You are on page 1of 36

BAGAIMANAKAH IKLIM MEMPENGARUHI EVOLUSI LANDSKAP

LAPORAN HGF 331


GEOMORFOLOGI
DR. WAN MUHD MUHIYUDDIN BIN WAN IBRAHIM
NAMA AHLI KUMPULAN :
1.NOOR ATIKA ISMAIL (132267)
2.AIN BALQIS BINTI AHMAD FAUZI (133529)
3.NUR ARIFF HAFEEZ BIN MOHD TALIB (132137)
4.NURUL ATIQAH ROSLI (134978)
5. MUHAMMAD NAEM BIN ZAINON (132118)
Iklim
Iklim merupakan keadaan cuaca purata yang berlaku dalam
jangka masa yang panjang.
“we have stressed that climates are only averages of, perhaps,
greatly varying day-to-day conditions.” (Getis et al.,2015)
Iklim mempengaruhi landskap
• Luluhawa
• Pergerakan jisim
• Agen mendakan dan hakisan
LULUHAWA
Luluhawa ialah satu proses penyepaian, pereputan dan
pemecahan batu kepada kumin-kumin yang lebih kecil dilapisan
kerak bumi

Mengikut Polynox, luluhawa merupakan satu kumpulan proses


yang melibatkan tindakan balas di antara mineral dalam bantuan
dengan unsur unsur iklim seperti suhu, air hujan, fros,
angin,tekanan udara dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan dan
haiwan turut memainkan peranan terhadap keberkesanan proses-
proses luluhawa. Proses luluhawa ini berlaku secara insitu iaitu
ia tidak melibatkan sebarang pemindahan atau pengangkutan
hasilan yang terluluh.

Ahli-ahli geomorfologi telah mengklasifikasikan proses-proses


luluhawa kepada jenis luluhawa fizikal (mekanika) dan luluhawa
kimia dan biotic.
LULUHAWA FIZIKAL
• ialah proses pemecahan batuan besar kepada serpihan-
serpihan kecil atau kumin-kumin kecil secara insitu dengan
bantuan unsure-unsur iklim seperti suhu, hujan, fros dan
sebagainya. Proses luluhawa fizikal hanya melibatkan
pemecahan yang melibatkanperubahan rupa bentuk fizikal
batuan sahaja tanpa sebarangperubahan isi kandungan kimia
bantuan.

• Proses-proses luluhawa Fizikal


• Pensuriaan (Julat Suhu harian yang Besar/ Proses Kembang
kecut.
• Penghabluran garam
PROSES LULUHAWA FIZIKAL

Pengembangan hablur garam


Proses ini berlaku secara meluas di kawasan gurun panas.

Pemanasan matahari yang melampau di kawasan ini menyebabkan air di


bawah tanah ditarik ke atas oleh daya rerambut ( capillary force ) dan tersejat
ke permukaan.

Apabila air tersejat, hablur-hablur garam akan tertinggal di dalam rongga atau
retakan batuan ( batu pasir ).

Proses sejatan yang berterusan akan menyebabkan kuantiti hablur garam


dalam rongga atau rekahan batuan bertambah dan mengembang .

Tekanan yang diwujudkan oleh pertambahan kuantiti hablur garam ini akan
menyebabkan batuan tersebut tersepai.
Tindakan Fros

• Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan,


fros amat berkesan untuk memecahkan batuan di kawasan tersebut dalam
bentuk luluhawa fizikal.

• Pada waktu siang, air hujan yang memasuki rekahan batuan di kawasan
tersebut dan pada waktu malam apabila suhu jatuh di bawah takat beku
air yang terdapat dalam rekahan tersebut akan membeku.

• Apabila air dalam rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahan


tersebut telah mengembang sebanyak 10 % daripada isipadu asalnya.
• Pengembangan ini akan menyebabkan tekanan
yang kuat pada dinding rekahan batuan yang
berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi
besar.

• Proses beku dan cair akan berlaku secara


berulangkali sehingga batuan tersebut akhirnya
pecah.

• Tindakan fros ini akan menghasilkan serpihan


yang bersegi-segi dan serpihan batuan itu akan
terkumpul di kaki gunung sebagai talus.
Pelepasan tekanan

Gambar menunjukkan Luluhawa secara pemecahan bongkah

• Pelepasan tekanan merujuk kepada proses pengurangan tekanan


pada batuan.

• Semasa bongkah batuan tersebut tertanam di dalam bumi , tekanan


batuan yang terletak di atasnya menyebabkan bongkah batuan
tersebut berada dalam keadaan kecut.
• Apabila tanah lapisan atas batuan tersebut di hakis oleh
agen-agen hakisan menyebabkan batuan tersebut terdedah
ke permukaan bumi.

• Proses pendedahan ke permukaan bumi ini dikenali sebagai


pelepasan tekanan. Pendedahan ini menyebabkan batuan
tersebut mengembang akibat daripada tekanan yang
berkurangan.

• Batuan ini kemudiannya merekah dan retak.

• Proses pengembangan yang berterusan akan


menyebabkan kepingan-kepingan besar batuan akan
terpisah daripada batuan induk. Proses pelepasan tekanan
ini biasa berlaku ke atas batuan igneus seperti granit.
Tindakan basah dan kering

• Berkesan di kawasan tropika yang mengalami musim hujan dan


kering yang nyata.

• Semasa musim hujan batuan akan basah dan mengembang


manakala semasa musim kering sejatan akan berlaku ke atas batuan
tersebut menyebabkan batuan tersebut mengecut.

• Proses basah dan kering yang berlaku secara yang berulang dalam
tempoh tertentu akan menyebabkan batuan tersebut merekah dan
akhirnya pecah.
• Proses basah kering juga berlaku di kawasan
pinggir laut tropika lembap.

• Semasa air pasang batuan di kawasan pinggir


pantai akan basah dan mengembang manakala
semasa air laut surut batuan pinggir pantai akan
terdedah kepada pancaran matahari yang terik
menjadikannya kering semula.

• Proses basah kering ini akan berlaku secara


berulangkali dan akhirnya menyebabkan batuan
pinggir pantai merekah dan kemudiannya pecah
dan relai.
Tindakan Kembang- kecut
• Tindakan kembang dan kecut berlaku dengan giat di kawasan yang
mengalami perubahan suhu yang ekstrem seperti di kawasan gurun
panas.

• Di kawasan gurun panas julat suhu hariannya sangat besar. Pada


waktu siang pemanasan oleh matahari ( suhu tinggi )
menyebabkan lapisan luar batuan mengembang lebih cepat
daripada bahagian dalam batuan tersebut.

• Sebaliknya pada waktu malam suhunya rendah menyebabkan


lapisan luar batuan menyejuk dan mengecut lebih cepat daripada
bahagian dalam bataun tersebut.

• Proses ini kembang –kecut akan berlaku secara berulang-ulang dan


keadaan ini menyebabkan bahagian luar batuan akan merekah dan
pecah secara mengelupas lapisan demi lapisan.
Luluhawa Kimia atau
Luluhawa Dalaman
Enam Proses utama Luluhawa kimia
Larutan
(solution)

Pengkarbonan
chelation
(carbonation)

Pengoksidaan (oxidation) Hidrolisis

Penghidratan (hydration)
Proses larutan (solution)
• Larutan merupakan proses asas dalam luluhawa dalaman.
Terjadi akibat tindakan air hujan atau air larian yang
bertindak sebagai pelarut. Air berupaya melarutkan
mineral batuan yang mudah larut seperti gipsum dan
kalsium karbonat (batu kapur) menjadi hasil larutan.

• Kuantiti hasil larutan ini bergantung kepada kuantiti air


yang ada dan kadar kelarutan setiap mineral yang
membentuk batu. Contohnya kalsium, natrium, dan
magnesium mempunyai kadar kelarutan yang lebih tinggi
berbanding dengan silika dan seskuioksida. Oleh sebab itu
ia mudah dilarut dan tersingkir daripada jisim asalnya
dalam bentuk larutan.
Proses pengkarbonan (carbonations)

• Pengkarbonan merupakan sebarang tindak balas antara asid


lemah (asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu kapur).
Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida di udara
dan membentuk asid karbonik. Persamaan tindak balas kimia
seperti di bawah.
• H2O + CO2 → H2CO3(Air) + (Karbon Dioksida) → (Asid Karbonik)

• Asid karbonik inilah yang berupaya menguraikan batuan apabila


ia bertindak balas dengan kalsium karbonat (batu kapur)
menghasilkan larutan kalsium bikarbonat. Persamaan tindak
balas kimia seperti di bawah.
• H2CO3 + CaCO3 → Ca(HCO3)2
(Asid Karbonik) + (Kalsium Karbonat) →
(Kalsium Bikarbonat)

• Oleh sebab itu batu kapur lazimnya mudah


mengalami luluhawa seumpama ini. Batuan
lain juga mudah dikarbonkan seperti Dolomit
dan kalium silikat atau potasy-felsfar.
Proses hidrolisis
• Hidrolisis adalah proses tindak balas air dengan batuan.
• Proses ini berlaku apabila batuan menyerap air dan mengalami tindak
balas kimia.
• Tindak balas kimia ini sangat kompleks tetapi boleh melemahkan
batuan untuk menghasilkan regolit tanah.
• Tindak balas kimia berlaku apabila ion hidrogen ( H+) dan ion (OH-) dari
air bertindak dengan ion positif dan negetif batuan.
• Batuan granit mengandungi mineral kuarza, mika dan felspar.
• Felspar dan mika akan direputkan oleh proses hidrolis dan bertukar
menjadi tanah liat putih atau kaolin yang lembut.
• Apabila bahagian tanah liat ini terhakis ia akan mendedahkan bahagian
dalam yang diluluhawakan sehingga seluruh struktur batuan granit
terluluh dan terurai.
• Mineral kuarza dalam batuan granit yang sukar direputkan akan
tertinggal sebagai batu tongkol atau butiran pasir.
Proses Hidratan
Merupakan satu proses penambahan molekul air kepada sebatian
galian.
• Pertambahan air menghasilkan tegangan dalam dtruktur batuan
dan akhirnya menyebabkan batuan terurai.
• Contohnya, kalsium sulfat yang bertindak dengan air berupaya
menyerapnya lalu membentuk suatu bahan yang baru seperti
gypsum.
• Contoh yang lain seperti hematit campur air menghasilkan limonit.
• MerupaKan proses penyerapan air oleh batu-batu sehingga
menyebabkan batuan itu mengembang kerana berlaku perubahan
kimia pada mineralnya.
• Cthnya,besi oksida(ferum oksida)menyerap air menjadi besi
hidroksida(ferum hidroksida).

Proses Pengoksidaan
Proses ini merujuk kepada segala perubahan akibat tindak balas
kimia melalui tindakan oksigen dari udara atau air dengan mineral-
mineral dalam batuan terutama unsur-unsur besi.
• Besi yang teroksida menjadi besi oksida.
• Besi oksida merupakan besi berkarat dan ia berlaku dengan
perubahan warna dari kebiruan kepada merah, perang atau
kekuningan.
• Proses pengoksidaan ini dapat melemahkan struktur batuan
sehingga penguraian batuan berlaku.
• Batuan yang mengandungi besi mudah mengalami pengoksidaan.
Batuan seperti besi sulfida(pirit), Magnetit ( ferus oksida ), mika
dan hornblend(feromagnresium silikat) adalah antara yang mudah
mengamali pengoksidaan.
• Contoh pengoksidaan olivin menghasilkan magnesium hidroksida,
ferous oksida dan asid siliki
Proses chelation

• Chelation merupakan proses pembendungan


satu ion antara agen-agen chelation yang
dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral
dalam batuan seperti ion ferum.
• Pembendungan ini menyebabkan batuan
mengalami tegasan dan mengembang.
• Agen chelation boleh dikeluarkan oleh
tumbuhan yg hidup di permukaan batuan spt
lumut dan kulampair.
• Asid ini beupaya bertindak balas dgn ion
mineral batuan menyebabkan mineral tersebut
mengalami penguraian.
IKLIM BATUAN

KANDUNGAN BATUAN STRUKTUR BATUAN

Faktor faktor mempengaruhi luluhawa kimia


TUMBUHAN DAN HAIWAN TOPOGRAFI

MASA
HAKISAN PERMUKAAN
1) PERGERAKAN JISIM

Pergerakan tanih atau batuan yang berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan tebing
tinggi- secara cepat atau tiba-tiba seperti runtuhan tanah dan runtuhan batuan- membentuk kun talus di
kaki cerun. Pergerakan jisim ini dipegaruhi oleh iklim iaitu hujan yang menjadi agen utama yang
membantu pergerakan jisim berlaku.

a) Aliran tanah

• Pergerakan tanah yang longgar akibat tindakan luluhawa yang giat dari atas ke bawah cerun akibat

tarikan graviti bumi. Aliran tanah kerap berlaku semasa hujan yang lebat disebabkan oleh peranan

air hujan sebagai pelincir dan pemberat. Aliran tanah yang berlaku menyebabkan strukrur tanah

dan lanskap asal kawasan cerun akan berubah kerana tanah di bahagian atas cerun telah runtuh

atau mengalir ke bahagian bawah cerun. Hal ini menyebabkan lanskap cerun tersebut berubah

daripada kawasan yang bercuram bertukar menjadi kawan yang landai kerana aliran tanah.
b) Aliran lumpur

• Aliran lumpur merupakan pergerakan tanih atau lumpur yang sangat lembap secara tiba tiba
daripada atas cerun ke bawah cerun yang biasanya berlaku di kawasan yang menerima hujan yang
lebat seperti di kawasan tropika lembap. Walau bagaimanapun di kawasan gurun panas, hujan
lebat yang turun sekali sekala berupaya untuk menghasilkan aliran lumpur yang bergerak turun
dari cerun melalui lurah-lurah sementara yang terbentuk. Aliran lumpur ini kemudiannya
membentuk kipas lanar di kaki cerun. Ini merubah lanskap cerun

• Lanskap cerun yang mempunyai tumbuhan berubah kerana tumbuhan di kawasan cerun akan
musnah kerana aliran lumpur tersebut membawa dan menghakis segala tumbuhan dan batuan
kawasan cerun ke bahagian bawah cerun dan merubah lanskap kawasan persekitaran seperti
kawasan perumahan, ladang dan sebagainya yang berhampiran dengan cerun.
2) HAKISAN PERCIKAN

• Berkesan di kawasan terdedah dan lapisan tanah yang terdedah


hentaman titisan hujan berupaya menghempaskan
butiran dan jatuh semula kepermukaan.

3) HAKISAN KEPINGAN
• air larian permukaan ini berupaya menghakis lapisantanah di permukaan
lalumengangkutbutiran yangterdapat di permukaan tanih.

4) HAKISAN GALUR DAN GALIR

• aliran ini mengalir melalui kawasan tanih permukaan yang lembut dan membentuk alur
yang halus yg dikenali seagai galir atau rills air yang meresap ke dalam tanah akan mengalir
keluar sebagai mata air di kaki Bukit atau di lereng pergunungan
• Hakisan ini dipengaruhi oleh air hujan hakisan ini mengubah pandang darat .
Pengenalan hakisan fluvial
• Hakisan sungai ditakrifkan sebagai proses pengukiran atau penghausan alur-alur
sungai pada bahagian tebing atau dasar serta pengangkutan bahan oleh agen-
agen hakisan seperti batuan, pasir, air mengalir dan lumpuh
• Kejadian hakisan sungai ini secara tidak langsung memberi impak yang besar
terhadap keselamatan nyawa, harta benda dan kemusnahan ekosistem daratan
serta sistem hidrologi sungai.
• Isu kejadian hakisan sungai yang melibatkan runtuhan tebing yang berlaku di
Malaysia iaitu di Ampang Jaya, Kuala Lumpur menimbulkan keresahan dan
kebimbangan masyarakat setempat terhadap keselamatan serta penempatan
yang di diami oleh mereka. Hal ini, disebabkan oleh keadaan hujan lebat
sehingga sungai yang sedia ada tidak dapat menampung kandungan isi padu air
yang berlebihan. Kesannya, arus deras sungai yang mengalir telah memendapkan
serta meruntuhkan binaan konkrit di kawasan tebing sungai tersebut
Kesan hakisan sungai
Kekurangan Tanah Subur
• Dalam bidang pertanian, hakisan merugikan petani kerana ia menghakis
lapisan atas tanah yang subur untuk tujuan pertanian yang mana lapisan
bawah tanah subur tadi adalah kurang subur untuk ditanam. Kesan yang
dapat dilihat sekiranya tanah subur terhakis ialah tanaman kurang subur
dan kurang menghasilkan buah dan
• kesan ini mungkin memberikan impak terhadap pengeluaran bekalan
makanan negara dan dunia amnya. Contoh paling sesuai ialah kawasan
sawah padi yang terhakis akibat daripada aliran air yang membawa keluar
lapisan tanah yang subur ke dalam terusan atau ruang permukaan yang
tidak diusahakan.
Pengurangan Lapisan Tanah Subur
• Proses hakisan bukan sekadar merosakkan permukaan bumi yang
terdedah tetapi sekaligus mengangkut lapisan tanah yang kaya
dengan nutrien dan humus yang sangat berguna kepada aktiviti
pertanian.
• Pada kebiasaannya, tanah subur ini akan dipindahkan ke kawasan
yang lebih rendah dan ditimbunkan sebagai delta tetapi dalam hal
tertentu tanah subur ini akan terus ke laut dan hilang yang secara
langsung tidak memberikan faedah kepada aktiviti pertanian.
Dasar Sungai Dan Empangan Menjadi Cetek
• Hakisan akibat daripada aliran air yang mengangkut bersama bahan
peroi yang dihakis di kawasan tanah tinggi akan dibawa bersama
dan dimendapkan di sepanjang sungai. Sekiranya aktiviti hakisan
yang pesat di bahagian hulu sungai berkenaan lama kelamaan
dasar sungai dan empangan akan menjadi cetek yang boleh
menyebabkan banjir.
• Jadi hal ini sangat merugikan kerana dasar sungai dan empangan
perlu diperdalamkan untuk mengelakkan sungai menjadi kering
pada musim panas dan banjir pada musim tengkujuh.
CONTOH KES PERUBAHAN PANDANG DARAT DI
NIGERIA

oleh Eseigbe Joseph Omon dan Osawe Ikhede


Anthony
“The Impact Of Climate Change On Landforms In
Nigeria”
Perubahan Iklim dan Pandang Darat
Perubahan pandang darat
• Pembahagian struktur
• hakisan permukaan.

Pembahagian struktur melibatkan ciri geologi sesebuah kawasan seperti


jenis batuan dan sejarah tektonik.
Proses dan masa menerangkan mengenai kronologi penggondolan dan
konsep kitaran hakisan.

Kesan perubahan iklim pada pandang darat dilihat daripada dua cara.
• Pergerakan beban/jisim
• Ciri ciri dan pembentukan profil cerun.

Faktor yang mempengaruhinya


• Topografi
• Ciri ciri tanih
• Tumbuhan
• Aktiviti manusia
• Geomorfologi-luluhawa
Evolusi pandang darat aspek yang penting dalam sains bumi dan melibatkan interaksi yang
kompleks antara proses fizikal yang berlainan dan faktor persekitaran seperti pergerakan
tektonik,
struktur batuan bawah tanah,jenis permukaan batuan, dan skala temporal.
Elemen iklim terutama kerpasan, suhu dan kelembapan relatif.

Data kerpasan telah menunjukkan banyak perubahan pada dekad yang lalu
membawa kepada banjir.
Kadar kerpasan yang menurun telah meningkatkan suhu dan kadar
evapotranspirasi. Seterusnya membawa kepada pengurangan aras air atau
pengeringan sungai dan tasik di Utara Nigeria.
Contoh Tasik Chad telah dilaporkan berkurangan dari segi saiz pada tahap yang
membimbangkan sejak tahun 1970.

Kawasan ini sangat signifikan dengan batuan volkanik dan kawasan


pengangkatan batuan asas yang kompleks. Keadaan ini menunjukkan kawasan
ini tinggi kepada rintangan hakisan tanah.
Peta menunjukkan perubahan Pandang Darat di Tasik Chad Nigeria

Sumber:https://www.anthropocene-curriculum.org
Kerpasan banyak mempengaruhi pandang darat dengan menyebabkan
kebanyakan permukaan muka bumi berkurangan.

Fenomena ini menyebabkan pengurangan yang ekstrim pada ketinggian


kawasan tinggi di Nigeria.

Dalam keadaan lembap di kawasan tropika,luluhawa kimia lebih banyak


terlibat dan mengakibatkan luluhawa lebih daripada 70m.

Luluhawa kimia ini disebabkan oleh litupan bumi yang mereput yang
membantu dalam luluhawa kimia.

Kes nigeria.
Kerpasan faktor utama yang menyebabkan pergerakan jisim. Ia melibatkan
pergerakan perlahan tanih yang menyebabkan pengangkutan beban
termendak dan terampai.
Kesimpulan
Terdapat 3 proses yang terlibat dalam evolusi landskap oleh iklim
• Luluhawa
• Pergerakan jisim
• Hakisan

Iklim memberikan impak yang besar kepada pembentukan


pandang darat. Landskap ini sentiasa berevolusi berdasarkan
masa.

You might also like