You are on page 1of 3

geografi tingkatan 1 (BAB 5: BUMI) min8531

BAB 5: Bumi

5.1 Sistem Fizikal Bumi

1. Bumi terbahagi kepada beberapa jenis sistem fizikal iaitu:

a) Atmosfera.

b) Hidrosfera.

c) Litosfera.

d) Biosfera.

2. Atmosfera ialah lapisan udara yang mengelilingi bumi. Atmosfera terdiri daripada wap air
beberapa jenis gas, debu, habuk dan asap.

3. Hidrosfera meliputi 71% daripada permukaan bumi. Hidrosfera terdiri daripada air laut,
air sungai, air tasik, air bawah tanah dan glasier.

4. Litosfera ialah lapisan atas bumi yang bersifat pepejal. Litosfera penting untuk habitat di
bumi, tanah untuk pertanian dan petempatan. Lapisan ini kaya juga dengan pelbagai jenis
batu dan sumber mineral.

5. Biosfera merangkumi manusia, haiwan dan tumbuhan.

5.2 Struktur Bumi

1. Struktur bumi terbahagi kepada berikut:

a) Kerak bumi - lapisan yang paling pejal dan keras.

- terdapat du alapisan kerak bumi sial dan sima.

b) Mantel ialah lapisan yang mengandungi oksigen, silicon dan magnesium.

c) Teras luar mengandungi logam yang sangat panas.

d) Teras dalam ialah struktur bumi yang paling dalam dan panas. Suhu pada kawasan
ini boleh mencecah 5000˚C.

1/3
geografi tingkatan 1 (BAB 5: BUMI) min8531

2/3
geografi tingkatan 1 (BAB 5: BUMI) min8531

5.3 Benua, Lautan, Laut Utama dan Selat

1. Pada permukaan bumi, terdapat tujuh benua dan lima lautan.

2. Selain itu, terdapat juga laut utama dan selat.

5.4 Kesan Pergerakan Kerak Bumi.

1. Lapisan kerak bumi dikenali sebagai plat lautan.

2. Terdapat dua jenis plat, iaitu:

a) Plat daratan.

b) Plat lautan.

3. Plat-plat ini berada di atas lapisan mantel.

4. Arus perolakan yang terdapat di lapisan mantel menyebabkan plat-plat bergerak.

5. Pergerakkan plat-plat menghasilkan pelbagai kesan kepada pembentukkan hanyutan


benua, gunung lipat, gunung bongkah, gempa bumi, tsunami dan gunung berapi.

3/3

You might also like