You are on page 1of 25

AG20603

Geomorfologi
Kuliah 3: Proses dan bentuk

Adi Jafar
Landskap: Elemen asas

 Secara visual, permukaan bentuk muka bumi kita


kelihatan statik, namun pada hakikatnya wujud
proses-proses yang dinamik secara berterusan yang
mengubah bentuk.
 Smith & Stopp (1979) perubahan bentuk muka bumi/
landskap bumi menunjukkan berlakunya pergerakan
dan perubahan bahan.
 Bahan–bahan yang membentuk landskap biosfera
terdiri daripada gabungan elemen/compound.

3
 Elemen asas : Atom yang terdiri daripada subatom proton
(+), neutron dan elektron (-) adalah partikel yang paling
kecil yang membentuk elemen.
 Gabungan elemen melalui perkongsian elektron akan
membentuk molekul dan sebatian (compound).
 Molekul ialah terdiri daripada dua atau lebih atom yang
bergabung berkongsi elektron. Cth – hidrogen (H2),
oksigen (O2), Nitogen (N2)
 Sebatian ialah bahan yang terdiri daripada dua atau
lebih unsur yang berkongsi elektron. Cuma terikat
secara ikatan ion. Cth Natrium nitrat (NaNO3),
Magnesium oksida (MgO), Air (H2O), Karbon dioksida
(CO2), Ammonia(NH3)
 Ahli kimia membahagikan, terdapat lebih kurang
115 elemen yang berlainan ciri-ciri kimianya.
 Perbezaan antara Molekul dan Sebatian
 Elemen-elemen dalam Bumi

Earth Crust Elements


 Elemen-elemen dalam Bumi
 Dalam sistem bumi-atmosfera, elemen digerakkan melalui
kitaran biogeokimia. Kitaran biogeokimia boleh didefinisikan
sebagai kitaran apa-apa sahaja elemen atau sebatian
melalui kesemua tahapan dan fasa perubahan (Arnell, 2002;
3). Bio – komponen Biosfera | Geo – Komponen Geologi |
Kimia – elemen yang bergerak berkitar
 Elemen utama dalam kitaran: Karbon (C), Hidrogen (H),
Nitrogen (N), Oksigen (O), Fosforus (P) dan Sulfur (S).
 Elemen dikitarkan melalui 2 cara :
a. Kitaran gas – Karbon, Oksigen, Nitrogen dan air
b. Kitaran Sedimen – Sulphur, Fosforus, batuan dan
sebagainya
 Kitaran Biogeokimia | Unsur Karbon
 Kitaran Biogeokimia | Air
 Kitaran Biogeokimia | Unsur Nitrogen
 Kitaran Biogeokimia | Batuan
Definis Proses dan Bentuk
 Geomorfologi menyelidik bentuk bumi dan proses
yang membentuknya. Bentuk, proses, dan
hubungan antara mereka adalah asas penting
untuk memahami asal usul dan perkembangan
bentuk bumi. (Hugget, 2011)
 Definisi Proses :
 Aktiviti yang menyebabkan perubahan samada secara
fizikal maupun kimia yang dialami permukaan bumi yang
menyebabkan fitur/muka bumi berubah.
 Cara mana aktiviti betindak dan beroperasi dalam
menghasilkan sesuatu bentuk/pola. Dengan kata lain
Proses merujuk kepada cara mana daya-daya (tenaga)
bertindak oleh agen-agen tertentu ke atas sesuatu bahan.
 Definisi Bentuk :
 Rupa/pola/fenomena dalam persekitaran fizikal yang
dihasilkan oleh mekanisme proses-proses (daya & agen)
samada di litosfera, atmosfera, hidrosfera & biosfera
 Skala bentuk muka bumi:
1. Bentuk Bumi Order I – Benua dan Dasar lautan |
Earth Surface | Konstruktif
2. Bentuk Bumi Oder II – Dataran/Pergunungan |
Landscape | Konstruktif
3. Bentuk Bumi Order III – Bentuk hakisan |
Pemendapan | Sisa | Landform | Destruktif
 Proses dan bentuk saling berkait
 Proses dan Bentuk terbahagi 2
1. Endognenik- tenaga yang berasal dari dalam bumi (geologic
forces) yang menyebabkan perubahan pada kulit bumi |
bersifat Konstruktif
a. Bentuk bumi tidak rata - gunung, bukit atau pegunungan.
Pada bagian lain permukaan bumi turun menjadikan
adanya lembah atau jurang
b. Proses : tektonisme,vulkanisme dan plutonisme
2. Eksogenik - tenaga yang berasal dari luar bumi (climatic
forces) yang dapat mengubah bentuk muka bumi | Bersifat
Destruktif
a. Bentuk Bumi Degradasi dan Agradasi
b. Proses : Luluhawa, gerakan jisim, hakisan
Proses-Bentuk Endogenik
Proses-Bentuk Eksogenik
 Bentuk bumi eksogenik diasaskan daripada konsep
GRADASI (Chamberlain & Salisbury, 1904). Konsep ini
merujuk kepada satu proses yang berkecenderungan
menjadikan permukaan litosfera kepada satu aras yang
serata
 Hamirdin mengkelaskan proses gradasi kepada 2
a. Degradasi - Luluhawa, Gerakan Jisim dan Hakisan
b. Aggradasi - Pemendapan
1. Degradasi : LULUHAWA
Jauhari, (1987) Luluhawa adalah satu
kumpulan Proses seperti tindakan
air, air hujan, tindakan tumbuhan,
tindakan bakteria secara kimia dan
tindakan secara mekanika terhadap
batuan yang terdedah kepada
perubahan iklim dan cuaca yang
menyebabkan batuan antara lain
mengalami perubahan sifat-sifat
fizik, mengalami penguraian dan
seterusnya menjadi tanih
2. Degradasi : GERAKAN JISIM
PERGERAKAN JISIM ialah
pengangkutan bahan terluluhawa
ke bawah cerun secara besar-
besaran sebabkan tarikan gravity
(gravity bahan mengatasi daya
geseran dan lekatan bahan)
(Jamaluddin, 1988). Kuasa graviti
yang menarik bahan di bahagian
permukaan condong/cerun akan
menghasilkan kuasa peralihan.
Kuasa ini akan membentuk
tegasan ricih (shear stress) dalam
bahan-bahan di cerun dan
melemahkan kekuatan cerun
terutamanya daya geseran dan
lekatan bahan.
3. Degradasi : HAKISAN
Selby (1993) menyatakan Hakisan
adalah proses-proses pelonggaran
dan angkutan jisim oleh tindakan
air larian, angin, ombak dan
gerakan jisim. Morgan (1979)
menyatakan Hakisan ialah proses
pelonggaran partikel individu dari
jisim tanih dan seterusnya
berlaku pengangkutan oleh agen
hakisan.
Aggradasi : PEMENDAPAN | SEDIMENTASI
Sedimentasi adalah suatu proses
pengendapan material yang diangkut
oleh media air, angin dan glasiar di
sesuatu tempat
Kesimpulan
 Definisi Proses :
 Aktiviti yang menyebabkan perubahan samada
secara fizikal maupun kimia yang dialami permukaan
bumi yang menyebabkan fitur/muka bumi berubah.
 Cara mana aktiviti betindak dan beroperasi dalam
menghasilkan sesuatu bentuk/pola. Dengan kata lain
Proses merujuk kepada cara mana daya-daya
(tenaga) bertindak oleh agen-agen tertentu ke atas
sesuatu bahan.
 Definisi Bentuk :
 Rupa/pola/fenomena dalam persekitaran fizikal
yang dihasilkan oleh mekanisme proses-proses (daya
& agen) samada di litosfera, atmosfera, hidrosfera &
biosfera
Sekian terima kasih….

You might also like