You are on page 1of 11

Modul P&P Geo 942/1 Tema 2 : Proses Pembentukan Lanskap di Kawasan Tropika Lembap

Modul P & P Geo 942/1 Tema 2: Sistem Geomorfologi (BAB 8: PROSES PEMBENTUKAN LANDSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP) 8.1 LULUHAWA - Satu proses pemecahan & penguraian @ pereputan batuan yang berlaku secara in-situ. - Terjadi akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa (air hujan, perubahan suhu, tindakan fros/ibun, mikroorganisma) ke atas batuan sehingga alami pecahan kepada saiz yg lebih kecil @ terurai jadi bahan baru. : luluhawa kimia @ luluhawa dalaman (kawasan tropika dalaman) : luluhawa fizikal @ luluhawa mekanikal (kawasan gurun panas & kawasan artik) : uluhawa biologikal (kawasan hutan tebal) LULUHAWA KIMIA @ LULUHAWA DALAMAN : Merujuk kepada semua proses pereputan @ penguraian batuan apabila mineral tersebut bertindak balas dengan air, asid, ion dan larutan-larutan ( peringkat primer kepada peringkat sekunder). : batu akan alami susutan semakin kecil dan hasilkan bahan bahan baru yang sama sekali berbeza dengan batuan asal. PROSES LULUHAWA KIMIA @ LULUHAWA DALAMAN 1. Proses larutan ( solution ) - proses asas dlm luluhawa dalaman yg terjadi akibat tindakan air hujan @ air larian yg bertindak sebagai pelarut. Kuantiti hasil larutan bergantung kepada kuantiti air yg ada dan kadar kelarutan setiap mineral yg membentuk batuan. 2. Proses pengkarbonan ( carbonations) - merupakan sebarang tindak balas antara asid lemak ( asid karbonik) dngn kalsium karbonat (batu kapur). Hujan yg turun akan berpadu dngn karbon dioksida di udara membentuk asid karbonik. Asid karbonik pula bertindak balas kalsium karbonat hasilkan kalsium bikorbonat. Contoh batuan yg mudah dikarbonkan dolomite dan kalium silikat. 3. Proses hidrolisis - tindak balas antara ion hidrogen @ ion hidroksil dngn ion mineral membentuk batuan sehingga terjadi satu sebatian dan mineral yg berlainan . Proses ini menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru (mineral peringkat kedua) yg berlainan sama sekali sifat mineral asalnya. Bagi mineral pembentuk batuan yg tak stabil mudah dihuraikan menerusi proses ini. 4. Proses penghidratan @ hidrasi (hidration) - penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami tegasan dan pengembangan. Contoh hematit ( berwarna merah) akan bertukar menjadi limonit (berwarna kuning ) apabila menyerap air. 5. Pengoksidaan ( oxidation ) - tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan, contoh ferum dan oksigen menjadi ferum oksida. Proses ini bukan saja melibatkan tindak balas antara unsur oksigen dengan mineral batuan.

Jika penyebatian sesama mineral dlm batuan tersebut sehingga salah satu daripada nya teroksida juga dipanggil sebagai pengoksidaan. Contah paduan antara ferum sulfur menjadi ferum sulfit. 6. Proses chelasi - proses pembendungan satu ion antara agen agen chelasi yg dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral dalam batuan spt ion ferum. Ia menyebabkan batuan alami tegsan dan pengembangan. Agen agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhan yg hidup di permukaan batuan ( lumut & kulampair). Apabila penyerapan makanan dan zat galian menerusi akar higroskopik tumbuhan tersebut akan keluarkan sejenis asid ( asid chelasi) yg boleh bertindak balas dengan ion mineral batuan hingga alami penguraian. FAKTOR FAKTOR YG MEMPENGARUHI LULUHAWA DALAMAN ( KAWASAN TROPIKA LEMBAP) 1. IKLIM - Faktor utama mempengaruhi keaktifan luluhawa dalaman. Dua unsur iklim yg mempengaruhinya ialah hujan dah suhu. Hampir keseluruhan proses luluhawa dlman spt larutan, hidrasi, pengkarbonan dan hidrolisis bergantung pada air sama ada dlm bentuk larutan, asid lemah, @ ionik sebagai agen pengurai ikatan mineral batuan. Tindak balas luluhawa kimia akan berganda apabila kuantiti air bertambah. Cth jumlah hujan tahunan iklim khatulistiwa ( 2000 mm hingga 3000 mm ) manakala munsun tropika mempunyai purata hujan tahunan antara 1500 mm hingga 2000 mm setahun. 2. SUHU - Kaw tropika lembap mempunyai purata suhu tahunan yg tinggi sepanjang tahun (antara 27-32 darjah celcius) membolehkan operasi kimia berlaku secara berkesan. Peningkatan suhu sebanyak 10 darjah @ 3 kali ganda. 3. BIOTIK - Bekalan organik > apabila pokok mati, ia akan membekalkan asid humid & asid fulvik (merupakan agen pereput & peluluh mineral yg paling berkesan apabila ia terkena batuan) yg banyak apabila humus bercampur dgn air hujan & air tanah. - Bekalan organik > tropika yg tebal & berlapis-lapis halang hakisan larian permukaan & galakkan susupan (infiltrasi) melalui akar pokok. Larutan tanah, asid, & koloid-koloid dapat meresap masuk ke dlm tanah. (semakin jauh larutan tanah & asid meresap masuk, semakin dlm zon batuan akan terluluhawa). 4. GEOLOGI - Jenis batuan > tindak balas kimia ke atas geologi lembut akan lebih berkesan berbanding dengan geologi keras. - Rekahan > menjadi tempat proses-proses kimia berlaku.Rekahan juga dianggap sbg garis kelemahan batuan. 5. RELIEF, ASPEK, & MASA - Relief > luluhawa kimia pesat bertindak di kawasan cerun landai & bertanah pamah yg menggalakkan kadar susupan & simpana air tanah berbanding dengan kawasan cerun curam yg galakkan hakisan larian permukaan. - Aspek > luluhawa kimia bertindak pesat di kawasan cerun yg mengadap matahari berbanding denagn cerun yg membelakangkan matahari (bekalkan tenaga bagi membolehkan operasi kimia berlangsung) - Masa > keterusan & keberkesanan luluhawa kimia bergantung kepada jangka masa yg lama. BENTUK MUKA BUMI/HASIL LULUHAWA DALAMAN DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP ~Pandang darat karst > proses yg terlibat ialah pelarutan & pengkarbonan.Kesannya terbentuk, gua-gua batu kapur, stalaktit, stalagmit, tiang kalsit, sg. bawah tanah, lubang layang-layang, dolina, uvala, & polje. Cth: kepulauan Papua New Guinea, kepulauan Indonesia, sekitar Pulau Langkawi di Malaysia & gua-gua batu kapur.

~ Kawasan batu kapur(grike & klint) > proses yg terlibat ialah larutan.Kesannya terbentuk, jurang & lurah yg dikenali sbg grike, manakala bongkah-bongkah yg dikelilingi oleh grike dinamakan sbg klint. ~ Tors & inselberg > tors ialah tonjolantonjolan bukit sisa yg mudah digondol oleh luluhawa kimia & hakisan manakala inselberg ialah tonjolan-tonjolan batuan dari dalam bumi. Proses yg terlibat ialah hidrolisis, larutan, & hidrasi. ~ Pembentukkan beberapa jenis tanah > tanah liat-proses yg terlibat ialah hidrolisis & tanah laterit-proses yg terlibat ialah pengoksidaan. LULUHAWA FIZIKAL @ MEKANIKAL - Proses penyepaian @ pemecahan batuan akibat tindak balas unsur-unsur iklim maka batuan akan dipecahkan kepada saiz yg lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimianya. BENTUK-BENTUK PEMECAHAN BATUAN 1. Penyepaian bongkah > berlaku pada batuan bersendi @ mempunyai rekahan bersegi empat. Pengembangan & pengecutan berlaku di sepanjang sendi @ rekahan tersebut & penyepaian terjadi mengikut sendi/rekahan berkanan sehingga menjadi bongkah-bongkah segi empat. 2. Penyepaian berbutir (granul) > berlaku pada batuan yg mempunyai banyak mineral di dalamnya (heterogenus). Cth: granit yg mengandungi kuartza, feldspar, & mika. Setiap mineral batuan ini mempunyai angkali & kadar pengembangan serta pengecutan yg berbeza-beza antara satu sama lain (mineral yg cepat kembang & kecut akan tersingkir lebih awal). 3. Pengelupasan > berlaku kepada struktur batuan yg berlapis-lapis. Kadar pengembangan & penguncupan berbeza bagi setiap lapisan. ada waktu siang, lapisan luar lebih cepat panas & kembang berbanding lapisan dalamnya yg masih lagi sejuk. Pada waktu malam, lapisan luar lebih cepat sejuk & kecut sedangkan lapisan dalamnya masih lagi panas. Kesannya, pengelupasan berlaku selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling luar & akan menghasilkan kulit-kulit kelupasan & serpihanserpihan batu. PROSES-PROSES LULUHAWA FIZIKAL 1. Proses pembasahan & pengeringan yg berulang. 2. Proses basah-kering. 3. Penghabluran garam > proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan & rongga-rongga permukaan batuan. 4. Tindakan ibun/fros. 5. Pembekuan air. 6. Pelepasan tekanan @ pemunggahan. LULUHAWA BIOLOGI - Merujuk kepada tindakan tumbuhan, haiwan, mikroorganisma & manusia sama ada secara fizikal @ kimia yg dapat memecah & menguraikan batuan. 1.TINDAKAN TUMBUHAN > akar-akar pokok. 2.TINDAKAN ORGANISMA > haiwan yg menggali lubang : tikus, arnab & cacing tanah. Mikroorganisma : lumut & bakteria. 3.TINDAKAN MANUSIA > aktiviti penyahutanan, pembinaan jalan raya & perlombongan. 8.2 GERAKAN JISIM - Pergerakan jisim (sebahagian daripada proses geomorfologi) yg gerakkan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah disebabkan daya tarikan graviti. - Dianggap proses peralihan amtara luluhawa & pemendapan.

*JENIS & PROSES GERAKAN JISIM 1) ALIRAN LAMBAT FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI: * Permukaan cerun yg sangat landai, tidak terlalu curam, muka cerun tidak diliputi tumbuhan. * Resapan air hujan-berat jisim bertambah, cerun tak stabil, kelicinan permukaan bertambah, regolit mudah bergerak ke bawah cerun. * Proses luluhawa dalaman - sediakan regolit yg tak stabil (tanah laterit, tanah liat) atas permukaan cerun. * Libatkan pergerakan regolit & tanah-tanih secara perlahan-lahan menuruni permukaan cerun (dikenali sbg creep), tidak dapat lihat dengan mata kasar, tapi dapat lihat kesan-kesan yg wujud atas permukaan cerun: Tiang elektrik, telefon, pagar @ pokok yg condong daripada kedudukan asalnya yg tegak. 2) ALIRAN CEPAT * Libatkan pergerakan regolit, tanih & lumpur pada kadar yg lebih cepat & di atas cerun yg lebih curam berbanding denagn aliran lambat. * jisim regolitnya perlu lebih banyak air @ berada dalam keadaan yg lebih lembap untuk mudahkan pergerakan. FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI: a) Hujan lebat yg luar biasa b) Struktur tanah @ geologi yg sudah longgar - mudahkan pergerakan c) Topografi - ermukaan cerun d) Aktiviti pembalakan 3) GELUNCURAN ~ Libatkan pergerakan tanah-tanih, regolit & bongkah batuan secara besar-besaran di cerun-cerun yg curam & hampir tegak. ~ Proses ini berlaku lebih cepat & secara tiba-tiba berbanding dengan proses dalam aliran cepat. a) ROBOHAN (slump) - geluncuran yg libatkan pergerakan bongkah batuan di suatu cerun curam yg berbentuk cekung. - berlaku apabila lapisan batuan yg lebih berat terletak di atas lapisan-lapisan batuan yg lebih lembut. Cth : batu syal & tanah liat. b) GELUNCURAN PUIN - Libatkan pergerakan serpihan batuan di suatu cerun curam. Pergerakan ini biasanya angkut regolith yg kurang padat & lebih kering. c) GELUNCURAN BATUAN - Libatkan pergerakan bongkah batuan secara besar-besaran di cerun yg curam & hampir tegak. - Geluncuran lebih aktif apabila lapisan batuan tersusun secara menyerong dengan kira-kira 20 darjah. FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI: a) Keadaan cerun yg sangat curam & hampir tegak-hasilkan perbezaan antara tenaga graviti & tenaga kinetik dengan daya cengkaman yg sangat besar. b) Bahan-bahan tanih yg serap air, daya ikatan yg lemah serta permukaan yg licin. c) Lapisan-lapisan batuan yg berstruktur longgar. 4) RUNTUHAN - Pergerakan regolit yg berlaku di cerun-cerun yg sangat curam & adakala tegak 90 darjah. FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI: a) Hujan-hujan lewat petang.-hujan lebat disertai rebut petir dikenali sbg hujan perolakan (membekalkan input air ke permukaan bumi secara besar-besaran) & hujan awal pagi. b) perubahan gradient sesebuah cerun. c) Proses cegatan silara d) Pemotongan lereng bukit & kaki bukit-meningkatkan tegasan yg dikenali sbg tegasan ricih.-

peningkatan tegasan ricih menyebabkan keseimbanagn cerun terganggu. LANGKAH MENGAWAL GERAKAN JISIM 1. LANGKAH PERUNDANGAN ~ Menubuhkan unit cerun negara > melaksanakan kerja-kerja rondaan & pemantauan yg berterusan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi/bercerun curam. ~ Mengambil tindakan yg tegas- (peraturan EIA) ~ Mewartakan kawasan cerun bukit yg tidak boleh diusik untuk pembangunan & dikekalkan dalam keadaan semula jadi. 2. LANGKAH PENGURUSAN ~ Menanam pokok-pokok pelindung ~ Membina benteng serta tembok penahan di kaki cerun ~ Menggunakan sungkupan plastik ~ Memperbaiki sistem saliran 3. LANGKAH PENDIDIKAN ~ Pembelajaran formal ~ Kempen kesedaran & pendidikan alam sekitar ~ Seminar ~ Gotong-royong

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) STPM OLEH : SITI FATIMAH BT AHMAD
BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1 KONSEP SISTEM satu set angkubah yang berstruktur dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2 Terdiri daripada 3 sistem ; i) terpencil mempunyai sempadan yang nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii) Tertutup mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii) Terbuka tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3 Bumi sebagai satu sistem merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1 Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan permukaan bumi), dan pedosfera ( kerak bumi bersifat pepejal). 1.3.2 Semua sistem ini saling berinteraksi antara satu sama lain. ( Sila lukis rajah yang berkenaan) 1.4 Sistem Suria terdiri daripada sembilan buah planet, satelit semulajadi dan pelbagai jasad lain yang bergerak mengelilingi matahari dan di kawal oleh tarikan gravity matahari . 1.5 Konsep bahangan matahari merupakan tenaga haba yang dipindahkan ke permukaan bumi melalui bahangan secara terus menerus tanpa perantaraan dalam bentuk gelombang electromagnet dan cahaya. 1.6 BUMI SEBAGAI SATU SFERA 1.1.6 bumi berbentuk sfera, rata sedikit di bahagian kedua-dua kutubnya , 1.1.7 mempunyai diameter 12753 km 1.1.8 terdiri daripada lapisan litosfera ( kerak bumi), mantel dan teras bumi, 1.1.9 sentiasa berputar di atas paksinya yang condong dan mengambil masa 24 jam untuk membuat satu pusingan lengkap 1.1.10 sambil bergerak mengelilingi matahari dan mengambil masa satu tahun untuk membuat satu pusingan lengkap. 1.7 KONSEP PUTARAN BUMi bumi berputar pada paksinya yang condong dari arah barat ke timur, mengambil masa 24 jam untuk membuat satu pusingan lengkap dan kesannya menyebabkan kejadian siang dan malam serta kejadian air pasang surut. 1.8 Kejadian air pasang surut berpunca daripada tarikan gravity bulan yang lebih kuat daripada tarikan gravity matahari . Pasang surut air juga berpunca daripada tarikan gravity bulan dengan bumi dan matahari dengan bumi. Jika bumi, bulan , dan matahari

berada dalam satu garisan, berlakulah air pasang perbani ( air pasang besar). Jika bumi, bulan dan matahari berada dalam sudut tepat terjadilah air pasang anak. 1.9 KONSEP KECONDONGAN PAKSI BUMI merujuk kepada satu garisan condong sebanyak 23 0 daripada satah tegak atau 66 0 dari satah pancaran matahari yang dilukis dari utara ke selatan melalui bahagian tengah bumi dan sudut kecondonganya adalah tetap walaupun kedudukan bumi berubah. 1.10 KONSEP PEREDARAN BUMI bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbit berbentuk elips, mengambil masa 1 tahun untuk membuat satu pusingan lengkap. Kesan peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kejadian empat musim , kejadian gerhana, dan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang.

.12 Kejadian Gerhana terjadi apabila bumi atau bulan tidak mendapat cahaya matahari. Terbahagi dua, iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. a) Gerhana bulan berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam keadaan sebaris. Bumi berada di antara matahari dan bulan. Ketika ini matahari tidak sampai ke bulan kerana baying-bayang bumi menutupi bulan. Bulan tidak kelihatan selama beberapa minit semasa gerhana bulan. b) Gerhana matahari terjadi apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari. Bulan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi. Gerhana penuh berlaku di zon umbra manakala gerhana separa terjadi di zon penumbra. 1.13 JENIS-JENIS TENAGA HABA DALAM SISTEM BUMI a) Tenaga haba rasa apabila tenaga ini terkena pada permukaan dan ia akan beransur-ansur menjadi panas. b) Tenaga haba pendam tenaga ini terkandiung dalam jirim sehinggalah ia dibebaskan oleh sebab-sebab tertentu. 1.14 MENGAPAKAH TERDAPAT PERBEZAAN KADAR PENYERAPAN HABA PADA PERMUKAAN BUMI? i) Warna permukaan bumi permukaan cerah kadar penyerapan bahangan matahari adalah rendah manakala permukaan gelap mampu nyerap bahangan matahari yang tinggi. ii) Struktur permukaan bumi permukaan bumi yang mengandungi binaan bangunan daripada konkrit dan simen, kadar penyerapan bahangan matahari adalah tinggi. Permukan bumi yang tediri daripada tumbuh-tumbuhan hijau pula kadar penyerapan bahangan matahari adalah rendah. iii) Kandungan mineral dalam batuan batuan yang mengandungi ferum akan berwarna hitam keperangan menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari adalah tinggi. Batuan yang terdiri daripada batu kapur ula berwarna putih menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari yang rendah. iv)

Aspek/kedudukan permukaan bumi merujuk kepada kedudukan permukaan bumi sama ada berhadapan dengan pancaran matahari atau membelakangi pancaran matahari. Permukaan bumi yang berhadapan dengan pancaran matahari secara terus akan menyerap bahangan matahari yang banyak berbanding permukaan bumi yang terlindung tidak dapat menyerap bahangan matahari.

Tekstur permukaan permukaan bumi yang kasar mampu menyerap bahangan matahari yang banyak berbanding permukaan bumi bertekstur halus. Permukaan tanah yang lembap pula lambat menyerap bahangan matahri berbanding permukaan tanah yang kering. 1.15 MENGAPAKAH JUMLAH BAHANG MATAHARI YANG DITERIMA BERBEZA-BEZA MENGIKUT BAHAGIAN DUNIA? i) Putaran bumi di atas paksinya yang condong mewujudkan kejadian siang dan malam kawasan berhadapan pancaran matahari akan menerima bahangan matahari yang banyak (menjadi siang ) berbanding bahagian yang terlindung daripada pancaran bahangan matahari akan menjadi gelap ( menjadi malam). ii) Peredaran bumi mengelilingi matahari - menyebabkan kedudukan matahari yang berbeza-beza di garisan lintang. Contohnya kawasan Khatulistiwa menerima pancaran matahari sepanjang tahun menyebabkan penerimaan bahangan matahari yang paling banyak berbanding kawasan sederhana yang menerima bahangan matahri yang banyak pada masa-masa tertentu sahaja. iii) Kejadian musim berlaku akibat peredaran bumi mengelilingi matahari. Pada masa ekuinoks musim bunga (21 Mac) dan ekuinoks musim luruh (23 September ) seluruh dunia menerima bahangan matahari yang banyak . Semasa solstis musim panas ( 21 Jun ) kawasan hemisfera utara menerima bangan matahari yang banyak kerana matahari berada di garisan sartan, manakala semasa solstis musim sejuk (22 Disember ) pula, kawasan hemisfera selatan pula yang menerima bahangan matahari yang banyak kerana matahari berada di garisan jadi. iv) Kecondongan pancaran matahari kedudukan garis lintang berbanding kedudukan matahari menyebabkan sesetengah tempat menerima pancaran matahari secara tegak atau condong. Kawasan khatulistiwa menerima pancaran matahari secara tegak menyebabkan bahangan matahri yang diterima adalah banyak. Kawasan hemisfera utara dan hemisfera selatan pula menerima pancaran matahari secara condong menyebabkan penerimaan bahangan matahri adalah sedikit. v) Ketebalan atmosfera Kawasan yang mempunyai ketebalan atmosfera yang tinggi ( contoh, kawasan khatulistiwa ) kurang menerima bahangan matahari

berbanding kawasan yang mempunyai atmosfera yang nipis penerimaan bahangan matahari adalah sedikit ( contoh, kawasan gurun panas ) . vi) Perbezaan permukaan bumi kawasan daratan lebih cepat menyerap bahangan matahari menyebabkan penerimaan bahangan adalah tinggi berbanding permukaan bumi yang dilitupi air. Permukaan bumi yang mempunyai tumbuhtumbuhan pula kadar penyerimaan bahangan matahari lebih rendah berbanding permukaan bumi yang gondol dan tandus. Bahagian lurah gunung yang berhadapan pancaran matahri akan menerima bahangan matahari yang tinggi berbanding bahangian yang terlindung daripada pencaran matahari.

MENGAPAKAH BUMI HANYA MENRIMA SEBAHAGIAN KECIL SAHAJA DARIPADA SELURUH TENAGA MATAHARI DAN JUMLAHNYA BERUBAH-UBAH MENGIKUT MASA? i) Jarak matahari dengan bumi jarak bumi dengan matahari sejauh lebih kurang 150 juta km menyebabkan jumlah penerimaan bahangan matahari adalah kecil. Semasa perihelion (kedudukan bumi paling dekat dengan matahari) penerimaan bahangan matahari paling banyak berbanding semasa afelion ( kedudukan bumi paling jauh dengan matahari ). ii) Faktor bumi mengelilingi matahari menyebabkan kejadian ekuinoks dean solstis. Semasa ekuinoks musim bunga dan ekuinoks musim luruh, matahari berada di garisan khatulistiwa menyebabkan seluruh dunia mengalami siang dan malam yang sama panjang . Semasa kejadian solstis musim panas , kawasan hemisfera utara menerima bahangan matahari paling banyak manakala semasa solstis musim sejuk , kawasan hemisfera selatan pula menerima bahangan matahari paling banyak. Kawasan Khatulistiwa menerima bahangan matahari yang sama banyak sepanjang tahun. iii) Faktor kejadian tompok matahari ( sunsport) pada masa ini lebih banyak tenaga electromagnet dikeluarkan pada tompok matahari. Ini menyebabkan penerimaan bahangan matahari pada masa ini lebih banyak berbanding biasa. Kejadian ini berlaku setiap 11 tahun sekali. iv) Faktor pemantulan atau pembalikan oleh awan awan berperanan sebagai pembalik, pemantul atau p-enghambur haba matahari. Wap air juga akan menyerap bahangan matahari. Ini menyebabkan sebahagian kecil sahaja bahangan matahari yang sampai ke bumi. Di kawasan Khatulistiwa yang mempunyai gumpalan awan yang tebal telah menghalang sebahagian daripada bahangan matahari untuk sampai ke permukaan bumi manakala di kawasan gurun panas pula yang kurang litupan awan membolehkan sebahagian besar bahangan matahari sampai ke permukaan bumi. v)

Faktor albedo merujuk kepada pembalikan atau pantulan sebahagian daripada bahangan matahari oleh sebarang permukaan. Kadar albedo berbeza-beza mengikut ciri permukaan dan sudut pancaran matahari. Bagi permukaan cerah atau putih, kadar albedonya tinggi bebanding permukaan bumi yang berwarna gelap. Kadar albedo bagi permukaan bersalji ialah 80% manakala permukaan air laut ialah 30%. vi) Penyerakan oleh zarah halus ( seperti molekul gas, udara, wap air, debu, habuk dan hablur ais ) Bahan-bahan ini akan melakukan penyerakan terhadap bahangan matahari di atmosfera sebelum sampai ke permukaan bumi. Akibatnya, bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi adalah kecil sahaja.

1.17 PENGARUH TENAGA SURIA KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN BUMI i) Pertanian Kawasan tropika lembap yang menerima tenaga suria sepanjang tahun menggalakkan kegiatan pertanian dijalankan sepanjang tahun. Berbanding dengan kawasan beriklim sederhana kegitan pertanian giat dijalankan pada musim panas dan musim bunga sahaja manakala pada musim sejuk kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan sama sekali. Perikanan Di kawasan tropika lembap yang menerima jumlah tenaga suria yang banyak telah menggalakkan pertumbuhan plankton iaitu sejenis makanan ikan. Ini menghasilkan ekosistem laut yang kaya dengan pelbagai hidupan kesannya kegiatan perikanan giat dijalankan . iii) Pembalakan di kawasan tropika lembap yang menerima min suhu tahunan 27oC dan jumlah hujan tahunan melebihi 2000mm menggalakkan pertumbuhan pokok berharga seperti merantidijalankan sepanjang tahun di kawasan ini. Di kawasan beriklim sederhana, pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana getah pokok membeku, mudah untuk penebangan pokok. Permukaan tanah bersalji memudahkan kayu balak digolekkan dan disusun di atas sungai yang membeku sebelum dihanyutkan pada musim panas. iv) Pelancongan di kawasan tropika lembap yang menerima bahangan matahari sepanjang tahun menggalakkan kegiatan pelancongan dijalankan sepanjang tahun. Di kawasan beriklum sederhana, pelancongan luncur ais dijalankan pada musim sejuk. Penduduk mereka akan berhijrah ke kawasan tropika pada masa ini untuk menikmati bahangan matahari. v) Pemburuan di kawasan tropika lembap kegiatan pemburuan dijalankan sepanjang tahun kerana bahangan matahari diterima sepanjang tahun. Tetapi di kawasan beriklim sederhana dunia, kegiatan pemburuan dijalankan pada musim sejuk kerana bulu binatang sangat tebal, pergerakan binatang sangat perlahan di atas salji memudahkan kerja pemburuan.

vi) Industri kecil dan sederhana di kawasan tropika lembap yang menerima bahangan matahari sepanjang tahun membolehkan aktiviti menjemur batik, ikan kering, udang kering, belacan dan keropok dijalankan dengan giat. Tetapi di kawasan beriklim sederhana dunia, aktiviti serupa ini terhenti pada musim sejuk dan luruh kerana penerimaan bahangan matahari sangat minimum. vii) Sumber tenaga solar Di Negara-negara benua Asia yang menerima bahangan matahari yang banyak sepanjang tahun membolehkan penjanaan tenaga solar dijalankan dengan baik berbanding kawasan sederhana dunia aktiviti ini terganggu pada musim luruh dan sejuk. 1.18 PENGARUH TENAGA SURIA TERHADAP KEGIATAN PERTANIAN DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP i) Penerimaan bahangan matahari yang banyak sepanjang tahun membolehkan pelbagai aktiviti pertanian dijalankan sepanjang tahun. ii) Kegiatan pertanian meliputi pembajakkan, penanaman, pembajaan dan penuaian dijalankan sepanjang tahun. iii) Pelbagai jenis tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bungabungaan dapat dihasilkan sepanjang tahun. iv) Jumlah tenaga suria yang banyak juga mempengaruhi penanaman pelbagai jenis tanaman tropika seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, dan tembakau. v) Bekalan tenaga suria yang banyak menggalakan proses geomorfologi seperti pembentukan bahan regolith yang tebal melalui pereputan bahan organic secara kimia yang subur untuk penanaman pelbagai jenis tanaman. Kitar air yang kerap berlaku telah membekalkan sumber air yang banyak a membolehkan proses pengairan tanaman dijalankan khususnya untuk penaman padi sawah

You might also like