You are on page 1of 2

BAB 5: BUMI

Bumi – planet yang berbentuk sfera dan mempunyai keluasan permukaan 510 juta km persegi dan
diliputi 71% daripada permukaan bumi oleh air dan 24% ialah daratan.

Komponen Bumi
1) Atmosfera
– lapisan udara yang menyelubungi bumi, ianya mengandungi pelbagai gas, debu, asap serta wap
air.
– terdiri daripada 5 lapisan, Dari atas (eksosfera, termosfera, mesosfera, stratosfera, troposfera).

troposfera).

2) Litosfera – lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian
atas mantel. Mengandungi pelbagai jenis batuan dan mineral.

3) Hidrosfera – meliputi semua bahagian air yang wujud di bumi.

4) Biosfera – kawasan yang didiami oleh semua benda hidup. Melibatkan bahagian
kerak bumi dan atmosfera
1) Kerak Bumi
– lapisan bumi yang paling keras dan pejal
– dua lapisan sial dan sima
– sial terletak di bahagian atas kerak bumi membentuk benua di permukaan bumi
– sima terletak di bawah sial dan di dasar lautan

2) Mantel
– terletak di bawah lapisan kerak bumi
– merangkumi dua pertiga jisim bumi
– bersifat pepejal tetapi lapisan luarnya bersifat separa cecair

3) Teras Bumi
– lapisan yang paling dalam
– mengalami tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi
– 2 teras: teras luar dan teras dalam

You might also like