You are on page 1of 9

Konsep dan proses

geomorfologi
1)a) Terangkan maksud proses geomorfologi.

• Proses geomorfologi merupakan satu bidang sains bumi yang mengkaji


antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik.
b) Bezakan proses endogenik dan proses
eksogenik di dalam sistem geomorfologi.
I. Proses endogenik ialah proses yang berpunca dari dalam bumi seperti,
lipatan, gelinciran, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang dari
tenaga dalaman bumi.
II. Proses eksogenik ialah proses yang berlaku di permukaan bumi yang
disebabkan oleh tenaga matahari seperti luluhawa, hakisan dan gerakan
jisim.
c)Bagaimanakah proses isotasi terjadi?
I. Lapisan kerak bumi terletak di atas lapisan mantel yang bersifat separa
cair dan elastik. Blok bumi akan turun dan kejadian proses ataman
berlaku apabila berat beban di atas permukaan bumi bertambah seperti
pertambahan litupan ais.
II. Sekiranya berat beban bumi berkurang maka blok bumi akan terangkat
semula dan berlaku pemulihan isotasi
d)Bezakan antara igneus jalar luar dan igneus
jalar dalam.
I. Igneus jalar dalam terhasil apabila cairan magma bergerak ke atas,
mengalir dan membeku di dalam lapisan-lapisan kerak bumi sebelum
magma tiba di permukaan bumi.
II. Manakala igneus jalar luar terjadi apabila magma dari lapisan mantel
bumi mengalir ke luar dan membeku di permukaan bumi.
2)a) Jelaskan pelbagai proses eksogenik yang
berlaku di permukaan bumi. (10m)
• Berlaku luluhawa kimia iaitu proses pereputan atau penguraian batuan
yang berlaku disebabkan tindak balas mineral batuan dengan agen-agen
luluhawa seperti ion, air dan asid.
• Berlaku luluhawa fizikal iaitu proses penyepaian atau pemecahan batuan
disebabkan oleh tindak balas unsur-unsur cuaca.
• Hakisan larian air permukaan yan disebabkan oleh limpahan air dari
sungai dan liang pori tanah yang sudah tepu.
• Berlaku hakisan sungai iaitu hakisan berlaku dalam alur sungai melalui
proses lagaan, larutan, hidrolik dan lelasan.
• Berlaku hakisan ombak yang akan menyebabkan perubahan pada bentuk
muka bumi pinggir laut.
• Gerakan jisim iaitu pergerakan bahan regolit yang telah terluluhawa dari
atas ke bawah cerun akibat tarikan gravity bumi.
b)Bincangkan kesan proses geomorfologi yang berlaku di
permukaan bumi terhadap alam sekitar manusia. (15m)

• Pertanian dapat dijlankan kerana luluhawa kimia menyebabkan tanih


menjadi subur.
• Pelancongan dijalankan kerana terjadinya pandang karst yang menarik
untuk menarik pelancong seperti kawasan tanah tinggi.
• Aktiviti perlombongan dapat dijalankan kerana berlaku penghasilan
mineral seperti bijih timah dan emas.
• Menyebabkan pencemaran persekitaran seperti banjir lumpur yang akan
mengurangkan sumber air bersih untuk kegunaan manusia.
• Berlaku kerosakan harta benda disebabkan oleh kejadian tanah runtuh
yang berlaku di kawasan petempatan penduduk.
• Menjejaskan sistem pengangkutan dan telekomunikasi apabila berlaku
tanah runtuh yang akan memutuskan sistem pengangkutan dan
telekomunikasi.

You might also like