanaskan ia bertukar ke warna hitam. Ia boleh digunakan untuk
menghias rumah. Sebagai contoh, jubin jalan dibuat daripada batu pasir.

b. Argillaceous (Argilit) – Batu lumpur/ batu lodak


Menurut Wikipedia, batu lumpur adalah batu mendakan berbiji halus
yang juzuk asalnya adalah tanah liat atau lumpur. Saiz zarah adalah
sehingga 0.0625 mm (0.0025 in) dengan butiran individual terlampau
kecil untuk dibezakan tanpa menggunakan mikroskop. Dengan
peningkatan tekanan dengan masa kepingan mineral tanah liat menjadi
sejajar, dengan rupa kefisilan atau lapisan selari. Mineral berlapis halus
ini yang mudah pecah pada lapisan nipis dikenali sebagai syal (shale),
membezakannya dari batu lumpur. Ketiadaan kefisilan atau lapisan pada
batu lumpur mungkin disebabkan oleh tekstur asal atau gangguan pada
pelabisan oleh organisma pada mendakan sebelum pembatuan
(lithification). Batu lumpur, seperti kerikil lumpur atau shale membentuk
65% bagi kesemua batu mendakan. Batu lumpur kelihatan seperti tanah
liat keras dan, bergantung kepada keadaan ia terbentuk, mungkin
10

menunjukkan retakan atau bukaan, seperti deposit tanah liat dibakar


matahari

Ia boleh diasingkan menurut kategori berikut:


 Batu lodak - lebih dari separuh komposisi adalah zarah bersaiz
kelodak.
 Batu-lempung - lebih dari separuh komposisi adalah zarah bersaiz
tanah liat.
 Batu lumpur - lumpur keras; campuran zarah bersaiz tanah liat dan
kelodak. Batu lumpur turut merangkumi:
Shale - menunjukkan berlapisan atau kefisilan.
Argilit - telah melalui metamorfis gred rendah.

c. Calcareous Beds (Lapisan berkapur)


Kapur adalah material lembut berwarna putih dan halus berasal dari
batuan enapan mineral kalsium tersusun. Tiga sebatian utama yang
menghasilkan bahan ini iaitu: kalsium karbonat (CaCO3, mendominasi
gamping dan kapur tambang), kalsium oksida (penyusun utama kapur
tohor) dan kalsium hidroksida (banyak kapur mati). Kapur yang
ditemukan di alam juga dapat tercampur dengan mineral magnesium
membentuk formasi tersendiri iaitu dolomit. Pembentukan kapur banyak
terjadi di dasar laut di mana terkumpulnya sisa organisme laut purba
bercangkerang yang bertumpuk dan perlahan-lahan membentuk lapisan
endapan. Setelah berjuta tahun, lapisan ini menjadi batuan melalui proses
geologi. Kapur adalah bahan yang sangat bermanfaat serta mudah
diperolehi dengan kos murah untuk berbagai kegiatan manusia,
terutamanya dalam bidang pembangunan dan pertanian.

d. Coal (Arang batu)


11

Batu arang wujud sebagai lapisan atau lipit dalam strata batuan. Ia terdiri
terutamanya daripada karbon dan lain-lain unsur seperti hidrogen, sulfur,
oksigen dan nitrogen. Batu arang terbentuk daripada tumbuh-tumbuhan
mati di bawah tekanan dan suhu yang tinggi di bawah perut bumi dalam
masa yang lama. Kegunaan batu arang adalah sebagai sumber tenaga bagi
penjanaan elektrik. Ia juga digunakan sebagai pemangkin penurunan
dalam industri peleburan bijih logam, umpamanya bijih besi.

3. PALEOGENE

Zaman dan sistem geologi yang bermula pada 66 juta dan berakhir pada 23.03
juta dahulu dan merangkumi bahagian pertama Era Senozoik.

a. Argillaceous rocks
b. Some arenaceous
c. Calcareous beds

B. LAPISAN TANAH (SOIL HORIZON)


12

Rajah 9 Soil Horizon

Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan
bahan organik. Tanah adalah komponen yang sangat penting untuk menjalankan
penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman
industri atau tanaman ternakan. Tanah sangat penting peranannya bagi semua
kehidupan di bumi, kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di
mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap
karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi
dengan lokasi yang lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak
berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka
bumi yang mempunyai pelbagai ciri-ciri untuk dipelajari.

Sistem USDA Soil Taxonomy (1992) digunakan untuk sistem klasifikasi tanah
di Semenanjung Malaysia yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan.
Dengan menggunakan sistem ini, siri tanah di Malaysia dapat dikenal pasti.
Sehingga kini lebih 240 siri tanah telah direkod dan disusun semula kepada 11
kumpulan. Kumpulan tersebut adalah:

i. Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred
tinggi
ii. Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik
bergred rendah
13

iii. Tanah yang terbentuk dari alluvium lama


iv. Tanah laterit
v. Tanah yang terbentuk dari alluvium sungai terbaru
vi. Tanah BRIS
vii. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat
viii. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat
ix. Tanah organan
x. Tanah organan gambut yang sederhana dalam

Rajah 10 Lakaran Lapisan tanah

KELUASAN JENIS TANAMAN DI SANDAKAN, SABAH (2015)

B Jenis tanaman Keluasan (Hektar)


il.
1 Tanaman Industri Industrial Crops 177738.5
2 Tanaman Buah-Buahan Fruits 579.2
3 Tanaman Sayur-Sayuran Vegetables 112.0
4 Tanaman Kontan Cash Crops 24.0
5 Tanaman Rempah Spices 21.4
6 Tanaman Lain Other Crops 0.0
14

LULUHAWA

Menurut Wikipedia, luluhawa merupakan proses pemecahan dan penguraian


atau pereputan batuan yang berlaku secara insitu. Pemecahan atau penguraian
ini terjadi akibat tindak balas pelbagai agen persekitaran seperti air hujan,
perubahan suhu, tindakan fros atau ibun dan mikroorganisma yang memecahkan
batuan tersebut kepada saiz yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan baru
seperti larutan, tanih, regolit dan sebagainya. Kejadian ini boleh menjejaskan
bahan sekitar secara kimia, fizikal dan biologi bergantung kepada iklim tempat
persekitaran bahan yang terurai.

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI DALAMNYA


PERLULUHAWAAN (Michael F. Thomas, 1974)

i. Faktor iklim
Suhu yang tinggi menambahkan kadar tindak balas kimia endoterma.
Kerpasan yang banyak menambahkan bahan uji utama yang terlibat
dalam proses luluhawa air.
ii. Faktor biotik
Kanopi hutan yang tebal melindungi permukaan dari proses-proses
basuhan dan membekalkan asid organic yang boleh memobilisasikan
setengah-setengah mineral batuan, terutama, besi melalui proses celasi.
Sebaliknya, tumbuh-tumbuhan lapang dari jenis savana tidak
menggalakkan mobilisasi besi dan menggalakkan larian permukaan.
iii. Faktor geomorfologi
Dalamnya luluhawa digalakkan oleh kadar penggondolan permukaan
yang rendah yang terdapat di cerun-cerun landau. Kestabilan yang
15

berpanjangan (kehadiran permukaan tanah tua yang berlanjutan)


membenarkan kejadian profil dalam.
iv. Faktor tapak
Tapak yang tinggi mendorong pergerakan air tanah ke bawah dan
penambahan air tanah yang perlu untuk penguraian batuan yang cepat.
Tapak-tapak yang menjadi tempat tumpuan air larian mungkin
mempunyai bekalan air yang lebih banyak, tetapi ini mungkin
mengakibatkan saliran tapak yang buruk.
v. Faktor geologi
Adanya mineral yang amat mudah berubah sifatnya boleh meningkatkan
kadar penembusan luluhawa dan menggalakkan diagregasi batuan awal-
awal lagi. Tekstur batuan mempengaruhi tindak balas semasa
perluluhawaan. Batuan hablur dari tekstur yang kasar terlerai dengan
lebih cepat lagi dari batuan bertekstur halus yang mungkin mengalami
perubahan yang cepat. Tekstur batuan mendak mempengaruhi kejerapan
dan kadar penembusan luluhawa. Gelinciran, kekar dan sempadan bijian
yang merekah mendorongkan penembusan luluhawa, terutama bagi
batuan hablur. Batuan yang telah mengalami berbagai-bagai aktiviti
hidroterma mungkin kelak juga terluluhawa oleh air tanah
vi. Faktor kronologi
Perubahan iklim dan tumbuh-tumbuhan mengikut masa mengubah
imbangan di antara luluhawa dengan hakisan. Keadaan pluvial di zon
gersang pada Zaman Tersier dan Pleistosen menghasilkan sisa-sisa
perluluhawaan yang dalam. Perbezaan kestabilan kerak bumi
mempengaruhi kestabilan permukaan daratan dan tempoh untuk
penembusan luluhawa
16

RUJUKAN
Gibbard, P. and van Kolfschoten, T. (2004) "The Pleistocene and Holocene
Epochs" Chapter 22PDF (2.96 MiB) In Gradstein, F. M., Ogg, James G.,
and Smith, A. Gilbert (eds.), A Geologic Time Scale 2004 Cambridge
University Press, Cambridge, ISBN 0-521-78142-6
Laman web Jabatan Mineral Geologi (JMG).

https://www.jmg.gov.my/add_on/fb/batuan_mineral_fosil/mobile/index.html#p
=14
Laman web Jabatan Pertanian Sabah.
https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/keluasan-tanaman-
pertanian-di-daerah-seluruh- negeri-sabah/resource/240ae2c8-f8f8-4504-
9d47-0d1f9db2e50b
Thomas, F. M. (1974). Tropical Geomorphology-A Study of Weathering and
Landform Development in Warm Climates. Ismail B. Ahmad,
Penterjemah. London: The Macmillan Press Ltd
Urquhart, Leonard Church. (1959). Civil Engineering Handbook. McGraw-Hill
Book Company

You might also like