You are on page 1of 2

AG20603 GEOMORFOLOGI

KHUSAIRI HAKIM BIN SALMAN

BA19161051

QUIZ 1
Apa itu geomorfologi? Geomorfologi merupakan satu kajian sains yang berkaitan
dengan bentuk muka bumi yang membina landskap bentuk muka bumi, baik di atas dan di
bawah aras laut dan menekankan bentuk dan pembangunan masa depan serta kaitannya
dengan persekitaran. Terdapat dua jenis proses di dalam sistem geomorfologi iai tu proses
endogenik dan proses eksogenik. Proses endogenik merupakan proses yang berpunca dari
dalam bumi, mampu membentuk dan mengubah permukaan bumi seperti pergerakan
tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan aktiviti igneus
serta metamorfosisme batuan. Manakala bagi proses eksogenik pula proses yang berlaku di
luar bumi atau di permukaan bumi iaitu luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan
serta gerakan jisim.

Terdapat beberapa fenomena yang terhasil akibat daripada proses endogenik dan
salah satunya ialah gelinciran, Gelinciran merupakan retakan pada kerak bumi apabila
berlaku anjakan lapisan kerak bumi atau blok-blok batuan secara mendatar atau menegak.
Terdapat 3 jenis gelinciran dalam fenomena ini iaitu gelinciran biasa, gelinciran songsang
dan gelinciran rabak. Gelinciran biasa berlaku apabila terdapat daya tekanan yang menarik
lapisan kerak bumi atau menolak bumi dari bawah. Gelinciran ini mempunyai satah rekahan
curam atau hampir tegak. Sesar curam berbeza – beza mengikut ketinggian anjakan blok
tersebut. Manakala gelinciran songsang pula ialah terjadi apabila daya mampatan dan
tegangan yang bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang bertentangan
mennghasilkan garis gelinciran pada blok batuan tersebut. Akhir sekali, gelinciran rabak.
Gelinciran rabak berlaku apabila daya mampatan dan tegangan pada lapisan kerak bumi
menyebabkan terjadinya pergerakan secara melintang.

Kesimpulannya, geomorfologi merupakan kajian tentang proses bentuk muka bumi.

You might also like