You are on page 1of 17

BAB : 9

TINGKATAN 1
Standard Kandungan
9.1 Sistem Dan Struktur Bumi
Standard Pembelajaran
9.1.1 Berkomunikasi mengenai sistem Bumi
9.1.2 Menjelaskan perbezaan antara lapisan bumi berdasarkan komposisi dan sifat fizik
9.1.3 Menyedari bahawa keadaan fizik yang sesuai menampung kehidupan hanya
wujud di bumi

9.1 Sistem dan Struktur Bumi


1. Struktur Bumi terdiri daripada empat sfera utama, iaitu atmosfera, hidrosfera,
biosfera dan geosfera.

2. Atmosfera ialah lapisan gas yang berada di atas permukaan Bumi. Atmosfera
dibahagikan kepada lima lapisan utama iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera,
termosfera dan eksosfera.
3. Hidrosfera merupakan kandungan air di Bumi dalam bentuk cecair, gas atau
pepejal. Contoh hidrosfera ialah air hujan, air laut, air sungai, salji dan aisberg.
4. Geosfera merupakan bahagian Bumi yang pepejal seperti batuan, mineral dan
tanah.Terdapat tiga lapisan utama dalam lapisan struktur Bumi, iaitu kerak, mantel
dan teras.
5. Biosfera merupakan bahagian yang didiami oleh semua hidupan di Bumi. Biosfera
terdiri daripada sebatian yang mengandungi oksigen, karbon dan hidrogen.
6. Stratifikasi dalam lautan dibahagikan kepada 3 zon iaitu zon permukaan, zon tengah
malam dan zon gelap. Zon prmukaan ialah merujuk kepada air yang cetek dan
cahaya boleh menembusinya, membolehkan zon ini sesuai untuk habitat tumbuhan.
Zon tengah malam mempunyai sedikit cahaya atau tiada cahaya, tumbuhan sukar

Untuk hidup tetapi tahap kedalaman ini menjadi habitat untuk haiwan laut yang besar.
zon gelap tiada cahaya yang boleh sampai, haiwan dalam zon ini mempunyai badan
berkilau atau bersinar di dalam gelap..

Latihan 9.1
1. Rajah di bawah menunjukkan lapisan atmosfera Bumi

Apakah X?
A Termosfera B Stratosfera
B Ionosfera D Ekosfera
2. Antara pernyataan berikut, yang
manakah benar tentang lapisan termosfera?

A Mengandungi lapisan ozon


B Merupakan tempat salji terbentuk
C Mengandungi gas hidrogen
D Mengandungi ion-ion untuk menentukan gelombang radio
3. Tentukan sama ada pernyataan yang diberi di bawah ini adalah Benar atau Palsu

Pernyataan Benar/Palsu
a Atmosfera dibahagikan kepada lima bahagian
utama, iaitu troposfera, stratosfera, lapisan ozon,
ionosfera dan eksosfera.
b Geosfera merupakan bahagian Bumi yang
berkeadaan pepejal, iaitu batuan mineral dan
tanah.
c Hidrosfera merupakan jumlah air di Bumi yang
wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas.
d Komposisi biosfera terdiri daripada sebatian yang
mengandungi karbon, oksigen dan hidrogen
e Biosfera merupakan bahagian Bumi yang didiami
oleh semua benda hidup.
f Biosfera merupakan lapisan gas yang berada di
atas permukaan Bumi.
4. Labelkan stratifikasi dalam lautan rajah berikut dengan menggunakan perkataan
yang diberi di bawah.
Zon tengah malam Zon gelap Zon permukaan

Standard Kandungan
9.2 Bahan Bumi
Standard Pembelajaran
9.2.1 Menerangkan cirri dan jenis batuan
9.2.2 Berkomunikasi bagi membezakan proses pembentukan batuan
9.2 Bahan Bumi
1. Batuan ialah pepejal yang terbentuk apabila dua atau lebih mineral berpadu.
2. Rajah di bawah menunjukkan jenis batuan dan pembentukkannya.

3. Batuan igneus terbentuk apabila magma meletus ke permukaan Bumi yang


mengalami penyejukan dan pemejalan. Contoh batuan igneus ialah granit, basalt dan
pumis.
4..Batuan sedimen terbentuk apabila serpihan batuan, pasir, lumpur atau cangkerang
hidupan laut yang dienapkan secara berlapis-lapis mengalam proses pemadatan dan
penyimenan. Contoh batuan sedimen ialah batu kapur, gipsum dan breksia.
5. Batuan metamorfik berasal daripada batuan igneus dan batuan sedimen. Apabila
dua batuan ini terdedah kepada suhu dan tekanan yang tinggi, sifat fizikal dan

komposisi batuan akan berubah untuk membentuk batuan baharu.. Contoh batuan
metamorfik ialah batu marmar, kuartzit dandan batu gneis.

Latihan 9.2
1. Bagaimanakah batuan sedimen terbentuk?
A Terbentuk apabila magma menyejuk dan mengeras
B Terbentuk daripada zarah-zarah pasir, cangkerang, batu kerikil
dan bahan-bahan serpihan lain.
C Terbentuk apabila batuan igneus atau batuan sedimen terdedah
kepada tekanan dan suhu yang tinggi
D Melalui proses penyejukan dan pembentukan magma dan larva
2. Gariskan jawapan yang betul bagi pernyataan tentang proses pembentukan batuan
di bawah.
(a Batuan igneus terbentuk daripada (pemanasan / penyejukan) dan
) (pembekuan / peleburan)
(b Batuan sedimen terbentuk apabila batuan, lumpur, pasir, sisa haiwan
) dan sisa tumbuhan (dimendapkan / dialirkan) oleh aliran air, ais dan
angin.
(c Apabila batuan sedimen dan batuan igneus mengalami (tekanan
) /mendapan) dan suhu yang sangat tinggi, batuan metamorfik akan
terbentuk.
3. Tandakan (/) pada ruangan yang berkaitan dengan pernyataan yang diberi.
Pernyataan Igneus Metamorfik Sedime
n
(a Mengandungi fosil tumbuhan dan
) haiwan
(b Mengandungi pelbagai bahan
) mineral
(c Biasanya lebih keras daripada
) batu asal yang membentuknya
4. Tandakan (/) pada contoh batuan metamorfik yang betul.

(a Batu kapur
)
(b Batu marmar
)
(c Granit
)
(d Kuartzit
)

Jawapan
9.1
1. B
2. D
3.(a) Palsu
(b) Benar
(c )Benar
(d) Benar
(e) Benar
(f) Palsu
4 (i) Zon permukaan
(ii) Zon tengah malam
(iii) Zon gelap

9.2
1. B
2.(a) penyejukan, pembekuan
(b) dimendapkan
(c) tekanan
3.(a) sedimen
(b) igneus
(c) metamorfik
4.
(a) Batu kapur
(b) Batu marmar /
(c) Granit
(d) Kuartzit /
Tema : Penerokaan angkasa lepas
Bidang Pembelajaran : 9. Bumi
Standard Kandungan : 9.3 Proses Utama Bumi
Standard Pembelajaran : 9.3.1 Berkomunikasi mengenai proses eksogen dan endogen
Kriteria Kejayaan : Saya dapat
1. Menerangkan proses eksogen dengan menggunakan sekurang-
kurangnya 3 contoh
2. Menerangkan proses endogen dengan menggunakan sekurang-
kurangnya 3 contoh

NOTA
1. Permukaan Bumi terbentuk melalui dua proses, iaitu proses eksogen dan proses
endogen..
2. Proses eksogen adalah proses yang berlaku di permukaan Bumi. • Contoh:
Luluhawa, hakisan, susutan jisim, susutan darat,angkutan dan pengenapan.
i. Luluhawa - Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan akibat
perubahan suhu, air hujan, tindakan fros dan mikroorganisma.
ii. Hakisan - Proses penghausan yang dialami oleh permukaan Bumi akibat
tindakan agen-agen yang bergerak seperti air, angin dan ombak.
iii. Susutan jisim dan susutan darat - Melibatkan pergerakan tanah dari atas
cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan graviti. Misalnya, tanah runtuh.
iv. Angkutan dan pengenapan Peenapan bahan-bahan diluluhawa atau dihakis
yang dibawa oleh agen-agen seperti aliran air, angin, ombak dan glasier
apabila halaju agen menjadi perlahan.
3. Proses endogen adalah proses yang berpunca daripada bahagian dalam Bumi.
Proses ini membentuk dan mengubah permukaan Bumi. Contoh: Proses olakan
mantel, aktiviti magma dan proses pergerakan kerak Bumi (plat tektonik).
i. Proses olakan mantel - Suhu yang tinggi dalam bahagian mantel dan teras
Bumi menghasilkan arus-arus perolakan di lapisan astenosfera yang
berupaya menggerakkan kerak Bumi
ii. Proses pergerakan kerak Bumi (Plat Tektonik) - Kerak Bumi dibahagikan
kepada beberapa keping plat. Proses pertembungan dan pencapahan yang
berlaku akibat pergerakan plat menghasilkan pelbagai bentuk Bumi serta
hanyutan benua.
iii. Aktiviti magma :Gunung berapi ialah satu lohong dari dalam kerak Bumi yang
membolehkan magma yang cair dan panas keluar melaluinya dalam bentuk
letusan yang kuat. Bahan-bahan letusan yang tertimbun di sekeliling cerun
lohong membentuk kon gunung berapi.

LATIHAN 9.3
1. Antara berikut yang manakah adalah proses endogen
A. Luluhawa
B. Hakisan
C. Proses pergerakan kerak bumi (Plat tektonik)
D. Susutan jisim dan susutan darat

2. Antara berikut, yang manakah BENAR tentang proses eksogen?


A. Poses yang berpunca daripada bahagian dalam Bumi.
B. Proses yang berlaku di permukaan Bumi
C. Contoh proses eksogen adalah aktiviti magma
D. Proses berpunca daripada daya dalaman bumi

3. Antara berikut, yang manakah adalah fenomena yang berlaku akibat proses olakan
mantel?
I. Tsunami II. Gempa bumi III. Hakisan tanah IV. Banjir lumpur
A. I dan II B. II dan III
C. III dan IV D. I dan IV

4. Rajah di bawah menunjukkan dua proses yang berlaku di bumi.

R S

a) Namakah proses R dan S


R : ………………………………………… S: ……………………………………………
b) Proses yang manakah dikategorikan sebagai eksogen? Jelaskan
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………..

c) Apakah kesan proses R dan S kepada struktur bumi?

…………………………………………………………………………………………………………
Tema : Penerokaan angkasa lepas
Bidang Pembelajaran : 9. Bumi
Standard Kandungan : 9.4 Fenomena geobencana
Standard Pembelajaran : 9.4.1 Berkomunikasi mengenai geobencana.
9.4.2 Menjana idea bagaimana sains dan teknologi digunakan
untuk
Menghadapi geobencana.
9.4.3 Menyedari bahawa bencana alam memberi impak terhadap
kehidupan alam sekitar
Kriteria Kejayaan : Saya dapat
1. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 contoh geobencana
2. Memberikan sekurang-kurangnya 2 contoh bagaimana sains
dan teknologi digunakan dalam menghadapi geobencana
3. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 kesan geobencana
NOTA
1. Proses endogen menyebabkan geobencana seperti :
i) Gempa bumi Gegaran di kerak bumi akibat pelepasan tenaga dari bumi
secra tiba-tiba
ii) Tsunami Ombak raksasa yang berlaku akibat gempa bumi dasar laut,
volkanisme dasar laut atau hentaman meteor di laut
iii) Volkanisme Leburan magma terhambur keluar dari dalam bumi akibat
tekan yang tinggi
iv) Hujan asid Bencana yang berkait dengan air hujan dengan pH kurang
daripada 5 disebab gas berasid sulfur dioksida, nitrogen
dioksida dan karbon monoksida
v) Lubang benam Tanah di permukaan bumi jatuh memasuki rongga dalam alur
hakisan yang terbentuk dalam lapisan batu kapur
vi) Tanah runtuh Tanih yang tidak stabil menuruni cerun akibat tarikan graviti
vii) Pemanasan Peningkatan suhu bumi disebabkan pemanasan atmosfera
global
viii) Tanah jerlus Berlaku di kawasan paya
2. Kemajuan dalam sains dan teknologi membolehkan ciptaan alat yang mampu
memberikan amaran awal terhadap geobencana. Contohnya:
i) Alat untuk mengesan tanah runtuh diletakkan di atas cerun bukit untuk memberikan
amaran awal kejadian tanah runtuh.
ii) Alat untuk mengesan tsunami diletakkan di persisiran pantai untuk memberikan amaran
awal berlakunya tsunami melalui satelit
iii) Seismograf digunakan untuk mengesan gempa bumi
iv) Satelit cuaca untuk memberi amaran ribut
3. Kesan geobencana:
i) Kehilangan nyawa
ii) Wabak penyakit merebak
iii) Kekurangan makanan dan kebuluran
iv) Kerosakan harta benda
v) Kepupusan flora dan fauna

LATIHAN 9.4
1. Antara berikut, yang manakah merupakan alat yang digunakan untuk mengesan gempa
bumi?
A. Tsunameter
B. Alat pengumpul hujan asid
C. Alat pengesan tanah runtuh
D. Seismograf

2. Antara berikut, yang manakah dapat dikelaskan sebagai geobencana?


I. Tsunami II. Pencemaran udara
III. Kepupusan IV. Gempa bumi
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

3. Rajah di bawah menunjukkan satu geobencana yang berlaku di Malaysia

a) Tandakan ( / ) bagi geobencana yang ditunjukkan dalam rajah di atas


i) Tsunami ii) Lubang benam iii) Volkanisme

b) Apakah yang menyebabkan berlakunya geobencana di atas?


……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

c) Apakah kesan geo bencana ini kepada manusia dan persekitaran?


……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
Tema : Penerokaan angkasa lepas
Bidang Pembelajaran : 9. Bumi
Standard Kandungan : 9.5 Usia bumi
Standard Pembelajaran : 9.5.1 Berkomunikasi mengenai skala masa geologi.
9.5.2 Menerangkan kaedah penentuan usia bumi.
9.5.3 Berkomunikasi mengenai fosil.
9.5.4 menaakul kepentingan fosil kepada perkembangan sains kini.
Kriteria Kejayaan : Saya dapat
1. Menyatakan 4 era dan tempohnya dalam skala masa geologi
2. Menyatakan sekurang-kurangnya satu cara menentukan usia
bumi
3. Menjelaskan maksud fosil
4. Menyatakan sekurang-kurangnya satu fungsi fosil

NOTA
1. Usia Bumi dianggarkan sebagai 4.5 bilion tahun daripada meteorit yang diperolehi.
Ahli geologi menetapkan tempoh masa yang panjang itu sebagai era. Setiap era pula
dibahagikan kepada beberapa tempoh masa. Skala masa geologi:
Era Tempoh (juta tahun Peristiwa
dahulu)
Senazoik Kuaterner (1.8 juta) Evolusi manusia
(Zaman sekarang) Tertier (65 juta) Kepelbagaian jenis mamalia
Mesozoik Kapur (150 juta) Kepupusan dinasour
(Zaman Kemunculan pertama tumbuhan berbunga
pertengahan) Jura (200 juta) Kemunculan pertama burung
Kepelbagaian jenis dinasour
Trias (250 juta) Kemunculan pertama mamalia dan dinasour
Paleozoik Perm (300 juta) Kepupusan reptilia
(Zaman Purba) Kepelbagaian jenis reptilia
Karbon (350 juta) Kemunculan pertama reptilia
Devon (400 juta) Kemunculan amfibia dan serangga
Silur (450 juta) Kemunculan tumbuh-tumbuhan vascular
(daratan)
Ordovisi (500 juta) Kepelbagaian haiwan multisel
Kambria (550 juta) Kemunculan pertama ikan
Kepelbagaian pertama kordat(Chordate)
Prakambria (4 500 juta) Kemunculan pertama organisma
bercengkerang
Kemunculan pertama haiwan moluska
Kemunculan pertama jejak haiwan
2. Usia bumi dapat ditentukan secara :
i) Melalui pemerhatian dan fenomena yang berlaku
ii) Melalui kajian fosil atau batuan dari meteorit
3. Fosil merupakan bahan Bumi yang terbenam dan tertimbus seperti tumbuhan,
haiwan dan serangga, untuk jangka masa yang sangat lama.
4. Kepentingan fosil kepada perkembangan sains kini:
i) Rekod fosil memberikan maklumat tentang cara spesies haiwan dan tumbuhan di
Bumi berubah merentas berbilion tahun.
ii) Rekod fosil juga memberikan maklumat tentang spesies yang telah hilang dari
Bumi

LATIHAN 9.5
1. Antara berikut, yang manakah termasuk dalam era Senozoik
A. Karbon
B. Kuaterner
C. Jura
D. Trias

2. Antara berikut, yang manakah BENAR tentang usia bumi


I. Usia bumi ditentukan melalui tekaan ahli Sains
II.Usia Bumi dianggarkan sebagai 3.5 bilion tahun
III. Usia bumi ditentukan melalui kajian fosil atau batuan dari meteorit
IV. Usia bumi ditentukan melalui pemerhatian dan fenomena yang berlaku
A. I dan II B. II dan III
C. III dan IV D. I dan IV

3. Rajah di bawah menunjukkan suatu bahan X yang dijumpai pada batu sedimen

a) Apakah bahan X?
………………………………………………………………………………………………………

b) Bagaimanakah bahan X terbentuk?


……………………………………………………………………………………………………..

c) Kenapakah bahan X penting kepada perkembangan Sains?


………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………..
Tema : Penerokaan angkasa lepas
Bidang Pembelajaran : 9. Bumi
Standard Kandungan : 9.6 Sumber Bumi & Geologi Gunaan
Standard Pembelajaran : 9.6.1 Menerangkan mengenai air permukaan dan risikonya.
9.6.2 Menerangkan air bawah tanah dari segi kepentingan dan
risikonya.
9.6.3 Berkomunikasi mengenai mineral ekonomi. Mineral ekonomi
terdiri daripada mineral logam, mineral bukan logam dan
mineral nadir bumi
9.6.4 Menerangkan pembentukkan petroleum dan arang batu.
9.6.5 Berkomunikasi mengenai hidroterma
9.6.6 Menyelesaikan masalah kesan buruk daripada aktiviti
manusia yang tidak dirancang dengan baik kepada semua
hidupan dii Bumi
Kriteria Kejayaan : Saya dapat
1. Menyatakan maksud air permukaan dan memberikan sekurang-
kurangnya contoh air permukaan
2. Menyatakan sekurang-kurangnya satu risiko pencemaran yang
dihadapi air permukaan
3. Menyatakan maksud air tanah dan memberikan sekurang-
kurangnya satu kepentingan air bawah tanah
4. Menyatakan sekurang-kurangnya satu risiko pencemaran yang
dihadapi air permukaan
5. Memberikan sekurang-kurangnya 2 contoh bagi setiap mineral
ekonomi yang terdiri daripada mineral logam, mineral bukan
logam dan mineral nadir bumi
6. Menerangkan 3 langkah pembentukan petroleum dan arang
batu.
7. Menerangkan pembentukan hidroterma serta menyatakan
sekurang-kurangnya satu kepentingan hidroterma dari prospek
ekonomi
8. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 kesan aktiviti manusia yang
tidak dirancang dengan baik kepada bumi dan menyatakan
sekurang-kurangnya 3 cara mengatasinya
NOTA
1. Air permukaan dijumpai di atas permukaan Bumi. Contoh air permukaan termasuklah
air laut, kolam dan sungai.
2. Air permukaan boleh tercemar akibat :
i) Bahan buangan daripada kawasan perindustrian dan perumahan.
ii) Baja berlebihan dan racun perosak dari kawasan pertanian
3. Air bawah tanah atau akuifer meliputi ruang kosong antara butiran tanah
sehingga aras batuan tidak telap air.
4. Air bawah tanah atau akuifer bertindak sebagai takungan air bawah tanah
semulajadi yang boleh menyalurkan air ke sungai ketika kekurangan hujan atau
kemarau
5. Air bawah tanah boleh tercemar akibat:
i) Larut resap baja kimia dan racun serangga dalam bidang pertanian
ii) Sisa bahan kimia atau industri dan domestik di tapak pelupusan sampah
6. Mineral ekonomi di Bumi terdiri daripada
i) Logam  Contoh : bijih besi, bijih timah dan emas
 Besi digunakan dalam kereta serta pembinaan bangunan
 Kuprum digunakan dalam wayar elektrik
ii) Bukan logam  Contoh : Arang batu, batu kapur dan petroleum
 Digunakan dalam pelbagai industri termasuklah
penghasilan baja, plastik, kaca, gelas dan lain-lain
iii) Nadir bumi  Contoh : Scandium, Yttrium
 Digunakan dalam teknologi moden seperti komputer,
DVD, alatan komunikasi, televisyen dan lain-lain
7. Proses pembentukan
i) Petroleum dan gas asli
 Sisa hidupan daratan yang mati tertimbus di bawah tanah dan sisa hidupan
laut yang mati tenggelam ke dasar laut.
 Selepas berjuta-juta tahun, sisa-sisa itu tertanam semakin jauh ke dalam
Bumi di bawah lapisan dasar tebal batu dan lumpur
 Melalui tindakan bakteria, pereputan separa berlaku dalam keadaan
kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya oleh bakteria di bawah suhu dan
tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli
ii) Arang batu
 Berjuta-juta tahun dahulu,tumbuhan mati secara semula jadi
 Selepas bertahun-tahun, sisa itu tertimbus di bawah lapisan enapan atau
lumpur
 Di bawah tekanan dan haba yang tinggi, fosil tumbuhan bertukar dengan
perlahan-lahan kepada arang batu.
8. Proses hidroterma adalah pemanasan sumber air seperti kolam air panas oleh
haba daripada Bumi secara semula jadi. Kolam air panas yang terbentuk dijadikan
sebagai pusat eko-pelancongan. Stim yang terhasil digunakan untuk
menggerakkan turbin untuk menjana tenaga elektrik
9. Aktiviti manusia yang tidak dirancang dengan baik boleh memberikan kesan buruk
kepada semua hidupan di Bumi. Contohnya
Aktiviti Kesan Cara mengatasi
Penyahhutanan, Hakisan tanah, pemanasan Penanaman semula,
pertanian, global, banjir kilat, pendidikan, kempen,
perindustrian, pencemaran air, udara ,terma penguatkuasaan
pembakaran terbuka dan bunyi serta kepupusan undang-undang
flora dan fauna

LATIHAN 9. 6
1. Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh air permukaan
A. Sungai
B. Tasik
C. Air laut
D. Akuifer

2. Aktiviti manusia yang tidak dirancang dengan baik akan memberikan kesan berikut
kecuali
A. Kepupusan flora dan fauna
B. Pemanasan global
C. Air bersih
D. Hakisan tanah

3. Antara berikut, yang manakah adalah mineral ekonomi bukan logam?


I. Arang batu II. Petroleum
III. Biji timah IV. Emas
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

3. a) Rajah di bawah menunjukkan proses pembentukan arang batu

Berdasarkan rajah, susun penerangan di bawah dalam urutan yang betul dengan
menuliskan nombor dalam kotak yang diberi
i) Selepas bertahun-tahun, sisa itu tertimbus di bawah lapisan enapan atau
lumpur
ii) Berjuta-juta tahun dahulu, tumbuhan mati secara semula jadi.
iii) Di bawah tekanan dan haba yang tinggi, fosil tumbuhan bertukar dengan
perlahan-lahan kepada arang batu.

b) Para petani dinasihatkan agar tidak melakukan pembajaan ataupun meracun ketika
musim hujan. Wajarkan tindakan tersebut?
……………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………..

c) Bagaimanakah hidroterma dapat membantu dalam menjana ekonomi negara? Jelaskan


……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

NOTA

9.1-9. 6
VIDEO
PEMBELAJARA
N
9.3 9.4 9.5

9.6
KUIZ

9.3 9.5 9.6


9.4

JAWAPAN

LATIHAN 9.3
1. C 2. B 3.A
4. a) R: Luluhawa S: Volkanisme/Letusan gunung berapi
b) - S
- Proses yang berlaku di permukaan Bumi.
c) - Membentuk dan mengubah permukaan Bumi

LATIHAN 9.4
1.D 2. D
3. a) i)
b) Alur hakisan yang terbentuk dalam lapisan batu kapur menyebabkan tanah di permukaan
bumi jatuh memasuki rongga dalamnya
c) - Kehilangan nyawa/ kecederaan
- Kemusnahan harta benda (jalan)

LATIHAN 9.5
1. B 2. C
3 a) Fossil
b) Terhasil daripada bahan Bumi yang terbenam dan tertimbus seperti tumbuhan, haiwan
dan serangga, untuk jangka masa yang sangat lama
c) - Rekod fosil memberikan maklumat tentang cara spesies haiwan dan tumbuhan di Bumi
berubah merentas berbilion tahun.
- Rekod fosil juga memberikan maklumat tentang spesies yang telah hilang dari Bumi

LATIHAN 9.6
1. D 2. C 3.A
4. a) 2→1→3
b) - Baja / Racun akan larut dalam air hujan dan mengalir ke dalam sungai yang
menyebabkan \ pencemaran air permukaan
- Baja / Racun akan larut dalam air hujan dan meresap ke dalam tanah yang
menyebabkan \ pencemaran air bawah tanah
c) - Kolam air panas yang terbentuk dijadikan sebagai pusat eko-pelancongan.
- Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin untuk menjana tenaga elektrik

You might also like