You are on page 1of 1

I) ii)

 Komponen biosfera atau sistem ekologi dihuni oleh hidupan termasuklah manusia, tumbuh-
tumbuhan, dan haiwan.

 Komponen atmosfera atau sistem atmosfera pula merupakan lapisan udara yang terdapat di
sekeliling bumi. Ketebalan atmosfera di anggarkan melebihi 1000km. sumber utama dalam
atmosfera ialah udara atau sebagai gas. Terdapat beberapa jenis gas dalam atmosfera dan 75%
daripadanya terletak di lapisan paling bawah atmosfera, iaitu antara 16km hingga 20km dari
permukaan bumi.

 Komponen litosfera atau sitem geomorfologi pula merujuk kepada lapisan luar bumi yang
sangat pejal dan membentuk kawasan daratan iaitu benua dan pulau serta dasar lautan.
Kawasan daratan meliputi 29.2% daripada keseluruhan permukaan bumi.

 Komponan hidrosfera atau sistem hidrologi meliputi tasik, laut, paya, kolam, dan sungai. Kira-
kira 70.8% daripada keseluruhan muka bumi terdiri daripada komponen hidrosfera. Manakala
selebihnya adalah permukaan daratan muka bumi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 97.2%
merupakan air masin atau lautan manakala 2.8% lagi adalah air tawar. Lautan merupakan
komponen terpenting dalam system hidrologi.

iii)

Semua kehidupan bergantung antara satu sama lain. Maka,komponen-komponen ini penting
untuk kelangsungan hidup. Air,udara,makanan ,habitat adalah asas untuk kehidupan.Komponen
yang tersenarai menjadi pengeluar bagi asas kehidupan seperti habitat ,makanan,air,dan udara
yang segar.

You might also like