You are on page 1of 9

GEOGRAFI TINGKATAN 4 :

ULANGKAJI TERANCANG SIRI 4 – Bentuk Muka Bumi dan Potensinya

1. Sistem Bumi terdiri daripada 4 bahagian utama, Kenalpastikan setiap bahagian berkenaan. (hlm 4)
Lapisan Udara ATMOSFERA

Bahagian daratan LITOSFERA

Bahagian air HIDROSFERA

Lapisan yang menampung hidupan BIOSFERA

2. Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan udara yang menganjur dari permukaan bumi sehingga
beratus-ratus kilometer ke atas. (hlm 5)
a. Nyatakan lapisan udara berkenaan
b. Bagi setiap lapisan udara, nyatakan 2 ciri utamanya.

Lapisan Udara Ciri Utama


 Paling rendah dan tidak stabil; terbentuk awan, hujan, rebut petir
TROPOSFERA  Semakin tinggi suhu semakin rendah

 Ozonosfera; menyerap sinaran ultra ungu


STRATOSFERA  Tenang; suhu tidak berubah ikut ketinggian
 Sesuai penerbangan kapal terbang super sonik
 Suhu berkurangan ikut ketinggian
MESOSFERA  Lapisan paling sejuk(90◦C)
 Tempat terbakar dan hancurnya meteorit
 Suhu meningkat mengikut ketinggian; 1200◦C
TERMOSFERA  Dikenali sebagai ionosfera; membalikkan gelombang radio
 Mempunyai aurora / jalur cahaya yang berwarna-warni
 Udara semakin nipis semakin hampir angkasa lepas
Eksosfera  Mengandungi gas ringan seperti helium dan hidrogen

3. Berikan 3 kepentingan litosfera. (hlm 6)


 Tanih diperlukan untuk bercucuk tanam dan membekalkan nutrient kepada tumbuhan semulajadi
 Litosfera kaya dengan pelbagai sumber mineral; bijih timah / emas
 Tanih menjadi habitat pelbagai hidupan liar; cacing tanah/ ular/ arnab

4. Biosfera terbahagi kepada 3 jenis . Jelaskan ketiga-tiga jenis tersebut. ( hlm 6)


 Biosfera daratan- menampung tumbuhan, haiwan dan manusia
 Biosfera udara – menampung pelbagai jenis burung
 Biosfera lautan – menampung hidupan laut seperti ikan, tumbuhan dan hidupan seni seperti
plankton
5. Struktur Bumi terdiri daripada 3 zon utama. Nyatakan: (hlm 7)

 kerak bumi
 mantel
 teras bumi
6. Kerak bumi terdiri daripada 2 bahagian, kenalpastikan bahagian berkenaan. (hlm 8)

SIAL
 tebalnya antara 30 - 40km
 terletak di bawah daratan
 terdiri daripada batuan granit; kaya dengan silica dan aluminium
 ketumpatan ialah 2.7g/cm³
 terapong-apong di atas sima

SIMA
 tebalnya antara 5 - 10 km
 terletak di bawah lautan
 terdiri daripada batuan basalt; kaya dengan silica , besi dan magnesium
 ketumpatan ialah 3.0g/cm³
 terletak di bawah sima

7. Nyatakaan 3 aspek utama yang dapat digunakan untuk mengenalpasti batuan (hlm 10)
 komposisi mineral
 teksture batuan
 struktur batuan

8. Batuan yang terbentuk hasil daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava dikenali sebagai (hlm
11) ...Batuan Igneus

9. Batuan enapan terdiri daripada 3 jenis batuan iaitu : (hlm 13)

Klastik  terdiri daripada bahan-bahan enapan seperti ….pasir, kelikir,kelodak dan lempung
 terbentuk daripada proses...pemadatan dan penyimenan bahan-bahan enapan
 contoh batuan : konglomerat / batu pasir / syal

Kimia  berasal daripada bahan mineral yang ...dilarutkan oleh air semasa proses penguraian
atau pemecahan batuan
 contoh batuan : garam batuan / gipsum batuan

Organik  berasal daripada lapisan-lapisan ...benda hidup berjuta tahun dahulu


 contoh batuan : batu kapur / batu arang

10. Nyatakan 5 kepentingan batuan : ( hlm 18)


 batu granit sesuai untuk industri pembinaan ; tembok bangunan / benteng sungai
 batuan enapan kaya dengan sumber mineral; arang batu/ petroleum/ bijih timah
 pandang darat karst ( batu kapur) menggalakkan aktiviti pelancongan
 batu marmar dijadikan penghiasan dinding dan lantai
 batu permata dijadikan sebagai mata penggerudian
11. Senaraikan 7 plat tektonik utama di dunia. (hlm 26)
a. Plat Amerika Utara b. Plat Amerika Selatan c. Plat Eurasia d. Plat Afrika
e. Plat Indo - Australia f. Plat Antartika g. Plat Pasifik

12. Lengkapkan peta minda yang berikut : (hlm 27 -28)

13. Pergerakan plat tektonik secara pertembungan akan menghasilkan fenomena : (hlm 29)

a. lipaatan b. gempa bumi

14. Namakan 5 jenis lipatan hasil daripada kuasa mampatan bumi:

a. lipatan monoklin b. lipaatan simetri c. lipatan asimetri d. lipatan lampau


e. lipatan rebak

15. Pergerakan plat tektonik secara pencapahn / pemisahan akan menghasilkan fenomena (hlm 31)

a. gelinciran @ sesaran b. hanyutan benua


16. Namakan 3 jenis gelinciran :

a. gelinciran biasa b. gelinciran songsang c. gelinciran rabak

17. Namakan 2 jenis bentuk muka bumi hasil daripada aktiviti igneus (hlm 32)

a. bentuk muka bumi jalar dalam ( Rejahan ) b. bentuk muka bumi jalar luar (
Terobosan )

18. Namakan 2 jenis gunung berapi (hlm 35)

a. kon komposit ( stratovokano) b. gunung berapi perisai ( kubah lava )

19. Gunung berapi yang mempunyai cerun curam dan cekung; terdiri daripada lapisan lava dan piroklas;
dikenali sebagai gunung berapi : kon komposit. Dua contoh gunung berapi tersebut ialah Gunung
Vesuvius di Itali dan Gunung Fujiyama di Jepun.

20. Gunung berapi yang terbentuk di dasar lautan, mempunyai cerun yang landai dan cembung; terdiri
daripada lapisan lava basalt dikenali sebagai gunung berapi perisai. Dua contoh gunung berapi tersebut
ialah Pulau Hawaii dan Pulau Samoa.

21. senaraikan 6 jenis bentuk muka bumi rejahan :


a. daik b. sill c. pakolit d. lopolit e. lakolit
f. batolit

22. Senaraikan 5 jenis bentuk muka bumi terobosan:


a. kon komposit b. gunung berapi perisai c. penara basalt
d. kawah / tasik kawah e. kaldera

23. Kenalpastikan ciri-ciri lava bes dan ciri-ciri lava asid

LAVA BES LAVA ASID

 berwarna gelap  berwarna cerah

 kaya dengan besi dan magnesium  kaya dengan silika

 cair  likat

 lambat membeku  cepat membeku

 membentuk cerun yang landai  membentuk cerun yang curam


24. Jelaskan kepentingan aktiviti gunung berapi ke atas kegiatan ekonomi.

a. Tasik kawah / geiser - tarikan pelancong

b. Geiser - Menjana tenaga geoterma

ULANGKAJI TINGKATAN 4 (SIRI 5) - perubahan pandang darat fizikal hlm 44 - 55


1 Proses penggondolan batuan bermula dengan proses _luluhawa_

2 Nyatakan 3 jenis luluhawa : (hlm 44)

a. Mekanika @ fizikal b. kimia c. Oganik

3 Berikan 4 proses luluhawa mekanika dihasilkan:

a. tindakan ibun b. pelepasan tekanan

c. penghabluran garam d. perubahan suhu yang ekstrem

4 Namakan 2 kawasan yang kerap berlakunya proses tindakan ibun / fros

a. kawasan iklim sederhana b. kawasan pergunungan

5 ( i ) Proses luluhawa yang boleh mengakibatkan pemecahan dan penyepaian batuan di


kenali sebagai penghabluran garam

( ii ) Namakan 2 kawasan yang kerap berlaku proses seperti di atas.

a. kawasan gurun panas b. kawasan pnggir pantai

6 Namakan 3 cara penyepaian batuan berlaku:

a. pemecahan bongkah b. pemecahan berbutir c. pengelupasan

7 Pemecahan bongkah biasanya disebabkan oleh proses :

a. tindakan ibun b. biologi

8 Namakan 5 jenis luluhawa kimia:

a. pengkarbonan b. hidrolisis c. penghidratan

d. pengoksidaan e. larutan
9 Padankan :

10 Berikan 4 agen luluhawa organik. (hlm 50)

a. Tumbuhan b. Haiwan

c. Manusia d. Bakteria

11 Berikan 2 kepentingan luluhawa kimia.

a. Menghasilkan mineral baru seperti kaolin, digunakan untuk membuat tembikar

b. Menghasilkan pandang darat kars, menggalakkan kegiatan pelancongan

12 Berikan 2 sebab mengapakah luluhawa kimia giat berlaku di kawasan tropika lembab
(hlm 51)
a. Mengalami iklim panas dan lembap sepanjang tahun

b. Banyak asid humik yang dihsilkan apabila tumbuhan mengalami pereputan

13 Berikan 2 sebab yang menggalakkan luluhawa fizikal giat berlaku di kawasan Gurun
Panas. (hlm55)

a. Keadaan iklim yang panas dan kering sepanjang tahun

b. Julat suhu harian yang besar

14 Nyatakan 2 jenis pandang darat kars. Bagi setiap jenis pandang darat tersebut, berikan 2
contoh yang terdapat. (hm52)

a. Pandang darat permukaan - lubang langgah, dolin dan lurah kering


b. pandang darat bawah tanah - sungai bawah tanah, stalaktit, stalagmit dan gua batu
kapur.

15 Pergerakan bahan terluluhawa menuruni cerun akibat tarikan graviti


dikenali sebagai pergerakan jisim (hlm 56 - 57)

16 Berikan 4 proses pergerakan jisim


a. kesotan tanih b. gelangsar
c. aliran lumpur d. gelongsoran tanah / tanah runtuh

17 Kesotan tanih kerap berlaku di cerun landai. Tanah bergerak turun secara :perlahan-
lahan

18 Gelangsaran biasanya berlaku di kawasan tundra dan pergerakannya


sangatlah perlahan-lahan

19 Namakan 2 jenis pergerakan jisim yang berlaku secara cepat atau tiba-tiba.
a. Aliran lumpur b. gelongsoran tanah / tanah runtuh

20 Proses yang merendahkan permkaan bumi di kenali sebagai proses penggondolan


Proses ini berlaku dengan 2 cara iaitu luluhawa dan hakisan (hlm 59)

21 Nyatakan 4 cara sungai atau ombak menghakis.


a. tindakan hidraul b. larutan c. geseran / lelasan d. lagaan

22 Nyatakan 3 keadaan di mana geseran dapat berlaku dengan berkesan. (hlm60)


a. halaju sungai yang tinggi
b. beban sungai yang banyak
c. banyaknya kerakal dan serpihan batuan yang digolek di dasar sungai

23 Namakan satu cara hakisan sungai yang membolehkan serpihan batuan menjadi licin
dan bulat .
Lagaan

24 Berikan 4 cara sungai mengangkut : (hlm 61)


a. loncatan / lompatan b. ampaian c. seretan / golekan d. larutan

25 Berikan 3 keadaan yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai. (hlm 61)


Mana -mana tiga jawapan berikut diterima:
a. kecerunan sungai berkurangan
b. halaju sungai berkurangan
c. dasar alur semakin lebar
d. beban yang dibawah berlebihan
e. terdapat halangan seperti batuan besar di dalam sungai
f. sungai mengalir ke dalam air tenang seperti tasik
g. berlaku pembekuan.

26 Berikan 4 faktor yang mempengaruhi pemendapan ombak. (hlm 63)

a. jenis ombak b. bekalan sedimen


c. tenaga ombak d. keadaan @ sifat garis pesisir

27 Namakan 2 jenis air mengalir:

a. air yang mengalir di permukaan b. air yang mengalir melaui alur

28 Berikan 2 contoh bentuk muka bumi hasil daripada hakisan air mengalir permukaan

a. alur-alur kecil b. tonggak tanah

29 Hakisan air mengalir melalui alur menghasilkan beberapa jenis bentuk muka bumi.
Nyatakan 5 daripadanya:

a. susuh bukit b. liku sungai c. air terjun, lubuk tunjam dan jeram

d. gaunga e. lurah berbentuk


V

30 Di dataran banjir, bahan enapan yang meninggikan tebing sungai dikenali sebagai
tetambak

31 Berikan 2 contoh dataran mendap yang utama di Malaysia.

a. Dataran Kedah Perlis b. Dataran Kerian

33 Berikan 3 contoh bentuk muka bumi yang terdapat di peringkat hilir sungai.

a. tasik ladam b. delta c. Dataran banjir dan tetambak

34 Nyatakan 3 faktor yang menggalakkan pembentukan delta sungai.

a. hakisan giat di peringkat hulu sungai


b. terdapat pantai terlindung ; tidak mengalami pasang surut yang ketara
c. terdapat laut yang cetek

35 Bentuk muka bumi hakisan ombak ialah :

a. batu tunggul dan tunggul sisa b. gua dan gerbang laut c. gloup dan geo
d. cenuram dan teres hakisan ombak e. tanjung dan teuk

Bentuk muka bumi pemendapan ombak ialah:


36
a. pantai b. tanjung dan beting pasir c. tombolo

Senaraikan 2 contoh kegiatan manusia yang boleh menyebabkan hakisan pantai


37 berlaku.

a. pembinaan kawasan rekreasi / hotel b. penebangan pokok bakau


Apakah usaha yang boleh dilakukan bagi mengawal tindakan ombak di pantai?
38
a. membina tembok / dinding konkrit b. mengawal pembangunan di pantai

39 Berikan empat kegiatan manusia yang mengancam potensi laut dan lautan.
a. tumpahan minyak kapal laut

b. pembuangan sisa-sisa toksik kilang ke laut

c. penerokaam hutan paya bakau

d. pemburuan dan penangkapan hidupan laut secara besar-besaran

40 Berikan empat langkah untuk memelihara dan memuliharan potensi lautan.


a. mewujudkan taman laut

b. membina tukun tiruan

c. menggalakkan industri akuakultur

d. menguatkuasakan undang-undang untuk mencegah pencemaran


laut

You might also like