You are on page 1of 6

Taburan Penduduk Negara Malaysia

1. Jumlah penduduk Negara Malaysia kira-kira 23 juta orang.

2. 79.7% tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% di Sabah dan 8.9% di Sarawak.

3. Taburan penduduk di Malaysia dibahagikan kepada berpendudukan padat, berpenduduk


sederhana dan berpenduduk jarang.

Kawasan Berpenduduk Padat

1. Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih


daripada 200 orang sekilometer persegi.

2. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di


Bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai.

3. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan. Contoh-


hospital, institut pengajian tinggi

4. Contoh kawasan- Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai,
Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka(Semenanjung Malaysia).

5. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan tumpuan penduduk di dataran


dan delta subur spt Dataran Kelantan, Dataran Terengganu.

6. Di Sarawak, tumpuan penduduk di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu.

7. Di Sabah, pendudk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu.

Kawasan Berpenduduk Sederhana

1. Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer


persegi.

2. Contoh- kawasan kaki bukit atau luar Bandar.

3. Kemudahan awan, infrasturktur dan perkhidmatan disediakan di kawasan ini.

4. Jenis taburan penduduk ini juga terdapat di kawasan pertanian, perikanan dan pekan-
pekan kecil.

5. Contoh kawasan:

Beberapa bahagian dataran pantai barat spt Kulim, Jitra, Teluk Intan, Sepang, Port Dickson,
Jasin, Muar.
Bachok, Kelantan, Marang dan Kuala Berang di Terengganu dan Jerantut serta Sungai
Pahang di Pahang di Semenanjung Malaysia.
Lembah Sungai Rajang, Lembah Sungai Baram, Sibu, Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman,
dan Liambang di Sarawak.
Lembah Sungai Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Tuaran dan
Keningau di Sabah.
Kawasan rancangan kemajuan tanah spt Jengka Tiga Segi, Pahang Tanggara, Johor
Tenggara, Kelantan Selatan.

Kawasan Berpenduduk Jarang

1. Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer


persegi.

2. Contoh- kawasan pedalaman, kawasan tanah tinggi yg berhutan tebal spt kawasan di
pedalaman Sabah dan Sarawak.

3. Kawasan berpaya juga berpendudk jarang spt di Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang.

Kepadatan Penduduk

1. Merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi.

2. Formula mengira kepadatan penduduk:

Jumlah penduduk
Kepadatan Penduduk= ----------------------
Keluasan

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Negara


Malaysia
Taburan penduduk yang tidak sekata dipengaruhi oleh beberapa factor spt bentuk muka
bumi, sejarah, kegiatan sosio-ekonomi, sumber mineral, pengangkutan dan sebagainya.

Bentuk Muka Bumi

1. Penduduk bertumpu di kawasan tanah pamah, pinggir pantai, dataran, dan lembah
sungai.

2. Semenanjung Malaysia- penduduk bertumpu di jaluran tanah pamah dari Perlis ke


Taiping, Lembah Kinta ke Teluk Intan, Kuala Kubu ke Lembah Klang hingga Seremban,
Melaka ke Batu Pahat, sekitar Johor Bahru, sekitar Kuantan, dataran Kuala Terengganu
dan Kota Bharu.

3. Sarawak- penduduk bertumpu di sekitar Kuching, Sarikei, dan Sibu. Sabah- penduduk
bertumpu di sekitar di Kota Kinabalu.

4. kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan kawasan petempatan, pembinaan


jaringan perhubungan dan pengangkutan.

5. kawasan lembangan dan lembah sungai menjadi tumpuan kerana tanih aluviumnya
subur.

6. penanaman padi dijalankan di kawasan seperti ini.

Contoh- Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan

7. Pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang krn


banyak gunung-ganang dan hutan tebal.

8. keadaan bentk bumi spt itu menyukarkan pembinaan petempatan dan kos pembinaan
adlh tinggi.

9. namun, terdapat kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan peduduk spt di
Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron, Pahang krn udaranya nyaman dan
pemandangan yang indah menarik pelancong.

Sejarah

1. Kawasan petempatan awal di Malaysia menjadi tumpuan penduduk.

2. Petempatan awal terletak di muara sungai, tebing sungai dan pinggir laut.

3. Selat Melaka menjadi jalan perkapalan dan perdagangan yang penting yang
menggalakkan perkembangan pelabuhan dan kegiatan perdagangan.

4. Kawasan yang kaya dengan longgokan bijih timah telah menggalakkan kegiatan
perlombongan dan tumpuan penduduk. Contoh- Taiping dan Ipoh.

5. Pembukaan lading-ladang getah telah menggalakkan tumpuan penduduk terutama


pekerja India.

Kegiatan Sosio-ekonomi

1. perkembangan sector ekonomi serta pelbagai kemudahan yg disediakan di sesuatu


kawasan mempengaruhi taburan penduduk.
2. penduduk akn bertumpu di kawasan yg menyediakan peluang pekerjaan dan
kemudahan yg memberikan keselesaan hidup.

3. Contoh- kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Tanjung


Karang.

4. Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di sekitar Teluk Intan, Layang-layang dan
Tawau.

5. Kawasan perindustrian di Shah Alam, Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Likas, Pasir
Gudang, Paka dan Bintulu.

6. Pusat perniagaan, kewangan dan perdagangan spt di Kuala Lumpur, Johor Bahru,
Kuching dan Kota Kinabalu.

Sumber Mineral

1. Kawasan yang mempunyai sumber mineral spt bijih timah, petroleum dan gas asli telah
menggalakkan tumpuan penduduk kerana terdapat pelbagai peluan pekerjaan.

2. Kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dgn kemudahan asas infrastruktur
dan perkhidmatan.

3. Kawasan Lembah Klang dan Lembah Kinta berkembang pesat drpd hasil perlombongan
bijih timah.

4. Contoh kawasan yg berkembang pesat hasil perlombongan bijih timah ialah Kuala
Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban.

5. Kuala Lumpur- mempunyai penduduk paling padat di Malaysia.

6. Perlombongan gas asli dan petroleum di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak
telah menyebabkan tumpuan penduduk di Miri, Kertih, Lutong dan Bintulu.

Pengangkutan dan Perhubungan

1. Kawasan yang terdapat kemudahan pengangkutan dan perhubungan yg baik


mempunyai taburan penduduk yg padat.

2. Di kawasan yg jaringan pengangkutannya kurang, taburan penduduknya adalah kurang


padat.

3. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan membantu perkembangan perniagaan,


perdagangan dan perindustrian.
4. Pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan perkembangan secara tidak
langsung dan kepadatan penduduk di beberapa kawasan yang dihubungkan.

5. Contoh- Sungai Petani, Jelapang, Senai dan Bukit Tengah.

6. Di kawasan pedalaman, terdapat penduduk yang bertumpu di tempat-tempat yang


berhampiran dengan jalan raya.

7. Contoh- Nalapak dan Ranau, iaitu di sepanjang jalan raya yang menghubungkan Kota
Kinabalu dengan Sandakan.

8. Penduduk juga bertumpu di kawasan Pelabuhan Klang dan lapangan terbang spt
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sepang.

-terdapat peluang pekerjaan dan perkhidmatan yg lain.

Perkhidmatan dan Pendidikan

1. Aktiviti-aktiviti perkhidmatan spt pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan


pelancongan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.

2. Hal ini menggalakkan tumpuan penduduk di Bandar-bandar spt Putrajaya(pentadbiran),


Kota Kinabalu(pentadbiran dan perdagangan) dan Tanah Tinggi Cameron(pelancongan).

3. Pembinaan pusat pengajian tinggi spt di Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi juga
telah menarik tumpuan penduduk di kawasan tersebut.

Dasar Kerajaan/Goverman

1. Kerajaan memperkenalkan beberapa dasar untuk memajukan sector perdagangan dan


perindustrian.

2. Antaranya- Dasar Perindustrian Negara(DPN) dan Dasar Pertanian Negara.

3. DPN mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas yg menggalakkan pembinaan


estet-estet perindustrian terancang.

4. Contoh- Sungai Way, Telok Panglima Garang, Bayan Lepas, Perai, Jelapang, Kinta,
Sama Jaya, Pasir Gudang, Telok Kalong, dan Kemaman.

5. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan byk peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan
penduduk.

6. Pembangunan kawasan luar Bandar di bawah Dasar Pertanian Negara telah membuka
kawasan baru untuk pertanian.
7. Contoh- penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), beberapa
kawasan telah dibuka seperti Jengka Tiga Segi di Pahang dan KETENGAH di
Terenggan.

8. Perpindahan penduduk ke kawasan pertanian baru ini telah menambahkan penduduk di


kawasan-kawasan tersebut.

9. Pada zaman darurat(1948-1960) penduduk yg tinggal di pedalaman telah dipindahkan


ke kampong-kampung baru yang mewujudkan petempatan spt di Jinjang dan Berapit.

You might also like